Monday 16 December 2013

EDUcamp Universiti Teknologi PETRONAS .

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum :) Mesti ramai rindu aku kan? Haha :P Bajet~ Well, korang kene faham, nie lah diri aku weh. Kalau tak puji diri sendiri shari memang tak sah? Hahaha. Okay okayy, ingat tak dalam entrie aku yang nie, aku ade cakap yang 14 haribulan nie aku kene uruskan hal yang penting kan? Haaaa, hal aku dapat interview UTP laaa. :) Aku tak cakap kat korang sebab aku nak buat surprise gituhhhh :) Hehehe
 
 
Okay. With out letting time passed, aku nak citer dengan korang nie. 13 haribulan tuh aku bertolak dari Kelantan ke Perak dalam pukul 11.00 ++ macam tuh lah. Kitorang sampai Gerik, Perak dalam lepas Zohor macam tuu lah~ Hmm, so sampai je dekat Gerik, abah mintak aku search UTP nie dekat mane? So, senang lah pagi esok nak bertolak dari hotel/homestay terus ke UTP kan? 
 
 
Aku contact dengan Nik Azfar Asyraf, schoolmate aku, tanya dia ade kat mane? Dia cakap, dia stay kat UTP malam tuh, kawan akak dia adjust dengan kawan dia so, dia stay kat sane lah malam tuh. Lepas tuh aku contact pulak dengan kekasih gelapku, Cehhhh, Afiq~ Tanya dia kat mane? Dia cakap still dekat Kelantan lagi. Oh yaaa, aku pergi sini dengan Abah, Abe Long, Abe, Ain, Adik~ Dua orang takde dalam family aku, Kakak dengan Umi..Kakak tak dapat ikut sebab dia busy :/ Umi pulak tak dapat ikut sebab umi nak exam mase 14 dengan 15 tuuu. So, tinggal lah yang kecik-kecik dengan aku. 
 
 
Hahaha, mase aku nak bertolak tu, aku cakap kat Umi, 
"Umi, mesti rindu anak-anak umi keaaaa? HAHAHA"
 
Umi cakap,
"Tok rindu bakpo, tigo ari mboook nah tinggal umi" --> Kenape tak rindu? Tiga hari tinggal umi :/ hahaha.
 
 
Okay, lepas dah siap search google map ape, kitorang pergi ke UTP tu, masuk-masuk jee, Ya Allah, aku rase macam nak jatuh je air mata aku weh? Kenape? Korang tau tak sepanjang aku sekolah dekat Kamil nie, tiap-tiap tahun, sekolah akan buat Minggu Kerjaya yang ade jemput Universiti-Universiti yang terkenal. UTP pon same :) So, bila aku dah tengok gambar-gambar UTP dekat situh, aku jadik "jatuh cinta" dengan dia. Aku bertekad nak pergi sane. So, bila UTP announced permohonan masuk ke UTP untuk bulan Januari nie, aku terus mohon weh :) Sebab syarat nak masuk UTP nie serious rendah sangat. So, berbekalkan result Trial aku yang cukup-cukup makan tuuuu, 5A(BM BI MATH SEJ BIO),  2B(BI KIM), 2C(FIZ ADDMATH), aku pon mintak lah UTP nie secara online. 
 
 
By the way, aku dah lupa weh Course ape yang aku mintak untuk tiga pilihan tu? So, mohon jangan tanya aku okay?
 
 
Okay, lepas dah siap masuk keliling UTP tu, kitorang keluar balik sebab abah nak pergi cari hotel/homestay pulak :) Mula-mula pergi kat Hotel Billion, lepas tuh full weh :( Hmm. So, abah pon cari homestay yang paling dekat dengan Universiti tu :) Fuhh, so, bila dah check in situ, kitorang rehat2, lepas dah buat ape yang patut, aku siapkan adik-adik aku. Lepas kitorang dah siap, abah suruh aku jaga adik-adik pulak kat situh, sebab abah nak belikan makanan. Hehe :) Sambil jaga dorang aku texting dengan senior aku, A.Zulhafiz dekat fb dengan Kak Fatihah, tanya dorang tentang UTP blablabla semua nie. Pastuh aku mesej dengan kawan-kawan aku, Seh dengan Afiq :) Ade yang send good luck untuk aku. Dengan yang send good luck pon, aku mesej :) Thanks awak :3 Saya rase semangat saya tinggi je mase saya baca mesej awak~ Okay okayy, mase tengah syok layan dorang semua nie, abah mesej tanya nak makan ape? Abah cakap nak beli mcD. Aku ape lagi, makin seronok lah :) Hehe. Aku pesan burger dengan Pie Apple :) Korang tau kan aku paling tak boleh berpisah dengan burger kan? Tengok je wall fesbuk aku, penuh dengan Burger Cheese meleleh yang Burger Bakar Abang Burn :D haha
 
 
Okay. Tuu je pasal hari pertama aku okay?
 
