15 August 2025

Cara nak buat duit secara online!!!

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Assalamualaikum korang!

How are you guys???

Aku sihat okay okay jeeeee!

Heheh. Aku rasa nak jadi baik hati la hari ni nak share dengan korang apa cara-cara untuk buat duit secara online sahaja!!

Please know that, I'm not a scammerrrr tau! Aku just nak share dengan korang je step-by-step. Aku tak nak tahu sorang-sorang, aku nak ajak ramai-ramai kaya sekali. 

Tak kaya pon takpe, asal ada jugak duit masuk kot sebelah kiri kanan secara tiba-tiba tu. Faham tak maksud aku? Heheh. 

Okay, untuk pengetahuan korang, aku ada join kelas Canva oleh Tn Hilmi Jailani and Kak Leen, aku dah dua kali tau join yang kelas canva 40 hari dengan dorang! So, bila aku join, aku dapat banyakkkkkkkkk sangat manfaat terutama untuk surirumah! 

Kalau korang perasan, zaman sekarang ni kan, kalau tak Shopee, Tiktok! Semua orang main tiktok, jual kot Tiktok, semua kot situlah! Haaaa, tapiiiii untuk cara yang aku nak ajar korang ni, korang share "link" sahaja, pastu commission tu, memang akan dapat kat korang 100%!!

Memang masuk bank direct, tak perlu korang withdraw-withdraw pon! 

Macam mana tuuuuu? Ajar bolehhhhhh!!

Of course boleh! 

Tapi, sebelum tu, aku nak korang open your mind dulu and bersedia untuk keluarkan modal RM49 sekali umur hidup sahajaaaa!!! Lepas tu, bila korang share link tu, korang akan nikmati seumur hidup la orang kata hehe. So, aku ada daftar affiliate template dengan Tn Hilmi and Aishah Kholit. Kalau korang nak tahu siapa mereka, boleh klik nama dorang tau. 

Untuk pengetahuan korang, Aishah Kholit ni la yang buka mata aku untuk explore benda ni tau! Kalau tak, aku taktau pon! Tapi takpe, aku taknak orang lain terlambat, so aku nak share dengan korang jugak! Cara dia, senang je, first korang kena beli dulu template ni kat sini, klik gambar buku untuk beli ebook tu tau!



Lepas tu, korang just followwwwwwwww je steps untuk dalam eBook tu! 

Tapiiiiiiiii, kalau korang takde idea nak jual apa, korang daftar la affiliate and jual buku ni jugak kat orang lain, senang kan!!

Selain tu, dorang jugak ada jual template yang sangat-sangat menyenangkan untuk kita semua nanti, iaitu, Poster Raya, Jual Design Buku Kanak-Kanak dan Cara Buat Duit Raya dengan Servis Design Poster!

Cara nak beli pulak sangat senang, once korang klik kat poster tu, buat pembayaran, terus produk atau cara nak guna tu dorang akan hantar ke email and korang boleh guna terus! 

SENANG KE TAKKKKKKK?! HEHE

Sebagai contoh, aku tunjuk cara kat korang untuk beli eBook: Rahsia Buat Duit dengan Template Canva okay! First, korang klik kat buku kat atas, pastu dia akan bawak korang ke page ini dan korang scroll sampai bawah and isi details:

Mula-mula masukkan details korang seperti Nama, Email, dan Phone Number tau! 


Lepas tu, korang pilih sini:

And pilih cara pembayaran dengan ToyyibPay and teruskan ke Pembayaran!

Lepas tu, dia akan keluar window ini untuk kita sahkan maklumat, korang klik je "Ya"!


Lepas tuuuuuu, korang kena buat pembelian and pilih bank apa:


Lastly, terus automatik dapat email daripada Tn Hilmi Jailani ke dalam email korang!! Taraaaaa!


Menarik kannnn! 

Haaaa, sesenang itu jual produk digital ni kan, orang klik link, buat pembayaran, and automatik dapat email!

Nanti kalau korang dah daftar affiliate, kalau orang beli eBook tu dari korang, terus korang dapat commission jugak tau! Easy ke easyyyyy!! hehehe. Aku nak share beberapa template lain yang best jugak untuk koranggggg!


