Sunday, 30 December 2012

Al-Fatihah [ Part 2 ]

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum :)

Sorry sangat tak update blog semalam. Broadband tamat tempoh, wth :(. Okayyy, kita sambung kisah hari tuh okayyy? ;) Smile okayyy, takmo merajuk dengan aku :P Klik sini untuk ke Al-Fatihah Part 1..


Hari tuh, Kak Ma ade jugak datang dekat rumah "ayoh". KakMa nie ustazah al-Quran yang menghafaz 30 juzu' al-Quran. Beliau nie jadik sepupu lah dengan arwah "ayoh". Mokyah ade citer dekat nenek aku, mase pagi hari Jumaat tuh, KakMa rase bahu dia berat semacam je. Macam ade bende lah..


Bende itu ialah "AMANAH". Jangan pikir bukan-bukan okay? Okay, arwah "ayoh" takde pagi Jumaat pukul 11.++ lebih-lebih lah.. Sebenarnya, arwah "ayoh" nie ade sakit dalam perut. Tapi, aku tak tau dia sakit ape. Dua tiga hari sebelum arwah 'takde', dia ade datang rumah aku sebab nak amik ubat sakit perut. Aku tak kasi, sebab aku tak tau ubat kepunyaan abah aku tuh, dia letak kat mane.. ''Ayoh" jugak ade pegi check kat hospital, tapi doktor just masukkan air. Parents aku ingatkan "ayoh" akan ditahan dekat wad sebab ''ayoh'' sakit perut kuat sangat. But, ayah tak kena tahan dekat wad... Oh lupa nak bagitau, ''ayoh'' jugak ade Diabetes or a.k.a KENCING MANIS. Tapi, aku rase sakit "ayoh'' nie lebih kat sakit perut seperti yang citer kat atas tadi..


Oh ya, aku ade jugak dengar yang UMI (isteri ''ayoh'') cakap,sehari sebelum "ayoh" takde, "ayoh" kuat buang air besar. Aku teringat pulak kat kawan Briged Bakti aku, Siti Arisya binti Nazli (siap mention nama dalam MyKad uolls), cakap yang, Tanda Nak Mati ialah, Orang tuh akan Kuat Berak, dan Kalau Berak pon Najis Dia Tuh Tak Berapa Cuci..  Betulkan aku, kalau aku tersilap ye?? Lepas UMI citer macam tuh, kepala aku memang teringat betul ape yang Sya cakap tuh.. Umi jugak ade citer, mase pagi hari "ayoh" takde tuh, "ayoh" ade muntah, dan muntah dia tuh keluar warna hitam.. Terkejut aku. Hmmm, aku citer panjang-panjang dekat korang nie, perasan tak yang aku masih tak citer dekat korang pasal Kak Ma kan?


Okayyy, lepas tuh, arwah "ayoh" dimandikan lepas Maghrib. Kak Ma, ade datang dekat rumah "ayoh" tuh, cuma aku tak ingat dia datang lepas Maghrib atau sebelum Maghrib. Dia jugak ade bawak empat orang budak perempuan dari pondok yang Kak Ma mengajar. Mula-mula Kak Ma duduk dekat ruang tamu rumah "ayoh", pastuh dia masuk dekat dapur. Mase tuh, jenazah "ayoh" tengah dimandikan. Kak Ma, masuk dapur sebab dia boleh "bercakap dengan ayoh". Tapi, aku tak pasti sama ada Kak Ma, boleh nampak "ayoh" atau pon boleh bercakap saje. Dialog dekat bawah nie dalam percakapan Kelantan. Blogger Kelantan dia paham lah. Kalau ade blogger dari luar, nanti aku translate dekat bawah dia pulak nu okay? ;)


"Ayoh" cakap, (1)Maaa(Kak Ma), aku takdop doh nie. Aku mati doh nie. Ore duk tengah mandi doh aku nie. Meta lagi aku duk dale kubur sore lah. Aku takut Ma... Pastuh, "ayoh" jugak, ade cakap, (2)Aku mati nie, aku tinggal anok kecek. Mung tengok molek lah Ma anok aku.. Pastuh, "ayoh" nak salah seorang anak perempuan dia pergi pondok dekat Kak Ma tuh, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang al-Quran, Hafazan ape semua lah. 

(1) : Kak Ma, aku dah takde nie. Aku mati dah nie. Orang tengah mandikan aku... Kejap lagih, aku tinggal sorang-sorang la dalam kubur. Aku takut Ma... 

(2) : Aku mati nie, aku tinggalkan anak-anak kecik.. Engkau(mung) , tengok baik-baiklah anak aku Maaa..


Tuh jee serba sedikit yang aku tau.. Arwah ade jugak cakap dekat Kak Ma, dia mintak maaf dengan nenek aku, sebab dia tak sempat nak mintak maaf dengan nenek aku.. Sebelum dia 'pergi', dia jugak sempat bagi salam dekat Kak Ma.. Terharu ;'(


Lepas "ayoh" siap bercakap dengan Kak Ma, baru lah berat yang Kak Ma rase dekat bahu dia tuh jadik semakin hilang slow-slow..