 
Nanti aku citer hari kedua pulak okay? Tangan macam letih, mata macam mengantuk je? Bye! :)
  
 
 
 
 
 

Sunday 1 December 2013

Seriously, kawan lagi bagus.

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan selamat petang. Oh my Allahhhh! Lame giler aku tak update blog aku kan? Ohsem gile kau nie eyda. Alololo, tak payah nak bajet femes sangat okay? :P
Actually, aku busy. Hmm, bajet busy giler weh. Ha'a, memang pon. Tiga minggu nie aku exam. Disebabkan aku guna phone nokia cikai je, so of course lah phone cikai tersebut ade Signature, sampaikan Signature pon tukar jadi macam kat bawah nie,
: MID-TERM EXAM :
> 9-21/ 5 / 2013 <  

Soooo, bila dah abes exam? Macam mane dengan Signature aku? Terus tukar balik ke Signature asal. Apekah ia ? Okayyyy, let me explain okay guys? ;)
- AR <3 Mr. H - 

Hmmm, mesti ade yang tertanya-tanya kan? Apakah itu AR? Siapakah itu Mr. H ? Okay, meh aku citer. Kejap, sebelum tuh tolong jangan judge aku macam-macam la weh. Aku tak kuasa nak layan korang. Ahahaha :)


Apakah itu AR?


Hmm, korang, AR nie merujuk name aku lah, Asnida Ridzuan. Aku dah rase sebati dah dengan name nie. Tadi, aku check jawapan objektif untuk Kimia, disebabkan ade budak PKBM ade yang pegi berkhemah, so, diorang kene exam lah hari nie and esok and mase cuti nanti. So, aku kene hantar lah soalan aku. Dekat soalan aku tuh aku buat AR, memang besar giler. Lepas tuh, Cikgu Rahimah baca, A. R ? Sapo nie? Aku pon cakap, saya lah cikgu. Hehehe ;) *Bukan Aiman Rahman :P Wakaka*


So, sape pulak Mr. H?


Hmmm, yang nie aku tak mau bagi tau korang lagi. Yang pasti aku takkan couple kat sekolah menengah ke ape ke, okay? And, tak perlu la teka nie Haziq ke, Hazwan ke, Homar ke, Hyun Seuk ke okay? :P


Lalalala~ Sekarang terjawab kan persoalan? Okay, now we move pasal satu lagi benda. Actually, perangai aku nie gila-gila dekat sekolah. Sekarang nie, aku, Ika, Aznie, and A.R sedang buat study group memandangkan SPM dah nak dekat. So, aku la yang mengajar dorang. Bukan aku jugak lah yang ajar semua nie, kitorang bergilir-gilir tau. Aku pon bukan perfect. Kalau aku perfect, semua keputusan aku dah dapat A+. Cewahhhh~
 

Oh yaaa, aku jugak suka bila kawan-kawan aku cakap, "Eh ida, sedap lah mu ajar, pehe sebutir-sebutir" . Maksud nie, kawan aku suka lah aku ajar diorang. Sebab dia faham. Tapi, maybe aku nie terlalu happy-go-lucky dengan budak kelas aku sampai ade yang ... hmm, takmau lah cakap.



Okay, aku ade mende penting kene buat. So, aku mintak izin pegi dulu. Nanti aku free, aku sambung lagi okay? :) Bye. Thanks sebab sudi bukak blog aku. 



P/s :  This is Auto-post. Aku update entrie nie mase 22/5/2013 ;)


Friday 29 November 2013

Yeayyyy! SPM Dah Habis :)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Hai ! Assalamualaikum :) 


Hmm. Ya Allah, Tuhan je yang tau betapa happynya hati aku nie tauuu :) Hmm, walaupun SPM dah lepas, tak boleh happy sangat. Sebab nanti 14 haribulan nie, ade bende yang nak kene settle lagi. Aduhai! 


