Memandangkan esok dah raya ! Aku sure korang dah siapkan semua persiapan untuk raya kan?
Kutip dari Encik Google jeeeee :) |
Cara Rebonding Rambut :D
1. Rambut nie mesti dicuci dulu ye you olls sekalian. 2. Keringkan rambut you olls sekalian dengan skering-keringnyaa, korang boleh guna hair dryer ye :) 3. Kemudian, Auntie tuh pakaikan Krim Untuk Straight kan rambut. Dan kene tunggu dalam setengah jam jugak kot. 4. After that, kita kene cuci rambut tuh balik. 5. Pastuh keringkan guna hair dryer dan amik sisir yang bergigi nipis dan iron rambut tuh guna iron rambut.
iron rambutJangan guna yang nie sudah yee ?? :P
kalau korang gune iron pink nie, bukan rambut je takde, kulit rambut pon takde. YANG ADE ? Tempurung kepala you ollsss jee huhuhu :D Okayyy, aku urau je.. 6. Lepas dah siap ulang balik step 1-5 yee, kemudian dah siappppp ! 7. Bila dah siap semua, korang boleh lah potong rambut tuh nak buat bertingkat (layer) ke ataupon nak samakan yang bawah. Tapi pastikan korang kerat sikit rambut hujung yang baru rebonding ye, sebab rambut kita nie pecah sikit yang hujung.
Sekarang aku akan kasi tips untuk menjaga rambut yang telah direbonding kan okeyy ?
Tips Menjaga Rambut Rebonding;
- Sejurus melakukan teknik pelurusan, elakkan mencuci rambut selama 3 hari. Ini adalah untuk memastikan krim rebonding tadi telah betul-betul menyerap pada rambut.
- Elakkan mengikat rambut terlalu kuat.
- Elakkan menyelit rambut ditepi telinga atau menyepit rambut dengan terlalu lama.
- Elakkan menggunting rambut cara bertingkat (layer) atau menipiskan rambut yang direbonding terutama selepas 2-3 bulan teknik dilakukan. Ini kerana rambut anda akan mengembang kerana rambut dalam keadaan tidak sama panjang.
- Elakkan dari kerap mengikat rambut terlalu ketat kerana rambut akan berbekas.
- Gunakanlah serum setiap hari pada rambut.
- Pastikan syampu dan perapi anda khas untuk rambut rebonding.Dah tak perlu pakai syampoo rambut yang korang pakai sebelum ni. Pakai je syampoo yang khas untuk rebonding rambut. Hehehe :D
- Lakukan pupur rambut (D.I.Y.) seminggu sekali. Dan pakai Minyak Vitamin kat rambut tuh pada bila-bila masa yang sesuai. Aku pon pakai dalam sehari sekali. Pakai sikit pon dah cukup ye? :)
- Elakkan mewarna rambut selepas melakukan teknik rebonding kerana rambut akan terlalu kering dan akan rosak (Overprocessed). Jarak waktu yang terbaik untuk mewarnakan rambut selepas rebonding ialah sebulan selepas meluruskan rambut. Tapi aku tak warna pon rambut, sebab rambut aku kan dah natural warna brown gituhh.
Okeyy, semua tips aku dah bagi yee, kalau ade yang salah dan silap boleh komen tauu! Takpe, aku tak kesah kalau ade yang aku bagi tuh tersilap. Hehe. Kalau ade yang lagi tips pon boleh kongsikan dengan aku sekali :) Okey, nampaknya masa dah mencemburui aku. Got to go now ! BYE !