1. Template Poster Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha!



2. Ebook Aktiviti Kanak-Kanak


Ni contoh isi dalam untuk eBook Aktiviti Kanak-kanak tau!! Boleh Klik gambar pink tu untuk beli eBook tu tau!! Sesuai sangat kalau korang ada anak-anak tadika untuk share and buat aktiviti macam ni dengan mereka tau! 

Dan yang ketigaaaaaa:

Template Premium Raya dengan Lesen Komersial 


Boleh klik sini untuk beli template Premium Raya sambil buat servis untuk design Template Raya jugak!

which korang boleh jual template Premium Raya sambil buat duit jugak iaitu korang boleh amik servis untuk design Template Raya! 

Menarik ke takkkk koranggggg! Hehe.

By the way, nanti aku share lagi dengan korang apa lagi Affiliate yang jual template best-best tau!!!

Kalau ada sape-sape dah beli, tapi taktau cara nak guna, boleh PM aku, nanti aku guide cara tau!

PM SINI: www.wasap.my/60179012894/eBookBlog


Okay bye korang!

22 May 2025

Arnab mana boleh gigit orang!

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Hai semua! 

Selamat malam! Hahahaha. 

Ni semua datang dari link Facebook aku kat sini ke semua? 

Hahhahahaha. Okay terima kasih korang sebab sudi singgah blog aku! Aku dah lama gila tak update dalam blog aku kan, last update bila? 

Last update masa aku kawin! Hahahahahah.

Okay, sambungggggg!

Okay, so cerita dia camni, bila aku pergi kat area Ular tu, Adam ikut laki aku pergi kat bahagian Arnab. Tapi aku takdan nak amik gambar kat dewan tu weh! Aku boleh bagi korang banner event dia ja, hahah. Banyak ada, burung, arnab, iguana, katak kodok, ular! Semua ada. 


Pastu, takdan nak rekod video and amik gambar pon weh, dah dengar Adam nangis kuat gila! 

Aku gi, tangan dah berdarah dah! 

Yaaaaa! Adam kena gigit kat Arnab weh! 

AKU TERKEJUTTTT!

Pastu, kitorang terus bawak Adam cepat cepat keluar dari Hall tu. Orang yang jaga event tu pon, cepat cepat bawak First Kit Aid and balut tangan Adam. Tapi tulah, anak aku ni memang tidekkkkk lah nak serah diri bagi orang pegang tangan dia weh. 

So, kitorang mintak Sister tu buat asal balut je, sebab kitorang nak bawak dia gi Klinik pulak. Dengan kitorang gi waktu petang nya, nak keluar UIAM tu memang jem ya! 

Okay, so sampai lah kat Klinik. Kat Klinik pon sama, dia memang menggelupur- bagi iPad tak jalan, cerita-cerita kesukaan dia pon semua tak jalan! Dr bagi surat untuk refer ke Hospital! Kami gi Hospital, nasib baik luka tak ada apa-apa dah. Tapi tu lah, bila orang tanya, 

"Kenapa dengan tangan dia tu?"

"Kena gigit dengan Arnab!"

Terus orang macam nak tergelak. Hahahha. 

Aku pon nak tergelak jugak tapi tu lah, masa kena semalam memang takleh gelak, sebab kesian weh! Aaaaaaa. Korang bayang lah, macam korang nak masak-masak pastu tangan kena pisau tu? Haaa, tulah perasaan Adam bila kena. 

Aku macam terfikirlah kan, kalau Adam yang kena gigit dengan Arnab ni pon dah teriak kuat dah, nak cakapnya, betapa anak kecil ni rasa sakit sangat-sangat dengan tangan tu, apatah lagi anak-anak Watermelon kita di G*** sana kan? Hmm.

Okay lah korang, tolong doakan Adam cepat sembuh okay! 

Ada rezeki aku nak bawak dia gi Aquaria pulak, Zoo Negara dah, Mini Zoo takdan nak nikmati dah kena gi klinik ahhahah. 

Okay bye! 

Thank you sudi baca blog hijau aku~ Hahahahhaa. 

