Sunday 21 February 2021

CIk Monda X Bukit Sri Bintang!

2 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Hai, Assalamualaikum korang! 

Hehe. Rindu aku tak? Ceh. Baru update semalam dah acah nak ada orang rindu kan? Ngada tak? Ya. Saya mengada dan saya tahu saya mengada~ hahahahah. Semalam kan aku dah bagitau korang kan aku nak end cepat-cepat post semalam sebab nak gi hiking kan? Haha.

Cerita dia macam ni, malam tadi, roommate aku, Anis Syafira, ni dia kejutkan aku untuk dinner~ Aku pon semalam dah Day 2 mengamalkan Diet Cara Dianz. Thank you sangat kat Auni, merangkap kepada Squad 009 dalam keluarga Airforce aku, sebab aku ada mengadu dalam Whatsapp aku yang aku dah mok-mok, so dia reply la yang dia ada buat Diet Cara Dianz (Korang boleh click link tu kalau nak follow Telegram dia tau). Aku balas aku diet. Ceh. Dia cakap, takpe, hari ni sehari je Cheat Day~ Hahaha. Aku pon okay la, tu masa makan tu dia cerita dia ada hiking pergi Bukit Bintang. Eh? Bukit Bintang?

Takdela, aku tipu je. HAHA. Dia pergi hiking Bukit SRI BINTANG laa dengan kawan-kawan UniKL-BMI dia. Pastu, dia cakap, kawan dia, Fathi nie, like everyday pergi hiking? Aku macam wow seriousla? Aku pulak jenis kalau nak pergi tu, kalau boleh nak now jugak~ hahahaha takde la nak sekarang pon. Tapi korang faham tak, dia macam, selagi korang tak dapat sesuatu, korang curious macam mana kan? Aku macam tu la. hahaha

Pastu, malam tu jugak dia call Fathi, tanya, 

"Free tak esok? Kalau free, girlfriend nak ajak pergi hiking~" 

Hahahah. Alhamdulillah, Fathi free hari ni! Yeay! 

Lepas tu, malam tu jugak aku Whatsapp and set semua dengan dia. Acah-acah nak sunrise la kan? Tengok-tengok dah sampai lambat dah :( Like 7.30 macam tu kot kitorang sampai bawah, kan Fathi? Saya lupa pulak~ *I know this guy will read my blog~ Hahaha.

Ada ke kawan-kawan aku dah pergi Bukit Sri Bintang ni? Hehe. Kalau ada, aku jela yang terlambat ya? Hehe. Okay fine, tak kira-kira, terlambat ke tak ke, aku nak update jugak~ *Dah laa, Monda~ Merajuk, dah la lama tak update blog hijau ni. Dari 2016, sampai 2021 baru nak update?

Sabar-sabar semua. Ehe. Aku ade je ni untuk korang. Aku pon taktau mana semangat blogging aku hilang. Tetiba, out of sudden rasa nak update balik~ Hahaha. Mana tahu, nanti anak aku tetiba, mommy mommy, sepanjang hidup mommy atas dunia ni, mommy buat ape je? Takde la nak cakap, Mommy bangun makan tidur je nak~ Haaa. Hahahahhaha. 

Okay aku nak share gambar-gambar aku gi hiking semua! Haha. Dalam Facebook dah update, dalam Instagram pon dah update! Haha. Tapi semua tu sikit je, aku akan update banyak dalam blog ni~ hahahahah. Yela, buat apa kamu penuhkan Gallery tapi nak simpan buat perkasam kan gambar tu? Hahaha. Baik la aku update dalam blog~ Hehe. 

Jom tengokkkkkkk! Hehe. By the way, susunan gambar mengarut je sebab aku mabuk, tak sure kawasan mana dulu. Sebab ni kan first time aku datang sini. hahahaha. Layan jela nak gambar mommy~ Mommy lupa sangat dah hahahaha. 

Nie masa kitorang naik dari kawasan kuari. 

Buai laju-laju, 
Sampai pokok sena,
Apa dalam baju, 
Sekuntum bunga cina~ Hehe. 

Ni, Fathi cakap lompat lompat~ Hahaha ikut jela. 

