Monday 1 October 2012

Terkilan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kat semua blogger(s) dan reader(s) sekalian ! *ayat klise aku bila start menulis setiap entrie aku yang lain pon...*

Mula-mula sekali, bende pertama yang aku nak citer kat blog aku ialah aku terkilan sebab exam akhir tahun akan berlangsung dalam dua minggu LAGI. Dua minggu lagi k? *perlu ke repeat banyak kali? :P*

Hmm, kau tanya aku persediaan aku? Arghhhh ! Aku tak tau macam mane nak jawab. Yang pasti, aku tak sedia lagi..Ha'a. Memang tak sedia lagi.. Tapi, kalau masa nye dah dekat gile pon, kalau aku menjerit ke, menangis, teriak kuat-kuat ke, ketawa sorang-sorang pon, Exam nie aku kene tempuhi jugak! Kene tempuhi jugak walaupun aku lari ke bulan sekalipon. *hiperbola k...*
Tuh pasal perkara pertama yang aku nak kasi tau kat korang.
 
Nombor dua ialah, mase BM tadik aku rase cuak sikit. Bukan cuak dengan cikgu.. Tapi cuak dengan budak kelas aku. Pasal? Pasal semua perbuatan yang orang lain buat mesti orang lain yang kene tanggung. Aku rase macam, 
 
ARGHHHHHHH !
 Hmm, maybe orang lain tak terasa dengan perbuatan yang dorang buat kot. Maybelah.. maybe kot? kan?
Tapi, aku setuju dengan semua kenyataan Cikgu Rohana.. Hmm, kepada Cik Anon especially kalau ade lah budak kelas aku yang terbaca blog aku sama ade secara sengaja atau tak, aku mohon korang tak terasa dengan ape yang aku dah tulis kat korang ye? Tak payah lah nak masam-masam muka dengan aku ataupon orang lain. Aku tak kesah k? Benda betul, tak perlu nak sembunyi ke ape ke. Mungkin korang cakap,

Perlu ke sampai kau citer kat blog kau pasal benda seharian yang berlaku dalam kelas kau atau kat mane-mane pon wey?
 Ha'a. Memang perlu. Benda nie sebenarnya aku tak perlu mention pon dalam blog aku. Untuk perhatian korang, aku dah ade diary. Tapi, tangan aku malas nak menulis. Aku lebih gemar citer kat blog Hijau aku k? Tak perlu pertikai habit yang aku buat sejak tahun lepas lagi. Aku tak kacau habit kau kan? 
  
Okey, tuh je bende yang aku nak update. Memandangkan aku dah busy, maybe aku blog aku nie lambat lagi akan terupdate balik. Jadik, korang harus bersyukur bila Asnida Ridzuan nie rajin update blog comel nye nie k? Hikhikhik :D. 
 
Kepada Cikgu Rohana : Cikgu, maafkan saya kalau saya ade buat Cikgu terasa hati dengan saya sama ada secara sengaja atau pon tidak. Saya faham perasaan cikgu bila kita telah banyak tolong orang lain, tapi tak dikenang orang lain. Tapi, percayalah, tentang hamper, saya tak tahu ape-ape. Saya masih teringat gelak tawa cikgu yang galak sambil bersinar mata cikgu tatkala mendengar kelas kita menjadi Johan bagi Pertandingan Menghias Kelas, tapi seriously, saya takde sentuh langsung kulit hamper, mahupon hamper. Tapi, makanan dalam hamper tuh adelah. Tapi, bukan banyak, hanya Twisties je masuk dalam perut saya... Sekian Terima kasih... :)
 
Assalamualaikum dan BYE ! 
 

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)