Emm. Sebenarnya, aku nak citer pasal hari last sekolah nie kat korang. Hmm. Korang ari last sekolah aku kan, aku ade exam Biologi. Korang tau tak, mase aku exam Paper 3, aku memang dah tak sabar nak dengar gegak gempita dewan bawah bertempiaran tau~ Tapi, tak riuh sangat pon. Aku pon sebenarnya, takde lah happy sangat pon. Happy lah sebab dah tak perlu amik exam yang bagai hell nie. Kenape aku cakap bagai hell? Sebab, aku ingat post salah sorang kawan Facebook aku dalam group Straight A's SPM, dia cakap, Ingat SPM, Ingat Bocor, Ingat Kejam. Nanti aku copy-paste masukkan dalam blog nie ek?



Tahun 2014 .
Buka Newspaper online . Aku baca tajuk utama , muka hadapan .
' Calon SPM 2013 pecah rekod ! '

Aku tak gembira ,
Aku tak bangga .

Bahkan takde langsung secebis rasa bahawa kejayaan yang dikecapi Batch 1996 ini satu Rahmat & satu Barakah dari Allah S.W.T !
Bahkan aku berasa sedih dengan kegemilangan ini .

Kenapa dengan aku ini ?

Bukankah aku patut bergembira dengan kejayaan yang hebat ini ?
Bukankah aku patut berbangga dengan naiknya nama Batch 1996 di persada Bumi Allah ?
Bukankah aku telah menyumbang dalam kejayaan ini ?

Kenapa dengan aku ini ?
Kenapa ?

Ya Allah !
Bagaimana aku hendak bergembira ?

Kalau kejayaan ini tidak ada di sisinya Rahmat dan Berkat dari Allah ?
Ya Allah !
Bagaimana aku hendak berbangga ?

Jika ada kezaliman yang nyata dalam kejayaan SPM 2013 ini .

Orang kata : ' Takde Rahmat & Berkat Allah ? Suka hati kau je ! '

Bagaimana adanya berkat serta rahmatNya sekiranya kezaliman berlaku dalam sesuatu itu ?

' Kezaliman apa ini ? Ada kezaliman ke ? '

Apakah tidak dikira kezaliman jika ada saudara kamu tidak diperlakukan dengan seadil-adilnya ?

' Tidak adil apa ini ? '

Yaa benar . tidak Adil .

Aku ambil contoh Exam Biology SPM 2013 .

'Saudara A' study semua Silibus Form 4 & Form 5 , MasyaAllah , tak terkira banyaknya .
Perlu masa banyak hari untuk 'menjamahnya' .
Manakala 'Saudara B' , belajar , hafal , baca dan jamah topik tertentu , tajuk tertentu , soalan tertentu .

' Mana Zalimnya ? Baca Soalan Spot , biasa laa tu SPM , aku rasa siapa yang usaha cari Soalan Spot , dapat laa soalan Spot , kalau malas , tak dapat . '

Soalan Spot aku tak kesah . Benar , aku sendiri baca and tekankan topic-topic spot .

Tapi , kalau apa yang dibaca itu BOCOR ?

BOCOR .

Benar . Setiap soalan struktur dan soalan esei terperinci diberi .
Memang sangat terperinci .
Bahkan , ada yang dapat Kertas Soalan SPM 2013 + Skema Jawapan 2013 sekali !

Saudara A , apa perasaan kau ?
Saudara A , adakah ini adil bagi kau ?
Saudara A , kudrat yang kau curah untuk Exam BIO itu banyak tidak terkira , bukan ?

Ehemm ,
Saudara B , seronok ? dengan kesenangan yang kau hadapi dalam SPM ?
Apakah kau tidak rasa kau berlaku Zalim ?

Bukan Zalim kepada seorang ? Bukan Zalim kat 2 orang .
tapi , Beribu-ribu calon SPM 2013 !
Dengan Kezaliman ini , apakah masih ada keberkatan dan kerahmatan Allah ?

Make things worst , bukan setakat BIO .
Tapi , tapi start Exam BM SPM 2013 sampailah hari ini .

