Friday, 31 January 2014

Gemuk - Gym - Iqbal

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan Hai :) 


Aduyai, makin cuti makin besar pulak aku rasa diri aku nie. Bukan rasa besar sebab dah dewasa, tapi lemak dekat badan nie asyik menternak anak menantu dia kat badan aku nie~ Nak duduk je rasa lipatan lemak kat perut nie banyak je. Aku rase tak selesa weh~ Haha. Hmm, baru nie je, AR ade mesej aku cakap ramai orang cakap dia gemuk? Tapi, aku tengok gambar dia dekat telefon Danish Yussof, handsome jee~ Cehhhhh~ *Kalau dia tau aku puji dia nie, mesti dia perasan nie~ Haha. 


Korang bayang je lah, sekarang nie kan dekat Kelantan kan musim sejuk? Ceh~ So, bila dah sejuk-sejuk macam nie, aku jadik mudah lapar lah weh. Tau je lah bila dah laparkan, macam-macam aku sumatkan dalam mulut aku nie~ Aku tau, kalau aku tak jaga pemakanan aku akan jadik gemuk tembam bam bam. Tapi, entahlah au tak tau kenape aku tak boleh nak kawal pemakanan aku nie.. 


Satu lagi kan? Aku kan mengajar sesi malam.. Lepas tuh, bila balik kelas je, mesti aku lapar. Lepas tu, godaan yang meriah pulak datang dari Kedai Burger kat tepi jalan tuh. Kalau tak berhenti kan, rasa rugi yang teramat sangat weh. Tambah pulak dengan kelipan lampu-lampu kat kedai burger tuh umpama kedai burger tuh cakap,


"Eh Eyda, marilah singgah kat kedai sini dulu"

"Eh takpelah burger, dah malam nie, tak elok makan burger malam-malam buta nie"

"Alaaaaaaaaaa, datanglah! Sekali je weh. Lepas kau makan, kau diet lah nak diet setakat mane"

"Takmolah! Nanti gemuk burger!"

"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ PLeaseeeeee~

"Okay fine, tapi sekali je okay?"

"Yeayyyyyyyyyyy! 3 : ) "


Hmmm, sekali sekali pon, aku tengok hampir tiap-tiap hari je aku makan kau nie burger? Kau memang sengaja nak aku gemukkan? Menurut Cikgu Biologi feveret aku, Cikgu Zaiton, dia cakap, perut kita nie kan, kalau kita paksa dia makan banyak-banyak, maksudnya, kita makan lebih dari yang perlu, perut dah penuh pon kita paksa jugak dia makan, dia boleh membesar 3 kali ganda dari yang asal tau! Afiq, jaga badan okay? Takmo gemuk-gemuk~ :P Haha. Eh eh eh, pesanan nie pon aku tuju dekat aku sendiri jugak.. Hahahahaha *bajet~


By the way, aku rasa aku nak pergi gym je. Haha. Dekat Pasir Puteh tuhh, so, aku tanya lah Umi aku dekat gym yang dia selalu pergi tuh. Lepas tuh dia cakap bayar RM10.00 sekali masuk. Berbaloile kan? Tapi, aku teringat lah pulak budak kelas aku nie ade pergi gym~ Hari tuh kan, budak-budak kelas aku ade ajak aku pergi Bilik Kaunseling jumpa Kaunselor, Puan Zaidah atau lebih dikenali sebagai Umi kat sekolah kita tu. Kawan-kawan aku yang pergi tuh ialah budak kelas aku lah, Najmi, Danish Yussof, Hazim lepas tuh tambah Syaqir Haikal pulak satu lagi. Lepas tuh, aku tengok Danish nie macam tegak je badan dia~ Tapi takkan lah aku nak cakap macam nie,

"Eh Danish, aku tengok kau nie makin lama main handsome lah, kau pergi tambah collagen berapa kilo eh sebab aku tengok body tough gila nie~"


Mau taknya perasan 40 hari 40 malam dia kan? Hahahaha. Dahlah dia tuh perangai sama dengan aku, pantang dipuji~ Haha. Tapi, aku ade text dia lah tanya pasal Gym yang dia selalu pergi blablabla. Hahahaha. Aku malu sebenarnya nak tanya, tapi aku gagahkan diri jugak untuk tanya dia..Lepas tuh, dia tanya aku weh, kenape tanya pasal gym ape semua nie? Aku balas, nak kuruslah~ Hahahahah~ Gila jawapan aku kan?