Hmmm, tuh lah serba sedikit yang aku nak citer dekat korang. Aku tak tau, sama ade korang nak percaya ataupon tak. Terpulang...


Arwah nie tinggalkan anak seramai 7 orang (8 orang termasuk dalam perut~). Abe Me sulung 20 tahun, anak yang ketujuh nama Alya Maisarah 2 tahun, dan yang dalam perut baru berusia 2 bulan...


Mase arwah dah siap dikafankan, semua anak-anak kene cium dahi "ayoh", semua sepupu aku buat, kecuali Alya je yang tak sempat cium dahi "ayoh". Sebab dia tidur.. Tapi, sepupu perempuan aku (anak perempuan sulung "ayoh", Anis) cakap, yang malam tuh, Alya menangis panggil "Ayoh". Pastuh mata dia asyik tengok kat satu tempat tuh je.. (Macam Alya dapat tengok "Ayoh"). Tak pelikkan, sebab Alya tuh berumur 2 tahun, dia suci, takde dosa, sebab tuh boleh nampak "ayoh". Anis jugak ade citer, mase waktu tengahari atau petang ke, kalau tak silap aku. Dia bawak Alya pegi luar, pastuh Alya tunjuk ke arah sawah, pastuh dia panggil "ayoh". Umi aku ade citer, dalam 7 hari selepas seseorang itu mati, arwah akan datang 'melawat' anak isteri, sebab nak tengok adekah anak isteri akan membaca Yaa Siiin ke tak dekat arwah tuh.. So, AGAIN! Mesti Alya dapat 'tengok'  "ayoh"..



Tuh je lah bende yang aku nak citer dekat korang... Aku takut tau tak mase nak taip entrie nie, aku terpakse ajak adik aku yang Syndrome tuh temankan aku.. Oh ya. Aku dah siap pon buat Amali naik motosikal 3 jam tuh. Maknanya, nanti aku akan dapat Lesen L. Oh yeah oh yeah~ ;) Tapi, aku ade lagi berita buruk. Nanti aku akan buat blog aku nie private. Bukan aku tak nak aktif lagi dalam dunia blogging, tapi aku takut terjejas pelajaran aku. Tahun depan kan SPM,, :). Pikir positif eyda, pikir positif eyda.. Nanti aku pikir balik sama ada nak buat private ataupon tak.. Kalau aku tak buat private pon, maybe aku takkan update blog aku okay? Jangan marah ye. Ni mase depan aku. Blogging nie part time jee, aku tak boleh hidup kalau ''makan'' komputer nie tiap-tiap hari.. Bye. Assalamualaikum ;) 
Al-Fatihah again too Arwah "ayoh"... 

Friday, 28 December 2012

Al-Fatihah [Part 1]

1 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum :)

Sebelum tuh, nak mintak tolong korang hadiah Al-Fatihah kat Pak Sedara aku, Mohd Sayuti bin Haji Majid..Korang baca je ayat selepas ini dalam hati korang atau sebut biar telinga korang je dengar...

Bismillahirrohmanirrohim, aku hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah Mohd Sayuti bin Haji Majid,


Amin... 

Time kasih! :) Hmm, masuk hari nie, dah 7 hari arwah "Ayoh" meninggalkan kami semua. Aku panggil kat bapak saudara sebelah abah aku nie, "Ayah" ataupun dalam bahasa Kelantan ialah "Ayoh". Ayah selamat pergi ke rahmatullah Hari Jumaat. Selamat ayoh dari seksa kubur. 


Aku ade mende nak citer nie.. Mase hari kematian tuh, aku dengan umi baru je balik dari hantar kakak aku pegi bengkel kereta. So, umi aku nak bawak aku pegi Besut, sebab nak cari pokok bunga atau pokok buah-buahan. So, kitorang pegi Petronas dulu nak isi minyak penuh-penuh dulu. Baru ade semangat you all nak beli bunga. Ye la tuh~ Baru je nak bertolak, abah aku call umi aku, cakap, Ayoh tok kaba. (Maksudnye, ayah tak sedarkan diri). So, umi aku pon cepat-cepat drive kereta balik umah kitorang sebab nak amik nenek aku. Mase tuh, aku tak pikir pon yang "ayoh" akan pergi untuk selama-lamanye, sebab biasanye, dia ade sakit biase-biase je.. So, sampai je, tengok ayah dah "senyap" dan tak bernyawa. Dahlah mase tuh aku tak pakai spect, jadi, aku tak nampak dengan jelas lah yang dada "ayoh" dah tak bergerak.. Aku pon mendekati "ayoh", dan sentuh dada, tangan, dahi dengan muka, sentuh-sentuh, anggota badan "ayoh" dah sejuk. AKu pon sentuh pulak kaki "ayoh", pon sejuk jugak. Muka "ayoh" pon nampak pucat, tak-ber-darah. Korang tau kan ape maknanye?? 


