Friday, 21 August 2015

Cool-Hot-Cool-Hot-Cool-Hot!

Assalamualaikum and good night people! :)


Hai. Aku boring gila sebab roomate aku Anis dah balik, lepas tu, Izzyana dengan Syakina pulak ade meeting kelas, so, tinggal lah aku sengsorang mereput dalam bilik nie ha. So, aku bukak lappy, haaaa, update blog nie haa.


Aku cuma cuma rasa nak menangis malam nie weh, tak tau kenapa. Rasa macam something dalam hati aku. Jujur aku cakap, aku nie orangnya cepat mesra dengan semua orang, i mean, orang yang terdekat dengan aku. Aku perempuan, of course lah dah nama Nurul Asnida mestilah perempuan, haaaaa. Betol la, cuma aku nie orang yang cepat panas, cepat sejuk, cepat panas, cepat sejuk.. Kadang-kadang, disebabkan aku macam nie, aku tak pandai nak marah orang, aku lebih suka pendam sendiri je apa benda yang buat aku nak marah. Tapi, kalau dah hari-hari paksa aku pendam, of course aku cepat meletup jugak. And, aku takde masalah dengan period pain apa semua. Takpe je kalau aku mention pasal benda tu kan? Sebab kita dah dewasa semua, and semua orang akan rasa benda tu, tapi aku beruntung la, sepanjang aku hidup atas bumi Allah nie, sekali je aku pernah rasa " Apa itu senggugut?". Rasa depan abah aku pulak tu. Ops.


Sebenarnya, aku update blog malam nie, cuma nak titipkan kata-kata kat lelaki yang paling bermakna dalam hidup aku, aku taktau kalau takde dia, macam mana aku menghadapi hidup atas dunia nie ha. Abah.


Abah, andai kata abah baca blog da nie kea, da harap sangat abah tau yang da sayang sangat sangat sangat sangat sangat sangat ko abah.. Da tau kade-kade perangai da nie, buat abah marah ko daaaaaaaaaa. Da duk sajo-sajo sakni, tiba-tiba teringat ko abah. Teringat fes time da baloh ngan abah kes gi umoh saing da tu.. Haih. Kadang-kadang kalau mikir mula, sero nok suko jugok. Tapi, kalau da tok wak benda tu, mesti jugo da toktau. Betol la abah oyak, anak nie, dea mikir gapo2, mikir selapis jah, tapi, seorang ayah, seorang bapa mikir 10 lapis gapo yang consequences yang akan berlaku gini-gini kea? Terima kasih abah sebab doh besarkan dengan molek.. Da tokleh nok oyak benda nie kalau da duk depe abah... Da hanya boleh oyak koknie jah..


Umi........? Da sambung pasal umi pulok kat post lain okay? Bye.



NOTA HIJAU: Congratulation my AR. Study molek kat UTM nuh. Okay apo dapat jauh, kalau dop gak hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm hahahahhahaah 

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)