Friday, 25 November 2016

Finally masuk Gombak! Yeay!

1 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Bismillahirohmanirrohim... Assalamualaikum semua! 

Sebelum kita start meneroka ke dunia aku, mehlah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur sebab sampai hari nie kita still hidup dan bernafas! Alhamdulillah. 

Alahai lamanya aku tak menaip, tak update benda-benda kat blog aku nie kan?Dulu takpela, aku freeeeeeeee, sekarang banyak benda nak kena buat. Banyak benda nak kena settle bagai! :D

Okay lupakan. By the way, let me continue to type it in English. Shall I?

I feel so happy as before this I always update sad post like "When I will pursue my studies in Gombakkkkkk?!" Now, I already pursue it, and taraaaaa, this is my 1st Semester and 1st year as Degree student here! :)

BEST TAK?!

Hmmm. Nak cakap best, best sangat! Sebab aku dapat sambung Gombak! Hehe. Pastu, dapat jumpa jodoh kawan baru kat sini! Hehehe. Dulu aku selalu rasa nak sambung belajar luar negara hahahahaha tapi bila pikir balik, tak perlu pon sebab kat sini dah International dah. Nak jodoh foreigner dari negara mana? Pilih pilih! Semua available~ HAHA. Gila. 

Lagi satu, aku suka kumpul kawan-kawan baru dari luar negara! Hehehe. Antara yang aku dah ada, Bangladesh, Indonesia, Aghfanistan, Uzbekistan, Singapore, dan Nigeria. Hehe. Ada classmate aku, ada yang tak! :) Kadang-kadang mesti korang pelikkan, kenapa aku nie jenis layan semua orang? Tak takut ke? Tak tu ke? Tak nie ke?
Hmm. Entahla, aku ada good perception pasal orang nie. Bagi aku semua orang baik! I know I should not have think like all people think like us right? Tapi, serious aku suka kawan dengan semua orang sebab bagi aku, tak dapat pergi negara diorang, dapat kawan dengan dorang pon jadik! Hehehe. Macam mana boleh kenal Monda? 

Macam biasa, ada kenal kot facebook and classmate. Satu lagi, walaupun negara berlainan, but we used the same language to understand to each other. English! I realize that I already improve my English a lot day by day! Wallahi, I feel proud to myself! Kalau ada kawan-kawan aku dari sekolah dulu, dorang tahu lah cemana teruknya English aku dulu. 

Aku tak tahu, dari sekolah rendah, aku dapat 4A 1 B English dalam UPSR, 8A dalam PMR, 6A 3B dalam SPM. Tapiiiii, PMR dengan SPM still aku takut dengan BI! Walaupun umi aku cikgu BAhasa Inggeris! HAHA. Masa SPM tu la first time aku dapat A untuk subjek Bahasa Inggeris aku. Tu pon A- HAHA. Tak sangka jugak sebab aku tak target pon A sebab aku sedar kemampuan aku masa tu.Tapi, rezeki Allah mungkin?

Dulu, nak post status dalam bahasa Inggeris pon takut wey! Sebab grammar aku teruk gila kot! :( Yang aku tahu, lepas "to" kena root word. Tu je aku tahu! Lain-lain zero! Aku pon tak tahu kenapa aku bengap BI sangat dulu! HAHAHHAAH. Sekarang bengap jugak, tapi takdela sebengap dulu. LOL.

Serious, kadang-kadang aku rasa menyesal sangat, asal la aku tak belajar Bahasa Inggeris nie dari dulu lagiiiiiiii! Kat CFS tu aku start dari awal balik! I know its too late for me! Tapi takdelah lambat sangat. Aku ingat masa aku kena repeat empat kali English Placement Test kat CFS dulu, Umi aku mintak aku buat essay UPSR hahaha. Lepas tu, bayang la, banyak grammar aku salah and umi cakap semua grammar tu dia ajar kat budak darjah empat! HAHA! See? No wonderla kena repeat 40 kali EPT! HAHAHA. 

By the way, aku nak share satu lagi pengalaman unik aku setakat aku belajar kat sini tau! Tolong la jangan nak judge foreigner nie sangat! Aku geram betul dengan tipikal or mindset orang kita nie. Kadang-kadang bila aku cakap aku ada kawan dari Bangladesh, mesti orang gelakkan! Ye la, sebelum nie kita nampak orang Bangladesh nie jual karpet la, buat kerja-kerja tengah panas la, apa la, bila cakap dari Indonesia, dorang pikir orang Indonesia nie bawak lari anak dara orang gi Lombok la, bila cakap dari Nigeria cakap orang Nigeria nie awang hitam la apa la. 

