Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

15 November 2012

TIPS : Untuk membuat kulit menjadi lembut

4 awesome people shared their thoughts on my post!
Assalamualaikum dan selamat petang ;)

Okayy, memandangkan hari nie aku dah online :) Acecey, menaip macam aku tak online setahun. Padahal, kelmarin dah update satu entrie nohhh. Tak sedar diri betol lah aku nih. Hikhik :D
Alahaiii, memandangkan tadik aku bukak Dashboard, kemudian aku tekan Stats, kalau sesape ade tengok kat Fesbuk aku, aku ade post gambar Stats blog aku. Aku suka sangat tengok berapa bilangan silent reader (?) yang tengok blog aku. Jadik bila aku dah bukak, aku perasan yang readers aku nie suka mende-mende yang alah ke Tips-Tips kan? Tak percaya? Kejap aku bagi kat korang bukti okayyy ? ;)
Uolls suka TIPs yeee?
 Tuh pasal post, pastuh, aku ade jugak klik Traffic Source, dan keyword yang banyak pembaca aku cari ialahhhhhhhh ,
See? Betol tak ape yang aku kata ?
________________________________________________
Okayy, kembali kepada tajuk di atas, aku ingin kongsikan cara-cara untuk membuat kulit anda lembut :)
 Aku rasa dah ramai kot yang tau cara aku nie. Takpelah, aku nak cakap kat yang belum tau :) Oh, sebelum tuh, aku cadangkan entrie nie sesuai untuk gegirl je kot. Tapi, kalau korang tuh lelaki, hermmm, sukati koranglah~ Hehe :D
 Caranya ialah,  gunakan lulur mandian. Lulur nie pulak ade dua jenis tauu, ade yang lulur badan dan ade untuk lulur muka. Tapi, lulur muka aku tak pernah pakai lagi, sebabnya umi aku tak pernah belikan untuk aku lahhhh :) Okaylah, sekarang nie aku nak kasi manfaat kalau kita memakai lulur mandian nie tauuu :)
MANFAAT KITA MEMAKAI LULUR !
1. Kulit korang putih sedikit bagi orang yang hitam manis macam aku nie~
2. Kulit korang akan menjadi lembut, sebab sel-sel mati dah tercabut. So, your skin akan ceria sebab si sel-sel mati dah takde.
3. Kulit korang akan menjadi wangi, sebab bau lulur mandian nie sangat lah wangi tau!!
4.  Badan akan jadik segar, bersih, halus, dan berseri-seri.
5.  Lulur nie jugak boleh melancarkan aliran darah korang tauu :)
6. Dan yang paling penting sekali, lulur jugak memberi efek kewangian aromaterapi. Kan dalam lulur kan ade bahan-bahan yang wangi :) 

Tapi, ada kesannya pon ade jugak tau. Janganlah korang pakai lulur mandian SETIAP HARI sebab sifat lulur mandian nie dia macam krim, pastuh dia ade something like hampas I guess, macam bijik-bijik kasar. Tujuan nya ialah untuk membuang lah sel-sel kulit mati. Aku ade baca dalam mingguan wanita, korang kene guna lulur nie 2 kali seminggu je. Kalau ade yang guna tiap-tiap hari tuh, aku tak jamin, kalau dia bangun pagi esok, kulit dia tercabut. Hahaha. Aku gurau je :)
Oh ya, sebagai wanita jugak, kan badan kita kuat mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan kan? Jadik pakailah lulur kalau ade some of you yang mengalami bau-bau badan yang tidak menyenangkan. Satu lagi, kalau korang nie ade bercukur kat bahagian bawah lengan (ketiak) tuh, korang tak boleh pakai lulur tau! Kan, bila kita dah bercukur, mesti ade bahagian kulit kita yang terluka kan. Jadik, bila korang dah pakai lulur dekat ketiak korang tuh, ketiak korang akan jadik luka. Kan aku dah cakap kat korang yang struktur lulur nie kasar-kasar.  

Oh ya, lulur mandian nie jugak ade dua jenis tau, ade yang krim pastuh ade yang berdebu! Kalau yang krim nie senanglah, sebab bila kita dah mandi, kita amik jer lulur tuh, dah boleh lulurkan dekat badan kita nie. Tapi, kalau yang lulur debu, korang kene tambah air laa dalam lulur tu. Aku dah pakai lulur debu, lulur kopi yang macam kat bawah nie :) Bau dia harum kot, tapi aku rasa macam nak makan je, kan nama nya lulur kopi, ofkos lah bau pon macam kopi.

