Saturday, 16 June 2012

Lawatan ke Langkawi ! [ gambar ] Part 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera kat semua readers dan bloggers sekalian. 

Lawatan tuh start dari Isnin sampai Rabu.
Mase hari last tuh, memang ati rase berat nak balik tauuu ! :'(
Sedih sangat ! Rasa nak duduk terus je kat Langkawi biar sampai hitam.
Muahahaha :)

Nak tauuu?
Ade sorang budak pompuan nie kan, cakap [ Muahaha dan Muehehe ] nie trademark dia. Menyampah betol. Bukan ke dah lame eyda guna []. Hurmmm.
* Bila ayat best mesti ramai tirukan ? :P *

-HARI PERTAMA-


Pika dan eyda.



Gambar kat atas nie mase kat jeti Kuala Perlis :)


Yang nie pulak dalam feri :) 
Hari pertama kitorang tak start lagi journey menjelajah Pulau Langkawi.
*bajet nampak satu PULAU LANGKAWI kitorang pegi kan ?Padahal kitorang pegi kat tempat2 menarik je. Muahaha :D*


Kitorang sampai dekat Jeti Pulau Langkawi dalam pukul 7.00 ++ tau.
Check-in Hotel Region pulak dalam waktu Maghrib. Mase mula-mula masuk, mende yang kitorang cari dulu ialah plug dan iron !
Mane taknya, aku sendiri pon bawak baju T-Shirt-yang-senang-nampak-kedutnya wooo ! Hahaha. Sebenarnya, mase kat hotel lobi tadi dah tanya akak dekat kaunter ( i don't know her name :P ). Dia cakap kalau nak iron baju kene pegi kat bilik service kat bawah dekat ngan lobi. Hmm, aku ape lagi, dengar je "Bilik Service",dalam otak nie terbayangkan bilik service yang penuh dengan iron dan papan nye. Tapi masuk je, ade iron satu, iron board satu! Korang bayangkan hotel yang besar gedabak HANYA MEMPUNYAI SATU IRON DAN IRON BOARD, could't you ?


Lepas tuh, aku, Ifwat ( act, she is a girl okey? :P ), and Fathia pegi lah turun bawah kat lobi iron tudung semua. Masing-masing semua bawak tudung bawal tau ! Bayang je lah, aku 4 helai, Ifwat 3 helai, Tia aku lupe dia bawak berape =,=''.


Lepas siap iron semua tuh, kitorang naik bilik and bersiap untuk mandi and so on. Malam pertama nie kitorang takde pegi mane-mane sebab semua orang letih tau ! Tapi, letih-letih pon, tidur pukul 1. ++ tau, sebab banyak citer yang kitorang bualkan, sampaikan semua orang dekat sekolah kitorang citer. Well, perempuan kan :D ??? *perlu ke ade tanda tanya 3 bijik?*


-HARI KEDUA-


Aku - Ifwat - Tia
Nie mase kat atas bas tau ! Aku bukan duduk bertiga key atas bas? Just untuk posing je :P


-Tempat Memproses Minyak Gamat-


Tempat pertama kitorang pegi untuk hari kedua nie ialah Tempat Memproses Minyak Gamat !




Gambar 1 : Minyak Gamat.
Untuk pengetahuan korang, minyak gamak nie telah dipanaskan dengan api yang sangat panas, dan minyak gamat nie jugak mengelegak tau semasa dipanaskan, TAPI apa yang menakjubkan tentang minyak gamat nie ialah MINYAK GAMAT INI TIDAK PANAS ! Aku dah sentuh, dan memang ternyata, minyak nie sejuk je wei ! :) 


Gambar 2 : Also Minyak Gamat !


Gambar 3 : Model Minyak Gamat :P
"Mari rama-rama kito pakak gi beli minyok gamat awee nga mek weiiiii"
Hahaha :D


Alaa, aku singgah je, tapi tak beli pon. Sebab umi aku dah pegi Langkawi tahun lepas, dan umi pon dah beli. Jadik, aku turun amik gambar minyak gamat je.


- Kota Mahsuri -


Mahsuri Binti Pandak MayahMahsuri telah dihukum bunuh pada 1235 Hijrah(1819 Masihi) akibat dari fitnah dan irihati. Semasa menerima hukuman, beliau bersumpah bahawa :"PULAU LANGKAWI TIDAK AKAN AMAN DAN MAKMUR SEHINGGA 7 KETURUNAN"





Gambar 1 : Tuh tempat yang eyda paling teruja nak pegi. Sebelum nie eyda penah tengok buaian Mahsuri nie dalam gambar Hannah Afifah mase Form 2 dulu. Tapi bila dah tengok rupa-rupanya takde ape-ape pon. Ade bantal ngan ape lah tah, tak perasan :)

Gambar 2 : Bajet duk dalam penjara :P

Gambar 3 : Kat belakang eyda tuh ialah Makam Mahsuri.

Gambar 4 : Akak yang kat sebelah eyda tuh macam penyambut tetamu kat Kota Mahsuri nie.  DAN KAKAK SANGAT CANTIK TAU !

Gambar 5 : Pika :)





Gambar 1 : Eyda dan Aisyah di buaian Mahsuri.

Gambar 2 : Tudung tak jadik tau ! 

Gambar 3 : Dekat Rumah Mahsuri.

Gambar 4 : Makam Mahsuri :)

Eh korang, aku dah upload banyak tau ! Act, nak upload satu-satu tapi memandangkan internet slow, aku just taruk semua gambar tuh jadik satu dengan edit guna PHOTOSCAPE ! 
Nie baru Part One, nanti tunggu untuk Part Two pulak okey ?
Kbaiiii ! 



NOTA BULU KAKI : Weyy, nanti Ahad sampai Rabu aku ade kem ape entah kat Kem Tangok, Bachok. Aku tak pasti ape aktiviti yang akan dibuat kat sane nanti, tapi yang pasti aku kene bawak pakaian yang lasak untuk menjalankan aktiviti tuh. Aktiviti yang paling aku tak sabar tuh ialah, Aktiviti yang kene guna air. Hope aku tabah menjalani semua aktiviti dengan baik k ? Tuh berita baik, berita buruk pulak, aku kene skip kelas la wei 4 hari. Dah lah cikgu Kimia aku nak ajar Bab 6 yanng agak susah. Cikgu sendiri pon kate bab nie sukar, jadik kiteorang(budak kelas aku) kene faham betol-betol ape yang cikgu nak ajar nanti. Siyesly, aku tak gembira skip kelas! Sebab nye result PKBS 2 (exam pertengahan tahun) aku memang down giler kot. Okey, aku tau "Nota bulu kaku" aku agak panjang. Haha. Kbye! Assalamualaikum. Opss, lupe, 19 Jun Birthday aku. Jangan lupe wished! BYE !

1 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

KOMEN BERUNSUR NEGATIF TIDAK AKAN DILAYAN !!