Clear your mindset boleh tak? Tolong la jangan nak judge macam tu. Kadang-kadang aku respect dengan dorang sebab bila tanya study apa, kadang-kadang study Master la PhD la! I mean like, "WOW KAW KAW!" Wowwww kot! Nie buat rasa nak kawin dengan foreigner nie! HAHA Nie buat rasa nak lagi bersaing dengan dorang nie! HAHA. Satu lagi, takyah nak takut cakap Bahasa Inggeris. Hehe. Yup, kadang-kadang kita malu sebab kita takde proper Grammar yang betul kan? Cakap pon tak sama dengan Harry Potter! Oh please! Kalau korang pergi negara orang putih sendiri kan, dorang semua pon ada beribu slang! Ada yang cakap main langgar je grammar! So? Nak takut apa?

Kadang-kadang kalau cakap, aku sendiri pon ada salah grammar jugak. Well, macam biasa, akan ada Grammar Nazi datang betulkan grammar aku~ LOL. but, takpela, I don't mind! salah boleh edit and betulkan. Process to learn never end! Tak payah takut buat salah okay? Malu kejap je. Tapi tu la salah satu orang kita nie, bila dengar orang salah grammar, terus bash terus viralkan si pelaku tu! At least, dorang try walaupun salah dari kau tu, langsung tak cuba sebab takut buat salah and kena bash, lepas tu ada hati nak tegur orang lain pulak, gi mammm okay? *Excuse for my inappropriate words okay? 

Okay, aku rasa sampai sini je kot aku membebel! Hehe. Dalam blog nie, aku nak tulis full English jugak, tapi entahla dalam jiwa nie macam blog lagi best kot Bahasa Malaysia! hehe. Tapi aku campur dua-dua bahasa jugak! hehe. Okay sampai sini je dulu okay? Pergi dulu! Bye korang! Semua yang baik tu datangnya dari Allah, and yang buruk tu datang dari aku sendiri. Ye la, kita dipertanggungjawabkan atas dosa kita sendiri, bukan orang lain~ ;)



P/s: Doakan Monda dipermudahkan semua urusan untuk semester pertama nie tau! Hehehe. 10 January nanti tamat final exam aku and balik rumah kejap sebelum masuk hutan! Yeah! :) Bye bye~ ;D   

Wednesday, 24 August 2016

#RoadToGombak

1 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)

Assalamualaikum semua! Sihat?

Kalau tak sihat takde nak melayan blog aku nie kan? Hehe

Mula-mula sekali, syukur Alhamdulillah, Jumaat nie aku dah dapat daftar ke Gombak dah! Happy sangat! Dua tahun aku tunggu nak masuk sini tau. Kawan-kawan aku yang pergi Asasi dengan Matrikulasi dah tinggal jauh tau! Tinggal aku je terkapai-kapai baru nak masuk Degree. 

Untuk pengetahuan korang, aku akan sambung Degree dalam English Language and Literature. Aku harap aku boleh sesuaika diri untuk Semester Satu nie. Ya Allah, aku harap sangat aku boleh bahagiakan Umi Abah aku.. Aku tau diorang susah sekarang.. Aku taknak susahkan diorang.. Aku rsa tak perlu citer detail la apa yang berlaku, yang pasti,aku nak belajar betol-betol. Aku tak pernah dapat Dean List.. Apa perasaan jadik pelajar cemerlang ye?? :'')

Dahla nie dah kat Gombak. Tak boleh nak leka macam kat CFS dulu... Hmm. Aku harap, bila aku dah kat sana, aku akan selalu tanya khabar Umi Abah, Ata Ma, dengan Pa Ma sekali. I need their du'a to make me stronger than before... Hmm. 

