Saturday, 23 March 2013

Result SPM di SMK Kamil ;)

Assalamualaikum dan selamat petang. As you know, hari nie result keluar weh! :) Tadi, aku pegi tengok result Keputusan SPM. Alhamdulillah, 22 orang dapat 8A keatas dan 11 orang Straight's A. In Sha Allah, eyda kau pon akan termasuk sekali dalam golongan ini! In Sha Allah.
First of all, aku bagi korang cuci mata tengok gambar nie dulu, supaya korang lagi bersemangat untuk study. TERMASUK JUGA AKU!!! In Sha Allah, aku tengah kumpul confident-self nie weh, ;)
Nie Kak Shazwana Jannah, dia berjaya dapat Straight's A tau. Result kat atas tadi, yang dia punye lah. Aku dengan kawan-kawan aku yang lain, tanya dia nak sambung result kat mane nanti? Pastuh, Kak Jannah cakap dia dapat tawaran daripada Universiti Zagazig, Mesir. Tapi, dia tak pergi pon, sebab mama dia tak kasi. Lagipon, jauhkan. So, dia cakap nak amik dalam Asasi/Diploma dalam Farmasi kat Universiti Malaysia, UM, Universiti yang PALING DEMAND di Malaysia ini, menurut kata kaunseling aku, iaitu, Puan Zaidah, atau lebih dikenali dengan Umi! :) Kitorang tanya lagih, macam mane cara Kak Jannah study, dia cakap dia asyik tidur je. Tapi, walaupun tidur dia dapat result gempak! Maksud aku dekat sini, kak Jannah tidur waktu petang. Satu lagi yang Kak Jannah citer, walaupun dia tak study, dia cuba untuk pegang buku. Sebab Kak Jannah rase betape ruginya waktu kalau tak membaca. KAk Jannah cakap lagi, dia maybe, nie jugak merupakan doa dari ibu bapa dengan Cikgu yang banyak doakan. Memang pon, tahun lepas, mase aku dalam Tingkatan 4, Cikgu-cikgu banyak cakap yang Kak Jannah akan dapat Straight A. Aku pon ade cakap dekat Kak Jannah, mungkin, kak Jannah nie gifted kot. Allah bagi kak Jannah mudah membaca, mudah fokus dalam belajar. KAk Jannah jugak suka tolong cikgu-cikgu angkat barang cikgu.


Nie result Kak Jannah, bayangkan kalau aku pon dapat result macam nie kan?? :) In Sha ALLAH! Eyda, kalu Kak Jannah bulehhh, bakpo mung tokleh???? Usaha Eyda!! Mu pong boleh BERJAYA!!! Mu Pong MAMPU DAPAT STRAIGHT A !!!!! IN SHA ALLAH !!!

Haaa, yang nie Kak Arini! Pon dapat result cemerlang! Aku tak sempat nak temubuat, sebab aku nak pegi cari Akak-akak dan abang-abang lain untuk ditemu ramah dan amik gambar~ hehehe. Kak Arini, tahniah~ :)



Nie Kak Iziana! Kak Iziana nie merupakan pelajar yang pandai sejak form 1 2 3 lagih. Disebabkan Kak Iziana nie pandailah, dia dapat tawaran dari SBPI Batu Rakit. Kat sana Kak Iziana pegi setahun je, Form 5 kak Iziana datang balik kat sekolah aku. Walaupun Kak Iziana datang dengan 2A, tapi PKBS 1, Kak Iziana dapat buktikan yang dia pon dapat 6A! Memang Kak Iziana study betol-betol! Ya Allah, berilah aku peluang untuk merasa detik-detik kegemilangan macam nie Ya Allah!! 


Nie pulak, abang Zulhafiz! :) Err, abang Z *nama dia panjang*, merupakan pelajar yang pintar jugak! Dia dapat pegi ke Universiti Teknologi Petronas, guna result trial SPM. Aku tau pon dari Umi Zaidah. Aku pegi jumpe dia, sebab aku ade masalah pasal study. Pastuh tadik, aku tanya dia, macam mane dengan result, nak stay dekat UTP ke? Dia cakap nak stay kat UTP je kalau tak silap aku. UTP nie merupakan Universiti swasta :) Sape yang keluar dari UTP, starting keje dah dapat RM10,000 above dalam tangan! Sape yang taknak jadik orang minyak? Orang minyak dalam tv tuh jahat, tapi, orang minyak dekat Petronas nie kaya-kaya weh. Umi jugak ade cakap yang kalau Lelaki okay le kot pegi UTP, tapi kalau perempuan kene pikir banyak kali. Sebab mase anak dara nie okay lagih, tapi kalau dah kahwin nanti? Ade *offshore* lagi, *offshore nie dua minggu kat laut, 2 minggu kat darat*. Ape-ape pon, TAHNIAH Abang Zulhafiz!!! Moga Abang Z berjaya!!! :D
Nie Shazmi, dia berjaya dapat 8A, 1b Biologi! Maknanya?? Addmath Fizik Kimia A lah kan! Aku tak sempat nak mintak dia posing baik-baik dengan result dia tadik!