Mase tuh, nenek aku dah menangis kuat-kuat (meratap), sebab mungkin nenek aku tak dapat terima semua ketentuan nie. Bayang je lah, nenek aku tak sempat nak tengok "ayoh", sampai-sampai je dah takde. Aku pon memang tak jangka langsung yang "ayoh" akan pegi secepat nie tau.. Aku memang dah tak kuasa nak tengok nenek aku, so aku cakap,


Aku : Oloh mok, molek doh nie ayoh mati Hari Jumaat.

Nenek Aku : (Makin kuat nangis)

Abah : Ehhh, ayoh tok mati lagi nie. (memujuk nenek aku)


Lepas tuh, umi dengan abah aku pon Call ambulance, sebab mane lah tau, "ayoh" masih ade lagi. Call call, tup tup ambulance pon sampai. Ambulance tuh siap bawak doktor dengan HA lagi untuk check keadaan "ayoh". Doktor tu check mata, check nadi. Cakap yang "ayoh" dah takde. Mase tuh makin kuat nenek aku menangis... 


Aku pon balik, sebab kakak dah call mintak umi aku ambikkan dia dekat Bengkel tuh. Lepas amik dia, kitorang balik sebab aku nak salin baju pakai baju kurung, takkan lah aku nak pakai T-Shirt dengan seluar trek pulakkan?? Tuh pon lepas aku tanya dia macam nie,,,


Aku : Umi, da nok pakai baju nie jelah deh??? (Maksud aku, nak pakai baju t-shirt dengan seluar trek)

Umi : Biar reti tengok majlis gakkk.. 

Aku : Hehehe. Biarlah, da tokse pakai gapo-gapo lah.

Umi : Hooooo, pakai doh takdop hidung gak..

Aku : Olohhh, da gurau jah eh.. :D :D :D


Sampai-sampai dekat rumah "ayoh" dah makin ramai orang berkumpul. Tapi, mayat "ayoh" tak boleh nak simpan lagi sebab Abe Me (anak "ayoh" yang belajar dekat Perak tak sampai lagi). Mula-mula, Abe Me kena naik bas waktu malam, tapi, takkan nak tunggu kan, so abah aku cakap kat Abe Me, balik je dulu guna kereta teksi ke, sewa dengan orang ke, sebab kecemasan kan. So, Abe Me balik jugak dengan kete Myvi sewa sebanyak tige ratus 2 hari. 


Lepas tuh, aku sempat sedekahkan Ya Siiin dekat arwah "ayoh". Memang tak berapa lancar sebab hidung aku berhingus. Jadi, aku jadik tak berape laju sangat.. Mata aku pon berkaca, ayat-ayat Yaa Siiin pon aku dah nampak besar-kecik-besar-kecik... Lepas siap bacakan doa ape semua, aku bukak kain yang menutup muka "ayoh" tuh, aku nampak bibir "ayoh" senyum. Dan nampak "ayoh" tuh, tenang sangat.. Mungkin berkat mati Hari Jumaat.


Tiada seorang muslim pun yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, kecuali dia akan diselamatkan oleh Allah daripada fitnah/azab kubur.”Hadis ini diriwayat oleh al-Imam at-Tirmizi dalam al-Sunah, Kitab al-Jana’iz, Bab Ma Ja’a fi Man Mata Yaum al-Jumu’ah, No. 1074. Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, di dalam Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, No. 6546.

Seriously, aku tak pernah tengok orang mati dalam keadaan yang sangat tenang tau! Mata "ayoh" pong, ade terbukak sikit. Mulut dia TERSENYUM. Aku pon, tutup mata dia biar jadi rapat. Aku sentuh dahi dia, sejuk sangat.


Tup tup, dah azan Maghrib. Maghrib baru Abe Me sampai tau! Bayang tak Abe Me pandu kete seberapa laju yang mungkin kan? MAse Abe Me sampai, mata dia dah nampak sembab. Lepas Abe Me naik atas, tengok ayoh. Baru lah Abe menangis. Abe nie baik sangat tau, dia mesra dengan Umi dia. Aku tengok dia rapat dengan dengan Umi dia. Lepas Abe siap baca Ya Siiin, barulah pakcik-pakcik memandikan jenazah "Ayoh". 


Lepas siap, memandikan, mengkafankan, jenazah ayah dihantar kat Masjid untuk disembahyangkan.. Orang perempuan semua tak pegi so aku takleh nak citer lah kat korang macam mane jenazah disolatkan. Lepas tuh dikuburkan laa pulak...


Alhamdulillah, "ayoh" selamat dikebumikan walaupun hujan masih kuat giler mase hari tuh. Jangan pikir negatif, hujan rahmat ;)


So, aku dah citer kan dekat korang sebab kenape aku takleh update blog. Blog aku pon berkabung tau, sebagai tanda menghormati arwah "ayoh".. Oh yaa, aku nak citer mende yang mungkin korang tak percaya..


Hari tuh, Kak Ma ade jugak datang dekat rumah "ayoh". KakMa nie ustazah al-Quran yang menghafaz 30 juzu' al-Quran. Beliau nie jadik sepupu lah dengan arwah "ayoh". Mokyah ade citer dekat nenek aku, mase pagi hari Jumaat tuh, KakMa rase bahu dia berat semacam je. Macam ade bende lah..