Akhir kata, tegurlah aku kalau nampak aku makin gila, makin pelik, makin jauh. Tegurlah aku.. Tegurlah aku... Aku tak kisah.. In Shaa Allah aku boleh terima slow2 walaupun aku takleh terima benda-benda tu semua. Hmm. Akhir kata, selamat malam semua. Doakan aku dapat jadi pelajar kat sana. Pelajar yang sentiasa menghormati rakan, lecturer, buku,library ;) .. Hmm 

Sunday, 24 January 2016

Hello 2016 :D

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum and Hello 2016! :D


Hai korang, aku ade benda nak citer nie, aaaaaaaa, first nie, nak cakap, aku nak scream out of loud sekarang nie, 


"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"


Okay, imagine kan korang ada masalah yang terbeban kat bahu korang, and rasa takkan lepas selagi benda tu tak release dari korang! And cara korang release dengan pergi natural environment tapi takde orang kat sana macam pantai ke taman ke jeram ke, and korang guna voice out of pitch korang yeah. And, serious rasa release :)


TO: Idaaa <3
By the way, I am happy right now as yeayyy, i already pass for my EPT! Alhamdulillah, thanks Allah, thanks Ya Allah! Firstly, i wanna say thanks for my Idaaaaa! Yeah, you know who you are okay? In case you are reading my blog, thanks for being my good friends ever and be my "boyfriend" that understand me yeah! Huuuu. Thanks for reading and correcting my essay, as I only have problem in constructing sentence right? I don't know how to make it straight to the point and avoid flowery language :) I love you Ida till the moon backkkkkkk. EH? 


Amboi, melampau speech~ Hahahahahah. Okay, tamat~ Yeah, now, naisb baik lah EPT dah lepas, ingat tak previous blog sebelum nie, cakap nak tukar course apa semua kan? Anddd, serious, sebenarnya memang aku dah ambil la borang untuk tukar course tu. Aku gi jumpa lah dengan Madam Adlina, merangkap sebagai Academic Advisor untu course BEN kat CFS nie haaa :) Masa mula2 jumpa tu, aku cakap nak tukar course kan, madam tanya lah, ade berapa subjek lagi tak ambik? And nie sem berapa? AKu cakap la, sepatutnya abis sem tu, (Sem 2, 2015/2016), tapi sebab tak lepas EPT nie, kena extent 2 tahun la asasi saya. Saya ada dua subjek lagi, Law dengan Thinking Skills.



Madam cakap, awak ada dua subjek lagi, Law dengan Thinking Skills and awak nak tukar course sebab takut dengan EPT? Serious? And, untuk pengetahuan awak, awak dah lepas semua subjek requirement untuk BEN and HS.. Awak tahu tak, keadaan awak sekarang macam, awak naik pokok kelapa, sikit je lagi nak capai pokok kelapa tu, and orang suruh awak turun, and awak turunnn? Okay, kalau contohnya, awak dah dapat keje, and orang suruh awak berhenti, awak nak tak? "No". Haaaa, okay takyah lah sister eh?? Awak buat elok2 EPT nie.... :)



Aku nangis lepas Madam cakap macam tu... :'( Serious, aku nangis bukan apa, sebab aku yakin aku boleh buat, tapi, Madam EPT aku untuk sem lepas selalu bagi cadangan untuk tukar course. Bukan cadangan tu tak elok, tapi, why not give me chance before suggesting the other ideas rather than changing course please? Aaaa. So, masa shortsem tu, aku dapat Madam Aimi Syazana. Ya Allah, nie lah first time aku faham EPT nak apa sebenarnya. Dia cakap lah yang essay kitorang dah okay, kita buat ayat ape semua pon dah okay, cuma masalah sekarang kena elak Grammatical Error je. 




Sebab, sebagai Lecturer nie, kitorang menyampah sangat dengan salah2 ecik yang dibuat student BEN sendiri, sebab tu lah kita anggap, macam mana nak buat BEN kalau salah macam nie pon tak tahu? So, dia ajar lah kitorang dari basic balikk. Yeay :) Tapi, masa tu, tiga hari lagi nak exam EPT wey, and korang boleh bayang tak nyawa aku macam kat hujung tanduk dah? Kena buat keputusan untuk tukar course hari tu jugak, and minggu depan ade EPT? Aaaa. So, aku rujuk balik kawan2 aku, betul ke keputusan aku nie?? Betol ke?? 



Aku memang tak tahu nak buat apa gila weh.. So, lepas tu, aku jumpa AA balik cakap nak tukar course jugakk. Sebab aku cuak, latihan yang aku buat dalam kelas still tak dapat memenuhi EPT tu. Aku takut sangat. So, madam macam kecewa lah sikit sebab aku still nak tukar course apa semua... TAPI, LEPAS AKU JUMPA DIA, AKU TAK BAYAR 100RM UNTUK TUKAR COURSE TU. Aku macam terpikir balik, betol ke nak tukar course nie? Kan menyesal!