Nie masa dia tegur, haippp, minum air duduk! HAHA. Selekeh aku ni, minum air tak duduk. Eeeee. 

Ye ye. Baik baik. 

Ignore muka aku wey, hahahaha tapi aku nak update jugak~

Eyda tengok apa tuuuu? 

Nasib baik ada tali, kalau tak....... Hmm. 

Fathi: Kibar kibar bendera tu~

Monda check Bintang Corner yeayyyy! :D







Lompatttttttt!

Kawasan ni cantik gila! :) Kawasan kuari. Ada banyakkkkk sangat batu bersusun-susun. Subhanallah, cantik sangat ciptaan Allah. 

Ni la batu yang aku cakap tu. Aku pon tak sure, manusia ke ... 

Dah pendek,tu pendek la. Hmm hmm. 


Ye ye. Tak sampai...

KLCC? 

Fathi: Cangkung cangkung~ Hahahaha jadi la posing cangkung tu. Aigo~

Hey. Sini pon aku sukaaaaa! :D


Sini, bawah tu ada lubang dalam tau. Takutttttt. Kalau jatuh kat situ.... Allah. 





Done~ Yeay, done update semua. hehe. Banyak lagi sebenarnya, tapi tu la, takut korang bosan pulak kan? Hahaha. Okay tu je. Thank you sudi baca blog aku. Hehe. 

Okay, ni Fathi~ Thank you Fathi sudi hiking lagi. Haha. Kalau aku mesti dah taknak hiking, tapi dia nak je. And aku suka gila the way he keeps the positive vibes with other hikers too, "Morning! Morning!". No wonder people love to hike ya? Banyak gila Chinese tadi, tapi Indonesian and Philiphines pon ramai jugak. There were also hikers that brought their pets (Dogs) to hike too tau. Dah la anjing-anjing yang besar-besar and bulu kepok-kepok tu. haha. Rasa nak sentuh je tadi, tapi malas pulak nak sertu-sertu tu. Haha.  


P/s: Nak pergi lagi please. Weekend please. Haha. Sekali seminggu pon dah okay dah. Rindu sangat nak masuk hutan semua~ Omg. Next? Hehe.

Saturday 20 February 2021

Officially habis belajar! :)

1 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Hai! Assalamualaikum korang! :)

Omaigod, lama sangat dah aku tak post apa-apa kat sini kan? Mesti korang pon dah tak ingat aku kan? Hahaha. I'm fine and I'm doing good with my life right now :) By the way, kalau korang dah baca previous post aku sebelum ni, korang tahu aku dah berada diakhir semester dah masa tu kan? Hehe. Oh ya, aku ada satu perkara penting nak announce untuk korang tau, which is, aku rasa nak start bergiat aktif balik la dalam dunia blogging nie :)

Aku bersyukur sangat sebab for me, blog aku kemas dan cantik sangat walaupun aku edit ni masa 2-3 tahun awal aku aktif dalam blogging ni. Aku nak edit-edit balik, nak kemaskan coding-coding semua, sumpah dah lama wey. AKu dah tak ingat dah. Kalau sikit-sikit tu boleh la, kalau nak aku ubah balik satu blog, cannot wey. hahaha

Koranggggg, aku sebenarnya kan, banyakkkkkk sangat cerita nak cerita kat korang. Hahaha. Ape yang terjadi dalam tempoh aku belajar, aku banyak luahkan dalam Facebook, Instagram dan Twitter private aku actually. Lain-lain, seperti yang koang nampak tu la, aku jarang sangat aktif dalam blogging ni. Hehe. Aku rasa nak aktif balik sebab aku pikir aku otak aku dah berkulat sangat dah nak buat ayat gajah rimau semua. So, aku pikir, amat lah okay kalau aku aktif balik so aku dapat hubungkan sel-sel otak aku ni untuk berhubung semua kan? Gitchew~

Masa aku taip previous entrie sebelum ni kan, masa tu aku taip blog tu 8 August kan? Aku rasa macam Allah menjawab permintaan aku kah- I mean, aku ada mention dalam blog aku yang aku nak cari keje kat KL kan? Alhamdulillah, I got my first job right after I finished my studies tu jugak pada waktu tu... :') Rasa nak nangis pulak taip benda ni... Ape yang aku share kat sini, takde niat untuk menunjuk atau show off dengan apa yang aku ada sekarang, jauh sekali, cuma aku nak share supaya bila masa aku sedih or rasa down dengan apa yang berlaku dimasa hadapan, aku nak diri aku tahu yang "aku" sendiri ada untuk diri aku bila masa aku sedih or jatuh okay Eyda? You are worth to be where are you right now.

