06 December 2012

Tuisyen - Mengaji - Amik Lesen Motor

2 awesome people shared their thoughts on my post!
Assalamualaikum :)


-Tuisyen-



Seperti yang korang tau dalam entrie ini ( Result Peperiksaan Akhir Tahun dah keluar ! ), kan result aku rendah kan? Sampaikan turun kelas ketiga kan? So, hari Ahad, aku ade pegi rumah bestie aku masa sekolah rendah dulu, E'ah. Banyak yang kitotang bincangkan  pasal result, pasal couple ;) *aku xde gewe*, pasal sekolah, citer pasal orang tuh, citer pasal orang nie. Dan, citer pulak pasal result kitorang yang rendah tuh. Sebenarnya, aku pergi rumah dia just nak hantar Asyura yang umi aku buat tuh, pergi dalam 12.30 lebih-lebih, balik rumah pulak dalam pukul 2.00 petang. Bayang apa perempuan berbual bila berjumpa :P muahahaha *gelak kasar*


So, dialah yang beritahu aku pasal Tuisyen segala nie :) Aku tanya dekat mana, dekat rumah atau dekat pusat tuisyen, pukul berapa sampai pukul berapa, and so on :D 

  • Hari Ahad & Isnin - Add Math
  • Selasa - Math
  • Rabu - Fizik
  • Khamis - Kimia
  • Pukul 11.00 sampai 1 petang
  • Bayaran Rm50.00 untuk bulan ini. 
So far, tuisyen nie okay lah. Alhamdulillah, aku pon faham. Cuma cikgu tuh ajar laju sangat. Kira pandai-pandai otak korang lah nak serap sebanyak mana ilmu yang cikgu dah turunkan tuh. Subjek Math tuh aku okay sikit, cuma Fizik dengan Kimia tuh aku blank sikit :(. But, like i said before, pandai-pandai kita lah... Satu je yang aku tak puas hati kat situh, kat situh ade pelajar sekolah 'kesayangan' aku dulu :P Wth! Dorang asyik pandang aku je :( Tau lah aku keluar SBP kan? Taulah korang pandai kan? Eh?


-MENGAJI-

Nie pulak aku nak citer pasal aku mengaji al-Quran. Aku just nak citer okay? Jangan cakap aku nak chow off ke ape ke, takde niat pon :). Okayy, sebenarnya aku dah start mengaji dari bulan 8 ke bulan 9 tahun nie, aku tak ingat. Aku pergi mengaji sebab target aku nak khatam al-Quran sekali lagi sebelum aku tamatkan persekolahan tahun hadapan :').. Aku dah khatam masa Tingkatan 1, seumur hidup aku, baru festime aku khatam al-Quran.. Aku malu~ Satu lagi, sebenarnya, semangat aku nak khatam al-Quran nie berkobar-kobar bila aku tengok majlis khatam al-Quran kat sekolah aku. Pastuh, aku rasa sebak! Sebab aku sedih, kenapa aku takde kat atas pentas tuh????? Ape cur-lassssss jadik penonton je? So, aku cakap kat umi aku,

Aku : Umi, da nok gi ngaji! Kot mano-mano pun, da nok khate Quran jugok tahun depe. Da nok gi ngaji kat Mek Ain nga Naqiu (kat adik aku)

Umi : Gi nok gi gak. Tok malu ko kito sore besar situh?

Aku : Caro lah, da sore pong. Target da nak khate Quran sebelum SPM. Da nok naik pentas etek. Da malu tok khatam lagi.