Aku memang tak pikir panjang, aku cakap, okay, aku kena teruskan jugak perjuangan aku nie, balik bilik tu, aku memang struggle betol-betol la, buat essay, bagi Ida, buat essay bagi Ida, buat essay bagi Ida. Walaupun dia masa tu pon tengah final exam, dia ade je masa aku perlukan dia. Korang nak tau tak, apa saat paling nak nangis? Bila soalan yang aku buat dengan Ida, keluar dalam exam. And, aku rasa macam nak panggil nama dia duk tepi aku dalam exam tengok aku jawab nie haaa! Haha!



Balik tu, keluar dari dewan, terus call dia cakap yang, "Idaaa, soalan yang saya buat dengan awak nie keluar dalam exam!! Rasa nak panggil nama awak tau dalam dewan tadi!" Dia cakap, "Oh really?? No Idaa, you can't do it!" HAHAH. Tapi aku taknak yakin sebab aku takut tak pass nantiii :( Sebab tu aku tak cakap kat orang bila aku exam tuuu.. Hmm. 



Yeah, takpelah akhirnya semua nie selesai jugak, sekarang nie berjuang dengan Law dengan Thinking Skills pulak, buat elok2 CekDa, tak jealous ke tengok Syakina, Anis, Izzyana, Aminah, Jiji, Wawa dah kat Gombak, mu je kat sini lagi! Takpe takpe nanti aku akan sampai sana jugak In Shaa Allah! :D
GOMBAK, MU TUNGGU AKU DATANG!

Sunday, 13 December 2015

Minggu depan final exam :)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan Hai korang! :D



Haiya, aku nie memanglah, nak update blog punyalah malas hahhahahahahah. Entry lepas aku post masa habis exam untuk Sem 1 Tahun kedua kan? Aiyayayaaa, nie update untuk Sem 2 Tahun Kedua pulak, kalaulah anak aku baca blog aku nie nanti future, Ibu takde cerita best ke masa bulan 11 tahun 2015 hah? Ha a, ibu ada, tapi ibu malas nak update. Kamu tahu ape? Eeeeeeeeee. hahahahahaa.


Sem nie, again kena repeat lagi English.. Susahnya jadik student BEN nie, kena buat elok-elok sebab orang expect tinggi dari student BEN nie... BEN nie apa? Bachelor of English, tak masuk degree lagi haa, still ade kat CFS nie :D hehe. CFS nie apa?? Center for Foundation Studies, IIUM :) Haha. Okay, aku student BEN, tapi tak lepas-lepas lagi English Placement Test (EPT) kat sini. Haiyaaaa, kenapa tak lepas CekDa? Sebabnya dapat Writing rendah..

Writing: 5.5
Reading: 7
Speaking: 6
Overall: Band 6 

Writing: 6
Reading: 7/8/9
Speaking: 6/7/
Overall: 6.5 and above


In case, mesti ada yang pelik, kenapa aku still tak lepas-lepas kan... Aaaaaa, aku cakaplah, sebagai student BEN, by hook or by crook kitorang kena dapat Band 6 untuk Writing tu... Tapi, aku tak lepas, sebab dapat 5.5 je. Sebab tu lah kena repeat lagi. Alhamdulillah, sepanjang kali keempat repeat nie, first time aku tau apa yang EPT nak sebenarnya.. First time aku paham grammar, first time aku faham apa sebenarnya Adjective + Noun dengan Verb + Adverb nie.. Dulu, aku tak tahu kenapa aku macam kena sekat dari faham benda-benda nie semua tau.. Aku tak tahu kenapa.. Kelas-kelas English sebelum nie kan, aku datang, tapi datang otak kosong, datang belajar lepas tu balik macam biasa. Maybe aku anggap yang English nie 'senang' kot. 



Madam-madam kelas sebelum nie semua suggestkan untuk aku, untuk tukar course.. Aku bukan taknak tukar, tapi aku pikir aku dah lama dengan course BEN nie, tapi rasa sayang lah, kena tukar sebab dapat Writing rendah semata. :'( Tu sebab aku rasa macam serba salah tau... Tambah pulak, aku takde masalah lain dalam Speaking ke Reading ke, core course aku pon sama, takde masalah jugak. So, aku jadi cuak la. Tapi bila aku kena brainwash kat umi, umi cakap lah yang, 



"Kadang-kadang kita kena ukur baju di badan sendiri, kadang-kadang kita rasa kita mampu buat benda tu, kita yakin kita boleh buat, tapi result tak menunjukkan kemampuan kita, eyda minat ke BI nie??" 