Mase nie, Cikgu Rahimah tengah tengok result abang Zulhafiz, tangan dia tuh tunjuk dekat Chemistry A+. Dia pon tanya aku, "Asnida, awak nampak tak tangan sayo tunjuk mano??" Aku pon tengok tangan cikgu, dekat Chemistry. AKu tanya cikgu Rahimah, "Cikgu, cikgu rase saya ado peluang tak dapat A+ macam Abang Hafiz???". Cikgu cakap, In Sha Allah ado awok, kalu awok nok! :) Aku terharu giler!
                                  

Nie pon anak Kaunselor kat sekolah aku, sori akak, saya tak ingat lah nama akak. Akak nie dari SMK Muhammadi Perempuan kalau tak silap. Akak nie pon dapat 8A atau 9A jugak, aku tak ingat lah weh. Ade memory lapses~ hehehe. Tapi, memang aku dah syak yang Akak nie akan dapat keputusan yang cemerlang sebab aku tengok Akak selalu pegang al-Quran kecik dekat tangan. Memang perbezaan jauh sangat dengan aku tau..Hmmm, bagilah peluang kat aku Ya Allah, aku nak sangat dapat keputusan yang cemerlang macam nie!!




AKu rasa dah takde aku nak citer pasal result SPM nie. Hmmm, aku rasa memang nak menangis, terharu giler-giler dan sangat-sangat rase membara giler tau takk? Aku tak tau nak cakap macam mane. Sebenarnya aku nak update blog aku semalam, tengah aku menaip nie, adik aku yang lelaki yang nama NAqiuddin yang perasan hensem macam Kak Ngah nye mintak pulak dengan aku. Aku dah berape kali cakap dengan dia, aku nak guna broadband nie dulu sebab aku nak update blog nie lah. Tapi, dia berkeras jugak mintak, and ape yang korang nak tau, dia tercongok tepi aku tengok aku menaip. MAsalahnya, kalau aku nak taip yang gedik2 sikit dia merepek cakap aku nie gedik lah ape lah. Sampai aku nak menaip pon kene pikir dua kali, tapi sebenarnya tak pikir 2 kali pon, cuma kene taip, pastuh tekan <--- (backspace) balik. Malu lah weh. 




Tadik, lepas pegi tuisyen Biology rumah Cikgu Zaiton, Umi dan abah aku bawak aku, kakak, aku dan adik aku. Sebabnya nak pegi beli present kat kakak aku sebagai hadiah keputusan SPM dan birthday kakak aku. Hari nie birthday dia. Comel kan tarikh? Contohnya, hari nie dapat result SPM esok Birthday dia. Alhamdulillah, dia dapat !@#$%^. Aku tak mau cakap, sebab mesti dia cakap aku nie busybody pasal dia pulak kan? Hmmm, takpelah asalkan dia bahagia. Dah setakat nie rezeki dia kan? Umi dengan abah aku beli Telefon Sony Xperia yang model terbaru dekat kakak aku harga dalam RM600.00 +++. Abah aku cakap, aku tak boleh jealous dengan dia, Alaaaa, aku tak jealous pon sebab abah aku dah janji nak beli jugak dekat aku kalau aku dapat result yang cemerlang dalam SPM nie nanti. Wakaka~ Abah dah janji, akan ku tuntut janji mu itu~ Muehehehe :3 




Okaylah, aku rase sampai disitu sahaja coretan dari aku. Segala yang baik datang dari Allah S.W.T, yang buruk datang dari Syaitannirojim~ Assalamualaikum! :D



Tak boleh blah betul statement aku dekat whiteboard kan? Ade aku kisah ke weh? :P Bye~




NOTA HIJAU : Aku minat seseorang. Tapi, baik aku pendam je. Kalau aku citer dekat orang? Buat ape kan? Hmm, aku pon dah kene brainwash dekat abah aku, dia cakap jangan pikir pasal mende lain! Pikir pasal study je! Hmm, betol jugak cakap abah tuh. Eyda! Tolong fokus dalam study boleh? Kau tuh pelajar lagih, kalau kau dah pandai memang beratur orang tunggu kau! Hmm, HATI, please teguhkan hati aku, please kuatkan hati aku menahan gelora remaja yang melonjak dalam diri! ;) Bye.
 
 
 

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :) :

Post a Comment

Hai, terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen ya? :)