Friday, 28 December 2012

Al-Fatihah [Part 1]

Assalamualaikum :)

Sebelum tuh, nak mintak tolong korang hadiah Al-Fatihah kat Pak Sedara aku, Mohd Sayuti bin Haji Majid..Korang baca je ayat selepas ini dalam hati korang atau sebut biar telinga korang je dengar...

Bismillahirrohmanirrohim, aku hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah Mohd Sayuti bin Haji Majid,


Amin... 

Time kasih! :) Hmm, masuk hari nie, dah 7 hari arwah "Ayoh" meninggalkan kami semua. Aku panggil kat bapak saudara sebelah abah aku nie, "Ayah" ataupun dalam bahasa Kelantan ialah "Ayoh". Ayah selamat pergi ke rahmatullah Hari Jumaat. Selamat ayoh dari seksa kubur. 


Aku ade mende nak citer nie.. Mase hari kematian tuh, aku dengan umi baru je balik dari hantar kakak aku pegi bengkel kereta. So, umi aku nak bawak aku pegi Besut, sebab nak cari pokok bunga atau pokok buah-buahan. So, kitorang pegi Petronas dulu nak isi minyak penuh-penuh dulu. Baru ade semangat you all nak beli bunga. Ye la tuh~ Baru je nak bertolak, abah aku call umi aku, cakap, Ayoh tok kaba. (Maksudnye, ayah tak sedarkan diri). So, umi aku pon cepat-cepat drive kereta balik umah kitorang sebab nak amik nenek aku. Mase tuh, aku tak pikir pon yang "ayoh" akan pergi untuk selama-lamanye, sebab biasanye, dia ade sakit biase-biase je.. So, sampai je, tengok ayah dah "senyap" dan tak bernyawa. Dahlah mase tuh aku tak pakai spect, jadi, aku tak nampak dengan jelas lah yang dada "ayoh" dah tak bergerak.. Aku pon mendekati "ayoh", dan sentuh dada, tangan, dahi dengan muka, sentuh-sentuh, anggota badan "ayoh" dah sejuk. AKu pon sentuh pulak kaki "ayoh", pon sejuk jugak. Muka "ayoh" pon nampak pucat, tak-ber-darah. Korang tau kan ape maknanye?? 


Mase tuh, nenek aku dah menangis kuat-kuat (meratap), sebab mungkin nenek aku tak dapat terima semua ketentuan nie. Bayang je lah, nenek aku tak sempat nak tengok "ayoh", sampai-sampai je dah takde. Aku pon memang tak jangka langsung yang "ayoh" akan pegi secepat nie tau.. Aku memang dah tak kuasa nak tengok nenek aku, so aku cakap,


Aku : Oloh mok, molek doh nie ayoh mati Hari Jumaat.

Nenek Aku : (Makin kuat nangis)

Abah : Ehhh, ayoh tok mati lagi nie. (memujuk nenek aku)


Lepas tuh, umi dengan abah aku pon Call ambulance, sebab mane lah tau, "ayoh" masih ade lagi. Call call, tup tup ambulance pon sampai. Ambulance tuh siap bawak doktor dengan HA lagi untuk check keadaan "ayoh". Doktor tu check mata, check nadi. Cakap yang "ayoh" dah takde. Mase tuh makin kuat nenek aku menangis... 


Aku pon balik, sebab kakak dah call mintak umi aku ambikkan dia dekat Bengkel tuh. Lepas amik dia, kitorang balik sebab aku nak salin baju pakai baju kurung, takkan lah aku nak pakai T-Shirt dengan seluar trek pulakkan?? Tuh pon lepas aku tanya dia macam nie,,,


Aku : Umi, da nok pakai baju nie jelah deh??? (Maksud aku, nak pakai baju t-shirt dengan seluar trek)

Umi : Biar reti tengok majlis gakkk.. 

Aku : Hehehe. Biarlah, da tokse pakai gapo-gapo lah.

