Friday 29 November 2013

Yeayyyy! SPM Dah Habis :)

Hai ! Assalamualaikum :) 


Hmm. Ya Allah, Tuhan je yang tau betapa happynya hati aku nie tauuu :) Hmm, walaupun SPM dah lepas, tak boleh happy sangat. Sebab nanti 14 haribulan nie, ade bende yang nak kene settle lagi. Aduhai! 


Emm. Sebenarnya, aku nak citer pasal hari last sekolah nie kat korang. Hmm. Korang ari last sekolah aku kan, aku ade exam Biologi. Korang tau tak, mase aku exam Paper 3, aku memang dah tak sabar nak dengar gegak gempita dewan bawah bertempiaran tau~ Tapi, tak riuh sangat pon. Aku pon sebenarnya, takde lah happy sangat pon. Happy lah sebab dah tak perlu amik exam yang bagai hell nie. Kenape aku cakap bagai hell? Sebab, aku ingat post salah sorang kawan Facebook aku dalam group Straight A's SPM, dia cakap, Ingat SPM, Ingat Bocor, Ingat Kejam. Nanti aku copy-paste masukkan dalam blog nie ek?



Tahun 2014 .
Buka Newspaper online . Aku baca tajuk utama , muka hadapan .
' Calon SPM 2013 pecah rekod ! '

Aku tak gembira ,
Aku tak bangga .

Bahkan takde langsung secebis rasa bahawa kejayaan yang dikecapi Batch 1996 ini satu Rahmat & satu Barakah dari Allah S.W.T !
Bahkan aku berasa sedih dengan kegemilangan ini .

Kenapa dengan aku ini ?

Bukankah aku patut bergembira dengan kejayaan yang hebat ini ?
Bukankah aku patut berbangga dengan naiknya nama Batch 1996 di persada Bumi Allah ?
Bukankah aku telah menyumbang dalam kejayaan ini ?

Kenapa dengan aku ini ?
Kenapa ?

Ya Allah !
Bagaimana aku hendak bergembira ?

Kalau kejayaan ini tidak ada di sisinya Rahmat dan Berkat dari Allah ?
Ya Allah !
Bagaimana aku hendak berbangga ?

Jika ada kezaliman yang nyata dalam kejayaan SPM 2013 ini .

Orang kata : ' Takde Rahmat & Berkat Allah ? Suka hati kau je ! '

Bagaimana adanya berkat serta rahmatNya sekiranya kezaliman berlaku dalam sesuatu itu ?

' Kezaliman apa ini ? Ada kezaliman ke ? '

Apakah tidak dikira kezaliman jika ada saudara kamu tidak diperlakukan dengan seadil-adilnya ?

' Tidak adil apa ini ? '

Yaa benar . tidak Adil .

Aku ambil contoh Exam Biology SPM 2013 .

'Saudara A' study semua Silibus Form 4 & Form 5 , MasyaAllah , tak terkira banyaknya .
Perlu masa banyak hari untuk 'menjamahnya' .
Manakala 'Saudara B' , belajar , hafal , baca dan jamah topik tertentu , tajuk tertentu , soalan tertentu .

' Mana Zalimnya ? Baca Soalan Spot , biasa laa tu SPM , aku rasa siapa yang usaha cari Soalan Spot , dapat laa soalan Spot , kalau malas , tak dapat . '

Soalan Spot aku tak kesah . Benar , aku sendiri baca and tekankan topic-topic spot .

Tapi , kalau apa yang dibaca itu BOCOR ?

BOCOR .

Benar . Setiap soalan struktur dan soalan esei terperinci diberi .
Memang sangat terperinci .
Bahkan , ada yang dapat Kertas Soalan SPM 2013 + Skema Jawapan 2013 sekali !

Saudara A , apa perasaan kau ?
Saudara A , adakah ini adil bagi kau ?
Saudara A , kudrat yang kau curah untuk Exam BIO itu banyak tidak terkira , bukan ?

Ehemm ,
Saudara B , seronok ? dengan kesenangan yang kau hadapi dalam SPM ?
Apakah kau tidak rasa kau berlaku Zalim ?

Bukan Zalim kepada seorang ? Bukan Zalim kat 2 orang .
tapi , Beribu-ribu calon SPM 2013 !
Dengan Kezaliman ini , apakah masih ada keberkatan dan kerahmatan Allah ?

Make things worst , bukan setakat BIO .
Tapi , tapi start Exam BM SPM 2013 sampailah hari ini .

Andai Allah beri kemenangan dan kejayaan dalam Batch kita ,
Sedarlah , itu bukan Rahmat , itu bukan berkat ,

itu Istidraj !

Apa itu Istidraj ? Google je laa .

Jangan Hairan kalau keluarga anda semua 'hancur berai' , 'kacau bilau' .
Jangan fikir jauh , fikirkan semula tiga perkataan ini , ' SPM , BOCOR & ZALIM ' !

The End .