So, gym yang dia pergi tuh aku tengok menarik je pada pandangan mata aku. Aku rase nak pergi, tapi aku rasa macam nak ajak kawan-kawan aku je. Macam malu je nak pergi sorang-sorang... Tapi aku tak tau nak ajak sape weh~ Oh ya, aku rase sampai sini je dulu aku citer pasal gym, gemuk, blablabla nie.


AKu nak sambung citer pasal adik aku pulak nie~ Adik aku yang bongsu tu lah, yang mane lagi.. Hahahah~ Dia selalu tidur dengan aku kan? Bukan selalu weh, masalah nya memang konfem hari-hari dia akan tidur dengan aku. Lepas tuh kan, dia tidur tuh suka sangat bertempek je dekat aku. Katil aku tu punya lah besar, tapi dia nak jugak tidur asal dia dapat bersentuh dengan mana-mana anggota kat badan aku nie haa. Kalau aku mintak dia tidur jauh dengan aku, dia cakap takmo~ Bila aku tanya kenape takmo? Dia cakap sebab dia suka lah~ Hahahah~ Adoyai. 


Tu pon dia baru je sembuh dari demam weh.. Macam mane entah boleh demam, mesti berjangkit dengan abanglongggg le tu.. Aku nie pon baru je sembuh dari selsema, sampaikan suara aku hilang seminggu tau~ Hahahaha. Tapi, hari tuh, aku ade call budak kelas aku kan, dia cakap suara aku best~ Hahahahaha, tapi aku taktau lah dia ikhlas atau sindir~


Haaaaaa, tapi kan, punya lah susah aku nak paksa dia makan ubat weh.. Kan, aku suka citer dekat dia pasal aku couple dengan sape blablabla kan? Pastuh dia jeles weh. Mase aku citer dekat dia tu, aku ade cakap yang aku sayang AR ape nie kan? Lepas tuh muka dia monyok je weh~ Pastuh aku cakap, alaaaaaa, tipu je, mesti lah Kakngah sayang dua-duaaaaa~ 


Lepas tuh, time tuh, dia dah tidur, tapi aku lupa nak kasi dia ubat. Aku kejutkan dia mintak dia makan ubat kan? Dia siap menangis weh, takmo makan ubat. Aku ugut dia macam nie?

"Adik, jomlah makan ubat!"

*Dia menangis, lepas tuh tarik selimut*

"Cepatlaaaa adik, makan satu je, lepas tuh adik sambung tidur balik, cepatlah"

*Dia menangis lagi*

*aku dah geram, aku pon cakap, "Adik nak kakngah sayang apik ke sayang adik? Hah? Kalau kakngah dah sayang apik, kakngah dah takmo sayang adik sampai bila-bilaaaaaaaa!"

"Adik nak kakngah sayang dua-dua lah" *sambil menangis weh :')

Adoyai, besar nya peranan aku dalam kehidupan dia weh. Kitorang nie, kalau gaduh, gaduh sebentar je..Sebab malam je, mesti dia aan cari aku sebab nak tidur dengan aku...Hahahahah. 


Okay, aku rasa dah lewat malam dah nie weh~Aku rasa sampai sini je cerita aku malam nie, ade mase aku sambung citer lagi ye? Bye~




NOTA HIJAU : Aku menaip sambil bersenam atas benda nie. Online sambil duduk saje  boleh menggemuk aku kan? Dahlah aku baru je makan burger dengan ayam~ Memang tak menjadi lah kan diet aku nie kan? Hmmm. 

Friday, 24 January 2014

Khamis yang Fuhhhhhhh~

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku yang Muslim(s), dan Hai, Selamat pagi kepada pembaca blog aku yang non-Muslim(s). Eh, ade ke yang non-Muslim baca blog aku nie? Hahaha *Cehhhhhh? ~

Hmmm, seperti dalam entrie lain kat bawah-bawah nuuuuuuu, korang mesti tau kan yang keje aku sementara tunggu result nie kan? Haha. Hmm, aku takmo cakap banyak-banyak, nanti orang cakap aku nak show off bagai pulak kan? Okay, setiap hari Khamis, kat sini akan mengadakan baca Surah Ya Siin tau. Nasib baik lah kat sekolah aku dulu selalu buat bacaan Ya Siin setiap pagi Khamis kan? ;) Haha. Maknanya, aku takde terkena kejutan budaya sangat lah bila keje kat sini :D

So, semalam aku pergi awal lah jugak, dalam pukul 6 lebih-lebih. Sampai awal tu, aku jumpa dengan Kak Nah dulu. Aku pon mintak dengan dia nak handle bacaan Ya Siin malam nie. Err, as my friend know me, you know what I love right? Yeah, aku suka mikrofon, aku suka bercakap~ Tapi bukan gila glamour bagai tu tau? Aku tak tau, tapi tu lah yang aku boleh cakap kat korang nie..Untuk bacaan berjemaah tuh. Tiga ustazah yang handle, cuma bila part baca doa yang last tuh laa aku mintak dengan Kak Nah nak handle yang tuh.