"Umi... Da pon tak tau umi...."

"Hmmmm, umi kenal da lama dah, so umi tau kemampuan da setakat mana... Kalau da minat BI, takkan da repeat lagi...."

"Umi okay tak kalau da tukar course?"

"Umi terima je da nak course apa, asalkan da dapat bawak course tu sesuai dengan minat da..."

"Ermmm, okay, nanti da tengok dulu macam mana eh?"



So, bila dah aku jumpa dengan Dia, dengan Madam-madam aku, semua cakap yang maybe aku kena tukar course kot!? Aku tak tau, nie macam seakan petunjuk yang aku memang kena buat benda tu.. So, sekarang nie, offer untuk tukar course dah bukak, so, aku dah bincang dengan parents aku ape semua untuk tukar course nie, borang dah ambik, dah isi, umi pon dah bank-in RM100 untu tukar course nie, aku rasa nie jalan yang terbaik untuk aku.. In case ada kawan-kawan aku baca blog nie, aku mintak maaf kalau aku tak cakap kat korang yang aku tukar course apa semua eh? Aku ade sebab, aku tak nak korang brainwash aku again and again. 



Aku bukan tak yakin yang aku tak boleh, tapi aku tau, aku memang kena ukur baju dibadan sendiri... Aku akan tukar ke course Human Science, nanti kat degree dia ade 5 pecahan.. Psikologi, History, Sociology, Political Science, dengan Communication. Maybe, aku akan pilih tiga dari di atas, dan tolak Political Science dengan History :) Bestnya kalau dapat jadik Pakar Motivasi ke, Pensyarah ke, Kaunselor ke. Aaaaaaa hahaahaha, dulu, aku pikir, kalau aku sambung Ben jugak, aku nak sangat jadik Cikgu Bahasa Inggeris and ajar budak2 yang slow English macam aku dulu. Grammar taktau apa! Semua slow. 



Tapi bila dah kena tahap macam nie, aku rasa hmmmm.... Tapi In Shaa Allah, aku bukan tinggal terus Bahasa Inggeris nie, tukarlah course gajoh rimau pong, still belajar dalam BI right? Hihihihi. So, korang, aku nak mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang ada belajar nie okay? Kalau ade yang terasa dengan kata-kata aku dalam blog nie ke, ampun! Aku guna perkataan yang macam-macam nie just na korang segar bila baca blog aku, Hahahahahahaha. Taknaklah ade yang mengantuk. Lols! HAhaahahahaha. 



Mesti ada yang cakap, sape suruh masuk UIA?! Hmmm, aku sape nak lawan takdir Dia? And kau sape nak lawan takdir Dia? Dia yang letak aku kat sini, aku percaya dia tau apa sebab aku duk sini.. AKu tau ada benda yang lebih baik Allah dah rancangkan untuk aku. Aku sendiri suka dengan suasana Islamik walaupun aku tau, aku tak berapa nak Islamik... Tapi, kat sini lah aku rasa tenang, tenang yang Allah je tau tenang macam mana.. Orang yang study sini tau apa yang aku maksudkan :'). Takkan aku nak berhenti lepas aku dah mulakan benda-benda nie semua.. Aku dah hampir nak sampai ke PENAMAT, kenapa aku mesti berhenti sebab aku dengar "penonton" yang nampak aku 'letih', at the same time, dia sepatutnya bagi aku semangat untuk aku teruskan perjuangan aku, bukan cakap BERHENTI! 



So, aku rasa sampai sini je dulu coretan aku, sampai jumpa lagi di lain entry korang! Terima kasih sudi baca blog aku, apa yang baik datang dari Allah SWT jua, dan yang jahat datang dari syaitan yang direjam! Assalamuaikum! :D



NOTA HIJAU: Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat vice versa.. Aku tak tau aku macam mana. Orang beriman takkan mengaku dia beriman, and orang baik takkan mengaku dia baik. So, aku mintak maaf kalau perangai aku yang macam budak, tak berapa nak matang selalu nak marah-marah... Aaaaaa, terima kasih sudi terima aku walaupun aku hahahahahahahha, kau tahu aku macam mana! :P

Thursday, 8 October 2015

Final Exam Habis! Yeay! :D

2 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan hai guys!