Aku sambung citer lagi ek, sebab bulu roma aku meremang nie. Dahlah malam-malam pulak tuh. In Sha Allah aku citer bende nie dekat korang esok tau..Tapi tak janji tau. Tunggu! 

Wednesday, 19 December 2012

Tahniah to PMR 2012 :)

3 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Tahniah Irah, *tok kenal*, Najwa, and *tok kenal*. Sori kepada yang tak kenal tuh! ;) Peace dear ^_^v

Huda, TAHNIAH AGAIN !!!
Sori, sebab tak malu gila pegi curi gambar korang dari fesbuk, pastuh siap edit lagih. Yang paling tak boleh blahh, pegi buat signame "AsnidaRidzuan" lagih kat gambar korang! Jangan marah, nanti tak comel~ Wuwuuuuu :) 

Assalamualaikum :)

Today is Wednesday. Well, Hello Eyda. Everyone know it okay? But, that is no point to me to story about this memorable day! I want all of you focus to the DATE! Not dating with your Pakwe's/Makwe's. But, about Result PMR keluar hari nie!!


First of all, aku nak ucapkan really really really A BIG BIGGER BIGGEST Tahniah kepada semua Calon PMR 2012 yang dah dapat 8A atau 9A dalam PMR korang! Tahniah sangat tau! :)


Yang tak dapat 8A atau 9A, jangan bersedih okay? Chill lah. PMR is not everything. Ha'a, memanglah ade yang cakap,


Cik Anon 1 : "Well Eyda, kau ape tahu tentang perasaan aku? Kau tau nak bercakap jeee! Kau tak tau betapa sedihnya hati aku tak dapat 8A dalam PMR."

Cik Anon 2 : "Ha'a, betol tuh, PMR bukan everything. Tapi Eyda, dengan PMR tuh lah kitorang boleh tentukan nasib kitorang sama ade untuk pegi jurusan Sains Tulen atau Sains Ekonomi atau Prinsip Akaun."

Cik Anon 3 : "Oh thank you Eyda. You make me proud!!!"



Okaylah Cik Anon-Anon sekalian, SHUT UP kejap. Meh I nak reply kat U all okay!


Cik Anon 1 : Cik Anon 1, Eyda paham perasaan korang. Sebab eyda pernah rase jugak ape yang korang rase. UPSR dulu, Eyda tak dapat pon 5A. Perkataan ape yang Eyda tak pernah dengar? Bodoh, Tak Pandai, Tak Cerdik, semua eyda dapat dari SomeOne. Tapi, eyda tak berkecik hati. Eh, tipulah kalau cakap eyda tak berkecik hati. Memang kecik hati. Kecik hati sangat-sangat. Eyda mengharapkan keputusan 5A untuk mintak MRSM! Tapi, semua tuh dah berkecai, bila eyda dapat 4A 1B - English. Tak perlu nak cakap pasal AbahUmi, dorang kecewa dengan eyda! Dorang sedih dengan eyda! Eyda nampak semua tuh dari mata Abah! Abah nampak kecewa dengan result Eyda sebab anak kawan Abah semua dapat 5A, mintak situh, mintak sini.. But, dengan caci maki dari Someone tuh lah yang buat eyda rase insaf dengan diri nie untuk study betol-betol mase PMR dulu. And, Alhamdulillah I got 8A! But, maybe sikap eyda yang ade Ujub sekali sekala, lalai, kuat online, buat eyda jatuh lagih tahun nie. Tahun nie, eyda dapat kelas ketiga dari empat kelas Sains Tulen. Tapi percayalah, Allah buat kita macam tuh supaya dia nak kita sedar yang kita nie bukan macam langit yang selalu berada di atas sana! Kita nie hanyalah ibarat roda yang bergolek, yang kadang-kadang kita duk atas, kadang-kadang kita duk kat bawah memijak segala taik-taik yang berada di bumi nie. But guys, seriously, Eyda sedih dan insaf! In Sha Allah, eyda akan cuba buat yang terbaik untuk SPM nanti! In Sha Allah ;) Cik Anon 1, jangan sedih-sedih, Cemerlang PMR, tak semestinya Cemerlang SPM. Allah dengar dan memakbulkan doa orang yang teraniaya! :)


Cik Anon 2 : Cik Anon 2, dengan PMR nie. Tak semestinya bila korang tak amik Sains Tulen, korang tak pandai! Sains Tulen nie hard sangat. Kadang-kadang eyda tertanya-tanya, nanti besar nanti aku jadik ape? Sebab nye, eyda minat bab kecantikan. Kadang-kadang nak jadik MakAndam~ Amboi? Ha'a, betol. Tapi, terfikir pulak, sia-sia jelah aku study Sains Tulen 2 tahun kalau cita-cita setakat nak jadik Mak Andam? Betol tak? Kadang-kadang aku rase nak jadik Cikgu. Aku kan suka mengajar kawan-kawan aku. Alhamdulillah, aku nie bila cikgu ajar aku dalam kelas, aku mudah faham. Tapi latihan tuh aku liat sikit nak buat. Bukti aku cakap macam nie ialah, bila kawan-kawan aku tanya soalan, aku boleh jawab mase cikgu tengah mengajar hari tuh jugak. Tapi, esok lusa tulat, aku dah lupa! Sebab tuh lah, aku dapat keputusan yang cukup-cukup makan. Sebab otak aku nie pon cukup-cukup makan je ilmu yang cikgu ajar. Tapi, dengar sini, ade jugak orang yang tak masuk Uni lebih berjaya dari orang yang masuk Uni. Korang kene percaya, rezeki korang tak terletak pada "Sekeping Kertas Yang Nipis dan Berlubang di tepinya" (Result) okay? Pasal result akhir tahun aku tu dulu, aku dah nangis sampai mata jadik lebam macam panda, aku mengadu dekat Pak Sedara aku yang paling sporting, korang tengok je gambar kat bawah okayyy?