Allahumma Sallim Nafseenaa , Batch SPM 2013 ! Ameen
 
Oh ye, malam sebelum exam Biologi tuh, aku ade mesej dekat umi aku, bagi tau dia, yang aku nak balik lewat nanti hari last, aku nak tidur kejap petang tuh, nak balik malam. Tapi, umi cakap yang eleee, pandai nak tipu, padahal nak pergi jumpa tut tut. Ahaha. Emm, memang pon. Lepas dah exam Biologi tuh, aku keluar dewan. Lepas tuh dia tanya aku, nak balik pukul berapa? Lepas tuh aku cakap lah dalam pukul 6.30..Aku pon balik terus asrama. Sebenarnya nak cakap banyak lagi, tapi, aku tak kemas satu pon lagi barang-barang aku. So, aku balik je terus asrama. 

Lepas dah balik asrama, aku call dia, tanya dia kat mane? Dia cakap dia ade kat pondok depan dewan tadi. Aku cakap, nak pegi! Mase tuh dah bukak tudung pong, lepas tuh pakai balik terus pergi dekat dia sambil pakai selipar je. Tapi, aku pon pikir balik. Hmm. Macam gedik jee pulak, perempuan pergi dekat lelaki? Aku pon, mesej dia cakap, Biar jelah, tak jadik pergi. Malas jumpaaa. Dia tak reply message aku. Aku call, dia tak angkat. Aku geram, so, aku buat Screened Number dia. Dah tak nak takpe, kesah ape aku. 
 
So aku pon patah balik masuk asrama, simpan barang-barang. Aku tengok jam, pukul empat. Aku iron baju kurung aku. Aku bawak lebih kot baju kurung aku..So, lepas dah siap iron, aku dengan Mek Jaa pon amik keputusan nak mandi lah, sebab abang dia pon amik lewat kan..? Ape yang lucu, kitorang dah berkemban nak pergi mandi, lepas tuh, ade lipas dari almari buku dekat bilik study keluar, memang melompat kitorang sambil teriak kuat. Maknanya? Maknanya, aku dan mekja takut lipas lah weh! Hahaha. Gila. Serious weh, aku takut lipas tauuu! :) Tengok ciri kat badan dia lah, dah lah koko, lepas tuh, badan berbulu berjari bagai. Mata "besar" macam tuh. Alahai. 
Macam giler glamor jee lipas nie masuk dalam blog aku weh! :P
 
 Tuh kat bilik study. Nie, citer lucu pulak pasal aku. Aku masuk shower, aku kan rabun. So, aku tak nampak lah "batu koko" yang duduk bersadai dalam shower tuh weh. So, aku letak bekas shower aku dekat pintu. Tup tup, batu koko tuh bergerak weh. Bila aku tengok dekat-dekat. Gila! Katak weh! Lagi sekali aku teriak dalam tandas tuh weh! Nasib baik aku tak mandi lagi. Aduhai. Macam-macam jadik hari last nie sekolah nie.. 
 Lepas dah siap mandi tuh, aku pon check phone. Ade misscall dari dia~ Check message dalam Screened Number, ade mesej dia cakap, Selamat Tinggal Untuk Selama-lamanya~ Hmm. Aku pon misscall dia balik? Dia mesej tanya, nak jumpa ke tak nie? Aku balas, mu nak jumpa ke aku? Dia cakap, Dia tunggu dekat tut tut~ Aku pon, okay, aku nak solat japp! Lepas tuh, jumpa lah. 
Bla bla bla. Hmm. Cakap - berbual . Aku pon cakap, jom rakam video kita? yang paling tak boleh blah, dalam telefon dia~ Takpelah. AKu takde telefon canggih-canggih lagi.. Weh, jangan delete tau video aku yang ade dengan kau? Nanti kita jumpa bila-bila, aku nak bluetooth tau? Muehehe :3
Mase tengah record, umi pulak message aku cakap yang dia dah sampai? Hah? Dah sampai? Lelaki tuh dah macam takut. Aku pon takut, tapi takpe, aku dah mintak kebenaran umi pon nak jumpa diaa. Umi tak kisah pon, sebenarnya, umi sengaja amik aku awal, dalam 5.30 tau, sebab takmo aku date dengan diaa! :P Ahaha.Tapi takpelah. Hari last kot kan? 
 Hmm. Aku rase hari dah lewat petang nie. Aku berhenti sampai sini je dulu okay? Nanti ade ape-ape hal aku update lagi. Bye korang~ Thanks sudi singgah blog aku. Sayang korang~ 

Nota Hijau : Sampai sini je hubungan kitorang, dah takkan ade ape-ape dah. Kitorang dah janji taknak ade ape-ape, sebab dia lebih selesa kawan dengan aku je. Eh, aku kan PRS. Sebenarnya, dia client aku lah weh. Macam mane lah boleh tersangkut dengan client sendiri nie kan? Ahaha :) Takpe lah, btw, korang malam nie aku ade Dinner Tingkatan 5 dekat Wisma Tuah malam nie~ Nanti aku upload gambar ye? Bye! :)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)