Saturday 18 August 2012

TIPS : Tips Untuk Menjaga Rambut Rebonding

55 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Hello dan selamat sejahtera kat semua bloggers dan readers !
Memandangkan esok dah raya ! Aku sure korang dah siapkan semua persiapan untuk raya kan?

Kutip dari Encik Google jeeeee :)

Okey, memandangkan esok dah raya, maybe ramai perempuan kat luar sana dah berpusu ke saloon atau pon spa mana untuk melakukan rebonding ! Okeyy, same with me ! Actually, nie merupakan fes time pengalaman aku pegi rebonding rambut tau? HAHA :) Memandangkan aku dah ade kat depan laptop nie, aku nak citer pengalaman  festime buat rebonding nie ye. 

Aku buat nie mase hari Khamis, pegi kat Kedai Rambut tuh dalam pukol 12.30 hari lebih laa. Aku ingatkan buat rebonding nie sekejap, rupanya lama jugak yee? Jenuh mak menunggu, :(. Menurut auntie Mek Cina tuh, amik masa dalam 3 jam, tapi bila aku pegi ari tuh ( with my mom and sister(s) ), 5 jam jugak lah nak buat rebonding nie. Mane tak lama,mase aku pegi ari tuh, 7 orang nak rebonding rambut termasuk kami tau. Sampaikan Auntie Cina tuh terpaksa tolak permintaan customer yang sampai lambat.  

Cara Rebonding Rambut :D

1. Rambut nie mesti dicuci dulu ye you olls sekalian. 
2. Keringkan rambut you olls sekalian dengan skering-keringnyaa, korang boleh guna hair dryer ye :)
3. Kemudian, Auntie tuh pakaikan Krim Untuk Straight kan rambut. Dan kene tunggu dalam setengah jam jugak kot.
4. After that, kita kene cuci rambut tuh balik.
5. Pastuh keringkan guna hair dryer dan amik sisir yang bergigi nipis dan iron rambut tuh guna iron rambut. 

iron rambut
Jangan guna yang nie sudah yee ?? :P
kalau korang gune iron pink nie, bukan rambut je takde, kulit rambut pon takde. 
YANG ADE ?
Tempurung kepala you ollsss jee huhuhu :D
Okayyy, aku urau je..
6. Lepas dah siap ulang balik step 1-5 yee, kemudian dah siappppp ! 
7. Bila dah siap semua, korang boleh lah potong rambut tuh nak buat bertingkat (layer) ke ataupon nak samakan yang bawah. Tapi pastikan korang kerat sikit rambut hujung yang baru rebonding ye, sebab rambut kita nie pecah sikit yang hujung.   

Tapi, aku rasa baik korang pegi sendiri je kat saloon rambut, sebab orang kat saloon rambut lebih pakar dalam bidang dia ye dokk ? Nanti tak pasal-pasal takde pulak rambut korang tuh nanti? Tak merasa suasana glamor lahh ye? Heeeee :3

Okeyy, now here we gooooo !
Sekarang aku akan kasi tips untuk menjaga rambut yang telah direbonding kan okeyy ?

Tips Menjaga Rambut Rebonding;
  • Sejurus melakukan teknik pelurusan, elakkan mencuci rambut selama 3 hari. Ini adalah untuk memastikan krim rebonding tadi telah betul-betul menyerap pada rambut.
  • Elakkan mengikat rambut terlalu kuat.
  • Elakkan menyelit rambut ditepi telinga atau menyepit rambut dengan terlalu lama.
  • Elakkan menggunting rambut cara bertingkat (layer) atau menipiskan rambut yang direbonding terutama selepas 2-3 bulan teknik dilakukan. Ini kerana rambut anda akan mengembang kerana rambut dalam keadaan tidak sama panjang.
  • Elakkan dari kerap mengikat rambut terlalu ketat kerana rambut akan berbekas.
  • Gunakanlah serum setiap hari pada rambut.
  • Pastikan syampu dan perapi anda khas untuk rambut rebonding.Dah tak perlu pakai syampoo rambut yang korang pakai sebelum ni. Pakai je syampoo yang khas untuk rebonding rambut. Hehehe :D
  • Lakukan pupur rambut (D.I.Y.) seminggu sekali. Dan pakai Minyak Vitamin kat rambut tuh pada bila-bila masa yang sesuai. Aku pon pakai dalam sehari sekali. Pakai sikit pon dah cukup ye? :)
  • Elakkan mewarna rambut selepas melakukan teknik rebonding kerana rambut akan terlalu kering dan akan rosak (Overprocessed). Jarak waktu yang terbaik untuk mewarnakan rambut selepas rebonding ialah sebulan selepas meluruskan rambut. Tapi aku tak warna pon rambut, sebab rambut aku kan dah natural warna brown gituhh. 



    Okeyy, semua tips aku dah bagi yee, kalau ade yang salah dan silap boleh komen tauu! Takpe, aku tak kesah kalau ade yang aku bagi tuh tersilap. Hehe. Kalau ade yang lagi tips pon boleh kongsikan dengan aku sekali :) Okey, nampaknya masa dah mencemburui aku. Got to go now ! BYE !