Oh yaa, semalam memang nak cramp dah weh kepala otak aku. Mane taknya, Kak Fakhriyyah yang selalu bertugas dengan aku takde, dia pergi KL. So, aku tak sempat lah weh nak ajar budak-budak ape semua nie. Kesian kat dorang, tapi seriously, kalau aku baca al-Quran pon, aku nak Ustazah dengar satu-satu bacaan aku. Aku nak aku sorang je yang baca dengan Ustazah. So, aku pikir macam tu lah dengn budak-budak nie ape semua. Aku tak boleh nak ajar dua orang sekali gus weh. Aku boleh ajar satu-satu dorang, lepas tuh kita boleh lah komen tentang bacaan Qiraati dengan al-Quran korang tuh satu-satu kan?

Lepas tuh, satu lagi pasal aku nie, aku tak boleh kalau diorang mengaji duk kat depan aku, tambah lagi budak Qiraati, aku takut aku salah tengok baris dorang tuh, sebab tuh lah aku prefer ajar dorang kat sebelah dorang sendiri tau. Kalau budak-budak yang baca al-Quran pulak, aku akan tanya dorang baca muka surat berape, lepas tuh aku amik al-Quran lain buka muka surat yang sama dorang baca. So, maknanya, aku boleh detect lah kesalahan dorang tu dengan mudah sekali. Cehhhhhh~

Kalau kita ajar dua-dua sekali gus, akan berlaku pertindihan suara di mana, telinga aku tak tau nak dengar yang mana satu, lepas tuh tak dapat detect kesalahan dorang masa dorang baca al-Quran nie ape semua, betul tak? Haaaaaaa, kan dah keluar sikit fakta Fizik aku nie haaaa? Nie baru sikit~ Hahaha. Bajet betul lah~ :P

Haaaaa, disebabkan aku tak sempat nak ajar dorang, korang bayang je lah, dalam 9.45 p.m. tuh loceng dah berbunyi, sebab kitorang kene baca Selawat sebelum baca doa dan balik ape semua kan? Budak-budak nie semua dah kalut dah weh, sebab dalam 6 ke 7 orang pelajar yang baca al-Quran tak baca lagi weh..Aku pon mintak Kak Fatin tolong aku ajar budak-budak nie. Fuhhhh. Berdebar aku tau~ Nak tau tahap ke”stres”san aku nie, boleh dilihat dari segi tudung aku nie, kalau tudung aku kelepet dia tuh teruk gila, haaaaa, tu lah tahap kestresan aku nie. Haha~

Okaylah, aku rasa sampai sini je dulu cerita aku ek? Oh yaaaa, esok rumah Adillah ade buat makan. So, aku nak pergi lah, mane tau ade jumpa kawan-kawan 5 Pluto aku yang aku sayang tuh weh~ Arghhhhh~ Rindu gila aku dekat dorang ape semua nie weh. Okaylah, bye. Assalamualaikum. Segala yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk datang dari aku kan?
 



Nota Hijau : Perasaan ape yang aku rase nie haaa? Sebenarnya, aku tak boleh nak paksa diri untuk ****** orang nie haaa.. Tapi, aku tak sampai hati pulak nak cakap kat dia, aku takut dia terasa dengan aku. Aku tak nak mainkan perasaan orang. Perasaan orang bukan mainan kan? But, Arghhhhh~ Stress aku~ :(
  

Tuesday, 14 January 2014

Mengulit Kenangan~

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan Hai !

