Wednesday, 24 October 2012

Aku naik popcorn ! :(

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
cacar air
 Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai bloggers dan readers kat luar sane tuhhh !
Wahai readers , cer korang tengok tajuk tuh kat atas tuh. Sebenarnya aku nie dah 10 hari ade penyakit Popcorn. 
|
|
|
|
|
|
^

Dear Reader(s),
Penyakit PopCorn nie ialah penyakit yang aku sendiri translate dari Kelantan turn to Europe okey?
Okey, I tau ade certain orang yang masih blur tahap kebabo bom bom bom kan?
Watdehell budak nie tengah cakap? Aku tak pernah dengar pon penyakit PopCorn.. Wuhuuu wuhuu, okey untuk hilangkan blur korang tuh meh sini aku citer. Penyakit PopCorn ialah penyakit dalam bahasa saintifik nya dipanggil Chicken Pox! Jangan nak pikir Kentucky Fried Chicken okey? Aku sepakkan ! Wuuuu, garang siot! :) Hehe. Takdelah aku bukan garang pon. Okey, okey. Aku panggil Penyakit Popcorn nie sebab dalam Kelantan, we called it as ''Sakit Bertih". And, bertih untuk bahasa luar pulak ialah Popcorn Jagung yang korang makan bila nak masuk panggong wayang or movie teater sambil pegang air Coca Cola. Yeah !

So, kat sini korang mesti boleh buat inferens yang , , ,

Bertih = Cacar Air = Popcorn = Chicken Pox
   
Hehe, inferens lah sangat.. Tak nak tau pengalaman yang serba indah ke weyy selama aku menanggung sakit ''Popcorn" nie? Penyakit nie, ialah penyakit SEORANG SEKALI DALAM HIDUP ! So, sape-sape yang dah naik bertih nie korang takkan dapat dah penyakit nie kalau korang TERCIUM, TERSENTUH, TERPELUK, or TER TER TER lagi lah,, orang lain yang dah naik bertih nie.. Aku lee tuh . Hehehe :D Sampaikan Anis Syafira pon dah hug aku dari belakang. It's okay, we are not LGBT :P

Hurmm, korang penyakit nie takde orang pon sanggup nak kan? Aku sendiri pon TAK PERNAH mintak pon nak dapat penyakit nie. Tapi, dah adik aku yang bawak balik penyakit nie dari kawan dia, so whole my sibling(s) dah kena. Cuma, kakak aku sorang je lagi yang tak kena lagih. Wuhuuu ! :) Maybe, SOON :P Huhuhuhu. TApi aku mintak kakak aku tak kena lagik lah. Maunya tak dia kena kuarantin kan dalam SPM nanti. Malu woooo !

Oh yaa, sepanjang aku kena bertih nie, aku rasa tak pernah lagi kena hujan kot. Umi aku pernah cakap, Kalau kena hujan, aku memang akan macam nie sampai ke tua okey? Sape nak bermuka macam monster sampai ke tua wei? Nobody wants it ! :)
Pergi dinner pon masih ade popcorn. Cuma dekat muka aku nie tak nampak kan ? :P
 Haha. Meh sini aku citer sikit. Untuk pengetahuan korang, sampai ke hari nie kalau aku pegi sekolah, aku dapat rasa yang bila aku jenjalan je, aku dapat rasa yang orang tengok kat aku nie macam tengok monster. What the hell betol ? Dah tau aku nie naik Cacar Air, ta payah lah tenung aku nie macam The Ugly Person in The World. Aku cium kan? Kan bertambah tuh makhluk sepeseng dengan akuuuu . Wuhuu, time tuh korang dapat rase betapa dunia nie tidak adil untuk korang. 


Tuh satu, Pastuh satu lagih, aku naik nie pulak time exam akhir tahun. Mase hari kedua exam, bertih aku nie time makin banyak naik. Tambah-tambah kat belakang. Badan aku nie macam kurang berpeluh, so bila aku dah naik bertih nie, aku dah pakai ubat, tapi badan aku jadik berpeluh, so mungkin peluh nie dah mencairkan ubat aku tu kot, badan aku jadik gatal-gatal sangat! Aku memang tak tau dah nak buat ape. Takkan nak garu kot, kalau aku garu, bila bertih nie pecah, dia akan naik makin banyak. So aku tahan je lah! Pastuh dah lah time tuh aku exam Bahasa Inggeris Paper 1 and Paper 2. Aku dah nak nangis, sebab aku dah jadik macam sewel dalam kelas, alaa, bukan tahap sewel sampai ngamuk-ngamuk, tapi aku jadik macam tak duduk diam dalam kelas,  kadang-kadang aku paling belakang, aku paling kanan, paling kiri, paling depan. Kadang-kadang tuh aku aku duk bersila atas kerusi. 


