Tuesday, 4 June 2013

Kerja Projek Matematik Tambahan Negeri Kelantan 2013

7 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
PERHATIAN! KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN NEGERI KELANTAN INI ADALAH PADA TAHUN 2013! BUKAN 2014! HARAP MAKLUM~ SAYA SUDAH TIDAK MENGAMBIL MATEMATIK TAMBAHAN ATAU SEBARANG SUBJEK YANG BERKAITAN DENGANNYA HARAP MAKLUMMM! :)
 
Assalamualaikum dan hai! :) *lambai tangan*


Sape rase dia form 5 yang akan amik SPM tahun nie sila angkat tangan, please~ Oh yeah oh yeah, kite same beb :) Ehehehe . Eh korang, lupe pulak, entrie aku kali nie khas untuk kawan-kawan aku yang duduk di Kelantan, yang belajar di Kelantan okay? Okay, kite geng~ 


Aku tabik, mesti 90% orang dari korang semua tengah risau kan pasal Kerja Projek AddMath nie kan? Ade yang cakap, What's name of tiger lah folio addmath nie?? :P Okay, sebelum kite teruskan citer dengan lebih lanjut, let's me explain more about Kerja Projek nie ye?


-Kerja Projek Matematik Tambahan Negeri Kelantan 2013-

Sure, ramai giler kan tak buat lagi. Hmm, aku pon, mula-mula tak paham, eh, macam mane nak buat nie? Dia nie kene buat dalam buku ke? Okayy, nampak siot je cakap macam tu? Okayyy, sekarang tarik nafassssss, hembus nafassssss, tarik nafasssss, hembus nafasssss! Bertenang okay? 


Korang, Kerja Projek Matematik Tambahan(KPMT) nie senang, *sebenarnya susah, tapi nak buat korang rase cool* ~ Gagaga :P Okay, dia macam Folio Sejarah ngan Geografi yang kite kene buat dulu mase Form Three. Ingat takkk? What? Lupee? Okayy, nie aku citer ape yang ade dalam Folio AddMath aku okay?


1. Rubric
2. Soalan Kerja Kursus
3. Pengenalan
4. Penghargaan
5. Objektif
6. Bahagian 1
7. Bahagian 2
8. Bahagian 3
9. Kesimpulan


Tuuu jelah yang ade dalam Folio AddMath nie.. Ade pahammm? yang nombor 1,2,3,4,5,9 tak susah. Korang amik je tiru yang Senior-senior tahun lepas okay? Aku buat karut je, alaaaa, takde lah karut sangat, tapi okay lah. Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3 laaa jawapan untuk soalan dia. Jawapan untuk Bahagian 2 dengan 3 aku dah ade . Sape nak boleh inbox aku okay ke Akaun facebook Abah okayyyy? :) Facebook aku dah tutup! ;) Aku bukak nanti Birthday aku 19 Jun nanti jeeee, nak tau tak kenape aku bukak nanti Birthday? Sebab aku nak tengok berapa ramai kawan-kawan aku wish dekat aku. *Gelak besar please~* :P Ahaha. *KORANG, TEKAN SINI UNTUK KE FB AKU! :D


DISEBABKAN RAMAI YANG SEND MESSAGE DEKAT AKU MINTAK JAWAPAN LAAA, APE LAAA, SO, AKU AMIK KEPUTUSAN UNTUK LAYAN KORANG MELALUI EMEL, SILA SEND MAKLUMAT KORANG SEPERTI NAMA, NAMA FB, SEKOLAH, DAN NOMBOR TELEFON KE  EMEL INI : asnidar.smkamil@gmail.com . SEBAB AKU TAKNAK MENYEMAKKAN FACEBOOK ABAH AKU! :) AKU TAK DAPAT ONLINE SEPERTI BIASA, SO AKU MINTAK MAAF SANGAT KALAU TAK DAPAT REPLY MESEJ KORANG. TERIMA KASIH. SATU LAGI, AKU AKAN REPLY DENGAN MENGHANTAR JAWAPAN BAHAGIAN 2 DAN BAHAGIAN 3 JE. YANG LAIN-LAIN SEPERTI PENGENALAN, PENGHARGAAN, OBJEKTIF, BAHAGIAN 1, KESIMPULAN, PANDAI-PANDAI KORANG LAH YEEE? SEKIAN, TERIMA KASIH :D BYE! BTW, SAPE-SAPE YANG ADE MINTAK AKU AJAR KAN GEOGEBRA TUH,SORRY SANGAT. BUKAN AKU TAK MAU AJAR, TAPI SUSAH WEH. AKU HARAP SANGAT KORANG DAPAT EXPLORE SENDIRI. BUKAN AKU TAK MAU AJAR, TAPI SERIOUSLY, KORANG KENE JUMPA AKU FACE TO FACE BEB :). HARAP KORANG FAHAM SITUASI AKU. 