- Tak boleh time kenyataan 1 :( -

- Tak boleh time kenyataan 2 :( -

Korang paham tak ape yang cuba aku sampaikan kat korang? :)


Cik Anon 3 : Yang kau tibe-tibe perasan nie apesal? Cik Anon 3, tak baik riak okayy? Got it? Thanks! :P


Okay, korang paham tak ape yang eyda cuba terangkan dekat korang. Tadik, eyda baru je bukak blog Kak Nadiah Aqilah, kata-kata dia buat eyda rase tersentuh sangat-sangat. Eyda akan copy sikit sebahagian dari kata-kata Kak Nadiah, 

To all 97's ;In case you are reading this post, hey awakk :) Okay, for those yang dapat straight A's tu, congratulations! Tahniah tahniah and tahniah! You deserve this my dear :') You should celebrate it. Perlu! hehehe. And for those yang tak dapat apa yang diimpikan, jangan sedih. Yes, nak sedih boleh, tapi janganlah sampai menangis tak ingat dunia. No, bukan itu penyelesaiannya. Past is past right? Even if you cry macam nak gila, ia tetap benda lepas. Think positive. Think positive. Apa maksud semua ini? Allah bagi kita jatuh, Allah bagi kita cubaan, sebab Dia sayangkan kita. Dah orang lain dapat straight A's tuh? Allah bagi sedikit kesenangan kepada mereka atas apa yang mereka usaha. And maknanya korang tak usaha lah? No bukan macam tu. Allah bagi kita jatuh, sebab dia nak kita bangun. Kalau selamanya Allah bagi kita kejayaan, tak mustahil kita akan 'riak' right? Kalau selamanya kita dapat apa yang kita nak, so bila kita nak merasa berada di bawah? Think.
Kalau korang nak baca dengan lebih lanjut, korang klik sini tau!


Okaylah setakat tu je dulu aku. Yang gagal, jangan kecewa! Gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya! Yang berjaya tuh, jangan bangga dengan kejayaan korang tau. Bayangkan, korang tak pernah GAGAL dalam ape-ape pon bidang yang korang buat. Tapi dengan kejayaan tuh, korang jadik riak, bangga, megah dengan ape yang korang dapat. And TAK MUSTAHIL, Allah tarik semua tu dari korang! Mase tuh korang akan rase perit sangat sesangatnya tau! Think guys ;)

Tuesday, 18 December 2012

Bila Nak Pegi Bercuti Nie ?

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
- kampung aku -
- Langkawi -

- Cameron Highlands 1 -


- Cameron Highlands 2 -

- Pantai Bukit Kluang, Terengganu - * kalau tak silap, tak ingat =,=" *
- Kilang Akhbar New Straits Time, Terengganu - 
- Kuantan -


- Melaka -

- Bukit Gambang Waterpark -

- Setiu -

Nota Kaki : Perasan tak muka aku nampak ade yang comel, ade yang tak berape comel kann? Ade aku kisah? Ohh, lupe, gambar nie diambil dalam tahun 2009-2012.. Kbye! :) Tak bercuti kot tahun nie ;( Aku rase lah, sebab umi dengan abah aku busy pasal nak siapkan rumah yang kitorang sambung... Nanti aku update lagih. Bye korang, time kasih sudi bukak blog aku. :D

Monday, 10 December 2012

Lesen Motor :D

3 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum :)


Kan aku dah janjikan dengan korang nak citer pasal pengalaman aku yang seciput semasa mendapatkan lesen kan Jumaat yang lepas ? ;) Okayy, tanpa membuang masa yang sudah terbuang ni :P, aku teruskan okay? 


