Thursday, 6 December 2012

Tuisyen - Mengaji - Amik Lesen Motor

Assalamualaikum :)


-Tuisyen-



Seperti yang korang tau dalam entrie ini ( Result Peperiksaan Akhir Tahun dah keluar ! ), kan result aku rendah kan? Sampaikan turun kelas ketiga kan? So, hari Ahad, aku ade pegi rumah bestie aku masa sekolah rendah dulu, E'ah. Banyak yang kitotang bincangkan  pasal result, pasal couple ;) *aku xde gewe*, pasal sekolah, citer pasal orang tuh, citer pasal orang nie. Dan, citer pulak pasal result kitorang yang rendah tuh. Sebenarnya, aku pergi rumah dia just nak hantar Asyura yang umi aku buat tuh, pergi dalam 12.30 lebih-lebih, balik rumah pulak dalam pukul 2.00 petang. Bayang apa perempuan berbual bila berjumpa :P muahahaha *gelak kasar*


So, dialah yang beritahu aku pasal Tuisyen segala nie :) Aku tanya dekat mana, dekat rumah atau dekat pusat tuisyen, pukul berapa sampai pukul berapa, and so on :D 

  • Hari Ahad & Isnin - Add Math
  • Selasa - Math
  • Rabu - Fizik
  • Khamis - Kimia
  • Pukul 11.00 sampai 1 petang
  • Bayaran Rm50.00 untuk bulan ini. 
So far, tuisyen nie okay lah. Alhamdulillah, aku pon faham. Cuma cikgu tuh ajar laju sangat. Kira pandai-pandai otak korang lah nak serap sebanyak mana ilmu yang cikgu dah turunkan tuh. Subjek Math tuh aku okay sikit, cuma Fizik dengan Kimia tuh aku blank sikit :(. But, like i said before, pandai-pandai kita lah... Satu je yang aku tak puas hati kat situh, kat situh ade pelajar sekolah 'kesayangan' aku dulu :P Wth! Dorang asyik pandang aku je :( Tau lah aku keluar SBP kan? Taulah korang pandai kan? Eh?


-MENGAJI-

Nie pulak aku nak citer pasal aku mengaji al-Quran. Aku just nak citer okay? Jangan cakap aku nak chow off ke ape ke, takde niat pon :). Okayy, sebenarnya aku dah start mengaji dari bulan 8 ke bulan 9 tahun nie, aku tak ingat. Aku pergi mengaji sebab target aku nak khatam al-Quran sekali lagi sebelum aku tamatkan persekolahan tahun hadapan :').. Aku dah khatam masa Tingkatan 1, seumur hidup aku, baru festime aku khatam al-Quran.. Aku malu~ Satu lagi, sebenarnya, semangat aku nak khatam al-Quran nie berkobar-kobar bila aku tengok majlis khatam al-Quran kat sekolah aku. Pastuh, aku rasa sebak! Sebab aku sedih, kenapa aku takde kat atas pentas tuh????? Ape cur-lassssss jadik penonton je? So, aku cakap kat umi aku,

Aku : Umi, da nok gi ngaji! Kot mano-mano pun, da nok khate Quran jugok tahun depe. Da nok gi ngaji kat Mek Ain nga Naqiu (kat adik aku)

Umi : Gi nok gi gak. Tok malu ko kito sore besar situh?

Aku : Caro lah, da sore pong. Target da nak khate Quran sebelum SPM. Da nok naik pentas etek. Da malu tok khatam lagi.

So, umi pon daftar aku pegi mengaji. Alih-alih, AKU SEORANG YANG 'MUDA' KAT SITU! Amekkaww :P Hermm, tapi aku tak kisah pon. Alhamdulillah, masa aku perdengarkan bacaan aku, mujur aku masih lancar mengaji. Sebab, biasanya, kalau kita dah lama tak baca al-Quran, kita akan tersekat. Tapi, aku tak tersekat. Flow je :) Tak salahkan? Sebab bila aku pikir balik, baik aku pergi mengaji, sekurang-kurangnya aku boleh perbaiki bacaan aku, perkemaskan ilmu Tajwid aku. Well, Helloooooooo guyss, Pendidikan Islam SPM ade tanya Tajwid tau? Korang rasa, korang ingat ke kita belajar Tajwid masa Tahun 4 dengan Tahun 5 dulu? Masa nak exam K.A.F.A dulu? I bet, ramai yang lupa kan? Satu lagi, markah tajwid dalam SPM mahu tak dalam 10 markah kalau tak silap? Kau nak buang 10 markah macam tuh je ke weyy? Memang tak ah kan? Haaaa, aku suka sangat mengaji dengan Ustazah Nah, sebab dia suka perbetulkan bacaan aku, dan dia teliti! :) Kalau dengan Ustazah lain pon best jugak, cuma Ustazah lain kurang tegur kesalahan aku. Okay, kita bergerak ke cerita seterusnya okay?


-LESEN MOTOR-



Esok jugak aku pergi amik lesen motor. Tapi, kene pegi kursus dia dulu. Sebenarnya, umi aku nak buat untuk kakak aku (lesen motor +kereta), apa salahnya aku tumpang sekaki~ Sementara aku masih hidup. Eh? Tak tak, maksud aku, sementara aku free dan dah cukup umur~ Ye tak? Mbahahaha :D Nanti lah aku citer dengan lebih lanjut bila aku dah pergi nanti okay? 


Nampaknya masa mencemburui aku dengan korang. Sehinggalah update pulak nanti ye? Bye! :) Sayang korang :D

2 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete

KOMEN BERUNSUR NEGATIF TIDAK AKAN DILAYAN !!