Friday 31 January 2014

Gemuk - Gym - Iqbal

Assalamualaikum dan Hai :) 


Aduyai, makin cuti makin besar pulak aku rasa diri aku nie. Bukan rasa besar sebab dah dewasa, tapi lemak dekat badan nie asyik menternak anak menantu dia kat badan aku nie~ Nak duduk je rasa lipatan lemak kat perut nie banyak je. Aku rase tak selesa weh~ Haha. Hmm, baru nie je, AR ade mesej aku cakap ramai orang cakap dia gemuk? Tapi, aku tengok gambar dia dekat telefon Danish Yussof, handsome jee~ Cehhhhh~ *Kalau dia tau aku puji dia nie, mesti dia perasan nie~ Haha. 


Korang bayang je lah, sekarang nie kan dekat Kelantan kan musim sejuk? Ceh~ So, bila dah sejuk-sejuk macam nie, aku jadik mudah lapar lah weh. Tau je lah bila dah laparkan, macam-macam aku sumatkan dalam mulut aku nie~ Aku tau, kalau aku tak jaga pemakanan aku akan jadik gemuk tembam bam bam. Tapi, entahlah au tak tau kenape aku tak boleh nak kawal pemakanan aku nie.. 


Satu lagi kan? Aku kan mengajar sesi malam.. Lepas tuh, bila balik kelas je, mesti aku lapar. Lepas tu, godaan yang meriah pulak datang dari Kedai Burger kat tepi jalan tuh. Kalau tak berhenti kan, rasa rugi yang teramat sangat weh. Tambah pulak dengan kelipan lampu-lampu kat kedai burger tuh umpama kedai burger tuh cakap,


"Eh Eyda, marilah singgah kat kedai sini dulu"

"Eh takpelah burger, dah malam nie, tak elok makan burger malam-malam buta nie"

"Alaaaaaaaaaa, datanglah! Sekali je weh. Lepas kau makan, kau diet lah nak diet setakat mane"

"Takmolah! Nanti gemuk burger!"

"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ PLeaseeeeee~

"Okay fine, tapi sekali je okay?"

"Yeayyyyyyyyyyy! 3 : ) "


Hmmm, sekali sekali pon, aku tengok hampir tiap-tiap hari je aku makan kau nie burger? Kau memang sengaja nak aku gemukkan? Menurut Cikgu Biologi feveret aku, Cikgu Zaiton, dia cakap, perut kita nie kan, kalau kita paksa dia makan banyak-banyak, maksudnya, kita makan lebih dari yang perlu, perut dah penuh pon kita paksa jugak dia makan, dia boleh membesar 3 kali ganda dari yang asal tau! Afiq, jaga badan okay? Takmo gemuk-gemuk~ :P Haha. Eh eh eh, pesanan nie pon aku tuju dekat aku sendiri jugak.. Hahahahaha *bajet~


By the way, aku rasa aku nak pergi gym je. Haha. Dekat Pasir Puteh tuhh, so, aku tanya lah Umi aku dekat gym yang dia selalu pergi tuh. Lepas tuh dia cakap bayar RM10.00 sekali masuk. Berbaloile kan? Tapi, aku teringat lah pulak budak kelas aku nie ade pergi gym~ Hari tuh kan, budak-budak kelas aku ade ajak aku pergi Bilik Kaunseling jumpa Kaunselor, Puan Zaidah atau lebih dikenali sebagai Umi kat sekolah kita tu. Kawan-kawan aku yang pergi tuh ialah budak kelas aku lah, Najmi, Danish Yussof, Hazim lepas tuh tambah Syaqir Haikal pulak satu lagi. Lepas tuh, aku tengok Danish nie macam tegak je badan dia~ Tapi takkan lah aku nak cakap macam nie,

"Eh Danish, aku tengok kau nie makin lama main handsome lah, kau pergi tambah collagen berapa kilo eh sebab aku tengok body tough gila nie~"


Mau taknya perasan 40 hari 40 malam dia kan? Hahahaha. Dahlah dia tuh perangai sama dengan aku, pantang dipuji~ Haha. Tapi, aku ade text dia lah tanya pasal Gym yang dia selalu pergi blablabla. Hahahaha. Aku malu sebenarnya nak tanya, tapi aku gagahkan diri jugak untuk tanya dia..Lepas tuh, dia tanya aku weh, kenape tanya pasal gym ape semua nie? Aku balas, nak kuruslah~ Hahahahah~ Gila jawapan aku kan?