Jumaat lepas, aku dah siap-siap bangun awal untuk mandi dan bersiap :) untuk ke tempat untuk kursus KPP nie. (sorry, aku tak ingat terms untuk K ape, untuk P ape, untuk P satu lagi tuh pon ape). Hahaha :D


Lepas tuh, umi aku yang bawak kitorang ke tempat kursus segala tuh. Well, I love my mom :) She always there if I need her, thanks mom for everything ♥ By the way, dua-tiga-minggu sebelum nie, aku ade masalah sikit dengan umi aku. Mau tak tiga-empat-lima hari aku tak bercakap dengan dia. Aku ade post pasal nie kat twitter aku kan? :) Mase tuh, Tuhan je tau perasaan aku bila tak dapat bercakap dengan umi aku. Aku rasa kesunyian yang amat sangat tau! Teramat okay?? ;)


Okay, aku sambung :) Lepas daftar segala tuh, aku tunggu dekat luar, sebelum dipanggil masuk dalam dewan kursus. Bila aku tengah tunggu, someone that I know juga turut daftar untuk amik Lesen :) Namanya ialah ***** ******. Ex someone :P. Amboi rambut, mengalahkan gangstar kampung aku betol~ Pastuh, bila dia dah panggil masuk, aku kena amik exam Pasal nak check kita nie ade rabun warna tak? Rabun warna nie dia ada masalah dengan warna hijau dengan merah je, kalau tak silap yang Cikgu Zaiton cakap kat aku. *anyone betolkan aku kalau tersilap okay?* Exam nie, dia bagi kertas dan buku soalan. Kita kene tengoklah soklan dia kat situh, pastuh jawab dekat kertas jawapan yang dia bagi.



Kalau korang tak boleh nak detect nombor ape yang ade dalam bulatan nie, memang SAH korang rabun warna okay? :P

Sape-sape yang buat Lesen Motor dengan Kereta, memang wajib kena test Rabun Warna nie okay? Sape tak buat, memang sah lah kan??? Wuwuwuwuuuu :P. Eh? Eh, tak tak, aku gurau je :) Taklah, maksud aku, maybe mase dia buat tuh, sistem nak check Rabun Warna tuh takde lagi kot. *Ayat penyedap hati lettewww* Mane lah tau, korang ade Rabun Warna, pastuh naik motor pegi bandar, jumpa traffic light warna merah, korang nampak hijau~ Memang arwah lah korang kalau tak tengok betol-betol! *maaf atas penggunaan arwah*


Haaaa, lepas buat Exam Check Rabun Warna nie, Pakcik (penceramah 1) pon, kutip dan check markah. Soalan dia ade 23, aku dapat 22/23. Sebabnya, aku salah kat soalan terakhir. Ade ke patut,  soalan suruh aku lukis bentuk kapal yang aku nampak dalam gambar tuh, tapi aku pulak yang gong (gong perkataan dalam Kelantan yang bermaksud bangang) pegi tulis jawapan dia ialah "kapal". Wth! :( 


nie lah gambar yang aku maksudkan ;(

Lepas siap tuh, memang boring lah kan? Sebab kene tunggu PakCik tuh check jawapan untuk whole student yang amik exam tuh :(. Aku faham, maybe sebab PakCik tuh dah tua, tu sebab lama sangat dia check. Think positive okay, Eyda?? :P Mbhahahaha :D Pukul 9.00 pagi lebih-lebih baru PakCik tuh bagi Ceramah pasal jalan raya ape semua nie :) Lama tau! Sampai pukul 11.30 pagi, pastuh rehat! Aku tak balik pon, sebab PakCik tuh mintak masuk balik pukul 12.15 petang. Nasib baik ade rehat, dahlah mata aku nie mengantuk :( Ish, aku nie, bab ilmu, bab ilmiah, memang mata nie cepat sangat nak terlelap. Syaitan, syaitan :(


Rehat tuh, aku minum Air Milo Sejuk je :) Tengkuk dengan perut aku pon, COOL je :D Muehehehe :3. Tapi, lepas minum, aku mintak kakak aku teman pegi tandas terus, sebab dalam bilik yang kursus tuh ber-air-cond, nanti menyusahkan aku pulak kalau nak terkucil nanti. Takan tak pepasal aku angkat tangan, pastuh, MESTI SEMUA ORANG TENGAH TENGOK AKU KAN? Takkan aku nak cakap, 


"PakCik, nak pegi tandas"
--> Well, kalau seseorang sebut tandas, dalam kepala hotak aku, kau, dan  manusia-manusia lain akan terpikir kalau nak pegi tandas, tak lain tak bukan, mesti nak terkucil atau nak terber** kan?


Amboi, aku bercakap. Eh becakap pulak. Maksud aku, menaip~ Dah pikir ape yang ade dalam otak manusia-manusia lain. Acececece ;) Haaa, lepas tuh, bila dah siap pegi tandas semua, membuang sisa toksin yang patut keluar dari badan aku nie, aku masuk balik dan dengar ceramah. Oh aku lupa nak citer bende yang best nie ~ Mase aku pegi situh, ade banyak sangat Akak-akak Form 5 sekolah aku tau, Kak Aireen, Kak Aida, Farez, Syazwan Rozi, Abdussalam, yang aku cakap nie, kakak dan abang-abang yang femes dekat sekolah aku tau (*aku geli sebenarnya panggil abang nie, tapi terpaksa, nanti cakap aku kuajar pulak*). Kawan aku mase sekolah rendah pon ade, antaranya ialah Azfar Arshad or a.k.a  Apak :) Masih hensem seperti dulu, cuma muka tuh ade jerawat sikit :P Mbhahaha :D Aku tak cakap ape-ape pon dengan dia, just bagi sedekah senyuman aku yang menawan jeeee. Muahahaha *gelak terbahak-bahak*


