I need someone please :(
I need a shoulder to cry on please :''(
Anyone, PM her number to my Facebook please :''''''''(
Sori, hari nie aku nak perbesarkan font aku. Aku tak dapat nak bayangkan macam mane hidup aku tahun depan okayy? Ya Allah, sepatutnya aku dah rasa bersyukur, tapi aku tak bersyukur dengan post macam-macam mende mengarut kat fesbuk.. Alaaa, bukan pasal pelik-pelik pon, cuma aku dah melahirkan ke-tak-puas-ati aku di fesbuk. Sebenarnya aku sedih sebab aku tak dapat kelas Marikh dan Musytari. Target aku untuk peperiksaan akhir tahun nie just nak dapat dua-dua kelas tu je..
Okayy, normal balik dah font aku :(. Korang mesti fahamkan bila hajat kita tak dikecapi. Untuk pengetahuan korang, result Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) dah keluar hari tau. Tapi, aku tak pergi pon sebab umi dan abah aku keluar ke KB dari awal pagi lagi. So, aku tak dapat mintak dorang temankan aku pegi sekolah tadik. Dan, sebenarnya, 2 hari sebelum result keluar, Ustaz Tarmizi dah bagitau kat kawan aku (ustaz komen dekat status kawan aku, so aku nampaklah) yang result PAT dah keluar dan kitorang boleh tengok hari nie, which is HARI NIE LA! So, aku pon post dekat wall aku cakap yang hari nie keluar result, dan berderu-deru handphone aku mengeluarkan bunyi, tanda mesej masuk. Tanya aku, Eyda,betol ko result tubik esok? Eyda betol ko result kuar esok? . Hai, kan aku dah post dalam fesbuk aku. Tapi dorang hantar mesej dkat aku pon bersebab, mintak aku tolong tengokkan nama dorang. Hmm, aku pon menggigil nak tengok nama aku, mintak tolong tengok nama dorang pulak. Aku kan, sejak UPSR lagi, masa hari keluar result, aku takde kat sekolah tauu! Sebab aku berdebar :( Aku TAKUT. Mase amik result UPSR tuh, aku tengah bersenang-lenang mandi air pantai di Melaka, nak amik kakak aku.. Mase PMR pon, aku tak amik result, PON sebab sama okay? Aku takutkan result aku. Mase hari keluar result PMR, aku tengah jadik ikan dugong, tengah mandi dalam kolam with my sibling :). Dan tau, melalui SMS yang hantar ke 25333 kalau tak silap.. Aku lupa pulakk. SPM ?? Hurmmm, aku tak tau nak pergi berenang kat mane pulak nanti hari keluar result..
Hmm, citer panjang-panjang, aku lupa nak citer yang aku dapat kelas Pluto, kelas ketiga dari empat kelas aliran Sains Tulen. Pada pendapat korang, okay ke tak kelas tuh? Bagi aku, sangat-sangat tidak okay, okayyy? Hmmm, aku tak tau nak cakap macam mane nie doo. Otak aku kelu. Hari nie aku tak makan lagi :(. Aku stress bila pikir balik pasal result tuh.. Aku dah takde mood nie nak menaip. Aku mengharapkan keajaiban yang akan membawa aku kelas MI, tapi, aku tak rasa dapat kot, sebab nama aku mungkin dah tercorot ke bawah, disebabkan aku Failed Add Math... Aku dah taknak pikir pasal nie lagi. Sepatutnya, aku tanya, Apa yang buat aku jadik Failed hah? Jawapannya, memang dah ade dengan aku. Aku yang study last minute, aku yang tak buat nota, aku yang tak buat latihan secukupnya babe :( Malah, 2 atau 3 minggu nak exam, aku sempat online fesbuk lah, twitter lah, update blog lah. Nak tau entrie mane, korang check lah sendiri.. Aku dah takde mood nak citer dengan korang nie.
Korang nak tengok tak aku edit DOMO, dah jadik hodoh? Haha. Aku sedih. Jap aku upload okayy? Wait! :)
See? Buruk gila kan? Hmm, ade aku kesah?? Hmm, takpelah, aku rasa aku dah patut berhenti kat sini je entrie aku hari nie. Update panjang-panjang pon, xde orang nak baca pon kan? Okay, I chow dulu. BYE :(
|
Dengan adik aku yang nie lah aku suka bercerita. Dah pandai bercakap dah si botak nie :) *dia kerat rambut, so sesedap know pasti sedap je aku panggil dia botak. :D
|
|
One and only my adik yang Syndrome Down :) Ilovehimokayy :* |
Orang cakap, bila dah ada anak Syndrome Down, kene jaga dia betol-betol tau? Umi aku cakap, dia buat salah ape pon, dimaafkan, sebab macam mane sekali pon, tiket dia ialah ke syurga. Tapi, aku ade jugak marah dia, sebab dia selalu berebut Broadband dengan aku. Amboi tak amboi kan? Keje dia, tengok Tom and Jerry lahh. Takpelahh, dah tuh memang sifat dia kan? Sekarang nie dia darjah Empat, tapi masih kecik lagi macam budak 6 tahun kan? :D Satu lagi, murah rezeki tau kalau jaga dorang elok-elok. Alhamdulillah, keluarga aku krap dimurahkan rezeki semenjak dia ade. :)
NOTA HIJAU : AKU BENCI SEMUA YANG NAIK KELAS ATAS YANG MENIRU! I REPEAT AGAIN, YANG MENIRU OKAYY? KBYE :(
0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :
Post a Comment
Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)