So, umi pon daftar aku pegi mengaji. Alih-alih, AKU SEORANG YANG 'MUDA' KAT SITU! Amekkaww :P Hermm, tapi aku tak kisah pon. Alhamdulillah, masa aku perdengarkan bacaan aku, mujur aku masih lancar mengaji. Sebab, biasanya, kalau kita dah lama tak baca al-Quran, kita akan tersekat. Tapi, aku tak tersekat. Flow je :) Tak salahkan? Sebab bila aku pikir balik, baik aku pergi mengaji, sekurang-kurangnya aku boleh perbaiki bacaan aku, perkemaskan ilmu Tajwid aku. Well, Helloooooooo guyss, Pendidikan Islam SPM ade tanya Tajwid tau? Korang rasa, korang ingat ke kita belajar Tajwid masa Tahun 4 dengan Tahun 5 dulu? Masa nak exam K.A.F.A dulu? I bet, ramai yang lupa kan? Satu lagi, markah tajwid dalam SPM mahu tak dalam 10 markah kalau tak silap? Kau nak buang 10 markah macam tuh je ke weyy? Memang tak ah kan? Haaaa, aku suka sangat mengaji dengan Ustazah Nah, sebab dia suka perbetulkan bacaan aku, dan dia teliti! :) Kalau dengan Ustazah lain pon best jugak, cuma Ustazah lain kurang tegur kesalahan aku. Okay, kita bergerak ke cerita seterusnya okay?


-LESEN MOTOR-



Esok jugak aku pergi amik lesen motor. Tapi, kene pegi kursus dia dulu. Sebenarnya, umi aku nak buat untuk kakak aku (lesen motor +kereta), apa salahnya aku tumpang sekaki~ Sementara aku masih hidup. Eh? Tak tak, maksud aku, sementara aku free dan dah cukup umur~ Ye tak? Mbahahaha :D Nanti lah aku citer dengan lebih lanjut bila aku dah pergi nanti okay? 


Nampaknya masa mencemburui aku dengan korang. Sehinggalah update pulak nanti ye? Bye! :) Sayang korang :D

01 December 2012

Projek Asyura :)

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Ingat mengacau Asyura nie senang? :) *aku perasan yang sanggul aku tuh nampak tinggi kan? Padahal, aku pakai pengepit!*
NOTA HIJAU : Hari nie rumah aku buat Asyura :) Par yang getir bagi aku ialah bila kene mengoyak daging sehelai-sehelai. Sebab bila kita dah koyak daging lembu halus-halus, proses mengacau Asyura tuh senang! Pukul 5.30 pagi aku tidur semalam, pastuh kene bangun pulak dalam pukul 7.30 pagi. Mujur aku 'cuti'. Kalauuuuuuuu taakkkkkkkkkkkkkkk, hmmmmmm! :) Okayylah, tuh je yang aku nak citer untuk korang! Nak jugak Asyura? Bagi emel, (dan password sekali) okayy? Biar aku post gambar Syura kat korang! Hahaha, daripada terliur kannnn? KBYE :D

25 November 2012

Result Peperiksaan Akhir Tahun dah keluar .

0 awesome people shared their thoughts on my post!
I need someone please :(
I need a shoulder to cry on please :''(
Anyone, PM her number to my Facebook please :''''''''(

Sori, hari nie aku nak perbesarkan font aku. Aku tak dapat nak bayangkan macam mane hidup aku tahun depan okayy? Ya Allah, sepatutnya aku dah rasa bersyukur, tapi aku tak bersyukur dengan post macam-macam mende mengarut kat fesbuk.. Alaaa, bukan pasal pelik-pelik pon, cuma aku dah melahirkan ke-tak-puas-ati aku di fesbuk. Sebenarnya aku sedih sebab aku tak dapat kelas Marikh dan Musytari. Target aku untuk peperiksaan akhir tahun nie just nak dapat dua-dua kelas tu je..