Haaa, aku nak citer pulak pasal sorang kawan aku nie. Kitorang sama sekolah okay, sama tingkatan, sama jadik PRS, but yang tak sama ialah kitorang tak sama kelas. huuuuu :) Sebenarnya, aku edit balik post nie, sebab dia sedih bila baca blog aku sebab nama nya takde! Sorry bro! Aku tak ingat pulak dekat kau :) Hmm, maybe, muka kau takde aura femes kot. Eh, taip-taip nie, aku lupa nak mention nama dia, nanti nama dia tuh aku dah siap bagi link fesbuk okay? Sape rasa nak mengorat dia, boleh PM dia kat fesbuk. Wuuuu :P Eh sorry. Okayy, aku mention, namanya ialah Suhailie Azrie :) Nama manja Sally. Bukan Abang Sally dalam Upin Ipin okay? :P


Kelas kau Abang Salleh ~ :P



Pukul 1.00 petang ceramah tuh berhenti, sebab para lelaki muslim kan nak pegi Solat Jumaat. Aku balik je terus, sebab nak salin baju tambah nak mandi lagi. Errr. Tapi kene pegi balik pukul 2.30 petang, sebab nak kasi lagi ceramah sampaikan semua bontot kitorang jadik cramp supaya bakal pemandu jalan raya (ehem, ehem :P) akan mengamalkan sikap berhati-hati bila di jalan raya gituh~ :) 


Haaaa, tapi ceramah kedua nie best sangat-sangat. Sebab penceramah kedua nie suara dia kuat. So, aku tak mengantuklah. Dan aku jugak faham dengan penceramah kedua nie. Last sekali, lepas siap semua bagi ceramah. Dia kasi tips untuk jawab Exam Undang-Undang Jalan raya. Dia ade kasi buku contoh-contoh soalan Undang-undang Jalan Raya.. Aku jawab sikit jee, sebab mengantuk sangat tau! Kan aku dah cakap, bab-bab ilmiah nie memang mata aku cepat sangat down :( Kalau bab-bab online, amboi, mata mengantuk pon, sempat mengarang dalam otak nak buat status ape kat fesbuk, nak taip ape kat blog :( Dasar blog dan fesbuk :(((


Dan bila aku keluar je dari tempat kursus, kitorang kene tunggu pulak kat luar untuk amik IC masing-masing.. Exam Undang-undang Jalan Raya tuh, aku boleh buat bila dah sedia. Penceramah 1 ade cakap, kalau nak lulus, kene KHATAM TIGA KALI buku KPP. Tidakkkkkk! :( Tapi, nasib baik nama aku dia panggil awal.. Sebab aku dengan kakak aku kan daftar awal~ Wakakaka :D


Okayy, tuh je lah serba sedikit pasal pengalaman aku mase pegi KPP nie.. Kalau ade yang nak tanya ape-ape pasal KPP nie, korang boleh je komen kat bawah okayy? I'm waiting :) But, as usual, blog aku nie pengunjung ramai, tapi masing-masing malas betol nak tinggal kan tapak kaki dorang dengan cakap hai ke, ape ke, dekat Kotak Sembang aku.. Bau kentut pon dorang tak tinggal, abes tuh, macam mane aku nak kesan korang?? Yang rajin tinggal link dekat aku, ialah manusia yang tak bertanggungjawab anta link iklan :( Ish! Melampau betol ;( Okay, bye :)



To SoMeOnE tHat I LoVe : Aku takkan mintak maaf dekat orang yang aku tak buat salah okay? 
Tak perlu nak hipokrit depan parents la wei, lambat laun orang akan tau perangai haprak kau :( Harap maklum.

Thursday, 6 December 2012

Tuisyen - Mengaji - Amik Lesen Motor

2 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum :)


-Tuisyen-



Seperti yang korang tau dalam entrie ini ( Result Peperiksaan Akhir Tahun dah keluar ! ), kan result aku rendah kan? Sampaikan turun kelas ketiga kan? So, hari Ahad, aku ade pegi rumah bestie aku masa sekolah rendah dulu, E'ah. Banyak yang kitotang bincangkan  pasal result, pasal couple ;) *aku xde gewe*, pasal sekolah, citer pasal orang tuh, citer pasal orang nie. Dan, citer pulak pasal result kitorang yang rendah tuh. Sebenarnya, aku pergi rumah dia just nak hantar Asyura yang umi aku buat tuh, pergi dalam 12.30 lebih-lebih, balik rumah pulak dalam pukul 2.00 petang. Bayang apa perempuan berbual bila berjumpa :P muahahaha *gelak kasar*


So, dialah yang beritahu aku pasal Tuisyen segala nie :) Aku tanya dekat mana, dekat rumah atau dekat pusat tuisyen, pukul berapa sampai pukul berapa, and so on :D 

  • Hari Ahad & Isnin - Add Math
  • Selasa - Math
  • Rabu - Fizik
  • Khamis - Kimia
  • Pukul 11.00 sampai 1 petang
  • Bayaran Rm50.00 untuk bulan ini. 
So far, tuisyen nie okay lah. Alhamdulillah, aku pon faham. Cuma cikgu tuh ajar laju sangat. Kira pandai-pandai otak korang lah nak serap sebanyak mana ilmu yang cikgu dah turunkan tuh. Subjek Math tuh aku okay sikit, cuma Fizik dengan Kimia tuh aku blank sikit :(. But, like i said before, pandai-pandai kita lah... Satu je yang aku tak puas hati kat situh, kat situh ade pelajar sekolah 'kesayangan' aku dulu :P Wth! Dorang asyik pandang aku je :( Tau lah aku keluar SBP kan? Taulah korang pandai kan? Eh?