Weh, hari nie dah hari keempat aku kerja sebagai Ustazah kan? Haha. Hmm, keje kat sini memang mengulit kenangan aku betul lah weh. Mane tak nyaa, macam nie..Mase sekolah rendah dulu aku ade "kawan" nama N.I..Kitorang dulu baik - tak– baik – tak - .. Adoyaii. Memang kitorang dah tak jumpaa lama tau lepas sekolah rendah dulu. Masing-masing pon dah terpisah jauh sebab aku sekolah lain, dia sekolah lain.. Tapi, takde lah jauh sangat pon, kitorang still dalam sekolah yang sama daerah. Cuma sekolah mane tuu tak perlu lah aku kasi tau kan? :P Haha Tapi, aku jumpa dia balik mase rumah Ustaz Tarmizi ade buat solat hajat kat rumah Ustaz tuuu. Tapi, serious aku tak tegur pon diaa. Malu lah weh, abah dia ade lagi. Haha. Pastuh, kalau aku tegur dia, buatnyaa dia tak layan aku kan? Mau taknya malu aku 40 hari 40 malam kan? *Cehhh, amboi tak ayat aku?

Hmm, merujuk kepada tajuk tuh kan, okay, aku akan citer satu-satu ea? First day aku keje kat situh, mula-mula aku tak tau yang adik N.I nie ade mengaji kat situh jugak. Mase aku form 4 duluu, aku tau lah yang dorang mengaji kat situh, tapi aku sesi petang, dia sesi malam. Tak jumpa lah kan? Tapi, mase fes day aku keje tu, Ustazah Nah kasi aku pegang budak kelas al-Quran yang baca Juzu’ 30. Aku kan rabun, so aku tak pakai spect. Mase aku tengah ajar budak lain baca Quran tu, aku dah dengar bising-bising nama aku,

"Ustazah Eyda, Ustazah Eyda“

Aku macam pelik lah kan, sebab mase aku mula-mula masuk kelas nie, aku takde kasi tau pong kat dorang nama aku ape semua kan? Lepas tu, aku buat don’t know jee lah. Lepas tuh, dalam pukul 9.++ , dorang pong boleh lah rehat.. Aku tunggu budak-budak nie ape semua kat depan pintu kan, so aku boleh tengok satu-satu lah “Anak Buah” aku. Mase dorang keluar lah aku tengok adik dia nie. Omaigod omaigod omaigod, handsome giler kot dia, dengan berkaca mata ape semuaa. Hehehe. Memang cair lah kan?


“Hey eyda! Jangan nak cakap yang kau dah jatuh cintaa dekat budak pulak okay”


Opsss~ Hahaha, takde lah weh. Adik dia kan sama umur dengan adik aku.Haha. Okay okayy, satu lagi kan, aku tak tau pon yang adik perempuan dia pong mengaji kat situh jugak. Sebab mase kita tutttttt dulu pon, adik perempuan dia still kecik lagi ;) haha So, mase dah siap salam-salam ape semua, mase tengah bertugas untuk penghantaran pelajar kan, A’an (adik lelaki dia) pon datang kat aku ape semuaa, berbual dengan aku kan. Pastuh adik perempuan dia pong datang kat dia pastuh pegang tangan dia ape semua. Aku tak kenal tuh adik diaa. So, aku macam pelik lah kan,

"Hai, kenape pulak dengan budak perempuan nie? Asyik pegang tangan diaa je? *Bukan jeles~ :P

Lepas tuh, A’an pon cakap,

“Adik,  nie gewe abe muloo”

Aku macam,

"Ya Allahhhhh! Malunya aku. Aku pon cakap, eh adik. Dop dop. Mane ado.

Lepas tuh A’an pon cakap, betul dik. Cer tanya eyda dia sekolah kat mane dulu? Haha. Lepas tuh, adik dia pon pegang tangan aku dua-dua, dia tanya nama aku. Lepas tuh tanya aku sekolah kat mane dulu.Aku pon cakap lah Kak sekolah kat SK Tut Tut duluu. Kak sekelas lah nga Abe N lah dulu.

Adik dia pong macam tersengih je kat aku. Adoyaiii. Tak lama lepas tuh, abah dorang pon datang lah amik dorangg. Aku pon terus undur ke belakang sikit sebab aku segan sikit. Err, ;)

By the wayy, aku kene mengajar budak Qiraati 4 dan 5, lepas tuh budak-budak yang baca al-Quran juzu’ 1. Ya Allah, tension aku jaga budak-budak nie. Korang tau lah kan, musim hujan-hujan nie. Aku pong dah kene serang oleh Virus yang bijak menyerupai pelbagai bentuk nie! Aku kene selsema weh! Tak suka betul, k*h*k jadik banyak, lepas tuh sakit tengkuk aku. Nak bercakap asyik kena „ehemm ehemm“. Seksa betul lah. Suara aku pon dah "sexyyyyy“ macam suara Ella dah! :P Macam mane nak bercakap dengan AR nie? Adoyai~