Okayy, normal balik dah font aku :(. Korang mesti fahamkan bila hajat kita tak dikecapi. Untuk pengetahuan korang, result Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) dah keluar hari tau. Tapi, aku tak pergi pon sebab umi dan abah aku keluar ke KB dari awal pagi lagi. So, aku tak dapat mintak dorang temankan aku pegi sekolah tadik. Dan, sebenarnya, 2 hari sebelum result keluar, Ustaz Tarmizi dah bagitau kat kawan aku (ustaz komen dekat status kawan aku, so aku nampaklah) yang result PAT dah keluar dan kitorang boleh tengok hari nie, which is HARI NIE LA! So, aku pon post dekat wall aku cakap yang hari nie keluar result, dan berderu-deru handphone aku mengeluarkan bunyi, tanda mesej masuk. Tanya aku, Eyda,betol ko result tubik esok? Eyda betol ko result kuar esok? . Hai, kan aku dah post dalam fesbuk aku. Tapi dorang hantar mesej dkat aku pon bersebab, mintak aku tolong tengokkan nama dorang. Hmm, aku pon menggigil nak tengok nama aku, mintak tolong tengok nama dorang pulak. Aku kan, sejak UPSR lagi, masa hari keluar result, aku takde kat sekolah tauu! Sebab aku berdebar :( Aku TAKUT. Mase amik result UPSR tuh, aku tengah bersenang-lenang mandi air pantai di Melaka, nak amik kakak aku.. Mase PMR pon, aku tak amik result, PON sebab sama okay? Aku takutkan result aku. Mase hari keluar result PMR, aku tengah jadik ikan dugong, tengah mandi dalam kolam with my sibling :). Dan tau, melalui SMS yang hantar ke 25333 kalau tak silap.. Aku lupa pulakk. SPM ?? Hurmmm, aku tak tau nak pergi berenang kat mane pulak nanti hari keluar result..



Hmm, citer panjang-panjang, aku lupa nak citer yang aku dapat kelas Pluto, kelas ketiga dari empat kelas aliran Sains Tulen. Pada pendapat korang, okay ke tak kelas tuh? Bagi aku, sangat-sangat tidak okay, okayyy? Hmmm, aku tak tau nak cakap macam mane nie doo. Otak aku kelu. Hari nie aku tak makan lagi :(. Aku stress bila pikir balik pasal result tuh.. Aku dah takde mood nie nak menaip. Aku mengharapkan keajaiban yang akan membawa aku kelas MI, tapi, aku tak rasa dapat kot, sebab nama aku mungkin dah tercorot ke bawah, disebabkan aku Failed Add Math... Aku dah taknak pikir pasal nie lagi. Sepatutnya, aku tanya, Apa yang buat aku jadik Failed hah? Jawapannya, memang dah ade dengan aku. Aku yang study last minute, aku yang tak buat nota, aku yang tak buat latihan secukupnya babe :( Malah, 2 atau 3 minggu nak exam, aku sempat online fesbuk lah, twitter lah, update blog lah. Nak tau entrie mane, korang check lah sendiri.. Aku dah takde mood nak citer dengan korang nie.


Korang nak tengok tak aku edit DOMO, dah jadik hodoh? Haha. Aku sedih. Jap aku upload okayy? Wait! :)



 See? Buruk gila kan? Hmm, ade aku kesah?? Hmm, takpelah, aku rasa aku dah patut berhenti kat sini je entrie aku hari nie. Update panjang-panjang pon, xde orang nak baca pon kan? Okay, I chow dulu. BYE :(

  
Dengan adik aku yang nie lah aku suka bercerita. Dah pandai bercakap dah si botak nie :) *dia kerat rambut, so sesedap know pasti sedap je aku panggil dia botak. :D
One and only my adik yang Syndrome Down :) Ilovehimokayy :*
Orang cakap, bila dah ada anak Syndrome Down, kene jaga dia betol-betol tau? Umi aku cakap, dia buat salah ape pon, dimaafkan, sebab macam mane sekali pon, tiket dia ialah ke syurga. Tapi, aku ade jugak marah dia, sebab dia selalu berebut Broadband dengan aku. Amboi tak amboi kan? Keje dia, tengok Tom and Jerry lahh. Takpelahh, dah tuh memang sifat dia kan? Sekarang nie dia darjah Empat, tapi masih kecik lagi macam budak 6 tahun kan? :D Satu lagi, murah rezeki tau kalau jaga dorang elok-elok. Alhamdulillah, keluarga aku krap dimurahkan rezeki semenjak dia ade. :)



