Friday, 24 January 2014

Khamis yang Fuhhhhhhh~


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku yang Muslim(s), dan Hai, Selamat pagi kepada pembaca blog aku yang non-Muslim(s). Eh, ade ke yang non-Muslim baca blog aku nie? Hahaha *Cehhhhhh? ~

Hmmm, seperti dalam entrie lain kat bawah-bawah nuuuuuuu, korang mesti tau kan yang keje aku sementara tunggu result nie kan? Haha. Hmm, aku takmo cakap banyak-banyak, nanti orang cakap aku nak show off bagai pulak kan? Okay, setiap hari Khamis, kat sini akan mengadakan baca Surah Ya Siin tau. Nasib baik lah kat sekolah aku dulu selalu buat bacaan Ya Siin setiap pagi Khamis kan? ;) Haha. Maknanya, aku takde terkena kejutan budaya sangat lah bila keje kat sini :D

So, semalam aku pergi awal lah jugak, dalam pukul 6 lebih-lebih. Sampai awal tu, aku jumpa dengan Kak Nah dulu. Aku pon mintak dengan dia nak handle bacaan Ya Siin malam nie. Err, as my friend know me, you know what I love right? Yeah, aku suka mikrofon, aku suka bercakap~ Tapi bukan gila glamour bagai tu tau? Aku tak tau, tapi tu lah yang aku boleh cakap kat korang nie..Untuk bacaan berjemaah tuh. Tiga ustazah yang handle, cuma bila part baca doa yang last tuh laa aku mintak dengan Kak Nah nak handle yang tuh.

Oh yaa, semalam memang nak cramp dah weh kepala otak aku. Mane taknya, Kak Fakhriyyah yang selalu bertugas dengan aku takde, dia pergi KL. So, aku tak sempat lah weh nak ajar budak-budak ape semua nie. Kesian kat dorang, tapi seriously, kalau aku baca al-Quran pon, aku nak Ustazah dengar satu-satu bacaan aku. Aku nak aku sorang je yang baca dengan Ustazah. So, aku pikir macam tu lah dengn budak-budak nie ape semua. Aku tak boleh nak ajar dua orang sekali gus weh. Aku boleh ajar satu-satu dorang, lepas tuh kita boleh lah komen tentang bacaan Qiraati dengan al-Quran korang tuh satu-satu kan?

Lepas tuh, satu lagi pasal aku nie, aku tak boleh kalau diorang mengaji duk kat depan aku, tambah lagi budak Qiraati, aku takut aku salah tengok baris dorang tuh, sebab tuh lah aku prefer ajar dorang kat sebelah dorang sendiri tau. Kalau budak-budak yang baca al-Quran pulak, aku akan tanya dorang baca muka surat berape, lepas tuh aku amik al-Quran lain buka muka surat yang sama dorang baca. So, maknanya, aku boleh detect lah kesalahan dorang tu dengan mudah sekali. Cehhhhhh~

Kalau kita ajar dua-dua sekali gus, akan berlaku pertindihan suara di mana, telinga aku tak tau nak dengar yang mana satu, lepas tuh tak dapat detect kesalahan dorang masa dorang baca al-Quran nie ape semua, betul tak? Haaaaaaa, kan dah keluar sikit fakta Fizik aku nie haaaa? Nie baru sikit~ Hahaha. Bajet betul lah~ :P

Haaaaa, disebabkan aku tak sempat nak ajar dorang, korang bayang je lah, dalam 9.45 p.m. tuh loceng dah berbunyi, sebab kitorang kene baca Selawat sebelum baca doa dan balik ape semua kan? Budak-budak nie semua dah kalut dah weh, sebab dalam 6 ke 7 orang pelajar yang baca al-Quran tak baca lagi weh..Aku pon mintak Kak Fatin tolong aku ajar budak-budak nie. Fuhhhh. Berdebar aku tau~ Nak tau tahap ke”stres”san aku nie, boleh dilihat dari segi tudung aku nie, kalau tudung aku kelepet dia tuh teruk gila, haaaaa, tu lah tahap kestresan aku nie. Haha~

Okaylah, aku rasa sampai sini je dulu cerita aku ek? Oh yaaaa, esok rumah Adillah ade buat makan. So, aku nak pergi lah, mane tau ade jumpa kawan-kawan 5 Pluto aku yang aku sayang tuh weh~ Arghhhhh~ Rindu gila aku dekat dorang ape semua nie weh. Okaylah, bye. Assalamualaikum. Segala yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk datang dari aku kan?
 



Nota Hijau : Perasaan ape yang aku rase nie haaa? Sebenarnya, aku tak boleh nak paksa diri untuk ****** orang nie haaa.. Tapi, aku tak sampai hati pulak nak cakap kat dia, aku takut dia terasa dengan aku. Aku tak nak mainkan perasaan orang. Perasaan orang bukan mainan kan? But, Arghhhhh~ Stress aku~ :(
  

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)