Aaaaaaaaa. Lamanya tak singgah sini..... Sejak dah ade WeChat, Instagram, dengan Facebook *lamenya* , blog diabaikan terus ya? Haiiiiilah Cekda~


Takdelah, aku tengah mood relax-relax nie ha, sebab, finally final exam dah habis untuk sem keempat aku kat Asasi Uia nie haaaaa :') Sem nie aku amik 5 subjek je. English, Social Studies, Public Speaking, Study Skills, dengan Research Skills. Tapi yang ade final exam dua je, English dengan Social Studies. Sebenarnya, kadang2 suka dengan Uia nie, kadang2 geram pulak dengan Uia nie haaa. Sebab? Hmm. Sebab ena ambik Bi lah...


Aku nie haaaaaa, hmm. Takpelah, malas nak menambah benda negative, takut aku takde mood, takde semangat nak meneruskan pembelajaran ape semua. Relax lah Cekda, In Sha Allah exitnya nanti!! Hmm. Aku pon harap-harap macam tula... Aku nak sangat program Asasi aku nie takde kena extend2 lagi.. Nak cakap aku tak pandai kan, tak jugak. Nak kata aku pandai gila-gila pon tak jugak. Moderate je. Tengah-tengah je.


By the way, korangggg!! Aku tak sabar gila nak balik rumah esok, aku balik dah banyak kali weh sebelum Hari Raya Haji Aidil Adha tuuuu. Lepas tu, dah tak boleh balik, sebab tiket balik Kelantan memang buat aku "sembur" duit makanan aku untuk seminggu makan aku kat UIA tau. Kawan-kawan aku kat sini macam cop aku nie jenis berkira, jimat, kedekut? Nooooo! Kalau kawan-kawan kat sekolah aku dulu kenal lah aku punya boros macam mana, sehari umi bagi duit pergi sekolah RM10.00 per day. Orang lain, bawak RM5 gitu je.. Aku beli ape? Of course makanan, simpan duit untuk tabung memang takde, memang bagi sepuluh, habis sepuluh lah! 


Punya teruk perangai aku kan? Tapi, aku pikir kat sini, nanti susahkan umi abah aku. Memang lh umi boleh je bagi, tapi entahlah, maybe sebab jauh dari Umi Abah kot buat aku jadik macam nie. Rasa macam, "Umi bagi duit kat aku, senang2 je aku guna duit nie pakai beli benda yang takde faedah! :( Sebab tu lah, kat sini aku makan sekali je weh. Aku makan tengah-tengah je. I mean, makan dalam lingkungan tiga ke tujuh gitu lah.


Aku pernah cakap kat dia, aku nak diet. *Kononnya :P* Tapi dia cakap, gemuk lah Eyda kalau makan berat petang, orang makan berat pagi lah.... -__- Hahahahahaha Kan? Kalau makan pagi, nanti aku lapar lagila :'( So, kalau pagi-pagi gi kelas gitu, aku just minum air kosong, atau minum Milo je. Lepas habis kelas petang tu, aku belilah heavy meal tu. Dalam malam, kalau lapar, makan maggi atau Biskut cecah dengan Milo je~ Siap~ 


Aku kan tak balik raya hajiii, lepas tu, balik dengan kakak.. Lepas tu, tengok abah cakap ape kat kakak nie haaaa. Hahahahahaha. 


Kalau nak baca lagi, haaaaaa, klik je gambar nie, nanti boleh baca kat Instagram aku~ Hahaahahah

Abah tau lah aku nie macam mana haaaaa. Tapi dulu masa sekolah menengah dulu aku memang makan banyak la.. Kalau abah bawah pergi makan kat luar je, mesti kakak aku dengan adik aku makan tak habis. Aku kan perut MDPP, aku lah yang kena habiskan makanan dorang. Lepas tu abah cakap, "nanti gemuk lah eyda. Orang dah tak panggil Eyda dah, orang panggil Mekda Gemuk??" -________-" Sabar jelah dengan abah nie haa. Hhahahahaha :D 
























Yeah, nie semua gambar sebahagian yang aku lalui sepanjang sem nie~ :D AKu rasa sampai sini je lah kot? Nak citer ape lagi? hahahahhhahahah 


Nota Hijau: Sayangilah guru anda~ :)