Monday 10 December 2012

Lesen Motor :D

Assalamualaikum :)


Kan aku dah janjikan dengan korang nak citer pasal pengalaman aku yang seciput semasa mendapatkan lesen kan Jumaat yang lepas ? ;) Okayy, tanpa membuang masa yang sudah terbuang ni :P, aku teruskan okay? 


Jumaat lepas, aku dah siap-siap bangun awal untuk mandi dan bersiap :) untuk ke tempat untuk kursus KPP nie. (sorry, aku tak ingat terms untuk K ape, untuk P ape, untuk P satu lagi tuh pon ape). Hahaha :D


Lepas tuh, umi aku yang bawak kitorang ke tempat kursus segala tuh. Well, I love my mom :) She always there if I need her, thanks mom for everything ♥ By the way, dua-tiga-minggu sebelum nie, aku ade masalah sikit dengan umi aku. Mau tak tiga-empat-lima hari aku tak bercakap dengan dia. Aku ade post pasal nie kat twitter aku kan? :) Mase tuh, Tuhan je tau perasaan aku bila tak dapat bercakap dengan umi aku. Aku rasa kesunyian yang amat sangat tau! Teramat okay?? ;)


Okay, aku sambung :) Lepas daftar segala tuh, aku tunggu dekat luar, sebelum dipanggil masuk dalam dewan kursus. Bila aku tengah tunggu, someone that I know juga turut daftar untuk amik Lesen :) Namanya ialah ***** ******. Ex someone :P. Amboi rambut, mengalahkan gangstar kampung aku betol~ Pastuh, bila dia dah panggil masuk, aku kena amik exam Pasal nak check kita nie ade rabun warna tak? Rabun warna nie dia ada masalah dengan warna hijau dengan merah je, kalau tak silap yang Cikgu Zaiton cakap kat aku. *anyone betolkan aku kalau tersilap okay?* Exam nie, dia bagi kertas dan buku soalan. Kita kene tengoklah soklan dia kat situh, pastuh jawab dekat kertas jawapan yang dia bagi.



Kalau korang tak boleh nak detect nombor ape yang ade dalam bulatan nie, memang SAH korang rabun warna okay? :P

Sape-sape yang buat Lesen Motor dengan Kereta, memang wajib kena test Rabun Warna nie okay? Sape tak buat, memang sah lah kan??? Wuwuwuwuuuu :P. Eh? Eh, tak tak, aku gurau je :) Taklah, maksud aku, maybe mase dia buat tuh, sistem nak check Rabun Warna tuh takde lagi kot. *Ayat penyedap hati lettewww* Mane lah tau, korang ade Rabun Warna, pastuh naik motor pegi bandar, jumpa traffic light warna merah, korang nampak hijau~ Memang arwah lah korang kalau tak tengok betol-betol! *maaf atas penggunaan arwah*


Haaaa, lepas buat Exam Check Rabun Warna nie, Pakcik (penceramah 1) pon, kutip dan check markah. Soalan dia ade 23, aku dapat 22/23. Sebabnya, aku salah kat soalan terakhir. Ade ke patut,  soalan suruh aku lukis bentuk kapal yang aku nampak dalam gambar tuh, tapi aku pulak yang gong (gong perkataan dalam Kelantan yang bermaksud bangang) pegi tulis jawapan dia ialah "kapal". Wth! :( 


nie lah gambar yang aku maksudkan ;(

Lepas siap tuh, memang boring lah kan? Sebab kene tunggu PakCik tuh check jawapan untuk whole student yang amik exam tuh :(. Aku faham, maybe sebab PakCik tuh dah tua, tu sebab lama sangat dia check. Think positive okay, Eyda?? :P Mbhahahaha :D Pukul 9.00 pagi lebih-lebih baru PakCik tuh bagi Ceramah pasal jalan raya ape semua nie :) Lama tau! Sampai pukul 11.30 pagi, pastuh rehat! Aku tak balik pon, sebab PakCik tuh mintak masuk balik pukul 12.15 petang. Nasib baik ade rehat, dahlah mata aku nie mengantuk :( Ish, aku nie, bab ilmu, bab ilmiah, memang mata nie cepat sangat nak terlelap. Syaitan, syaitan :(


Rehat tuh, aku minum Air Milo Sejuk je :) Tengkuk dengan perut aku pon, COOL je :D Muehehehe :3. Tapi, lepas minum, aku mintak kakak aku teman pegi tandas terus, sebab dalam bilik yang kursus tuh ber-air-cond, nanti menyusahkan aku pulak kalau nak terkucil nanti. Takan tak pepasal aku angkat tangan, pastuh, MESTI SEMUA ORANG TENGAH TENGOK AKU KAN? Takkan aku nak cakap, 


"PakCik, nak pegi tandas"
--> Well, kalau seseorang sebut tandas, dalam kepala hotak aku, kau, dan  manusia-manusia lain akan terpikir kalau nak pegi tandas, tak lain tak bukan, mesti nak terkucil atau nak terber** kan?


