Tuesday, 2 March 2021

Yeay, ada signature baru!

Hai, Assalamualaikum korang!

Hehe, selamat bulan Mac. Bulan Mac merupakan bulan yang sangat happy bagi aku sebab, dalam family aku ada tiga birthday! Hehe. Kakak aku, adik aku yang syndrome down, and satu lagi adik bongsu aku!

Biasanya, aku suka belanja makanan je sebab bagi aku, "Nothing brings people together like good food!" :) *I quote it from google images! Hahaha

Dulu, masa belajar, aku kalau nak makan mewah sikit tunggu elaun airforce haha. So, bila dah dapat elaun tu, aku gi sana sini cari makanan, lepas tu tanya adik-adik, ade rasa nak makan ape-ape tak? Dorang biasanya suka makan KFC hehe. Kalau kat Kelantan kan, KFC banyak. Nak makan McD, kena gi Kok Lanas atau Kota Bharu baru dapat McD. Kat KL ni bersepah ye McD. Haha. Nak cari KFC sejemput-sejemput je, faham tak maksud aku?

Tapi, sekarang, bila dah kerja, aku suka belikan makanan apa-apa untuk family aku, sebab nak masakkan, bila je Cik Monda awak ni pandai masaknya? Haha, so aku mampu beli je. Tunjuk tunjuk, beli. Order order, sampai. Kan? Masakkan makanan untuk orang lain and dorang makan apa yang kita makan ni merupakan satu kejayaan jugak for me ya? Haritu, aku balik rumah kakak, gorengkan ayam guna tepung bestari dengan masak terung masak balado, kakak cakap aku masak sedap! Hehe. Sebelum ni aku tak pandai tau, tapi sejak duk rumah sewa ni, aku belajar sikit-sikit hasil dari tengok housemate aku masak and tengok resepi jugak. *Tapi ada tu, masak ikut resepi pon boleh hangit aku ni. Penat la camni T_T! :(  

Rajin masak tu takdela, tapi kalau rasa nak makan pelik-pelik keluar jugak melantak cari apa-apa. Tapi kan, ada setengah orang, tak suka kalau kita hantarkan masakan or makanan tau. For me, kalau tu dari orang kesayangan takpe je. Tapi, makanan pon boleh jadi punca pergaduhan juga tau. Aku tak pernah kena apa-apa, Nauzubillahi Min Zalik, tapi, sebelum ni, aku ex-partner aku ada cerita pasal benda-benda macam ni kat aku, orang hantar makanan and ... Okay taknak la bagitau. Biasanya, orang buat macam ni untuk hubungan suami isteri la, taknak suami isteri tu bahagia. :(

Aku kan, kadang-kadang suka je share happiness by posting video, tapi... Kita taktau tau kalau ada orang tak suka kita. Waima, orang terdekat atau jauh. Orang tak kenal kita.... :')

By the way, semalam aku keluar dengan KakNor hehe. Kitorang gi makan Dubuyo! Mula-mula nak makan CiliPauh, lepas tu, kedai tu tutup kol 7 :( Alahai. Baru je nak makan masakan Thailand gitu. Ni KakNor, kalau kat rumah ni, dua-dua pandai masak. Kaknor suka masak Korea, Jepun, kampung-kampung sikit and tawar sikit. Bukan tawar takde gula, tak, tapi dia macam masakan kurang gula yang masakan dia manis buah manis sayur gitu. Kalau Anis, manis. Haha. Kalau aku...... Kadang hangit, kadang manis lajok, kadang lori garam terbalik, banyak la kadang aku. Hahahahahahahaha. 



Okayla, aku rasa sampai sini je dulu okay? Hehe. Thank you sudi baca blog aku tau! :) Jangan lupa rate reaction kat blog aku tau! Mana tahu, aku jadi rajin nak update hari-hari ke? We never know kan? ;)


P/s: Takde ke orang nak ajak aku makan-makan pusing Gombak ni. 
Bosan lah :(
Sebelum ni signature saya warna hijau kan? Now, dah ada signature baru! Yeay! :)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)