Aku pakai yang nie lahh. Yang nie pon okayy :)
 Eh, aku lupa nak citer satu lagi khasiat yang penting kat korang pasal lulur nie,  kan sebagai perempuan kan mesti ade jugak antara kita korang, (eh kita pulak, antara korang lah) yang mesti ketiak dia tuh hitam ataupun macam terbakar gituh. Korang boleh buang ke-hitam-man ketiak korang tuh dengan memakai lulur. Eh, eyda, tadik kau cakap tak boleh pakai lulur kat ketiak kan?? Memanglah aku cakap tak bolehh. Tapi, korang janganlah pakai masa selepas bercukur. Pakai lah selepas seminggu bercukur ke, atau 2-3-4 hari selepas bercukur. 

Cakap-cakap pasal lulur nie. Mesti korang tertanya-tanya harga dia kan? Sebagai remaja yang forever-young-15 tahun macam aku nie, jangan risau ade jugak lulur bawah rm5. Umi aku pernah belikan aku yang RM4.50 tau. Which is sangat lah murah dan mampu dibeli untuk kita yang berjiwa remaja nie kan? Dan bau nya pulak harummmmmm sangat. Ade time kalau aku malas, contohnya kalau hari nie aku mandi aku pakai lulur waktu pagi. Pastuh aku akan mandi pulak keesokkan harinya time petang-nak-masuk-Maghrib. Tau tak kenape? Sebab badan aku still tak berpeluh tauuu! Seriously tak tipu ;) Tapi, kalau korang nak yang baik, best bila pakai, aku cadangkan korang beli Lulur Buah Zaiton jenama ape lah entah, aku lupa. Tapi, yang best tentang lulur buah zaiton nie, dia tersangatlah wangi, tapi yang tak best nye, HARGA PON WANGIIIIIIIIIIII jugak lah. Hikhikhik :D

Korang nak tau, sebelum cuti sekolah nie kan, aku kan dah pakai lulur, pastuh mase aku berjalan, tiba-tiba sorang kawan sekelas aku tersentuh tangan aku. Dan guess what she said for me guyssss ? She said, "Eh Eyda, lembutnya tangan dio". Aku, " Haaa? Lembut? Dop eh, mano ado"... Padahal dalam hati aku tengah kembang~ Oh yaa, aku mudah perasan yee jika ade yang memuji aku. So, kalau taknak aku kembang, jangan puji okayyy? ;)

Korang, aku rasa setakat tuh je dulu. Nanti bila aku ade tips lain aku kongsi lagi yeee dengan korang? Bye :) Thanks sebab sudi baca blog aku :D Kalau ade yang rasa pendapat aku salah, hantar komen kat bahagian bawah ye? Kita bincang same-same gituh ;)
 
NOTA HIJAU : Perhatian kepada semua pelajar 3 Ibnu Khaldun 2011, REunion akan diadakan di Restoran D'Lazard Cafe (Wisma Tuah) Pada 17/11/2012 pada Hari Sabtu ini pada pukul 12.30 petang. Jemput datang-kawan :) Moga ukhuwah di antara kita sentiasa mekar :D    

18 August 2012

TIPS : Tips Untuk Menjaga Rambut Rebonding

55 awesome people shared their thoughts on my post!
Hello dan selamat sejahtera kat semua bloggers dan readers !
Memandangkan esok dah raya ! Aku sure korang dah siapkan semua persiapan untuk raya kan?

Kutip dari Encik Google jeeeee :)

Okey, memandangkan esok dah raya, maybe ramai perempuan kat luar sana dah berpusu ke saloon atau pon spa mana untuk melakukan rebonding ! Okeyy, same with me ! Actually, nie merupakan fes time pengalaman aku pegi rebonding rambut tau? HAHA :) Memandangkan aku dah ade kat depan laptop nie, aku nak citer pengalaman  festime buat rebonding nie ye. 