01 February 2022

Happy Chinese New Year! :D

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Hai korang, Assalamualaikum! :)

Dalam sedar tak sedar..... Dah bulan 2 dah kita ni ya? 

Aku nak update selalu blog aku ni takdan dan pon korang... Adoyai. Entah la busy dengan ape, for sure sejak dah kahwin ni, aku jarang sangat online weh. 

Online je, cuma biasanya kalau gi mana-mana kan, aku selalu update gajah rimau, sekarang... Rasa malas nak update. Aku rasa je macam I am toooooooooo open with my life: Share pasal itu ini, gajah rimau semua... Tapi lama-lama macam, alahai benda ni pon nak share. hahahahhahaa. 

Tapi kadang main share jugakkkkkkkkkkkk. hahahahahha. 

Korangggggggg! Aku kan........ Hehe. Aku nak share gambar kawin masa 10 Disember 2021 yang lalu.... Takpe la dah basi pon, tapi... Izinkan aku share jugak ya? HAHAHA. 















Okay la bye! :) Hehe. 

04 December 2021

Jumaat terakhir sebelum...

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Hai korang!

Assalamualaikum wbkt :) Hehe. Lama sangat-sangat dah aku tak update-update blog hijau aku ni kan?

Ya robbi! 

Aku tak tahu la busy buat apa sampai aku dah lama tak update blog aku ni. Hehe. By the way korang, Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar ni kan, In Shaa Allah, kalau takde aral melintang... Jumaat depan, aku akan melangkah ke alam perkahwinan... Setakat ni persiapan dan 85% dah. Lain-lain dalam on going dah hehe. 

Sejujurnya, aku rasa takut nak melangkah ke alam lain sebab aku sedar yang aku tak perfect... Banyak benda aku tak perfect... :( Kadang-kadang, rasa macam "What's on Earth that I'm done to deserve him in my life ya?"... Sebab Dia punya wise, dia punya sabar tu... Sampaikan dulu, sebelum something happened... Walaupun kawan-kawan baik masa university tak pernah jumpa dia pon in real life, tapi dorang sangat-sangatttt happy for me and him. 

Aku bersyukur sebab he gave me the second chance... Second chance yang akhirnya yayyyy nak kawin dah kami! Hehe. Jumaat depan (10 Disember 2021)... Tak buat majlis besar-besar pon sebab Kelantan pon masih PKP, masih Fasa 3. Sebab kes kat Kelantan tinggi lagi. Family terdekat sahaja. Doakan urusan kami dipermudahkan dunia dan akhirat ya korang ;) Alang-alang blog aku pon orang dah lama tak baca. Hahahahha. 

Izinkan aku spam gambar masa kami bertunang pada 23 Oktober yang lalu ya? ;) Hehe. 





















Terima kasih semua untuk 8 tahun yang bermakna ini, rasa macam eh dah nak kawin dah kita? Ada turun-naik macam roller coaster tengok-tengok dengan dia jugak hahahha. Adoi. Semoga perkahwinan kita nanti dipermudahkan dan dirahmati Allah selalu awak! Amin! :)

05 June 2021

Al-Fatihah Papa...

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Assalamualaikum korang... 

4th June semalam... 

Allahu... Taktahu nak rasa macam mana juga, moga Allah permudahkan semua urusan awak... 

Semalam awak call saya... Pukul 10.58 am, bagi tau saya, Papa awak takdop doh... Terkedu sekejap saya... Masa awak call saya, awak cakap...

Sayang... Papa takdop doh...

Heh? Allah...

Lepas tu, dua-dua senyap kejap...

Lepas tu, awak cakap, "Sabar Eyda, sabar... Jangan nangis... Nanti kalau awak nangis, saya rasa sedih, saya nangis jugok..."

Sepatutnya, saya yang kena tenangkan awak... Coolkan awak... Slow down kan awak... Tapi awak pulak yang mintak saya tenang and jangan nangis... Awak kuat...

Aku kerja hari ni, kena OT lagi tapi tak dapat nak kerja elok. Asyik terpikir... Bagitau Umi Abah, saya nak balik Kelantan, like nak balik Kelantan lepas abis kerja nanti... Pastu Umi cakap, kes Kelantan tinggi sekarang... Aku senyap...