Amboi, aku bercakap. Eh becakap pulak. Maksud aku, menaip~ Dah pikir ape yang ade dalam otak manusia-manusia lain. Acececece ;) Haaa, lepas tuh, bila dah siap pegi tandas semua, membuang sisa toksin yang patut keluar dari badan aku nie, aku masuk balik dan dengar ceramah. Oh aku lupa nak citer bende yang best nie ~ Mase aku pegi situh, ade banyak sangat Akak-akak Form 5 sekolah aku tau, Kak Aireen, Kak Aida, Farez, Syazwan Rozi, Abdussalam, yang aku cakap nie, kakak dan abang-abang yang femes dekat sekolah aku tau (*aku geli sebenarnya panggil abang nie, tapi terpaksa, nanti cakap aku kuajar pulak*). Kawan aku mase sekolah rendah pon ade, antaranya ialah Azfar Arshad or a.k.a  Apak :) Masih hensem seperti dulu, cuma muka tuh ade jerawat sikit :P Mbhahaha :D Aku tak cakap ape-ape pon dengan dia, just bagi sedekah senyuman aku yang menawan jeeee. Muahahaha *gelak terbahak-bahak*


Haaa, aku nak citer pulak pasal sorang kawan aku nie. Kitorang sama sekolah okay, sama tingkatan, sama jadik PRS, but yang tak sama ialah kitorang tak sama kelas. huuuuu :) Sebenarnya, aku edit balik post nie, sebab dia sedih bila baca blog aku sebab nama nya takde! Sorry bro! Aku tak ingat pulak dekat kau :) Hmm, maybe, muka kau takde aura femes kot. Eh, taip-taip nie, aku lupa nak mention nama dia, nanti nama dia tuh aku dah siap bagi link fesbuk okay? Sape rasa nak mengorat dia, boleh PM dia kat fesbuk. Wuuuu :P Eh sorry. Okayy, aku mention, namanya ialah Suhailie Azrie :) Nama manja Sally. Bukan Abang Sally dalam Upin Ipin okay? :P


Kelas kau Abang Salleh ~ :P



Pukul 1.00 petang ceramah tuh berhenti, sebab para lelaki muslim kan nak pegi Solat Jumaat. Aku balik je terus, sebab nak salin baju tambah nak mandi lagi. Errr. Tapi kene pegi balik pukul 2.30 petang, sebab nak kasi lagi ceramah sampaikan semua bontot kitorang jadik cramp supaya bakal pemandu jalan raya (ehem, ehem :P) akan mengamalkan sikap berhati-hati bila di jalan raya gituh~ :) 


Haaaa, tapi ceramah kedua nie best sangat-sangat. Sebab penceramah kedua nie suara dia kuat. So, aku tak mengantuklah. Dan aku jugak faham dengan penceramah kedua nie. Last sekali, lepas siap semua bagi ceramah. Dia kasi tips untuk jawab Exam Undang-Undang Jalan raya. Dia ade kasi buku contoh-contoh soalan Undang-undang Jalan Raya.. Aku jawab sikit jee, sebab mengantuk sangat tau! Kan aku dah cakap, bab-bab ilmiah nie memang mata aku cepat sangat down :( Kalau bab-bab online, amboi, mata mengantuk pon, sempat mengarang dalam otak nak buat status ape kat fesbuk, nak taip ape kat blog :( Dasar blog dan fesbuk :(((


Dan bila aku keluar je dari tempat kursus, kitorang kene tunggu pulak kat luar untuk amik IC masing-masing.. Exam Undang-undang Jalan Raya tuh, aku boleh buat bila dah sedia. Penceramah 1 ade cakap, kalau nak lulus, kene KHATAM TIGA KALI buku KPP. Tidakkkkkk! :( Tapi, nasib baik nama aku dia panggil awal.. Sebab aku dengan kakak aku kan daftar awal~ Wakakaka :D


Okayy, tuh je lah serba sedikit pasal pengalaman aku mase pegi KPP nie.. Kalau ade yang nak tanya ape-ape pasal KPP nie, korang boleh je komen kat bawah okayy? I'm waiting :) But, as usual, blog aku nie pengunjung ramai, tapi masing-masing malas betol nak tinggal kan tapak kaki dorang dengan cakap hai ke, ape ke, dekat Kotak Sembang aku.. Bau kentut pon dorang tak tinggal, abes tuh, macam mane aku nak kesan korang?? Yang rajin tinggal link dekat aku, ialah manusia yang tak bertanggungjawab anta link iklan :( Ish! Melampau betol ;( Okay, bye :)



To SoMeOnE tHat I LoVe : Aku takkan mintak maaf dekat orang yang aku tak buat salah okay? 
Tak perlu nak hipokrit depan parents la wei, lambat laun orang akan tau perangai haprak kau :( Harap maklum.

3 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

  1. oo gitu..okay thnx 4 info yaa!

    ReplyDelete
  2. @kimy : Ha'a. macam tuh lah. tapi sebelum dapat lesen motor, mmg kite kene pegi kpp nie dulu, pastuh buat exam undang2 jalan raya, test JPJ, baru lah dapat lesen L. :)

    ReplyDelete

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)