Sunday 11 November 2012

Tertekan :')

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan selamat pagi. Eh?

Aku tak mahu pendahuluan yang berjela-jela, jadik aku just nak citer straight to the point je terus.. Yeahhh ! Nampak tak tajuk kat atas tuhh? Okayy, kalau korang tak nampak, let me repeat it :)

Tertekan :')

Tertekan :')

Tertekan :')

Tertekan :')

Tertekan :')

Kalau korang perasan, (Kalaulahhhhh...) yang walaupun tajuk aku tuh ialah Tertekan , tapi smiley yang aku buat tuh smiley yang menangis dalam kegembiraan. I guess. But, I think it just a decoration only.. Hmmm, hari nie dah hari Ahad, so dah tiga hari pelajar sekolah seperti aku dah bercuti kan ? Hmmm, aku sangat tertekan dengan somebody. Kadang-kadang aku rasa baik aku takde lagi bagus. Aku tak tau pendapat somebody itu. Sebab semua tindakan yang aku buat semuanya salah. Aku tau, kesilapan yang aku buat takdelah teruk sangat, tapi semua macam nak melampiaskan marah tuh kat aku, umpama aku lah manusia yang paling jahat di dunia ini, (hiperbola yang melampau pulak, kan Cikgu Rohana :'] ? ) Dekat sekolah perangai aku lain sangat, kehidupan aku orang lain nampak happy, nampak aku nie seorang yang happy-go-lucky, nampak aku mesra dengan everyone, nampak aku seorang yang tak pernah ade masalah dalam hidup. Walhal ? Hmmm, masalah bertimbun atas kepala, atas bahu aku lagi.

Aku tak kisah orang nak tegur atas kesilapan yang aku buat. Tapi biarlah tegur aku secara berhemat. Jangan bagi aku malu depan orang lain. Oh yaa, aku ingat ye, masa dua tiga bulan yang lalu, kawan aku pernah tegur aku tak tutup aurat dengan sempuna, ala maksud aku aku dah pakai baju t-shirt lengan panjang, tapi aku sising ( aku tak tau sising dalam bahasa luar ..) Which is macam kat bawah nie,

Lupakan muka aku yang sembab with eyebag besar ye? Terima kasih :)

Hey, aku tau tu salah aku, tapi tegurlah dengan sebaik-baiknya. Tapi, aku pelik dengan dorang nie, dorang tegur aku tapi dorang sebar tudung dorang.. Untuk pengetahuan orang luar, sebar tudung nie ialah bila orang pakai tudung bawal, lepas tuh hujung tudung bawal tuh orang letak bersilang atas bahu dan dada orang tuh akan terserlah.. (Betol laa ape yang aku cakap kan? Takde yang pelik kan? ) Hmmm, maknanya, korang tegur orang, kene reflect kat diri korang jugak. Aku bukan tak puasss ati dengan korang. Tapi, itulah yang aku mahu maksudkan. 

Oh yaa, aku juga amat terasa ati bila one of ma friends said aku nie perempuan dekat Disko? Aku tak tauu ape maksud dia cakap macam tu dekat aku. Tapi mase tuh, aku bukan nak sindir dia, tapi aku just buat lucu which is aku ingat kawan-kawan aku akan ketawa bila aku buat lucu, tapi dia dah tersentap dan cakap aku something yang memalukan aku. Untuk pengetahuan korang, perempuan dekat Disko nie ade bermacam-macam jenis, ade something, ade bar attender, ade penari, ade penyanyi, dan macam lagi-lagi lah yang aku tak dapat nak list dekat sini yang semuanya itu akan/ harus/ wajib melayan lelaki kan? Persoalannya, adakah aku nie pernah pegi disko? Pernahkah aku bercakap over-over dengan lelaki? Pernahkah aku  sendiri yang mengajak lelaki makan dengan aku kat sebelah aku? TAK PERNAH!! I repeat, TAKKKKK PERNAHHHHHHHHHHH ! Walaupun korang nampak aku macam nie, kalau aku nak bercakap dengan budak laki kelas aku pon, mesti aku akan pikir, Hmm, baik aku cakap cepat-cepat, nanti mesti orang cakap aku gedik~ So, aku terus duduk kat tempat aku balik. But noww, semua dah berubah. Think about it guys :')

Dan, aku jugak orang yang cepat terasa hati dengan orang yang marah aku. Setakat ni, kat sekolah aku, tak pernah orang marah aku secara over. Tapi, kalau aku dekat rumah, kalau umi aku marah dengan aku, mula-mula aku dengar, tapi, bila umi aku dah makin kuat marah aku, aku rase macam nak menangis. Jadi, aku terus pergi kat somewhere yang boleh buat air mata aku turun selaju-lajunya. Sebab, aku tak nak menangis depan umi aku. Aku malu ;)

Aku rasa nie je kot yang aku nak update setakat nie. Aku tau, maybe ade yang terasa hati dengan pen-taip-an aku nie kan? Tapi, aku tak tau nak guna medium ape untuk meluahkan perasaan aku. Dalam entrie aku sebelum-sebelum-sebelum nie kan, aku pernah cakap yang aku dah ade diary kan, cuma aku malas nak menulis sebab aku lebih suka menaip. Bila menaip, aku suka dengar tup tap tup tap bunyi keyboard bila aku tekan atas body nya yang berpetak-petak. 

Ini bukan jari aku. Lalalalala ~
Jadik, sempena cuti yang panjang ini, aku nak mintak maaf dengan sesiapa yang aku dah buat terasa, tersentap dan macam-macam lagilah. Nampaknya, masa dah mencemburui kita, jadik kita akan berjumpa di lain waktu dan hari yang tidak sama lagi. Bye :) 

PESANAN PENAJA :


1. Ingatlah, masih ade orang yang sayang kita kalau orang lain bencikan kita.
2. Tegurlah orang lain sebaik-baiknya.
3. Jangan cepat merajuk ! :)
4. Jangan mudah melabelkan orang lain perkara yang teruk.