Budak-budak kelas aku nie banyak ragam betul lah weh. Mane tak nye, dorang cuit pinggang aku lah. Geli lah. Aku marah, diorang sindir aku balik! Lepas tuh, bising memang tahap dewa ah! Mula-mula, mase aku dah ajar dorang, dorang okay lah. Tapi, bila aku dah siap mengajar kat whiteboard, aku nak ajar sorang-sorang pulak baca Qiraati dengan al-Quran, haaaaa, mase tuh laa belang dorang pon dah keluar semua. Ade yang bertumbuk, ade yang main pemadam, ade yang naik atas kerusi.. Nasib baik lah, Ustazah Wani dengan Ustazah Yah ade masuk jugak kelas aku nie..

Pastuh, dorang tuh kan, kalau aku mintak dorang salin balik ape yang aku dah tulis kat whiteboard, macam-macam lah alasan dorang. Tak bawak buku lah, tertinggal buku lah. Aku pon cakap,

“sape yang tak salin, Ustazah taknah ajar diaa. Lepas tuh ustazah takmo kasi dia rehat”

Haaa, amek dorang, kene ugut macam tuh baru dengar. Lepas tuh, ade jugak yang lepas aku dah check buku dia, mintak aku bagi 5 bintang lah, 100A lah. Adoyai, macam-macam lah kerenah dorang. Nasib baik aku nie jenis baik jugak dengan adik aku, kalau tak memang aku tak tau lah weh macam mane cara nak layan budak-budak ape semua nie.. Budak-budak nie kan, kita kene ikut perangai macam dorang. Kalau dia ketawa, kita ketawa. Kita kene pandai lah ikut rentak DO RE MI dorang tuu. Kalau tak dia akan buat perangai gila dorang tuh dengan korang, meragam tak tentu pasal~

Ade jugak budak-budak nie, mase aku dah siap ajar dorang, dorang baca tersekat, lepas tuh aku cakap lah yang aku taknak tulis lancar kat dorang sebab dia baca tersekat. Tapi, dia merayu-rayu kat aku weh, mintak aku tulis lancar kat dorang. Siap cubit pipi aku weh~ Haha. Memang best layan budak-budak nie weh. Aku rase macam dorang tuh kawan aku pulak. Aku kan memang perangai macam nie kat sekolah, so bila layan dorang tu macam layan kawan-kawan aku pulak.

Okay, aku rase sampai kat sini je post aku malam nie okay? Oh yaa, nie auto post. Aku taip entrie nie hari Selasaa. Siap taip pukul 12.15 am! J Hari nie, Maulidur Rasul, Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Rasul terakhir dalam Islam. Banyakkan selawat kat Rasulullah, supaya Rasulullah akan tolong kita bagi syafaat kat padang mahsyar nanti. In Sya Allah.. Okaylah, aku dah mengantuk! Bye! Sayang koranggggggg~ Bye Muah. Thanks sudi baca blog aku, lain kali singgah lagi ek? haha

NOTA HIJAU: Serious weh suara aku dah hilang dah hari nie?Hmm :(

Wednesday, 8 January 2014

Ustazah Eyda ~ ;)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ! Oi oi oi, hmm, malam tahun baru je aku update pasal blog aku kan? Lepas tuh terus blog nie berhabuk penuh dengan debu hama kan? Okay, sekarang aku datang membawa vacuum untuk bersihkan balik blog aku~
*Aku tak paham laaa, asal lama tak update mesti cakap blog berhabuklah apelah. Maybe korang imagine bahawa blog nie umpama buku kan? Sebab lama tak bukak, buku korang terus berhabuk kan? Adoyai~


Okaylah tanpaa membuang masa, ops lupa nak bagitau yang cik abang aku (AR) pergi Kuala Lumpur. Hahaha. So what? Kalau dia ade kat Kelantan bukan bole jumpa pong kan? Haha. Hmm, hari tuh ingat tak aku pegi KL, kat U kakak aku. *Maknanya aku tinggal diaa. Nie dia pulak yang tinggal aku. Betapa ohsemnya kan?