NOTA HIJAU : AKU BENCI SEMUA YANG NAIK KELAS ATAS YANG MENIRU! I REPEAT AGAIN, YANG MENIRU OKAYY? KBYE :(

15 November 2012

TIPS : Untuk membuat kulit menjadi lembut

4 awesome people shared their thoughts on my post!
Assalamualaikum dan selamat petang ;)

Okayy, memandangkan hari nie aku dah online :) Acecey, menaip macam aku tak online setahun. Padahal, kelmarin dah update satu entrie nohhh. Tak sedar diri betol lah aku nih. Hikhik :D
Alahaiii, memandangkan tadik aku bukak Dashboard, kemudian aku tekan Stats, kalau sesape ade tengok kat Fesbuk aku, aku ade post gambar Stats blog aku. Aku suka sangat tengok berapa bilangan silent reader (?) yang tengok blog aku. Jadik bila aku dah bukak, aku perasan yang readers aku nie suka mende-mende yang alah ke Tips-Tips kan? Tak percaya? Kejap aku bagi kat korang bukti okayyy ? ;)
Uolls suka TIPs yeee?
 Tuh pasal post, pastuh, aku ade jugak klik Traffic Source, dan keyword yang banyak pembaca aku cari ialahhhhhhhh ,
See? Betol tak ape yang aku kata ?
________________________________________________
Okayy, kembali kepada tajuk di atas, aku ingin kongsikan cara-cara untuk membuat kulit anda lembut :)
 Aku rasa dah ramai kot yang tau cara aku nie. Takpelah, aku nak cakap kat yang belum tau :) Oh, sebelum tuh, aku cadangkan entrie nie sesuai untuk gegirl je kot. Tapi, kalau korang tuh lelaki, hermmm, sukati koranglah~ Hehe :D
 Caranya ialah,  gunakan lulur mandian. Lulur nie pulak ade dua jenis tauu, ade yang lulur badan dan ade untuk lulur muka. Tapi, lulur muka aku tak pernah pakai lagi, sebabnya umi aku tak pernah belikan untuk aku lahhhh :) Okaylah, sekarang nie aku nak kasi manfaat kalau kita memakai lulur mandian nie tauuu :)
MANFAAT KITA MEMAKAI LULUR !
1. Kulit korang putih sedikit bagi orang yang hitam manis macam aku nie~
2. Kulit korang akan menjadi lembut, sebab sel-sel mati dah tercabut. So, your skin akan ceria sebab si sel-sel mati dah takde.
3. Kulit korang akan menjadi wangi, sebab bau lulur mandian nie sangat lah wangi tau!!
4.  Badan akan jadik segar, bersih, halus, dan berseri-seri.
5.  Lulur nie jugak boleh melancarkan aliran darah korang tauu :)
6. Dan yang paling penting sekali, lulur jugak memberi efek kewangian aromaterapi. Kan dalam lulur kan ade bahan-bahan yang wangi :) 

Tapi, ada kesannya pon ade jugak tau. Janganlah korang pakai lulur mandian SETIAP HARI sebab sifat lulur mandian nie dia macam krim, pastuh dia ade something like hampas I guess, macam bijik-bijik kasar. Tujuan nya ialah untuk membuang lah sel-sel kulit mati. Aku ade baca dalam mingguan wanita, korang kene guna lulur nie 2 kali seminggu je. Kalau ade yang guna tiap-tiap hari tuh, aku tak jamin, kalau dia bangun pagi esok, kulit dia tercabut. Hahaha. Aku gurau je :)
Oh ya, sebagai wanita jugak, kan badan kita kuat mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan kan? Jadik pakailah lulur kalau ade some of you yang mengalami bau-bau badan yang tidak menyenangkan. Satu lagi, kalau korang nie ade bercukur kat bahagian bawah lengan (ketiak) tuh, korang tak boleh pakai lulur tau! Kan, bila kita dah bercukur, mesti ade bahagian kulit kita yang terluka kan. Jadik, bila korang dah pakai lulur dekat ketiak korang tuh, ketiak korang akan jadik luka. Kan aku dah cakap kat korang yang struktur lulur nie kasar-kasar.  