Lepas tu... Saya tanya awak, kalau saya nak balik Kelantan boleh ke?

Awak cakap eh jangan... Kes tinggi sekarang... Kalau balik pon takleh gi melawat jugak... 

Aku ada mintak Umi Abah gi tengok tadi... Tapi Umi cakap, kat Kelantan dah PKP... Kalau nak keluar saja-saja tak boleh sebab roadblock merata. Kawan aku ada update, lorong kampung pon ada polis. Aku okay je  :')

Lepas tu... Petang tadi... Dalam pukul tiga dia call aku... Bagitahu nanti Papa simpan lepas asar nanti...Kawan aku ada bagitau yang dia ada lalu depan rumah awak, tapi kereta banyak. Takut pulak sebab covid-covid kan...Tapi dia tak singgah pon sebab hujan...

Mudah kea pemergian Papa, awak??

Hari Jumaat lagi... Moga Allah permudahkan semua urusan Papa kat sana. Semoga kita semua pon akan Khusnul Khotimah jugak... Dimatikan hari Jumaat macam Papa jugok. 

Semoga awak kuat... Saya mintak maaf kalau ada buat perangai dengan awak masa awak sebelum ni... Saya tahu, saya tak patut buat gitu... Tapi awak sabar layan saya, bagitau saya elok-elok... Jaga hati saya elok-elok walaupun awak tengah busy dengan hal keluarga. You are still be wise with me...

Kalau orang lain mesti dah block saya ke... Ignore saya terus ke... Tapi awak tak pernah marah saya... Dari dulu, sampai sekarang... 

By the way, aku nak kongsikan juga tanda-tanda seseorang meninggal dalam keadaan Husnul Khatimah... Ni aku ada rujuk dalam laman web Mufti

1. Mati dalam menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggal dunia...

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.

Hadith riwayat Abu Daud: (3316)

2. Mati yang terbahagi kepada masa, tempat dan keadaan- pada hari ATAU malam jumaat... 

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِن مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الجُمْعَةِ إِلَّا وَقَّاه اللهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Maksudnya: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)

3. Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. 

4. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya. 

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ

Maksudnya: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (982)

5. Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.

Di dalam satu hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)

6. Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT.

Hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

Maksudnya: Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya.

Hadith riwayat Muslim: (2685)

7. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.

وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid.

Hadith riwayat Muslim: (1915)

8. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT.

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan  atau tebing dan syahid di jalan Allah.

Hadith riwayat al-Bukhari: (652)

9. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ

Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.

Hadith riwayat Ibn Kathir: (5869)

10. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya.

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ  ” أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيدُ أَخْذَ مَالِي قَالَ : فَلَا تُعْطِهِ مَالَكَ  قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِي  قَالَ : قَاتِلْهُ  قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِي قَالَ : فَأَنْتَ شَهِيدٌ  قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ  قَالَ : هُوَ فِي النَّارِ

Maksudnya: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!”

Hadith riwayat Muslim: (140)

11. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

مَنْ قَالَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ، خُتِمَ لَهُ بهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ “

Maksudnya: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”

Hadith riwayat Ahmad: (23372)

12. Doa kepada Allah SWT supaya kita dimatikan dalam husnul khotimah dan ditempatkan disisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh. 

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksudnya: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.

Aku ada kongsi jugak dalam Facebook sebenarnya yang Papa share dari facebook Papa, and it makes me shakes sekejap... Bila tengok Papa ada share that matikan dalam husnul khotimah... Allahu.. Betul la kan orang cakap, 

"You are what you read, you are what you say, you are what you watch, you are what you are..."

Kadang-kadang kita rasa macam, kenapa Allah buat kita macam ni ya? Allah sayang kita. Tiada siapa-siapa yang sayang kita macam Allah sayang kita... Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim... Nama Allah sendiri pon ada Allah yang Maha Penyayang... Semoga Allah permudahkan semua urusan Papa kat sana... Da sayang Papa. Al-Fatihah, Papa... :)