Sunday 13 December 2015

Minggu depan final exam :)

Assalamualaikum dan Hai korang! :D



Haiya, aku nie memanglah, nak update blog punyalah malas hahhahahahahah. Entry lepas aku post masa habis exam untuk Sem 1 Tahun kedua kan? Aiyayayaaa, nie update untuk Sem 2 Tahun Kedua pulak, kalaulah anak aku baca blog aku nie nanti future, Ibu takde cerita best ke masa bulan 11 tahun 2015 hah? Ha a, ibu ada, tapi ibu malas nak update. Kamu tahu ape? Eeeeeeeeee. hahahahahaa.


Sem nie, again kena repeat lagi English.. Susahnya jadik student BEN nie, kena buat elok-elok sebab orang expect tinggi dari student BEN nie... BEN nie apa? Bachelor of English, tak masuk degree lagi haa, still ade kat CFS nie :D hehe. CFS nie apa?? Center for Foundation Studies, IIUM :) Haha. Okay, aku student BEN, tapi tak lepas-lepas lagi English Placement Test (EPT) kat sini. Haiyaaaa, kenapa tak lepas CekDa? Sebabnya dapat Writing rendah..

Writing: 5.5
Reading: 7
Speaking: 6
Overall: Band 6 

Writing: 6
Reading: 7/8/9
Speaking: 6/7/
Overall: 6.5 and above


In case, mesti ada yang pelik, kenapa aku still tak lepas-lepas kan... Aaaaaa, aku cakaplah, sebagai student BEN, by hook or by crook kitorang kena dapat Band 6 untuk Writing tu... Tapi, aku tak lepas, sebab dapat 5.5 je. Sebab tu lah kena repeat lagi. Alhamdulillah, sepanjang kali keempat repeat nie, first time aku tau apa yang EPT nak sebenarnya.. First time aku paham grammar, first time aku faham apa sebenarnya Adjective + Noun dengan Verb + Adverb nie.. Dulu, aku tak tahu kenapa aku macam kena sekat dari faham benda-benda nie semua tau.. Aku tak tahu kenapa.. Kelas-kelas English sebelum nie kan, aku datang, tapi datang otak kosong, datang belajar lepas tu balik macam biasa. Maybe aku anggap yang English nie 'senang' kot. 



Madam-madam kelas sebelum nie semua suggestkan untuk aku, untuk tukar course.. Aku bukan taknak tukar, tapi aku pikir aku dah lama dengan course BEN nie, tapi rasa sayang lah, kena tukar sebab dapat Writing rendah semata. :'( Tu sebab aku rasa macam serba salah tau... Tambah pulak, aku takde masalah lain dalam Speaking ke Reading ke, core course aku pon sama, takde masalah jugak. So, aku jadi cuak la. Tapi bila aku kena brainwash kat umi, umi cakap lah yang, 



"Kadang-kadang kita kena ukur baju di badan sendiri, kadang-kadang kita rasa kita mampu buat benda tu, kita yakin kita boleh buat, tapi result tak menunjukkan kemampuan kita, eyda minat ke BI nie??" 

"Umi... Da pon tak tau umi...."

"Hmmmm, umi kenal da lama dah, so umi tau kemampuan da setakat mana... Kalau da minat BI, takkan da repeat lagi...."

"Umi okay tak kalau da tukar course?"

"Umi terima je da nak course apa, asalkan da dapat bawak course tu sesuai dengan minat da..."

"Ermmm, okay, nanti da tengok dulu macam mana eh?"



So, bila dah aku jumpa dengan Dia, dengan Madam-madam aku, semua cakap yang maybe aku kena tukar course kot!? Aku tak tau, nie macam seakan petunjuk yang aku memang kena buat benda tu.. So, sekarang nie, offer untuk tukar course dah bukak, so, aku dah bincang dengan parents aku ape semua untuk tukar course nie, borang dah ambik, dah isi, umi pon dah bank-in RM100 untu tukar course nie, aku rasa nie jalan yang terbaik untuk aku.. In case ada kawan-kawan aku baca blog nie, aku mintak maaf kalau aku tak cakap kat korang yang aku tukar course apa semua eh? Aku ade sebab, aku tak nak korang brainwash aku again and again. 



Aku bukan tak yakin yang aku tak boleh, tapi aku tau, aku memang kena ukur baju dibadan sendiri... Aku akan tukar ke course Human Science, nanti kat degree dia ade 5 pecahan.. Psikologi, History, Sociology, Political Science, dengan Communication. Maybe, aku akan pilih tiga dari di atas, dan tolak Political Science dengan History :) Bestnya kalau dapat jadik Pakar Motivasi ke, Pensyarah ke, Kaunselor ke. Aaaaaaa hahaahaha, dulu, aku pikir, kalau aku sambung Ben jugak, aku nak sangat jadik Cikgu Bahasa Inggeris and ajar budak2 yang slow English macam aku dulu. Grammar taktau apa! Semua slow. 



Tapi bila dah kena tahap macam nie, aku rasa hmmmm.... Tapi In Shaa Allah, aku bukan tinggal terus Bahasa Inggeris nie, tukarlah course gajoh rimau pong, still belajar dalam BI right? Hihihihi. So, korang, aku nak mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang ada belajar nie okay? Kalau ade yang terasa dengan kata-kata aku dalam blog nie ke, ampun! Aku guna perkataan yang macam-macam nie just na korang segar bila baca blog aku, Hahahahahahaha. Taknaklah ade yang mengantuk. Lols! HAhaahahahaha. 



Mesti ada yang cakap, sape suruh masuk UIA?! Hmmm, aku sape nak lawan takdir Dia? And kau sape nak lawan takdir Dia? Dia yang letak aku kat sini, aku percaya dia tau apa sebab aku duk sini.. AKu tau ada benda yang lebih baik Allah dah rancangkan untuk aku. Aku sendiri suka dengan suasana Islamik walaupun aku tau, aku tak berapa nak Islamik... Tapi, kat sini lah aku rasa tenang, tenang yang Allah je tau tenang macam mana.. Orang yang study sini tau apa yang aku maksudkan :'). Takkan aku nak berhenti lepas aku dah mulakan benda-benda nie semua.. Aku dah hampir nak sampai ke PENAMAT, kenapa aku mesti berhenti sebab aku dengar "penonton" yang nampak aku 'letih', at the same time, dia sepatutnya bagi aku semangat untuk aku teruskan perjuangan aku, bukan cakap BERHENTI! 



So, aku rasa sampai sini je dulu coretan aku, sampai jumpa lagi di lain entry korang! Terima kasih sudi baca blog aku, apa yang baik datang dari Allah SWT jua, dan yang jahat datang dari syaitan yang direjam! Assalamuaikum! :D



NOTA HIJAU: Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat vice versa.. Aku tak tau aku macam mana. Orang beriman takkan mengaku dia beriman, and orang baik takkan mengaku dia baik. So, aku mintak maaf kalau perangai aku yang macam budak, tak berapa nak matang selalu nak marah-marah... Aaaaaa, terima kasih sudi terima aku walaupun aku hahahahahahahha, kau tahu aku macam mana! :P

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)