Umi : Hooooo, pakai doh takdop hidung gak..

Aku : Olohhh, da gurau jah eh.. :D :D :D


Sampai-sampai dekat rumah "ayoh" dah makin ramai orang berkumpul. Tapi, mayat "ayoh" tak boleh nak simpan lagi sebab Abe Me (anak "ayoh" yang belajar dekat Perak tak sampai lagi). Mula-mula, Abe Me kena naik bas waktu malam, tapi, takkan nak tunggu kan, so abah aku cakap kat Abe Me, balik je dulu guna kereta teksi ke, sewa dengan orang ke, sebab kecemasan kan. So, Abe Me balik jugak dengan kete Myvi sewa sebanyak tige ratus 2 hari. 


Lepas tuh, aku sempat sedekahkan Ya Siiin dekat arwah "ayoh". Memang tak berapa lancar sebab hidung aku berhingus. Jadi, aku jadik tak berape laju sangat.. Mata aku pon berkaca, ayat-ayat Yaa Siiin pon aku dah nampak besar-kecik-besar-kecik... Lepas siap bacakan doa ape semua, aku bukak kain yang menutup muka "ayoh" tuh, aku nampak bibir "ayoh" senyum. Dan nampak "ayoh" tuh, tenang sangat.. Mungkin berkat mati Hari Jumaat.


Tiada seorang muslim pun yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, kecuali dia akan diselamatkan oleh Allah daripada fitnah/azab kubur.”Hadis ini diriwayat oleh al-Imam at-Tirmizi dalam al-Sunah, Kitab al-Jana’iz, Bab Ma Ja’a fi Man Mata Yaum al-Jumu’ah, No. 1074. Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, di dalam Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, No. 6546.

Seriously, aku tak pernah tengok orang mati dalam keadaan yang sangat tenang tau! Mata "ayoh" pong, ade terbukak sikit. Mulut dia TERSENYUM. Aku pon, tutup mata dia biar jadi rapat. Aku sentuh dahi dia, sejuk sangat.


Tup tup, dah azan Maghrib. Maghrib baru Abe Me sampai tau! Bayang tak Abe Me pandu kete seberapa laju yang mungkin kan? MAse Abe Me sampai, mata dia dah nampak sembab. Lepas Abe Me naik atas, tengok ayoh. Baru lah Abe menangis. Abe nie baik sangat tau, dia mesra dengan Umi dia. Aku tengok dia rapat dengan dengan Umi dia. Lepas Abe siap baca Ya Siiin, barulah pakcik-pakcik memandikan jenazah "Ayoh". 


Lepas siap, memandikan, mengkafankan, jenazah ayah dihantar kat Masjid untuk disembahyangkan.. Orang perempuan semua tak pegi so aku takleh nak citer lah kat korang macam mane jenazah disolatkan. Lepas tuh dikuburkan laa pulak...


Alhamdulillah, "ayoh" selamat dikebumikan walaupun hujan masih kuat giler mase hari tuh. Jangan pikir negatif, hujan rahmat ;)


So, aku dah citer kan dekat korang sebab kenape aku takleh update blog. Blog aku pon berkabung tau, sebagai tanda menghormati arwah "ayoh".. Oh yaa, aku nak citer mende yang mungkin korang tak percaya..


Hari tuh, Kak Ma ade jugak datang dekat rumah "ayoh". KakMa nie ustazah al-Quran yang menghafaz 30 juzu' al-Quran. Beliau nie jadik sepupu lah dengan arwah "ayoh". Mokyah ade citer dekat nenek aku, mase pagi hari Jumaat tuh, KakMa rase bahu dia berat semacam je. Macam ade bende lah..

Aku sambung citer lagi ek, sebab bulu roma aku meremang nie. Dahlah malam-malam pulak tuh. In Sha Allah aku citer bende nie dekat korang esok tau..Tapi tak janji tau. Tunggu! 

1 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

KOMEN BERUNSUR NEGATIF TIDAK AKAN DILAYAN !!