Oh seksanya Tuhan je yang tau. Dan time hari kedua aku exam jugak, bertih dah MAKIN NAIK atas muka aku. Aku nie pandai jaga muka, muka aku just ade jerawat pasir je kat atas hidung, tepi-tepi pipi, and kat atas dahi. But, bila bertih tuh dah makin menular ke seluruh badan, sampai atas muka aku pon makin banyak naik. Sampai semua budak tegur aku (form four je lah) , Eyda, bakpo nie?? Bakpo muko nie? Aku senyum, pastuh cakap je lah aku naik bertih. Tapi, mase dia naik tuh, bertih nie macam jerawat. Tapi, aku tak kejam lah sangat kat kawan aku cakap kat dorang yang aku naik jerawat batu pulak kan? Sebab people yang dah naik bertih boleh cam apekah mende yang duduk bertenggek kat atas muka aku nie. Hehehe :D Tapi, Alhamdulillah. Sekarang nie bertih nie dah makin sembuh, kat muka aku nie masih ade parut. Atas dahi paling susah aku nak cover. Kalau korang nak tau macam mane tahap gatal nye, korang cuba bukak baju bukak seluar (berbo***) kemudian korang cuba terjun dalam miang ataupon korang cuba guling-gulingkan badan korang tuh atas rumput :). Bak kata umi aku, bila dah naik bertih nie gak, serupa macam kena tabur mianglah ;) 

Kalau korang tengok betol-betol muka aku dapat tengok muka aku macam tak clear gituh, macam ade hitam-hitam bekas jerawat. Padahal, bekas chicken pox :)


Oh ya, aku lupa nak kasi tips kat korang macam nak tau korang tuh naik bertih. 

Fes sekali, korang rasa demam dengan pening kepala.. Demam pening demam pening sampai korang akan terjumpa satu atau dua atau tiga bijik bijik kecil macam jerawat kat atas badan korang yang bersinar terang dan comel warnanya macam ade air. Tolong jangan picit k! Jangan picit! Aku mase mula-mula tuh, aku tak tau tuu bertih, so bila picit, dia keluar air warna jernih, pastuh, dia merah, bila aku mandi je, tempat yang aku picit tadik jadik sakit.Bila dua tiga hari korang demam, bertih tuh akan menular sampai atas kepala. Kepala aku nie pon tak sembuh lagih, sampai dia macam kering dan berkuping-kuping. Effect nya boleh membuatkan rambut kita jadik hapak pak pak pak boom ! 


Biasanya aku mandi guna shower cleaner, tapi, aku terpaksa guna tangan aku sendiri je. Sebab aku takut bertih aku pecah. Dan, aku sendiri pon, bila aku ade masalah, aku suka berteriak/menempik kuat-kuat. Lepas teriak, aku akan lega. Sangat lega. *pecah rahsia* Dalam kelas aku ade jugak menempik kuat-kuat, sampai budak sekelas sekitar aku pandang-pandang aku, tapi maybe mungkin dorang cakap aku gedik. Alaa, setakat naik bertih pon nak teriak. Tapi, mulut orang hanya tau bercakap, tak tau kesengsaraan yang aku kena hadapi. 


Ade mase fes day exam, aku dah nangis, sebab aku tak boleh time kenyataan yang muka aku dah berubah, muka aku dah buruk sedikit, *sikit je*. Ade ke patut aku pegi nangis kat kawan aku yang baru masuk je sekolah nie. Her name is Diyana Saupi. Hehehe, dia boleh lah sentuh aku, sebab dia pon dah kena bertih nie. Aisyah Syafiqah and Nabila pon ade sentuh aku and cakap, 
''Sabar eyda, meta jah nie.. Naik bertih meme gini.. Sabar lahhh" Hati aku pon dah jadik cool dah. Pastuh, bila aku balik rumah, badan aku dah start jadik panas dan aku demam agi. Bila aku balik rumah, aku jugak jadik tenang. Sebab nya, aku dah tak rase muka aku nie pon jadik macam monster. Sebab adik-adik aku pon muka sama macam aku. Aku siap gelak-gelak lagi dengan adik aku sebab masing-masing sama tunjuk dekat muka masing-masing yang sama monster.


Once dah kena kat korang, korang akan tau jugak betapa, ''Tinggi rendah nya langit''. Cuma satu je aku pesan, aku bukan nak mintak korang naik jugak bertih nie, tapi aku tak suka orang tunjukkan secara depan-depan yang dia tak sukakan aku. Aku tak mintak penyakit nie, dan aku sendiri pon tak bengang nak mendekatkan diri aku dengan orang tak pernah kena penyakit nie. Sebab tuh lah, bila aku duduk kat tempat keramaian, aku akan tanya kawan aku, Pernah naik bertih tak? Kalau dia jawab pernah. Aku boleh duduk dekat dengan dia. Kalau dia jawab tak, aku pon cakap okey, dan aku bla terus dari duduk kat dia. Aku duduk lah kat kawan aku yang dah naik bertih.. :) betapa aku baik kan? Tapi, korang selalu pandang aku negatif sebab mulut aku yang terlampau 'aktif' kalau bab mengata orang lain. :') haha

Okey, nampaknya, mase memang dah lama mencemburui kita, aku akan busy balik kot nanti. Sebab nie kan Cuti Hari Raya Haji. So, aku esok aku cuti. Ahad pon aku cuti lagi. Kemudian aku exam straight sampai cuti. AddMath aku tak yakin dapat jawab dengan baik ke tak. Dan aku tak yakin dapat kelas MArikh atau tak. Harapnya dapat. Tapi, tak dapat kelas Marikh pon takpelah, aku redha, asalkan bukan kelas hujung-hujung.. Aku nak gapai cita-cita aku, aku taknak alpa dengan kawan yang mampu buat aku alpa.. Doakan aku cepat sembuh, dan berjaya dunia akhirat. Insya-Allah. Wish of your luck, BYE. 
Assalamualaikum :D
 
 Korang pernah naik Popcorn? Kalau pernah jom kongsi kisah dengan aku jom ! :)