Takpelah. Lagi baik jauh dari dekat kan? Lagipon, bukan kitaorang jumpa pon kalau dia ade kat Kelantan nie. Kalau nak dating, dating dalam facebook, dalam twitter je.Haha :)


Oh, aku takmo citer pasal nie, aku nak citer pasal ape keje aku sambil tunggu result untuk tiga bulan nie weh.Haha. Okay macam nie..Aku citer start dari awal lah ea, macam nie.. Mase aku form 4 dulu, umi aku hantar adik aku Ain dengan Abang Long kat tempat mengaji tu. Pastuh, selalu dorang cakap kat sana best. Ustazah baik lah ape semuaa. So, aku pong mintak lah dengan umi aku nak mengaji kat situ jugak.


Adik aku yang Ain cakap, kat situh ade budak kecik je. Tak malu ke aku sorang je yang besar kat situh? Hmm. Kesah ape aku? Ape nak malu.Biar je laa. Sebab aku duk kat rumah asyik tidur je, Quran pon jarang-jarang je bukak. Dari aku melantak je keje baik aku ikut dorang kan? Satu lagi, aku nak perkukuhkan lagi Tajwid aku. Kan dah lama tak baca, tajwid pon tunggang langgangggg. LAgi satu, dalam SPM kan dia ade tanya pasal tajwid ape semua kan? ;) Boleh lah aku menyelam sambil minum air kan?? Hmm, korang bayang je lah, nak cakap betapa aku dorang je pelajar yang paling tua kat situh sampaikan bila kelas dah habis. Kami para pelajar kan kene beratur, aku je lah yang paling tinggi kat situh? Budak-budak lain pendek-pendek, ketot-ketot bawah pinggang aku je. So cute guys! ;)


Okaylah. Tapi, aku bersyukur sangat weh. Berkat aku duduk asrama dari form 1 sampai form 3 dlu membuatkan pelajar-pelajar asrama dapat baca Yaa Sin lancar. Alhamdulillah. Dan satu lagi, nasib baik lah bacaan aku still lancar walaupun aku lama tak mengadap al-Quran nie. Betapa jahilnya kau eyda? Hmm. ;'(


Hmmm, bila aku dah lama kat situh, bacaan aku kan okay je. Lepas tuh, Ustazah tanya aku weh, awak nak tak jadik Ustazah kat sini? Ustazah tengok bacaan awak lancar je? Nanti lepas SPM, sambil2 tunggu result, boleh la keje kat sini dulu? Aku macam, Err, Betol ke Ustazah? :) Rase macam tak percaya lah kan? Lepas tuh ustazah cakap ye lah. Ustazah serious nie. Aku pon, ohh, okay. Tengok la dulu ustazah eaaa? :)


Dah tuu, tahun lepas kan aku exam SPM.. Lepas tuh, aku pegi mengaji dalam bulan satu ke bulan enam je, lepas tuh stop terus dari mengaji kat situ.. al-Quran pon baca dalam bulan puasa je, kalau baca pon baca Yaa Sin. Tuh pon sebab kat sekolah aku ade buat bacaan Yaa Sin setiap hari Khamis. Againnn? Betapa jahilnyaaa kau eyda? ;'(


Nowwww! Here we go! Disebabkan aku boring duk rumah, semalam kan aku ada buat kredit free. Oh yaaa, Afiq, kalau awak nak memudahkan kita, awak pong boleh buat macam nie tau?



HANYA PENGGUNA CELCOM:-
a. Taip *128#
b. Pilih 1.
c. Ade :-
1. Surf Pack
2. Talk Text Surf Pack
3.Talk Text Pack
4. Talk Surf Pack *Tapi pilih lah nombor 3 ye?
d. Lepas tuh, langgan!  
#By the way, semua nie 12 jam je. Dalam tempoh tu lah kita boleh call sepuas-puasnye orang yang kita sayang, lepas tuh mesej sepuas-puasnye dengan orang yang kita sayang~ Sebab tu lah saya mesej macam tuh dengan awak kan? Awak tau cara saya kan? Syyyyy~ JAngan cakap kat orang ye? Private~ Hahaha. Tapi sesetengah nombor Celcom dia amik RM3. Tuh sebab aku tak guna nombor aku, nombor aku entah macam mane jadik sial macam tuh mintak RM3. So, aku guna phone adik aku, nombor dia, mintak RM1 je~ :)



Haaa, so bila aku dah buat tuu. Aku call lah ustazah. Cakap kat dia yang aku nak mintak keje at situ. Blablabla. Dia cakap Esok boleh datang temuduga which means hari nie lah weh! So, tadik aku pegi temudugaa. Bila dah sampai tuu, ustazah senyum je kat aku. Sebab kitorang dah lama tak jumpa.. Lepas tuh, ustazah pon mintak aku tulis nama, alamat, nombor telefon ape semua. Lepas tuh, ustazah mintak aku perdengarkan bacaan aku. Thanks again, walaupun aku dah lama tak mengaji nasib baik aku masih lancar :').. Huh.