Andai Allah beri kemenangan dan kejayaan dalam Batch kita ,
Sedarlah , itu bukan Rahmat , itu bukan berkat ,

itu Istidraj !

Apa itu Istidraj ? Google je laa .

Jangan Hairan kalau keluarga anda semua 'hancur berai' , 'kacau bilau' .
Jangan fikir jauh , fikirkan semula tiga perkataan ini , ' SPM , BOCOR & ZALIM ' !

The End .

Allahumma Sallim Nafseenaa , Batch SPM 2013 ! Ameen
 
Oh ye, malam sebelum exam Biologi tuh, aku ade mesej dekat umi aku, bagi tau dia, yang aku nak balik lewat nanti hari last, aku nak tidur kejap petang tuh, nak balik malam. Tapi, umi cakap yang eleee, pandai nak tipu, padahal nak pergi jumpa tut tut. Ahaha. Emm, memang pon. Lepas dah exam Biologi tuh, aku keluar dewan. Lepas tuh dia tanya aku, nak balik pukul berapa? Lepas tuh aku cakap lah dalam pukul 6.30..Aku pon balik terus asrama. Sebenarnya nak cakap banyak lagi, tapi, aku tak kemas satu pon lagi barang-barang aku. So, aku balik je terus asrama. 

Lepas dah balik asrama, aku call dia, tanya dia kat mane? Dia cakap dia ade kat pondok depan dewan tadi. Aku cakap, nak pegi! Mase tuh dah bukak tudung pong, lepas tuh pakai balik terus pergi dekat dia sambil pakai selipar je. Tapi, aku pon pikir balik. Hmm. Macam gedik jee pulak, perempuan pergi dekat lelaki? Aku pon, mesej dia cakap, Biar jelah, tak jadik pergi. Malas jumpaaa. Dia tak reply message aku. Aku call, dia tak angkat. Aku geram, so, aku buat Screened Number dia. Dah tak nak takpe, kesah ape aku. 
 
So aku pon patah balik masuk asrama, simpan barang-barang. Aku tengok jam, pukul empat. Aku iron baju kurung aku. Aku bawak lebih kot baju kurung aku..So, lepas dah siap iron, aku dengan Mek Jaa pon amik keputusan nak mandi lah, sebab abang dia pon amik lewat kan..? Ape yang lucu, kitorang dah berkemban nak pergi mandi, lepas tuh, ade lipas dari almari buku dekat bilik study keluar, memang melompat kitorang sambil teriak kuat. Maknanya? Maknanya, aku dan mekja takut lipas lah weh! Hahaha. Gila. Serious weh, aku takut lipas tauuu! :) Tengok ciri kat badan dia lah, dah lah koko, lepas tuh, badan berbulu berjari bagai. Mata "besar" macam tuh. Alahai. 
Macam giler glamor jee lipas nie masuk dalam blog aku weh! :P
 
 Tuh kat bilik study. Nie, citer lucu pulak pasal aku. Aku masuk shower, aku kan rabun. So, aku tak nampak lah "batu koko" yang duduk bersadai dalam shower tuh weh. So, aku letak bekas shower aku dekat pintu. Tup tup, batu koko tuh bergerak weh. Bila aku tengok dekat-dekat. Gila! Katak weh! Lagi sekali aku teriak dalam tandas tuh weh! Nasib baik aku tak mandi lagi. Aduhai. Macam-macam jadik hari last nie sekolah nie.. 
 Lepas dah siap mandi tuh, aku pon check phone. Ade misscall dari dia~ Check message dalam Screened Number, ade mesej dia cakap, Selamat Tinggal Untuk Selama-lamanya~ Hmm. Aku pon misscall dia balik? Dia mesej tanya, nak jumpa ke tak nie? Aku balas, mu nak jumpa ke aku? Dia cakap, Dia tunggu dekat tut tut~ Aku pon, okay, aku nak solat japp! Lepas tuh, jumpa lah. 
Bla bla bla. Hmm. Cakap - berbual . Aku pon cakap, jom rakam video kita? yang paling tak boleh blah, dalam telefon dia~ Takpelah. AKu takde telefon canggih-canggih lagi.. Weh, jangan delete tau video aku yang ade dengan kau? Nanti kita jumpa bila-bila, aku nak bluetooth tau? Muehehe :3
Mase tengah record, umi pulak message aku cakap yang dia dah sampai? Hah? Dah sampai? Lelaki tuh dah macam takut. Aku pon takut, tapi takpe, aku dah mintak kebenaran umi pon nak jumpa diaa. Umi tak kisah pon, sebenarnya, umi sengaja amik aku awal, dalam 5.30 tau, sebab takmo aku date dengan diaa! :P Ahaha.Tapi takpelah. Hari last kot kan? 
 Hmm. Aku rase hari dah lewat petang nie. Aku berhenti sampai sini je dulu okay? Nanti ade ape-ape hal aku update lagi. Bye korang~ Thanks sudi singgah blog aku. Sayang korang~ 

