Sunday 30 December 2012

Al-Fatihah [ Part 2 ]

Assalamualaikum :)

Sorry sangat tak update blog semalam. Broadband tamat tempoh, wth :(. Okayyy, kita sambung kisah hari tuh okayyy? ;) Smile okayyy, takmo merajuk dengan aku :P Klik sini untuk ke Al-Fatihah Part 1..


Hari tuh, Kak Ma ade jugak datang dekat rumah "ayoh". KakMa nie ustazah al-Quran yang menghafaz 30 juzu' al-Quran. Beliau nie jadik sepupu lah dengan arwah "ayoh". Mokyah ade citer dekat nenek aku, mase pagi hari Jumaat tuh, KakMa rase bahu dia berat semacam je. Macam ade bende lah..


Bende itu ialah "AMANAH". Jangan pikir bukan-bukan okay? Okay, arwah "ayoh" takde pagi Jumaat pukul 11.++ lebih-lebih lah.. Sebenarnya, arwah "ayoh" nie ade sakit dalam perut. Tapi, aku tak tau dia sakit ape. Dua tiga hari sebelum arwah 'takde', dia ade datang rumah aku sebab nak amik ubat sakit perut. Aku tak kasi, sebab aku tak tau ubat kepunyaan abah aku tuh, dia letak kat mane.. ''Ayoh" jugak ade pegi check kat hospital, tapi doktor just masukkan air. Parents aku ingatkan "ayoh" akan ditahan dekat wad sebab ''ayoh'' sakit perut kuat sangat. But, ayah tak kena tahan dekat wad... Oh lupa nak bagitau, ''ayoh'' jugak ade Diabetes or a.k.a KENCING MANIS. Tapi, aku rase sakit "ayoh'' nie lebih kat sakit perut seperti yang citer kat atas tadi..


Oh ya, aku ade jugak dengar yang UMI (isteri ''ayoh'') cakap,sehari sebelum "ayoh" takde, "ayoh" kuat buang air besar. Aku teringat pulak kat kawan Briged Bakti aku, Siti Arisya binti Nazli (siap mention nama dalam MyKad uolls), cakap yang, Tanda Nak Mati ialah, Orang tuh akan Kuat Berak, dan Kalau Berak pon Najis Dia Tuh Tak Berapa Cuci..  Betulkan aku, kalau aku tersilap ye?? Lepas UMI citer macam tuh, kepala aku memang teringat betul ape yang Sya cakap tuh.. Umi jugak ade citer, mase pagi hari "ayoh" takde tuh, "ayoh" ade muntah, dan muntah dia tuh keluar warna hitam.. Terkejut aku. Hmmm, aku citer panjang-panjang dekat korang nie, perasan tak yang aku masih tak citer dekat korang pasal Kak Ma kan?


Okayyy, lepas tuh, arwah "ayoh" dimandikan lepas Maghrib. Kak Ma, ade datang dekat rumah "ayoh" tuh, cuma aku tak ingat dia datang lepas Maghrib atau sebelum Maghrib. Dia jugak ade bawak empat orang budak perempuan dari pondok yang Kak Ma mengajar. Mula-mula Kak Ma duduk dekat ruang tamu rumah "ayoh", pastuh dia masuk dekat dapur. Mase tuh, jenazah "ayoh" tengah dimandikan. Kak Ma, masuk dapur sebab dia boleh "bercakap dengan ayoh". Tapi, aku tak pasti sama ada Kak Ma, boleh nampak "ayoh" atau pon boleh bercakap saje. Dialog dekat bawah nie dalam percakapan Kelantan. Blogger Kelantan dia paham lah. Kalau ade blogger dari luar, nanti aku translate dekat bawah dia pulak nu okay? ;)


"Ayoh" cakap, (1)Maaa(Kak Ma), aku takdop doh nie. Aku mati doh nie. Ore duk tengah mandi doh aku nie. Meta lagi aku duk dale kubur sore lah. Aku takut Ma... Pastuh, "ayoh" jugak, ade cakap, (2)Aku mati nie, aku tinggal anok kecek. Mung tengok molek lah Ma anok aku.. Pastuh, "ayoh" nak salah seorang anak perempuan dia pergi pondok dekat Kak Ma tuh, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang al-Quran, Hafazan ape semua lah. 