IN SHA ALLAH AKU AKAN REPLY EMEL KORANG PADA :-
HARI JUMAAT, 7 JUN 2012, PADA PUKUL 11.00 ++ PAGI SAMPAI 12.30 TENGAHARI SAHAJA!!!!! SEBAB AKU BUSY~


Haaaa, kalau dah send tuh, jangan terus mintak jeee? Bagi intro Nama, Sekolah, Nombor Telefon, senang aku nak contact jee okay? Tak payah Add abah aku, send message je? 



Okay, pasal masalah korang dah selesai. Sekarang nie aku nak citer tentang masalah aku pulak. Kalau nak dengar laa, taknak sudah :P Hmmm, sebenarnya, aku kecewa weh. Kecewa kenape? Sebab cinta ke? Hello, lambat lagi okay? :) Kecewa sebab Kerja Projek nie lah. Di wall Facebook aku kan, kecoh aku buat status tentang KPMT nie. Haaa, kan, dalam menyelesaikan KPMT nie kan, dia ade mintak kite guna kaedah GeoGebra dengan Geometer's Sketch Pad kan? So, aku sebenarnya tak pandai sangat weh. Aku sendiri pon dah download GSP, tapi software dia macam hodoh jeee. So, aku cuba jugak explore sendiri GeoGebra nie. So, bila aku dah okay sikit, aku upload lah gambar yang aku buat di GeoGebra nie kat Facebook aku. Tapi, ade budak sekolah aku yang salah anggap cakap aku nie macam nak show off jee.. Niat aku baik je weh.. Dah kalau kau taknak amik pon gambar yang aku upload tak perlu lah cakap aku macam-macam weh.


Tapi, ape yang aku gembira ialah, melalui KPMT nie, aku dapat kawan baru melalui facebook :) Yahooooo! ;) Ehehe. Terlebih gedik pulak. Takdelah, nie sebenarnya bermula bila aku banyak share link yang aku dah cari pasal KPMT nie kat wall aku. Jadik, ade budak kelas aku dulu, Ameer Mohamad. Dia pon komen, nak guna macam mane? So, aku tak boleh nak ajar weh. Susah weh, lain lah kalau dia datang rumah aku kee. Jadik, aku rase lah kan dia pon citer lah dekat kawan dia yang nama Mustaqim nie.


Mustaqim nie pulak, aku kenal dia mase Form 1. Tuh pon, kejap jee, sebab dia pindah ke SBP. Aku tak pernah cakap dengan dia weh. Seriously~ Tapi, dia pon add aku ape semua, blablabla. Dia mintak aku ajar dia guna GeoGebra dohh. So, aku cakap okay je. Dan dia pon datanglah rumah aku. Sebenarnya, aku dah ajar dia melalui Chat. Tapi, percaya lah weh. Mende nie takkan paham, lainlah kite pergi sendiri belajar depan mata dengan seseorang tuh. Aku bukan bajet weh, aku cakap mende betul nie. Entahlah.. Padahal, aku dah  tulis Status aku, sape2 yang nak aku ajar dekat kantin boleh je, cakap je mase dengan hari. Hmm, maybe, cara aku tulis tuh macam nak show off kot. Entahlah.. "Kite tak tau weh cara kite berjalan lainlah kalau orang dah tegur"..


Ameer, lamo aku tok tengok mu okay? Lain~ Mujo mu tok sombong nga aku. Muahaha XD Okay, aku rase aku patut berhenti sampai sini je dulu okay? Oh ye? Jap, aku upload gambar yang aku cakap dekat Facebook okay? Tunggu! :D




-Bahagian 2-


Luas seluruh kawasan XYZ



(a)

Luas kawasan X
 

Luas kawasan Y

 
Luas kawasan Z

(b)


2 (b) 

(c)


2 (c)


- Bahagian 3 -

(a)

3 (a)(i)

3 (a)(ii)
(c)
3 (c)
Hmmm, aku dah delete semua gambar-gambar nie dekat Facebook aku. Aku malas tau takkk? Aku upload sebab nak kasi kat kawan-kawan aku. Tapi, dorang cakap aku nie macam tuh lah macam nie lah~ Ingat aku takde perasaan ke weh? Ha'a, aku kan robot. Hmm, so, aku upload kat sini jeee. Kalau korang nak amik lah. Nanti dekat Penghargaan, jangan lupa kredit nama aku yeee? :P Eh eh, nie nama penuh aku Nurul Asnida binti Mohd Ridzuan. Ahaha :D Aku serious weh. Nanti korang letak nama aku tu! :P Okay, bye~ ;) Thanks sudi baca blog aku! :D