Oh ya, lulur mandian nie jugak ade dua jenis tau, ade yang krim pastuh ade yang berdebu! Kalau yang krim nie senanglah, sebab bila kita dah mandi, kita amik jer lulur tuh, dah boleh lulurkan dekat badan kita nie. Tapi, kalau yang lulur debu, korang kene tambah air laa dalam lulur tu. Aku dah pakai lulur debu, lulur kopi yang macam kat bawah nie :) Bau dia harum kot, tapi aku rasa macam nak makan je, kan nama nya lulur kopi, ofkos lah bau pon macam kopi.

Aku pakai yang nie lahh. Yang nie pon okayy :)
 Eh, aku lupa nak citer satu lagi khasiat yang penting kat korang pasal lulur nie,  kan sebagai perempuan kan mesti ade jugak antara kita korang, (eh kita pulak, antara korang lah) yang mesti ketiak dia tuh hitam ataupun macam terbakar gituh. Korang boleh buang ke-hitam-man ketiak korang tuh dengan memakai lulur. Eh, eyda, tadik kau cakap tak boleh pakai lulur kat ketiak kan?? Memanglah aku cakap tak bolehh. Tapi, korang janganlah pakai masa selepas bercukur. Pakai lah selepas seminggu bercukur ke, atau 2-3-4 hari selepas bercukur. 

Cakap-cakap pasal lulur nie. Mesti korang tertanya-tanya harga dia kan? Sebagai remaja yang forever-young-15 tahun macam aku nie, jangan risau ade jugak lulur bawah rm5. Umi aku pernah belikan aku yang RM4.50 tau. Which is sangat lah murah dan mampu dibeli untuk kita yang berjiwa remaja nie kan? Dan bau nya pulak harummmmmm sangat. Ade time kalau aku malas, contohnya kalau hari nie aku mandi aku pakai lulur waktu pagi. Pastuh aku akan mandi pulak keesokkan harinya time petang-nak-masuk-Maghrib. Tau tak kenape? Sebab badan aku still tak berpeluh tauuu! Seriously tak tipu ;) Tapi, kalau korang nak yang baik, best bila pakai, aku cadangkan korang beli Lulur Buah Zaiton jenama ape lah entah, aku lupa. Tapi, yang best tentang lulur buah zaiton nie, dia tersangatlah wangi, tapi yang tak best nye, HARGA PON WANGIIIIIIIIIIII jugak lah. Hikhikhik :D

Korang nak tau, sebelum cuti sekolah nie kan, aku kan dah pakai lulur, pastuh mase aku berjalan, tiba-tiba sorang kawan sekelas aku tersentuh tangan aku. Dan guess what she said for me guyssss ? She said, "Eh Eyda, lembutnya tangan dio". Aku, " Haaa? Lembut? Dop eh, mano ado"... Padahal dalam hati aku tengah kembang~ Oh yaa, aku mudah perasan yee jika ade yang memuji aku. So, kalau taknak aku kembang, jangan puji okayyy? ;)

Korang, aku rasa setakat tuh je dulu. Nanti bila aku ade tips lain aku kongsi lagi yeee dengan korang? Bye :) Thanks sebab sudi baca blog aku :D Kalau ade yang rasa pendapat aku salah, hantar komen kat bahagian bawah ye? Kita bincang same-same gituh ;)
 
NOTA HIJAU : Perhatian kepada semua pelajar 3 Ibnu Khaldun 2011, REunion akan diadakan di Restoran D'Lazard Cafe (Wisma Tuah) Pada 17/11/2012 pada Hari Sabtu ini pada pukul 12.30 petang. Jemput datang-kawan :) Moga ukhuwah di antara kita sentiasa mekar :D    

14 November 2012

Entrie Eyda !