Lepas tuh, Ustazah pong tanya lah pasal tajwid ape semuaa. Ade yang boleh jawab, ada yang aku salah. Takpe, nanti bila dah mengajar aku makin ingat lah. In Sha Allah :) Hehehe. Banyak lah yang ustazah tanya aku tadi, aku lupaaa. Lepas tuh, Ustazah pon cakaplah peraturan yang ade kat situh. Antaranya ialah, Kene pakai baju kurung - Tudung tak boleh sebar nampak dada - Suara kene kuatt - penghantaran pelajar kat ibu bapa dorang - kene pandai tackle hati pelajar jangan bagi dorang bising - tak boleh marah pelajar guna bahasa yang beratt - Banyaklah lagi, aku lupaaa. Haha :D


Dan, part yang paling mencabar ialah bila kene shift malam weh. Pukul 7 sampai 10. Lama ke weh? ;) Hmm, bila dah siap semua, Ustazah pon cakap lah yang Ustazah akan bincang dengan Ustazah Wani dulu, ape-ape hal dia akan call aku. So, baru je tadi ustazah call aku cakap yang aku dah boleh pergi esok weh! Aww. *excited* 


Esok kene pergi kursus pukul 9.00. Lepas tuh, petang tuh aku kene masuk dulu kelas ustazah, tengok cara ustazah mengajar, lepas tuh malam tuh, ustazah akan bagi aku kelas untuk tengok cara aku mengajar dan handle pelajar-pelajar. Ya Allah, permudahkan lah semua urusan aku.. Amin.


Okaylah, aku rasa sampai kat situ je cerita aku, sebab sekarang nie pon aku kene bangun awal..Adik aku yang Iqbal tu tidur dengan aku, lepas tuh, dia selalu meragam je pagi-pagi takmo pergi sekolah. Aku kene panaskan air untuk dia weh. Nasib baiklah aku sayang diaa, kalau tak, aku biar je dia mandi kesejukan kat situ. Hahaha :D *jahat~



NOTA HIJAU :- Ustazah : Awak kene biasakan lah pelajar-pelajar panggil awak "Ustazah"? Omaigod~ :) Ustazah Eyda? Hmm. Okaylah. Macam comel je, macam cantik je~ 

Bila aku citer dekat umi aku, Umi cakap, dari jadik model Avon, jadik Ustazah pulak. Hahahaha :D

Wednesday, 1 January 2014

Happy New Year 2014 Everybody~ :)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan Selamat Malam :) 


Aku menaip sebab nak cukupkan masa je nie. Esokkan dah tahun baru kan? Maaf lah, sepatutnya aku cerita pasal UTP kan? Tapi, rasa macam malas je. Hahahaha. Ye ye, aku tau, aku dah berjanji, tapi tak tepati janji pulak. Maaf lah korang~ :)


Okay, sebenarnya, aku duk kat Universiti Kuala Lumpur British-Malaysia Instistute, UniKL-BMI, kat kakak aku punye U..Dia exam sebenarnya, dia mintak aku teman kan dia. Hehehe~ 


Hmm, sempena tahun baru nie, aku sebenarnya nak mintak maaf dengan Umi dan Abah aku je atas kesalahan yang aku telah buat tahun nie :'( Umi, da nok mitok maaf sebab da dah banyak buat salah nga umi n abah... Hmm, entahlah, da tau da banyak salah nga umi..Umi mesti pelik bakpo da post sini kea..sebab da tunggu umi online kat Facebook takde sokmo..Abelong nga Ain jah online..Da panggil umi kot mesej, umi tak balas?


Abah pong, da mitok maaf kalu da sokmo berkasar nga abah, malas wak yang abah suruh... :') Hmm. 



Okaylah. Dengan abah dan umi dah settle..Hmm, sebenarnya aku nak citer pasal Mohamad Afiq bin Roslan nie. Hahaha. Alang-alang aku dah menaip nie, ape kata aku citer pasal dia pulak kan? ;) Hahaha. Kalau kawan-kawan facebook aku, dorang kenal lah sape Mohamad Afiq nie, because, I am in relationship with him? Err. Mesti ramai yang tanya, betul ke betul ke?

