skip to main
|
skip to sidebar
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Oi oi oi, hmm, malam tahun baru je aku update pasal blog aku kan? Lepas tuh terus blog nie berhabuk penuh dengan debu hama kan? Okay, sekarang aku datang membawa vacuum untuk bersihkan balik blog aku~
*Aku tak paham laaa, asal lama tak update mesti cakap blog berhabuklah apelah. Maybe korang imagine bahawa blog nie umpama buku kan? Sebab lama tak bukak, buku korang terus berhabuk kan? Adoyai~
Okaylah tanpaa membuang masa, ops lupa nak bagitau yang cik abang aku (AR) pergi Kuala Lumpur. Hahaha. So what? Kalau dia ade kat Kelantan bukan bole jumpa pong kan? Haha. Hmm, hari tuh ingat tak aku pegi KL, kat U kakak aku. *Maknanya aku tinggal diaa. Nie dia pulak yang tinggal aku. Betapa ohsemnya kan?
Takpelah. Lagi baik jauh dari dekat kan? Lagipon, bukan kitaorang jumpa pon kalau dia ade kat Kelantan nie. Kalau nak dating, dating dalam facebook, dalam twitter je.Haha :)
Oh, aku takmo citer pasal nie, aku nak citer pasal ape keje aku sambil tunggu result untuk tiga bulan nie weh.Haha. Okay macam nie..Aku citer start dari awal lah ea, macam nie.. Mase aku form 4 dulu, umi aku hantar adik aku Ain dengan Abang Long kat tempat mengaji tu. Pastuh, selalu dorang cakap kat sana best. Ustazah baik lah ape semuaa. So, aku pong mintak lah dengan umi aku nak mengaji kat situ jugak.
Adik aku yang Ain cakap, kat situh ade budak kecik je. Tak malu ke aku sorang je yang besar kat situh? Hmm. Kesah ape aku? Ape nak malu.Biar je laa. Sebab aku duk kat rumah asyik tidur je, Quran pon jarang-jarang je bukak. Dari aku melantak je keje baik aku ikut dorang kan? Satu lagi, aku nak perkukuhkan lagi Tajwid aku. Kan dah lama tak baca, tajwid pon tunggang langgangggg. LAgi satu, dalam SPM kan dia ade tanya pasal tajwid ape semua kan? ;) Boleh lah aku menyelam sambil minum air kan?? Hmm, korang bayang je lah, nak cakap betapa aku dorang je pelajar yang paling tua kat situh sampaikan bila kelas dah habis. Kami para pelajar kan kene beratur, aku je lah yang paling tinggi kat situh? Budak-budak lain pendek-pendek, ketot-ketot bawah pinggang aku je. So cute guys! ;)
Okaylah. Tapi, aku bersyukur sangat weh. Berkat aku duduk asrama dari form 1 sampai form 3 dlu membuatkan pelajar-pelajar asrama dapat baca Yaa Sin lancar. Alhamdulillah. Dan satu lagi, nasib baik lah bacaan aku still lancar walaupun aku lama tak mengadap al-Quran nie. Betapa jahilnya kau eyda? Hmm. ;'(
Hmmm, bila aku dah lama kat situh, bacaan aku kan okay je. Lepas tuh, Ustazah tanya aku weh, awak nak tak jadik Ustazah kat sini? Ustazah tengok bacaan awak lancar je? Nanti lepas SPM, sambil2 tunggu result, boleh la keje kat sini dulu? Aku macam, Err, Betol ke Ustazah? :) Rase macam tak percaya lah kan? Lepas tuh ustazah cakap ye lah. Ustazah serious nie. Aku pon, ohh, okay. Tengok la dulu ustazah eaaa? :)
Dah tuu, tahun lepas kan aku exam SPM.. Lepas tuh, aku pegi mengaji dalam bulan satu ke bulan enam je, lepas tuh stop terus dari mengaji kat situ.. al-Quran pon baca dalam bulan puasa je, kalau baca pon baca Yaa Sin. Tuh pon sebab kat sekolah aku ade buat bacaan Yaa Sin setiap hari Khamis. Againnn? Betapa jahilnyaaa kau eyda? ;'(
Nowwww! Here we go! Disebabkan aku boring duk rumah, semalam kan aku ada buat kredit free. Oh yaaa, Afiq, kalau awak nak memudahkan kita, awak pong boleh buat macam nie tau?
