Saturday 20 February 2021

Officially habis belajar! :)

Hai! Assalamualaikum korang! :)

Omaigod, lama sangat dah aku tak post apa-apa kat sini kan? Mesti korang pon dah tak ingat aku kan? Hahaha. I'm fine and I'm doing good with my life right now :) By the way, kalau korang dah baca previous post aku sebelum ni, korang tahu aku dah berada diakhir semester dah masa tu kan? Hehe. Oh ya, aku ada satu perkara penting nak announce untuk korang tau, which is, aku rasa nak start bergiat aktif balik la dalam dunia blogging nie :)

Aku bersyukur sangat sebab for me, blog aku kemas dan cantik sangat walaupun aku edit ni masa 2-3 tahun awal aku aktif dalam blogging ni. Aku nak edit-edit balik, nak kemaskan coding-coding semua, sumpah dah lama wey. AKu dah tak ingat dah. Kalau sikit-sikit tu boleh la, kalau nak aku ubah balik satu blog, cannot wey. hahaha

Koranggggg, aku sebenarnya kan, banyakkkkkk sangat cerita nak cerita kat korang. Hahaha. Ape yang terjadi dalam tempoh aku belajar, aku banyak luahkan dalam Facebook, Instagram dan Twitter private aku actually. Lain-lain, seperti yang koang nampak tu la, aku jarang sangat aktif dalam blogging ni. Hehe. Aku rasa nak aktif balik sebab aku pikir aku otak aku dah berkulat sangat dah nak buat ayat gajah rimau semua. So, aku pikir, amat lah okay kalau aku aktif balik so aku dapat hubungkan sel-sel otak aku ni untuk berhubung semua kan? Gitchew~

Masa aku taip previous entrie sebelum ni kan, masa tu aku taip blog tu 8 August kan? Aku rasa macam Allah menjawab permintaan aku kah- I mean, aku ada mention dalam blog aku yang aku nak cari keje kat KL kan? Alhamdulillah, I got my first job right after I finished my studies tu jugak pada waktu tu... :') Rasa nak nangis pulak taip benda ni... Ape yang aku share kat sini, takde niat untuk menunjuk atau show off dengan apa yang aku ada sekarang, jauh sekali, cuma aku nak share supaya bila masa aku sedih or rasa down dengan apa yang berlaku dimasa hadapan, aku nak diri aku tahu yang "aku" sendiri ada untuk diri aku bila masa aku sedih or jatuh okay Eyda? You are worth to be where are you right now.

Aku nak share apa yang aku buat masa last semester tu je, like how you wanna hunt the job masa tengah study lagi. Aku nak cakap aku hunt pon tak jugak, sebab aku ade share dengan squad perempuan aku, Mahirah, yang aku nak sambung cari kerja kat KL alang-alang dah ada kat KL ni. hehe. Lepas tu, dia ada pass ads untuk aku. Ads tu mula-mula aku tengok amcam segitu je, tapi aku apply jela sebab aku tengok salary dia agak menarik haha. Ingat scam ke apa ke. 

For me, aku dah lebih dari bersyukur sangat dah dengan apa yang aku dapat sekarang. Nak beli make up tu lepas la, nak belanja family and adik-adik kesayangan aku semua tu lepas la, hehe. Masa aku taip entrie tu sebelum ni kan, tu hari Sabtu!


Ahad (9 August 2020) - First and last paper untuk subject World Literature
Isnin (10 August 2020) - Interview dalam Skype
Selasa (11 August) - Aku dapat result interview aku yang cakap aku dah boleh masuk kerja keesokan harinya dah untuk first day training! 
Rabu (12 August 2021) - 1st day training untuk kerja di Menara T* O** as CS under project S. 


Cepat sangat benda ni berlaku tau sampai aku dah kerja sampai hari ni dah kat company tu. Tapi tu la kan, disebabkan Covid semua benda ni... Hmm :( Kitorang sempat kerja berapa bulan je kat office sebelum company aku hantar semua staff balik rumah and start kerja dari rumah semua. For me, aku lagi suka kerja kat rumah, kat office pon best jugak tapi tu la, masa aku kena shift pukul 7 am, sakit jugak bila banyak kali kena tag late. hahaha. Yela, kena bangun awal semua kan, mana tak sakit kalau kamu bukan morning person, aiyo~ Tapi tu la, bila kamu dah kerja ni, semua tabiat-tabiat masa student dulu kena buang la okay? 

Aku pon masih banyak nak kena improve diri ni, tak perfect pon :( Tapi tu la, kalau aku nak share Tips-Tips untuk Dapatkan Kerja ni macam tak layak pulak, sebab I'm not sending thousand emails to any company before pon, so memang tak layak sangat nak share gajah harimau dengan korang semua :') It relates dengan rezeki jugak kan? I pon tak sangka jugak i dapat kerja terus lepas habis belajar, orang lain sempat nak chill lepas habis belajar, i memang takde nak chill-chill pon... :'( Balik Kelantan pon sekali je setakat ni, tu pon sebab nak amik kereta je. Balik curi-curi selit waktu weekend je. hehe. 

I nak cerita banyak lagi sebenarnya, tapi I need to sleep well as tomorrow I nak pergi hiking! Hahaha. I dah tak pernah gi hiking kat area KL ni tau, I pernah gi hiking pon masa kat Kelantan, pergi Bukit Keluang. *Bukit Keluang ke Bukit Kluang ek? Entahla nak. Mampu ke Cik Monda nak hiking lagi? Ke pancit? Entah lah nak. hahahahaha.

Okay bye korang! :) Till you see I till you. 


P/s: Cik Monda doakan semua yang dah habis belajar supaya korang semua dapat kerja cepat-cepat okay? Cik Monda bukanla jenis yang memilih kerja actually, main tadah je semua. Tapi, sebab Cik Monda pon ada run bisnes dropship kecil-kecil jugak kan? So, I just like perlukan dua-dua kerja tetap and kerja geli-geli orang kata. I mean, bisnes geli-geli la. Hehe :D Doakan Cik Monda bahagia dunia akhirat ya! Amin~ :D

1 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

  1. saya tertanya-tanya, kenapa perempuan merajuk laki kena pujuk. tapi bila laki merajuk perempuan pun nak merajuk jugak. ini zalim

    ReplyDelete

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)