Friday, 21 June 2013

Happy Birthday To Me *Actually 19 June*

Assalamualaikum, disebabkan entrie nie khas untuk Birthday aku. So, aku nak citer pasal best day ever in my life I guess~


Hmmm, first person yang wished Birthday aku ialah Anis Syafira. Bukan hari birthday aku, tapi 9 June. Dia tertukar tarikh, kan aku punye 19 June. Ahaha. Aku terharu giler kot.


Haha. So, kan aku dah cakap kat korang yang Facebook aku deactivate kan? Hmm, so, 18 June aku bukak balik. Haha, gedik betul. Ha'a memang, so what?  
Hari yang bersejarah dalam hidup aku pon bermula lah. Memang hari tuh aku bangun awal giler. Aku mandi, amik wudhuk, pastuh solat Isyak, Solah Subuh, pastuh solat Hajat supaya semua impian yang aku mintak selama ini menjadi kenyataan :) Aku baca Yaa Sin, agar semua urusan aku dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Pastu, memang tenang gile kot hari tuh. So, aku pon pegi sekolah. Mase aku nak mintak duit dengan umi aku, Adik aku yang Iqbal tu pon tengok jeee kat aku. So, aku pon cakap,

' Adik, ari nie "Happy Birthday To You" Kak Ngohhhh '

Dia pon balas, Hmmm, lepas tuh terus sambung tidur balik. Hmm, tut tuttttt. Tidur lah dengan lena tut ye? * Dia suka panggil aku kentut* Sabar je lah.


So, aku pon pegi lah sekolah dengan hati yang tenang. Aku masuk kelas, tempat pertama yang aku tengok ialah tempat aku sendiri lah. Ahaha. Kemudian nampak kawan aku Ika. Tengah menyiapkan keje dia. Dia wished aku. 


Sorang lagi ialah Afiq Roslan. Dia badmood je pagi tuh. Tengok aku pon macam pandang sebelah mata jeeee. Hmm, sedih aku kejap :'( So, aku taknak pikir pelik kat dia, so aku pon ajak Ika amik gambar dengan aku :) Semua budak kelas aku tengok je, takpelah diorang dah tau yang aku nie suka bergambar. Kalau boleh, semua telefon dorang akan ade gambar aku. Kadang-kadangkan bila aku pinjam telefon dorang kan, aku tengok gambar aku, pastuh aku terpikir, Eh, macam mane gambar aku boleh ade dalam phone dorang, haaaaaaa? 


Ida dan Ika :D

Hmmm, lepas tuh terus turun bawah, kan kat bawah ade Perhimpunan pagi. Kawan-kawan aku yang dah wished malam tadi dah pon wished dekat aku dalam kelas. 


Sebenarnya, waktu pagi nie takde kisah yang menarik sangat untuk aku citer kat korang. Aku nak citer waktu petang sebenarnya :) Petang tuh, kelas aku ade Kelas Tambahan untuk subjek Matematik. Subjek kesukaan aku. kenape aku suka? Sebab tak perlu hafal ape-ape. Cukup sekadar formula, dan subjek yang santai bagi aku, In Sha Allah :) So, memandangkan hari nie birhday aku, aku dah set in my mind yang aku tak mo puasa ganti hari nie. Wehuuuu ;) 


Sebenarnya, aku kene baling tepung dekat kawan-kawan aku tau. Orang yang bertanggungjawab merancang semua nie ialah Afiq Roslan lah :) Amboi kau Afiq, pandai ye kau buat tak tau je kat aku pagi tuh. Haaaa, kelmarin aku tanya Hidayah, "Dayah, gano bena pasal maring??" . Pastuh dia citer lah, Afiq tanya dia, Eh, kalu kito lepar tepung ko Ida, Ida maroh ko dop ehhh? Pah Dayah jawab lah, Eh, takkan nak marah, mesti dia terharu sebab Birthday dia dihargai. 


