Friday, 25 November 2016

Finally masuk Gombak! Yeay!

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Bismillahirohmanirrohim... Assalamualaikum semua! 

Sebelum kita start meneroka ke dunia aku, mehlah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur sebab sampai hari nie kita still hidup dan bernafas! Alhamdulillah. 

Alahai lamanya aku tak menaip, tak update benda-benda kat blog aku nie kan?Dulu takpela, aku freeeeeeeee, sekarang banyak benda nak kena buat. Banyak benda nak kena settle bagai! :D

Okay lupakan. By the way, let me continue to type it in English. Shall I?

I feel so happy as before this I always update sad post like "When I will pursue my studies in Gombakkkkkk?!" Now, I already pursue it, and taraaaaa, this is my 1st Semester and 1st year as Degree student here! :)

BEST TAK?!

Hmmm. Nak cakap best, best sangat! Sebab aku dapat sambung Gombak! Hehe. Pastu, dapat jumpa jodoh kawan baru kat sini! Hehehe. Dulu aku selalu rasa nak sambung belajar luar negara hahahahaha tapi bila pikir balik, tak perlu pon sebab kat sini dah International dah. Nak jodoh foreigner dari negara mana? Pilih pilih! Semua available~ HAHA. Gila. 

Lagi satu, aku suka kumpul kawan-kawan baru dari luar negara! Hehehe. Antara yang aku dah ada, Bangladesh, Indonesia, Aghfanistan, Uzbekistan, Singapore, dan Nigeria. Hehe. Ada classmate aku, ada yang tak! :) Kadang-kadang mesti korang pelikkan, kenapa aku nie jenis layan semua orang? Tak takut ke? Tak tu ke? Tak nie ke?
Hmm. Entahla, aku ada good perception pasal orang nie. Bagi aku semua orang baik! I know I should not have think like all people think like us right? Tapi, serious aku suka kawan dengan semua orang sebab bagi aku, tak dapat pergi negara diorang, dapat kawan dengan dorang pon jadik! Hehehe. Macam mana boleh kenal Monda? 

Macam biasa, ada kenal kot facebook and classmate. Satu lagi, walaupun negara berlainan, but we used the same language to understand to each other. English! I realize that I already improve my English a lot day by day! Wallahi, I feel proud to myself! Kalau ada kawan-kawan aku dari sekolah dulu, dorang tahu lah cemana teruknya English aku dulu. 

Aku tak tahu, dari sekolah rendah, aku dapat 4A 1 B English dalam UPSR, 8A dalam PMR, 6A 3B dalam SPM. Tapiiiii, PMR dengan SPM still aku takut dengan BI! Walaupun umi aku cikgu BAhasa Inggeris! HAHA. Masa SPM tu la first time aku dapat A untuk subjek Bahasa Inggeris aku. Tu pon A- HAHA. Tak sangka jugak sebab aku tak target pon A sebab aku sedar kemampuan aku masa tu.Tapi, rezeki Allah mungkin?

Dulu, nak post status dalam bahasa Inggeris pon takut wey! Sebab grammar aku teruk gila kot! :( Yang aku tahu, lepas "to" kena root word. Tu je aku tahu! Lain-lain zero! Aku pon tak tahu kenapa aku bengap BI sangat dulu! HAHAHHAAH. Sekarang bengap jugak, tapi takdela sebengap dulu. LOL.

Serious, kadang-kadang aku rasa menyesal sangat, asal la aku tak belajar Bahasa Inggeris nie dari dulu lagiiiiiiii! Kat CFS tu aku start dari awal balik! I know its too late for me! Tapi takdelah lambat sangat. Aku ingat masa aku kena repeat empat kali English Placement Test kat CFS dulu, Umi aku mintak aku buat essay UPSR hahaha. Lepas tu, bayang la, banyak grammar aku salah and umi cakap semua grammar tu dia ajar kat budak darjah empat! HAHA! See? No wonderla kena repeat 40 kali EPT! HAHAHA. 

By the way, aku nak share satu lagi pengalaman unik aku setakat aku belajar kat sini tau! Tolong la jangan nak judge foreigner nie sangat! Aku geram betul dengan tipikal or mindset orang kita nie. Kadang-kadang bila aku cakap aku ada kawan dari Bangladesh, mesti orang gelakkan! Ye la, sebelum nie kita nampak orang Bangladesh nie jual karpet la, buat kerja-kerja tengah panas la, apa la, bila cakap dari Indonesia, dorang pikir orang Indonesia nie bawak lari anak dara orang gi Lombok la, bila cakap dari Nigeria cakap orang Nigeria nie awang hitam la apa la. 

Clear your mindset boleh tak? Tolong la jangan nak judge macam tu. Kadang-kadang aku respect dengan dorang sebab bila tanya study apa, kadang-kadang study Master la PhD la! I mean like, "WOW KAW KAW!" Wowwww kot! Nie buat rasa nak kawin dengan foreigner nie! HAHA Nie buat rasa nak lagi bersaing dengan dorang nie! HAHA. Satu lagi, takyah nak takut cakap Bahasa Inggeris. Hehe. Yup, kadang-kadang kita malu sebab kita takde proper Grammar yang betul kan? Cakap pon tak sama dengan Harry Potter! Oh please! Kalau korang pergi negara orang putih sendiri kan, dorang semua pon ada beribu slang! Ada yang cakap main langgar je grammar! So? Nak takut apa?

Kadang-kadang kalau cakap, aku sendiri pon ada salah grammar jugak. Well, macam biasa, akan ada Grammar Nazi datang betulkan grammar aku~ LOL. but, takpela, I don't mind! salah boleh edit and betulkan. Process to learn never end! Tak payah takut buat salah okay? Malu kejap je. Tapi tu la salah satu orang kita nie, bila dengar orang salah grammar, terus bash terus viralkan si pelaku tu! At least, dorang try walaupun salah dari kau tu, langsung tak cuba sebab takut buat salah and kena bash, lepas tu ada hati nak tegur orang lain pulak, gi mammm okay? *Excuse for my inappropriate words okay? 

Okay, aku rasa sampai sini je kot aku membebel! Hehe. Dalam blog nie, aku nak tulis full English jugak, tapi entahla dalam jiwa nie macam blog lagi best kot Bahasa Malaysia! hehe. Tapi aku campur dua-dua bahasa jugak! hehe. Okay sampai sini je dulu okay? Pergi dulu! Bye korang! Semua yang baik tu datangnya dari Allah, and yang buruk tu datang dari aku sendiri. Ye la, kita dipertanggungjawabkan atas dosa kita sendiri, bukan orang lain~ ;)



P/s: Doakan Monda dipermudahkan semua urusan untuk semester pertama nie tau! Hehehe. 10 January nanti tamat final exam aku and balik rumah kejap sebelum masuk hutan! Yeah! :) Bye bye~ ;D