Nota Hijau : Sampai sini je hubungan kitorang, dah takkan ade ape-ape dah. Kitorang dah janji taknak ade ape-ape, sebab dia lebih selesa kawan dengan aku je. Eh, aku kan PRS. Sebenarnya, dia client aku lah weh. Macam mane lah boleh tersangkut dengan client sendiri nie kan? Ahaha :) Takpe lah, btw, korang malam nie aku ade Dinner Tingkatan 5 dekat Wisma Tuah malam nie~ Nanti aku upload gambar ye? Bye! :)

Sunday 11 August 2013

Selamat Hari Raya :)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog hijau, ini :) Maaf kalau aku ade tersilap bicara, tersilap mengata korang ye? Lepas raya nie, aku dah Trial SPM :'). Doakan aku agar aku dapat mencapai target aku, In Sha Allah ;) Bye..

Aku just nak post gambar je :)


Umi . Eyda . Abah

Aku dan budak comel. Baju dia sama dengan aku kan? Hmm, dia datang raya rumah aku nie, sebab tuh aku ajak dia amik gambar dengan aku ;)


Tahun nie raya simple-simple je, kuih raya beli sikit je. Sebab takmo membazir. Tahun lepas, banyak kuih raya yang tak habis. Btw, aku suka baju nie, sebab nampak slim je aku kan? Eh? :P


Raya kedua :) Dalam bekas kecik-kecik nie ialah tapai pulut. Atau di Kelantan, kitorang panggil sebagai tapeyyyy :) Muehehe. Eh? Dalam bekas? Bukan ke orang selalu bungkus comel-comel masuk kan dalam daun pisang atau daun pokok getah ke? Ha'a, memang lah. Umi aku sengaja cari kelainan tahun nie tau. Aku rase nak bawak jugak lah tapai comel nie nanti Hari Raya dekat sekolah aku. Buat dalam warna hijau dengan biru? Ade bran? :P




NOTA HIJAU : Trial Oh Trial :) Kepada calon SPM 2013 di seluruh Malaysia, Good Luck okayyyy? :) Kepada joeda, relax relax relax ;) Tumpukan dekat Trial dulu, lepas tuh, kita bincang pasal kita nie :P Hmm.

Sunday 21 July 2013

Kun Fayakun

2 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Entrie nie ditaip pada Hari Khamis! :D

Assalamualaikum dan selamat petang :(

Hmmm. Kun Fayakun. Jadi, maka jadilah. Tu kata-kata Allah dalam al-Quran kan?

Mesti korang pelik kenape smiley aku kat atas sana tuh sedih kan? Untuk pengetahuan korang, semalam 17 Julai 2013 merupakan detik yang paling sedih dalam hidup aku tau? Rumah aku terbakar. Hmm, patut lah aku senyap je kat sekolah kelmarin. Rupa-rupanya, tuh merupakan tanda-tanda musibah akan berlaku kepada diri aku dan keluarga aku. Lebih-lebih lagi kat umi dan abah aku.

Umi, Abah, sabar deh. Nok wak gano, bendo doh nok jadik… Hmmm.


MACAM MANE BOLEH TERJADI?


Puncanya satu je, berpunca dari API lah. Adik aku yang istimewa yang main. Tapi, tak tau dia amik mancis kat mane. Semalam, mase kejadian tuh terjadi aku ade kat sekolah. Kejadian tuh mungkin terjadi dalam pukul 12.30 p.m sampai 1.00 p.m. kot. Tuhan je yang tau macam mane perasaan aku..

