Saturday 21 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan :)



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua blogger(s), reader(s), familyku, kawan-kawan sekelas, dan KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH NEGARA :D Marhaban Ya Ramadhan :D

" Kurangkan Mengumpat, Tingkatkan Ibadah "
Itulah moto blog aku pada bulan ini ye :)
Biasanya kalau aku tak puas hati dengan seseorang, aku akan meluahkan rasa tak puas hati aku kat blog hijau nie. Aku sendiri pon tak pasti orang yang aku mention tuh baca ke tak blog nie, asalkan aku bahagia. Ye dokk ? Heeee :D Oh yaa, semalam aku dapat mesej Bulan Ramadhan dari Kakak aku, jap aku taip ekk ?

Doa Malaikat Jibril Menjelang Bulan Ramadhan, " Ya Allah, abaikan lah puasa umat Muhammad jika sebelum memasuki Bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara :-
~ Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua-dua orang tuanya,
~ tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami dan isteri, DAN
~ tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya ". Justeru itu, saya mohon maaf atas kesalahan dan kekhilafan saya. Semoga Allah memberkati dan merahmati serta menjaga ibadah puasa kita. Salam Ramadhan daripada _______.
Aku ade forward mesej tuh kat kawan-kawan terdekat aku, yang ____ merah tuh aku tambah, daripada Asnida, Suami dan Anak-anak :) muahaha. Tapi, aku pasti tak ramai yang baca sampai bawah kot huhuhu :P
Jadi, aku mohon maaf atas segala kesilapan yang aku buat samaada aku sengaja ataupon tidak kepada semua orang yang baca blog nie okey? Bye :D 

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)