So, gym yang dia pergi tuh aku tengok menarik je pada pandangan mata aku. Aku rase nak pergi, tapi aku rasa macam nak ajak kawan-kawan aku je. Macam malu je nak pergi sorang-sorang... Tapi aku tak tau nak ajak sape weh~ Oh ya, aku rase sampai sini je dulu aku citer pasal gym, gemuk, blablabla nie.


AKu nak sambung citer pasal adik aku pulak nie~ Adik aku yang bongsu tu lah, yang mane lagi.. Hahahah~ Dia selalu tidur dengan aku kan? Bukan selalu weh, masalah nya memang konfem hari-hari dia akan tidur dengan aku. Lepas tuh kan, dia tidur tuh suka sangat bertempek je dekat aku. Katil aku tu punya lah besar, tapi dia nak jugak tidur asal dia dapat bersentuh dengan mana-mana anggota kat badan aku nie haa. Kalau aku mintak dia tidur jauh dengan aku, dia cakap takmo~ Bila aku tanya kenape takmo? Dia cakap sebab dia suka lah~ Hahahah~ Adoyai. 


Tu pon dia baru je sembuh dari demam weh.. Macam mane entah boleh demam, mesti berjangkit dengan abanglongggg le tu.. Aku nie pon baru je sembuh dari selsema, sampaikan suara aku hilang seminggu tau~ Hahahaha. Tapi, hari tuh, aku ade call budak kelas aku kan, dia cakap suara aku best~ Hahahahaha, tapi aku taktau lah dia ikhlas atau sindir~


Haaaaaa, tapi kan, punya lah susah aku nak paksa dia makan ubat weh.. Kan, aku suka citer dekat dia pasal aku couple dengan sape blablabla kan? Pastuh dia jeles weh. Mase aku citer dekat dia tu, aku ade cakap yang aku sayang AR ape nie kan? Lepas tuh muka dia monyok je weh~ Pastuh aku cakap, alaaaaaa, tipu je, mesti lah Kakngah sayang dua-duaaaaa~ 


Lepas tuh, time tuh, dia dah tidur, tapi aku lupa nak kasi dia ubat. Aku kejutkan dia mintak dia makan ubat kan? Dia siap menangis weh, takmo makan ubat. Aku ugut dia macam nie?

"Adik, jomlah makan ubat!"

*Dia menangis, lepas tuh tarik selimut*

"Cepatlaaaa adik, makan satu je, lepas tuh adik sambung tidur balik, cepatlah"

*Dia menangis lagi*

*aku dah geram, aku pon cakap, "Adik nak kakngah sayang apik ke sayang adik? Hah? Kalau kakngah dah sayang apik, kakngah dah takmo sayang adik sampai bila-bilaaaaaaaa!"

"Adik nak kakngah sayang dua-dua lah" *sambil menangis weh :')

Adoyai, besar nya peranan aku dalam kehidupan dia weh. Kitorang nie, kalau gaduh, gaduh sebentar je..Sebab malam je, mesti dia aan cari aku sebab nak tidur dengan aku...Hahahahah. 


Okay, aku rasa dah lewat malam dah nie weh~Aku rasa sampai sini je cerita aku malam nie, ade mase aku sambung citer lagi ye? Bye~




NOTA HIJAU : Aku menaip sambil bersenam atas benda nie. Online sambil duduk saje  boleh menggemuk aku kan? Dahlah aku baru je makan burger dengan ayam~ Memang tak menjadi lah kan diet aku nie kan? Hmmm. 

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)