Saturday, 8 August 2020

Finally dah nak habis UIAM Gombak dah!


Assalamualaikum wbkt semua.. Ya Allah lama gilakan aku tak update blog aku? Dari aku mula-mula masuk UIA sampai la aku dah nak habis semester dah. Ya Allah. hahahahaha. Wey. Tak tahu nak rasa macam mana... Rasa takut sikit ada la. Sebab sem last nie, aku ade amik lima subject. 
  • ENGL 4054 Stylistics
  • ENGL 4820 World Literature in English
  • LC 1014 Mandarin Language I
  • LE 4501 Language for Occupational Purposes
  • LM 2023 Bahasa Melayu Kerjaya (Sains Sosial)

Okay actually, dua subject berat sebab dua teratas tu subject core aku. Wey. Aku pon tak tahu cemana aku boleh nak habiskan semua subject-subject aku yang lain... Nak cakap aku b*doh, tak. Nak cakap aku cerdik sangat pon tak, tapi takde la sampai repeat paper tu. Aku cuma harap, aku dapat habiskan semua subject aku dengan elok untuk last semester nie. Entah la. Dalam tahun 2020 nie macam-macam benda jadi... Benda sedih, benda happy, benda teramat sedih, benda teramat yang I never thought that will be happened to me pon ada. Like hello?

Okay, supposedly, aku tamatkan belajar aku nie bulan 6 aritu la, tapi sebab kena cuti COVID-19 kan- semua tadika, sekolah, institusi, SEMUA TUTUP! Dahsyat sungguh penangan virus kecil Corona nie ye :'). Macam aku cakap dalam entry aku yang berkurun lamanya... Kalau Allah nak bagi tu, sekali dia cakap Kun Fa Ya Kun, takde sape pon boleh cakap tak, kalau Dia bagi tu kan...

Bila semester nie dah habis, aku hajat nak cari kerja kat KL je. Hajatnya lah. Sebab, aku ade apply kerja something nie. Tapi nak panggil interview, dia akan bagi link like examination dulu gitu. So, kalau examination tu aku dapat markah 70% or 80% ke atas, if I'm not mistaken la, I will be chosen to interview with them at their company. I hope I will get it sebab nak gain more experience! Hehe. Lagipon, kerja tu macam kena dengan minat aku jugak. Sikit-sikit. Why not try give a try right? ;) Sebab nanti AR pon dapat kerja kat KL jugak. Senang la kalau dua-dua kerja KL kan. Tapi, aku pon memang berhajat nak cari kerja kat KL jugak sementara masih muda nie. Masa muda la kita nak cari pengalaman banyak-banyak kan. Nanti tua, aku taknak menyesal sebab aku terlalu limitkan ruang untuk aku belajar banyak benda baru yang aku boleh capai masa muda. Gitu. 

Aku ade berhajat nak apply Pegawai Kadet Lepasan Ijazah under TUDM or like Jom Masuk Tentera tu... Tapi.. Aku pakai spect.. Tak lepas requirement la pulak.. Hmm. So, takpela, aku target, before aku convocation, aku dah dapat kerja ape-ape dah. And tak kisah pon kerja ape. Hmm. Wey. Doakan aku berjaya dunia akhirat... Before nie, aku mintak, tempatkan aku di university yang terbaik, yang aku boleh pakai jubah, pakai baju kurung, Allah tempatkan aku dekat UIA... Kali nie, boleh tak nak mintak korang doakan aku dapat kerja yang aku senang nak beribadat kat Dia jugak,permudahkan urusan aku semua la... Hehe. 

By the way.. Aku nak end dah entry aku kali nie, tapi before tu, aku ade cerita sedih. Aku tak tahu nak cerita sini ke tak. Tapi takpela aku cerita jugak. Kalau yang tahu pasal siapa. Senyap. Kalau yang tahu pasal ape. Senyap. Baca sini, habis sini. Tak payah nak bawak bercakap kat luar dengan aku melainkan aku sendiri yang pergi bercerita dengan korang. Kalau aku cerita kat sini, sampai sini jela korang tahu okay? Jangan tanya benda-benda nie kat aku kat luar. HAHA.

Aku tak tahu la nak rasa macam mana. Mix feeling. Macam mix kentang and sosej pulak nak mix-mix gitu. Entah la. Rasa sedih sebab patutnya aku habiskan degree nie dengan bergembira happy dengan kawan-kawan terdekat aku yang aku banyak habiskan masa 4 tahun bersama sepanjang Degree aku nie. Tapi disebabkan salah aku, salah bodoh aku, salah emosi bodoh aku jugak yang tak stabil suka tembak orang, suka gajah rimau, semua tu berkecai. Musnah. Macam tu je. Now, aku rasa macam strangers. Strangers yang dia tak pernah kenal aku. Tak pernah ada aku. Tak pernah ada ikatan ape-ape. 

Aku sedar salah aku... Aku sedar. Tapi, aku dah minta maaf pon, tapi tu la. I already kill him/her mentally hidup-hidup dah. Dah takde ruang langsung dah untuk aku tebus balik semua salah aku. Zero. Nothing. :') Tapi takpela. Semua jadi macam bagi pengajaran kat aku jugak supaya aku jangan cepat tembak orang semoborono untuk orang lain yang terdekat dengan aku pulak.

Aku pon satu, masa cakap tak ingat dunia, bila dah jadik macam nie... Baru tahu langit tinggi rendah? Dahla.. taknak cakap banyak.. Esok aku exam. First and last final paper. Then boleh focus untuk searching for more jobs! Yeay hehe. Tak sabar nak collect balik edition Lipmatte Sobella... Eh? Hehe.


P/s: Hi awak. In case awak baca blog saya... Saya sedih gila baca message panjang awak bagi kat saya yang last before awak tinggalkan group kita tu. Tipu tak sedih. Tapi, takpela. Semua jadi sebab salah saya kan? Saya yang bodoh buat macam tu kat awak. Tapi... saya nak awak tahu, awak masih ada ruang di hati saya macam biasa jugak walaupun awak cakap dah buang semua kenangan kita. Takpe. Tapi saya rasa dalam banyak orang-orang yang dengan awak tu, saya rasa, mesti saya paling awak benci kan? Sebab saya tengok kalau yang lain-lain tu, masih ada ruang untuk berkawan balik dengan awak. Tapi saya? Awak buang terus saya. Haha. Salah saya. Bodoh saya kat situ. Semoga Allah permudahkan semua urusan awak jugak. Saya dah capai ketenangan saya bila saya dah minta maaf dengan awak. Saya tak tahu awak tenang ke tak bila awak sendiri yang buat saya macam tu. *Ketenangan macam bau coffee kan? :') Takpela, macam awak cakap. Just carry on with our own life je. Kan? 



0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a comment

KOMEN BERUNSUR NEGATIF TIDAK AKAN DILAYAN !!