Aku nak share apa yang aku buat masa last semester tu je, like how you wanna hunt the job masa tengah study lagi. Aku nak cakap aku hunt pon tak jugak, sebab aku ade share dengan squad perempuan aku, Mahirah, yang aku nak sambung cari kerja kat KL alang-alang dah ada kat KL ni. hehe. Lepas tu, dia ada pass ads untuk aku. Ads tu mula-mula aku tengok amcam segitu je, tapi aku apply jela sebab aku tengok salary dia agak menarik haha. Ingat scam ke apa ke. 

For me, aku dah lebih dari bersyukur sangat dah dengan apa yang aku dapat sekarang. Nak beli make up tu lepas la, nak belanja family and adik-adik kesayangan aku semua tu lepas la, hehe. Masa aku taip entrie tu sebelum ni kan, tu hari Sabtu!


Ahad (9 August 2020) - First and last paper untuk subject World Literature
Isnin (10 August 2020) - Interview dalam Skype
Selasa (11 August) - Aku dapat result interview aku yang cakap aku dah boleh masuk kerja keesokan harinya dah untuk first day training! 
Rabu (12 August 2021) - 1st day training untuk kerja di Menara T* O** as CS under project S. 


Cepat sangat benda ni berlaku tau sampai aku dah kerja sampai hari ni dah kat company tu. Tapi tu la kan, disebabkan Covid semua benda ni... Hmm :( Kitorang sempat kerja berapa bulan je kat office sebelum company aku hantar semua staff balik rumah and start kerja dari rumah semua. For me, aku lagi suka kerja kat rumah, kat office pon best jugak tapi tu la, masa aku kena shift pukul 7 am, sakit jugak bila banyak kali kena tag late. hahaha. Yela, kena bangun awal semua kan, mana tak sakit kalau kamu bukan morning person, aiyo~ Tapi tu la, bila kamu dah kerja ni, semua tabiat-tabiat masa student dulu kena buang la okay? 

Aku pon masih banyak nak kena improve diri ni, tak perfect pon :( Tapi tu la, kalau aku nak share Tips-Tips untuk Dapatkan Kerja ni macam tak layak pulak, sebab I'm not sending thousand emails to any company before pon, so memang tak layak sangat nak share gajah harimau dengan korang semua :') It relates dengan rezeki jugak kan? I pon tak sangka jugak i dapat kerja terus lepas habis belajar, orang lain sempat nak chill lepas habis belajar, i memang takde nak chill-chill pon... :'( Balik Kelantan pon sekali je setakat ni, tu pon sebab nak amik kereta je. Balik curi-curi selit waktu weekend je. hehe. 

I nak cerita banyak lagi sebenarnya, tapi I need to sleep well as tomorrow I nak pergi hiking! Hahaha. I dah tak pernah gi hiking kat area KL ni tau, I pernah gi hiking pon masa kat Kelantan, pergi Bukit Keluang. *Bukit Keluang ke Bukit Kluang ek? Entahla nak. Mampu ke Cik Monda nak hiking lagi? Ke pancit? Entah lah nak. hahahahaha.

Okay bye korang! :) Till you see I till you. 


P/s: Cik Monda doakan semua yang dah habis belajar supaya korang semua dapat kerja cepat-cepat okay? Cik Monda bukanla jenis yang memilih kerja actually, main tadah je semua. Tapi, sebab Cik Monda pon ada run bisnes dropship kecil-kecil jugak kan? So, I just like perlukan dua-dua kerja tetap and kerja geli-geli orang kata. I mean, bisnes geli-geli la. Hehe :D Doakan Cik Monda bahagia dunia akhirat ya! Amin~ :D