Entahlah, aku pon tak sure~ Alahai. Sebenarnyakan, kitorang couple contract mase exam Trial dulu~ Hahaha. Lepas tuh, bila 5 haribulan 11 tuh, kita buat contract baru pulak, dari 6/11 hingga 27/11. Maknanya, dari hari pertama start exam sampailah hari last, iaitu Biologi. Tapi, dalam tempoh tuh, kitorang takde berhubung pon, berhubung pon cuma tanya soalan spot.. Korang pon tau kan, dia studymate aku sekali dengan Ika, Dayah, Aznie dalam tahun nie. Tapi, dalam tempoh exam tuh, kita takde berhubung sebab dia senyap je? Aku memang lah bising jugak. Tapi, aku tak kisah pon, sebab aku bukannya jenis kena mesej jeee? :) 


Lepas tuh, bila mase pulak kitorang dating? Hahaha. Dating dalam dewan ah? MAse bila? Mase masuk dewan tuuu, hahaha :) Masuk je dewan, aku tengok ah dia. Takde lah pandang menatap dia camtuh. Tapi dari hujung mataa je. Tau kan, mata lelaki berbisa kan? JANGAN TATAP MATA DORANG LAMA-LAMA WEH! [HE HAD SUCH QUIET EYE~] Haha. Tapi, kadang-kadang aku tak tengok pon sape-sape dalam dewan. Haha. Aku masuk je, aku jalan straight, aku tengok tempat aku..Lepas tuh aku selawat banya-banyak nak tenangkan hati aku nie.. :')


Okay, lepas dah siap exam ape semua tuu, Form 5 kat sekolah aku pon rancang nak buat Dinner malam 30/11/2013. Konon nak release tension~ Cehhhh. Haha. Hmm, buat dinner tuh dekat Hotel Wisma Tuah. Lepas tuh, aku datang awal kan dengan Hanis dengan Mc Jaa. Mase kitorang tengah amik gambar ape semua, dia pon datang. Oh ya, sebelum tuh dah mesej sebab nak janji pakai baju warna ape dengan dia. Hahaha :D


Hmm, aku pon ajak dia amik gambar dengan aku.. Dia pon, okay je~ Lepas tuh, dia tanya aku, 

"Eh Eyda, mu ade sape-sape ke loni? *** nga mu lagi ke?"

"Err, haaaa. Haha, aku single loni."

"Meh kita dua ah Eyda."

"HAHHH? Serious apik?"

"Ye lah."

"Okay beres~ Kita wak relay dalam fb eh?"

"Beres"


Hahaha. haaaa, tuh lah kisahnya~ :) Percaya tak, kitorang tak pernah gaduh? Hmm. Camne tak gaduh, mesej pon jarang.HAhaha. Tapi, serious aku tak kisah dan tak bimbang. Korang tau tak, kalau aku couple kan, aku tak kisah pon Si Dia nak amik gambar dengan sape. Nak mesej dengan sape? Nak gayut dengan sape? Asalkan dia ingat aku. Tuh je. Pelik ke? Haha. Pelik jugak kan? Satu lagi.. Aku takmo dia dikongkong~ Tapi, tolong jangan amik kesempatan ye? Aku tak jealous pon. Hahahaha. 


Okaylah. Aku rasa sampai kat situh je aku citer dekat korang ea? Nanti ade mase aku citer lagi. Bye. By the way, Happy New Year kepada semua orang ye? Harap tahun baru nie lebih baik dari tahun lepas kan? Eh, nie auto-post tau, aku taip entrie nie, pada 31/12/2013 23:21 :D HAhaha. 





NOTA HIJAU: Asnida Ridzuan in relationship with Afiq Roslan.
Aku ingat lagi mase check Kertas Jawapan untuk Kimia mase exam Pertengahan Tahun atau Trial, aku tulis nama aku AR besar gajah dekat kertas soalan aku.. Lepas tuh Cikgu Rahimah pon tanya aku, AR? Sape nie? Aku pon cakap, Afiq Roslan. Hahaa. CIkgu pon cakap, Hahhhhh, awak gewe nga apik ke nida? Takpo, takpo. Saya suka jugok ko Apik. Hahaha :D Lucu lah, cikgu pon berkenan dengan dia. Hahaha ;) Adoyai~