Hmmm, kemudian petang tu, Ika bawak beg merah Afiq. Pastuh dia lari-lari je. So, aku tanya lah dia, Ika, ape dalam tuh? Dia tak bagi aku tengok. AKu tanya dia, ape dalam tuh? Dia cakap tuh Katak. Dia tak bagi aku tengok sebab dia cakap aku takut Katak. Aku takde pikir pelik pong hari tuh, yang aku pikir, Kenape dorang pelik dengan aku? Aku terus merajuk. Dah banyak kali aku cakap dengan Ika yang aku tak takut katak. Kenape bawak katak? Dia balas, nie katak untuk Kelas 5 Musytari, dorang ade bedah katak hari tuh. So, aku dah suspen dengan dorang, aku pon tengok jadual Kelas Tambahan dekat atas meja aku, tapi aku dah lupa jadual tuh aku dah bawak balik rumah aku. 
So, aku pon buat tak kisah jeee.


Sebenarnya, aku nak letak gambar katak sebenar, tapi aku takut ade yang muntah baca blog aku. So aku letak lah gambar nie. Katak, sebenarnya aku takut denga kau, Kalau kat duduk dalam bekas takpe lah. Tapi kalau kau terlepas kat luar, memang aku fes orang yang cabut lari okay?



So, petang tuh, bila semua kelas dah habis. Aku pon duduk je kat kerusi aku. Termenung~ Lepas tuh Afiq datang kat depan aku, dia tanya, Bakpo Ida? Nok aku nyanyi ko mu dop? Pastuh, Joe (Ketua Kelas aku) Datang kat meja Afiq, dia tersengih je kat aku. Aku macam pelik je, kenape dengan dorang nie? Lepas tuh, satu kelas nyanyi, Happy Birthday to you, Happy Birthday To You, Happy Birthday to Ida, Happy Birthday to You!!!!! Aku rase happy giler kot, tapi lepas habis dorang nyanyi, Boooooooooooooommm! Afiq dengan Joe lempar tepung tuh dekat aku! Adoyai!! Aku pon nepik, Aghhhhhhhh! Sek mu! 


Aku dengan Amirul :)


Afiq dah lari turun bawah lepas dia lempar tepung tuh dekat aku. Dia takut aku marah dia. Aku takde lah marah pon, aku terharu okay? :') Sayang korang giler tau. Hmmm, kalau aku takde dalam kelas nie, maybe aku takkan kenal korang, korang pon takkan kenal aku kan? Maksud aku kenal dengan lebih dekat kan? ;) 


AKu tak marah, cuma aku geram sebab aku datang dengan motor, macam mane nak balik dengan putih macam hantu gomok kan? Joe pulak tersengih je, OMG! Comel je dia senyum :) memang kuat giler dia gelak kat aku tau. LEpas tuh, semua orang turun, kecuali Aku, Joe, Amirul dan Najmi. Amirul ngan Najmi mintak nak amik gambar dengan aku. Joe pulak tengok je dekat aku. Aku rase memang nak bukak tudung je! Mujurlah aku ade iman lagi. Ahaa. 


Nie gambar dekat PizzaHut Delivery~ Malu betol, semua orang dekat Pizza tengok aku pelik je sebab baju aku putih giler kot. Macam hantu gomok. Mesti dorang cakap aku macam lepas mengecat. AKu buat tak tau je, :) Aku buat bodoh je, ade aku kesah ke beb? Ahaha.


Tengok tudung aku dekat atas tuh, penuh dengan tepung okay? :)



Eh, korang aku rase stop sampai sini yeee? Sebab aku nak sambung study! :) Bye :)


Bye! Love you :)


NOTA HIJAU : AKU BENCI KAU SANGAT. Takde lah benci sangat pon. Cuma menyampah je. Perangai kau nie sama macam watak lelaki dalam poem He Had Such Quiet Eyes! :/

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)