0 awesome people shared their thoughts on my post!

Assalamualaikum dan selamat pagi. First time woo in my life aku update blog aku pagi-pagi buta macam nie. Hikhik :)

Oh yaa, seperti yang korang tengok kat blog aku nie, aku dah ubah sikit, dengan meletakkan ♥ Hasil Pen-taip-pan ♥. Mulanya aku nak delete je yang kalendar, tapi memandangkan penat lelah aku nie edit mende yang ala-ala kalendar. Jadi aku putuskan untuk taknak buang kalendar. Sebagai hiasan gituh ~ Kalau rasa blog aku lambat loading aku buang lah kalendar tuh.. :D
Nie mesti ada yang tak paham, ape yang aku membebel pagi-pagi ye takkk ? Come on guy(s), listen , eh listen pulak, see what I want to tell ya? 
Kalau korang perasan lah, aku ade letak Archieve Entrie aku, tapi letak dalam view kalendar, which is macam kat bawah nie..
Seriously tak jelasssss ?
 
Nah amekawww ! Aku dah bagi yang large dah tuhh :P
 Mesti korang rasa, So, ape kaitan nya dengan diri korang kalau aku nak letak pon ?
Okayy, untuk pengetahuan korang, sebenarnya aku letak entrie-entrie macam kalendar nie sebab aku boleh letak background hijau dalam kalendar tuh. Malangnya, usaha aku untuk mencantikkan blog tuh merupakan usaha yang suci, murni TAPI aku rasa readers aku nie mesti dia kata aku letak kalendar walhal aku letak entrie. Oh yaa, satu lagi kalau aku letak kalendar, ada some of my reader(s) tak tengok pon entrie aku yang sebelum-sebelum nie.Lagi pon, kalau aku letak kalendar nie, aku tak boleh nak pastikan, berapa aku update blog dalam sebulan.Bulan nie baru 2 kali aku update, dan ini entrie kedua aku dalam bulan nie. Cuba tengok kalendar tuh, kat bahagian atas tuh kan ada anak panah like this --> ( <<  ) , kalau korang tekan, korang boleh tengok seciput entrie aku yang super sikit tuh pada bulan-bulan lepas. Tapi, manelah tau ada jugak readers aku nie tak puas ati untuk tengok entrie aku masa mula-mula buat blog nie, mesti letih nak tekan anak panah sampai tahun lepas, ye takkkk ? 
So, dengan adanya Archieve Entrie nie, dapatlah aku tenangkan hati korang dengan baca blog aku yang comel dan cute macam aku nie, ye takk? Kalau korang rajin lah kan? Boleh tak korang baca entrie aku masa mula-mula buat blog nie. Mesti korang cakap, eh gediknya bahasa aku. Amboi tak amboi kan? Hahaha. 
So, jomlah menjelajah blog akuuuuuuuuuuuu yang super best nie. Kalau ade yang cakap blog aku nie tak best. Aku bet, mesti orang tuh takde hati dan perasaan~ HEkhek. Soriiiiii ma dear ;) 
Jom sama-sama blogwalking ke blog aku dengan klik link di bahagian ini ~
 
|
|
|
|
|
|
|
V
Gigih gila aku upload gambar kan? Edit lagi~ Wuwuwuuuuu :D
Alaaa, dah blogwalking jangan nak kutuk aku dalam dian pulak. Alaaa, biasalah masa mula-mula buat blog dulu. Bahasa remaja katekan~ Remaja lah sangat. Tapi ape-ape pon remaja kan Forever Young~ (lah sangat) hahahaha. Takpelah, aku dah nak berhenti menaip, tangan aku dah cramp sikit-sikit. Nanti aku update lagi~ Bye ! :)
My siblings on 2010. But still cute right? Thank you guys~ By the way, I love this picture. My uncle (Daddy Sue) call me 6 star, because kitorang kan ade 6 orang~ :D
 Teka mana aku??