-MENGAJI-

Nie pulak aku nak citer pasal aku mengaji al-Quran. Aku just nak citer okay? Jangan cakap aku nak chow off ke ape ke, takde niat pon :). Okayy, sebenarnya aku dah start mengaji dari bulan 8 ke bulan 9 tahun nie, aku tak ingat. Aku pergi mengaji sebab target aku nak khatam al-Quran sekali lagi sebelum aku tamatkan persekolahan tahun hadapan :').. Aku dah khatam masa Tingkatan 1, seumur hidup aku, baru festime aku khatam al-Quran.. Aku malu~ Satu lagi, sebenarnya, semangat aku nak khatam al-Quran nie berkobar-kobar bila aku tengok majlis khatam al-Quran kat sekolah aku. Pastuh, aku rasa sebak! Sebab aku sedih, kenapa aku takde kat atas pentas tuh????? Ape cur-lassssss jadik penonton je? So, aku cakap kat umi aku,

Aku : Umi, da nok gi ngaji! Kot mano-mano pun, da nok khate Quran jugok tahun depe. Da nok gi ngaji kat Mek Ain nga Naqiu (kat adik aku)

Umi : Gi nok gi gak. Tok malu ko kito sore besar situh?

Aku : Caro lah, da sore pong. Target da nak khate Quran sebelum SPM. Da nok naik pentas etek. Da malu tok khatam lagi.

So, umi pon daftar aku pegi mengaji. Alih-alih, AKU SEORANG YANG 'MUDA' KAT SITU! Amekkaww :P Hermm, tapi aku tak kisah pon. Alhamdulillah, masa aku perdengarkan bacaan aku, mujur aku masih lancar mengaji. Sebab, biasanya, kalau kita dah lama tak baca al-Quran, kita akan tersekat. Tapi, aku tak tersekat. Flow je :) Tak salahkan? Sebab bila aku pikir balik, baik aku pergi mengaji, sekurang-kurangnya aku boleh perbaiki bacaan aku, perkemaskan ilmu Tajwid aku. Well, Helloooooooo guyss, Pendidikan Islam SPM ade tanya Tajwid tau? Korang rasa, korang ingat ke kita belajar Tajwid masa Tahun 4 dengan Tahun 5 dulu? Masa nak exam K.A.F.A dulu? I bet, ramai yang lupa kan? Satu lagi, markah tajwid dalam SPM mahu tak dalam 10 markah kalau tak silap? Kau nak buang 10 markah macam tuh je ke weyy? Memang tak ah kan? Haaaa, aku suka sangat mengaji dengan Ustazah Nah, sebab dia suka perbetulkan bacaan aku, dan dia teliti! :) Kalau dengan Ustazah lain pon best jugak, cuma Ustazah lain kurang tegur kesalahan aku. Okay, kita bergerak ke cerita seterusnya okay?


-LESEN MOTOR-



Esok jugak aku pergi amik lesen motor. Tapi, kene pegi kursus dia dulu. Sebenarnya, umi aku nak buat untuk kakak aku (lesen motor +kereta), apa salahnya aku tumpang sekaki~ Sementara aku masih hidup. Eh? Tak tak, maksud aku, sementara aku free dan dah cukup umur~ Ye tak? Mbahahaha :D Nanti lah aku citer dengan lebih lanjut bila aku dah pergi nanti okay? 


Nampaknya masa mencemburui aku dengan korang. Sehinggalah update pulak nanti ye? Bye! :) Sayang korang :D

Saturday, 1 December 2012

Projek Asyura :)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Ingat mengacau Asyura nie senang? :) *aku perasan yang sanggul aku tuh nampak tinggi kan? Padahal, aku pakai pengepit!*
NOTA HIJAU : Hari nie rumah aku buat Asyura :) Par yang getir bagi aku ialah bila kene mengoyak daging sehelai-sehelai. Sebab bila kita dah koyak daging lembu halus-halus, proses mengacau Asyura tuh senang! Pukul 5.30 pagi aku tidur semalam, pastuh kene bangun pulak dalam pukul 7.30 pagi. Mujur aku 'cuti'. Kalauuuuuuuu taakkkkkkkkkkkkkkk, hmmmmmm! :) Okayylah, tuh je yang aku nak citer untuk korang! Nak jugak Asyura? Bagi emel, (dan password sekali) okayy? Biar aku post gambar Syura kat korang! Hahaha, daripada terliur kannnn? KBYE :D