Aku buat nie mase hari Khamis, pegi kat Kedai Rambut tuh dalam pukol 12.30 hari lebih laa. Aku ingatkan buat rebonding nie sekejap, rupanya lama jugak yee? Jenuh mak menunggu, :(. Menurut auntie Mek Cina tuh, amik masa dalam 3 jam, tapi bila aku pegi ari tuh ( with my mom and sister(s) ), 5 jam jugak lah nak buat rebonding nie. Mane tak lama,mase aku pegi ari tuh, 7 orang nak rebonding rambut termasuk kami tau. Sampaikan Auntie Cina tuh terpaksa tolak permintaan customer yang sampai lambat.  

Cara Rebonding Rambut :D

1. Rambut nie mesti dicuci dulu ye you olls sekalian. 
2. Keringkan rambut you olls sekalian dengan skering-keringnyaa, korang boleh guna hair dryer ye :)
3. Kemudian, Auntie tuh pakaikan Krim Untuk Straight kan rambut. Dan kene tunggu dalam setengah jam jugak kot.
4. After that, kita kene cuci rambut tuh balik.
5. Pastuh keringkan guna hair dryer dan amik sisir yang bergigi nipis dan iron rambut tuh guna iron rambut. 

iron rambut
Jangan guna yang nie sudah yee ?? :P
kalau korang gune iron pink nie, bukan rambut je takde, kulit rambut pon takde. 
YANG ADE ?
Tempurung kepala you ollsss jee huhuhu :D
Okayyy, aku urau je..
6. Lepas dah siap ulang balik step 1-5 yee, kemudian dah siappppp ! 
7. Bila dah siap semua, korang boleh lah potong rambut tuh nak buat bertingkat (layer) ke ataupon nak samakan yang bawah. Tapi pastikan korang kerat sikit rambut hujung yang baru rebonding ye, sebab rambut kita nie pecah sikit yang hujung.   

Tapi, aku rasa baik korang pegi sendiri je kat saloon rambut, sebab orang kat saloon rambut lebih pakar dalam bidang dia ye dokk ? Nanti tak pasal-pasal takde pulak rambut korang tuh nanti? Tak merasa suasana glamor lahh ye? Heeeee :3

Okeyy, now here we gooooo !
Sekarang aku akan kasi tips untuk menjaga rambut yang telah direbonding kan okeyy ?

Tips Menjaga Rambut Rebonding;
  • Sejurus melakukan teknik pelurusan, elakkan mencuci rambut selama 3 hari. Ini adalah untuk memastikan krim rebonding tadi telah betul-betul menyerap pada rambut.
  • Elakkan mengikat rambut terlalu kuat.
  • Elakkan menyelit rambut ditepi telinga atau menyepit rambut dengan terlalu lama.
  • Elakkan menggunting rambut cara bertingkat (layer) atau menipiskan rambut yang direbonding terutama selepas 2-3 bulan teknik dilakukan. Ini kerana rambut anda akan mengembang kerana rambut dalam keadaan tidak sama panjang.
  • Elakkan dari kerap mengikat rambut terlalu ketat kerana rambut akan berbekas.
  • Gunakanlah serum setiap hari pada rambut.
  • Pastikan syampu dan perapi anda khas untuk rambut rebonding.Dah tak perlu pakai syampoo rambut yang korang pakai sebelum ni. Pakai je syampoo yang khas untuk rebonding rambut. Hehehe :D
  • Lakukan pupur rambut (D.I.Y.) seminggu sekali. Dan pakai Minyak Vitamin kat rambut tuh pada bila-bila masa yang sesuai. Aku pon pakai dalam sehari sekali. Pakai sikit pon dah cukup ye? :)
  • Elakkan mewarna rambut selepas melakukan teknik rebonding kerana rambut akan terlalu kering dan akan rosak (Overprocessed). Jarak waktu yang terbaik untuk mewarnakan rambut selepas rebonding ialah sebulan selepas meluruskan rambut. Tapi aku tak warna pon rambut, sebab rambut aku kan dah natural warna brown gituhh. 



    Okeyy, semua tips aku dah bagi yee, kalau ade yang salah dan silap boleh komen tauu! Takpe, aku tak kesah kalau ade yang aku bagi tuh tersilap. Hehe. Kalau ade yang lagi tips pon boleh kongsikan dengan aku sekali :) Okey, nampaknya masa dah mencemburui aku. Got to go now ! BYE !