HANYA PENGGUNA CELCOM:-
a. Taip *128#
b. Pilih 1.
c. Ade :-
1. Surf Pack
2. Talk Text Surf Pack
3.Talk Text Pack
4. Talk Surf Pack *Tapi pilih lah nombor 3 ye?
d. Lepas tuh, langgan!
#By the way, semua nie 12 jam je. Dalam tempoh tu lah kita boleh call sepuas-puasnye orang yang kita sayang, lepas tuh mesej sepuas-puasnye dengan orang yang kita sayang~ Sebab tu lah saya mesej macam tuh dengan awak kan? Awak tau cara saya kan? Syyyyy~ JAngan cakap kat orang ye? Private~ Hahaha. Tapi sesetengah nombor Celcom dia amik RM3. Tuh sebab aku tak guna nombor aku, nombor aku entah macam mane jadik sial macam tuh mintak RM3. So, aku guna phone adik aku, nombor dia, mintak RM1 je~ :)
Haaa, so bila aku dah buat tuu. Aku call lah ustazah. Cakap kat dia yang aku nak mintak keje at situ. Blablabla. Dia cakap Esok boleh datang temuduga which means hari nie lah weh! So, tadik aku pegi temudugaa. Bila dah sampai tuu, ustazah senyum je kat aku. Sebab kitorang dah lama tak jumpa.. Lepas tuh, ustazah pon mintak aku tulis nama, alamat, nombor telefon ape semua. Lepas tuh, ustazah mintak aku perdengarkan bacaan aku. Thanks again, walaupun aku dah lama tak mengaji nasib baik aku masih lancar :').. Huh.
Lepas tuh, Ustazah pong tanya lah pasal tajwid ape semuaa. Ade yang boleh jawab, ada yang aku salah. Takpe, nanti bila dah mengajar aku makin ingat lah. In Sha Allah :) Hehehe. Banyak lah yang ustazah tanya aku tadi, aku lupaaa. Lepas tuh, Ustazah pon cakaplah peraturan yang ade kat situh. Antaranya ialah, Kene pakai baju kurung - Tudung tak boleh sebar nampak dada - Suara kene kuatt - penghantaran pelajar kat ibu bapa dorang - kene pandai tackle hati pelajar jangan bagi dorang bising - tak boleh marah pelajar guna bahasa yang beratt - Banyaklah lagi, aku lupaaa. Haha :D
Dan, part yang paling mencabar ialah bila kene shift malam weh. Pukul 7 sampai 10. Lama ke weh? ;) Hmm, bila dah siap semua, Ustazah pon cakap lah yang Ustazah akan bincang dengan Ustazah Wani dulu, ape-ape hal dia akan call aku. So, baru je tadi ustazah call aku cakap yang aku dah boleh pergi esok weh! Aww. *excited*
Esok kene pergi kursus pukul 9.00. Lepas tuh, petang tuh aku kene masuk dulu kelas ustazah, tengok cara ustazah mengajar, lepas tuh malam tuh, ustazah akan bagi aku kelas untuk tengok cara aku mengajar dan handle pelajar-pelajar. Ya Allah, permudahkan lah semua urusan aku.. Amin.
Okaylah, aku rasa sampai kat situ je cerita aku, sebab sekarang nie pon aku kene bangun awal..Adik aku yang Iqbal tu tidur dengan aku, lepas tuh, dia selalu meragam je pagi-pagi takmo pergi sekolah. Aku kene panaskan air untuk dia weh. Nasib baiklah aku sayang diaa, kalau tak, aku biar je dia mandi kesejukan kat situ. Hahaha :D *jahat~
NOTA HIJAU :- Ustazah : Awak kene biasakan lah pelajar-pelajar panggil awak "Ustazah"? Omaigod~ :) Ustazah Eyda? Hmm. Okaylah. Macam comel je, macam cantik je~
Bila aku citer dekat umi aku, Umi cakap, dari jadik model Avon, jadik Ustazah pulak. Hahahaha :D