Sebenarnya, umi aku dah call aku banyak kali, tapi aku tak angkat. So, Umi call Ustaz Tarmizi cakap kat dia yang rumah aku dah terbakar. Mase tuh aku ade kat makmal Fizik.. Dalam pukul 1 lebih-lebih, Ustaz masuk makmal dari pintu belakang. Dia cakap, Assalamualaikum Cikguuuuu. Ustaz pon tarik tangan Cikgu Ab’llah  macam Rory tarik tangan Granda pergi ke luar makmal. Eh? Ape kaitan dengan citer Catch Us If You Can pulak nieeeee? :P 

Memang lame jugak kot Cikgu cakap dengan Ustaz..Aku memang takde suspen ape-ape pon. Mase Cikgu cakap dengan Ustaz tuh, aku pon sambung nota-nota yang cikgu mengajar tadi..

Lepas tuh, Cikgu Ab’llah panggil aku,

“Ida/ Mekda mari meta” *Aku lupa dia panggil aku ape*.

Hahhhhhh? Aku pon tanya kawan aku Ika, Ika, cikgu panggil ore kea? Ika cakap hom. Aku pon keluar pergi dekat Cikgu dengan Ustaz. Ustaz macam tak mau cakap je dekat aku. Dia macam nak ‘simpan’. Cikgu Ab’llah relax je. Pastuh, Ustaz cakap,

“Asnida, Umi awak talipong ko sayo. Yo suruh awak balik laluh. Yo nok gi lain..”

Aku macam pelik je. Kenape sekarang? Sekarang kan masih pukul 1 ++, kenape umi call ustaz? Kenape Umi tak call aku sendiri? Lepas tuh, takkan aku nak balik sekarang? Mesti cikgu Ab’llah tak bagi. Aku pon tanya Ustaz,

“Ustaz. Bakpo nie?? Ado gapo bena? Cikgu, bakpo? Cikgu, sayo nak wak tubik talipong nie??”

Cikgu Ab’llah pon cakap, “hom takpo.”

Aku pon tengok telefon aku, nampak missed call dari Umi aku. Aku pon terus call umi aku. Tapi tak dapat! Aku try lagi. Baru lah dapat! Aku pon tanya umi aku,

“Bakpo Umi? Bakpo keno balik laluh? Kalu tunggu pukul 2 tokleh ko?”

“Takdop gapo-gapo, Umi nok gi lain nie. Mari lah balik laluh, da duk mano tuh?”

“Duk koloh lah, kat makmal Fizik. Okay okay da balik laluh”

Aku pon mintak kebenaran Cikgu Ab’llah. Aku tanya cikgu aku, takpe ke kalau aku balik nie? Cikgu cakap takpe, awak boleh balik sekarang. Emergency kea. Aku pon macam pelik je. Ape yang emergency? Pastuh aku tanya Ustaz lagi, kenape sebenarnya? Ape yang berlaku nie? Tapi, Ustaz cakap tak tau. Memang Ustaz tak cakap ape-ape. Dia suruh aku balik je. Aku pon terus masuk dalam makmal Fizik, simpan barang-barang aku! Budak-budak kelas aku tanya, Kenape Eyda? Kenape Eyda? Aku pon balas lah, Tak tau, Umi aku suruh balik sekarang. Aku tak tauuu! Aku terus keluar, dekat si handsome aku pon aku tak pandang. Sorry dear!

Aku pegi kelas aku, amik barang-barang dan simpan terus balik! And what the menyerabutkan ialah, mase aku nak balik, Guard tak bagi aku balik. Kan aku datang dengan motosikal. Jadi, mase aku nak start motor, dia cakap pukul 2 baru boleh balik. Bila aku cakap yang Umi aku yang suruh balik, and Cikgu pon dah bagi. Barulah dia bagi..

Hmm, disebabkan aku tak sabar sangat nak tau ape yang berlaku sebenarnya? Aku dah berubah dari jadik pengguna jalan raya yang berhemah kepada tak berhemah. Dahlah, mase aku nak balik, ade kerete polis! Polis tuh tengok aku dengan muka lagak handsome, tapi bila dah kalut macam tuh, tak sempat aku nak senyum balik! :P Eh eh. Tak dia senyum sebab maybe aku bawak laju kot? 