(1) : Kak Ma, aku dah takde nie. Aku mati dah nie. Orang tengah mandikan aku... Kejap lagih, aku tinggal sorang-sorang la dalam kubur. Aku takut Ma... 

(2) : Aku mati nie, aku tinggalkan anak-anak kecik.. Engkau(mung) , tengok baik-baiklah anak aku Maaa..


Tuh jee serba sedikit yang aku tau.. Arwah ade jugak cakap dekat Kak Ma, dia mintak maaf dengan nenek aku, sebab dia tak sempat nak mintak maaf dengan nenek aku.. Sebelum dia 'pergi', dia jugak sempat bagi salam dekat Kak Ma.. Terharu ;'(


Lepas "ayoh" siap bercakap dengan Kak Ma, baru lah berat yang Kak Ma rase dekat bahu dia tuh jadik semakin hilang slow-slow..


Hmmm, tuh lah serba sedikit yang aku nak citer dekat korang. Aku tak tau, sama ade korang nak percaya ataupon tak. Terpulang...


Arwah nie tinggalkan anak seramai 7 orang (8 orang termasuk dalam perut~). Abe Me sulung 20 tahun, anak yang ketujuh nama Alya Maisarah 2 tahun, dan yang dalam perut baru berusia 2 bulan...


Mase arwah dah siap dikafankan, semua anak-anak kene cium dahi "ayoh", semua sepupu aku buat, kecuali Alya je yang tak sempat cium dahi "ayoh". Sebab dia tidur.. Tapi, sepupu perempuan aku (anak perempuan sulung "ayoh", Anis) cakap, yang malam tuh, Alya menangis panggil "Ayoh". Pastuh mata dia asyik tengok kat satu tempat tuh je.. (Macam Alya dapat tengok "Ayoh"). Tak pelikkan, sebab Alya tuh berumur 2 tahun, dia suci, takde dosa, sebab tuh boleh nampak "ayoh". Anis jugak ade citer, mase waktu tengahari atau petang ke, kalau tak silap aku. Dia bawak Alya pegi luar, pastuh Alya tunjuk ke arah sawah, pastuh dia panggil "ayoh". Umi aku ade citer, dalam 7 hari selepas seseorang itu mati, arwah akan datang 'melawat' anak isteri, sebab nak tengok adekah anak isteri akan membaca Yaa Siiin ke tak dekat arwah tuh.. So, AGAIN! Mesti Alya dapat 'tengok'  "ayoh"..



Tuh je lah bende yang aku nak citer dekat korang... Aku takut tau tak mase nak taip entrie nie, aku terpakse ajak adik aku yang Syndrome tuh temankan aku.. Oh ya. Aku dah siap pon buat Amali naik motosikal 3 jam tuh. Maknanya, nanti aku akan dapat Lesen L. Oh yeah oh yeah~ ;) Tapi, aku ade lagi berita buruk. Nanti aku akan buat blog aku nie private. Bukan aku tak nak aktif lagi dalam dunia blogging, tapi aku takut terjejas pelajaran aku. Tahun depan kan SPM,, :). Pikir positif eyda, pikir positif eyda.. Nanti aku pikir balik sama ada nak buat private ataupon tak.. Kalau aku tak buat private pon, maybe aku takkan update blog aku okay? Jangan marah ye. Ni mase depan aku. Blogging nie part time jee, aku tak boleh hidup kalau ''makan'' komputer nie tiap-tiap hari.. Bye. Assalamualaikum ;) 
Al-Fatihah again too Arwah "ayoh"... 

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)