Ha’a, memang aku bawak super duper laju kot. Untuk pengetahuan korang, Sesuper Duper laju aku pon, setakat 40-70 km/h je.. Hmm, bila aku sampai rumah, aku nampak ramai gile orang kot. Aku ingat ade “kem@t!@n” :’( tau! Tapi, ape yang aku pelik, kenape ade bomba?? Pastuh aku nampak abah kawan aku, abah Ain Syahirah, bomba! Aku pon parking motor dekat Umi aku. Aku nampak ramai Cikgu-cikgu sekolah rendah aku dulu merangkap kepade kawan-kawan umi aku ade disamping umi. Aku pon pegi dekat Umi, aku tanya dia. Ape yang berlaku nie? Umi aku pon cakap, “Rumoh kito terbakar lah anok tino wehhhh”. Nak gugur rasenye jantung aku tau! Aku rase kalau aku ade baby, memang aku akan terberanak kat situ terus kot! Eh? Metafora~ Hiperbola~

Aku pon tanya Umi aku, macam mane boleh terjadik? Umi cakap yang Abe yang main api. Abe merangkap kat adik aku yang istimewa tuh lah.. Hmm.

Pastuh, aku terus cari adik aku yang Iqbal (adik bongsu aku) dengan Abe (adik istimewa aku) tau! Aku cari abe! Bila dah jumpa, dia datang peluk aku!! Aku balas pelukan dia, pastuh cium dahi dia! Hmm, Mujo lah abe takdop gapo-gapo kea? Kak Ngoh relo rumoh terbakar dari abe terbakar dale rumah tuh tau.. Pastuh, dia pegang pinggang aku. Aku tanya dia, Bakpo nie Abe? Abe main api ko? Dia cakap “DOP”. Hmm, kalau tanya dia, mesti dia cakap dop. Tanya dia makan nasi ke, dia angguk. Tanya dia dah mandi ke, dia angguk biarlah dekat muka penuh dengan asap hitam pon. Aku faham. Anak istimewa memang macam tuh. Lepas tuh, aku angkat pastuh dukung adik aku yang bongsu tuh. Dia macam takut tau! Dia macam sedih dengan ape yang berlaku! Mase aku angkat dia, dia peluk aku dengan erat tau! Memang kemas gile! Nak lemas aku dalam pelukan dia~ Bila aku tanya dia sape yang main api, dia cakap Abe! Aku tak tau~ Tapi ape yang pasti muka dia macam ade riak “muka bersalah” tau. 

Aku ade berbual dengan Umi aku, Umi aku cakap, patutlah beberapa hari sebelum nie, mata kiri umi selalu je bergerak-gerak. Umi aku macam dah pelik, sebab sebelum nie kan, mase Adik Ipar Cikgu Nik Nurul Hayati nak “takde”, Umi aku jugak rase mata kiri bergerak. Umi aku cakap, hmm macam ade khabar sedih je. Umi tak sangka perkara nie akan berlaku tau?

Kakak aku pulak, dekat U dia, dia sendiri rase perlu berjimat-cermat. Pastuh, dia rase berdebar-debar tau.. Macam ade something akan berlaku. Rupa-rupanya, memang akan ade benda berlaku! Benda nie lah, kejadian nie.

Korang tau? Aku pon ade feeling jugak tau? Mase tuh, aku nak pegi solat terawih, pastuh aku tengok baju-baju penuh dekat adik-adik aku tengah tengok tv. Pastuh hati aku cakap,

“hmm, kalau lah rumah aku terbakar”

Aku tak tau kenape aku boleh hati aku cakap macam tuh. Dan tak sangka benda nie jadik!

Okay aku rase sampai situh je dulu cerita aku. Sebenarnya aku nak upload gambar, tapi Umi tak bagi. Sebab umi cakap, pihak bomba nak datang balik, nak kira berape kerugian.. Sebelum aku mengundurkan diri. Aku nak mintak maaf kalau aku ade buat salah dengan korang ye? Hmm. Bye. Assalamualaikum.




NOTA HIJAU : I love you Umi dan Abah. In Sha Allah, da ake study molek wak umi happy tahun depe deh! Da tau, umi nga abah doh banyok berhabis nok siap rumoh mulo kea. Nie, kito duk rumoh baru tok dea setahun pong doh takdop doh rumoh lamo. Dugaan berat bagi tahun 2013 kea Umi.. Sabar.

- Asnida Ridzuan is in relationship with Seif Khales -
BYE! :P