14 August 2012

[ Entry Bergambar ] - Hubungan Erat Adik-Beradik :D

1 awesome people shared their thoughts on my post!
Air dicincang takkan putus okayyy?
Nik Nur Aisyah binti Nik Ramani : Wehh, nie link blog Kak Mira Model nie..
Aku bagi link hok adik dia masuk Yezz! tuhh ,

_______________________________________________

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada bloggers dan readers !
Korang aku nak post pasal entrie yang menyakitkan ati aku nie. Dan, bila time ramadhan macam nie, aku sure ramai yang sakit ati macam aku jugak kan?

Okayy, meh sini aku citer satu-satu.

_____________________________________

Pada satu masa yang indah, (lepas waktu berbukak) aku dengan selamba badak pegi kat kedai rumah aku. Ape lagi kalau tak bukak youtube and bukak blog kann? Mata aku terjah satu demi satu perkataan dari blog ke blog lain !

JENG JENG JENG !!!

Boommm !

Boommm !!

Boommm !!!

Boommm !!!!

Boommm !!!!!

What the huuu sume nie ?
Tak lain tak bukan orang kat kampung aku campak bedil/ mercun/ benda yang mengeluarkan bunyi yang kuat la weyy !
Actually, dia lempar 3 kali jee. Tapi sume kuat woo! Nak tercabut gegendang telinga aku. *bajet belajar Sains dan Biologi :P* Mase fes time dengar, mahu tak terhenjut badan aku nie. Terkejut leeee wey.. Pastuh aku dengar suara manusia yang tengah gelak-gelak dalam nada yang menyakitkan hati ! Aku tauu diorang sengaje je lempar mercun nak family aku bagi respons letteww. Sebenarnya, kat depan kedai aku nie ade kerusi, so diorang selalu lah lepak-lepak malam. Kalau duduk sekadar duduk tak kesahh, tapi diorang bising! Duduk pulak dalam tempat gelap. Jadik, umi aku pon bukak lampu kat depan kedai tuh. Tujuan nya??????

*perlu ke ade tanda tanya sebanyak tuh? :P*

Alaa, taknak kasi diorang duduk kat situh le. Diorang ape lagi, konon protes laahh dengan tindakan yang umi aku buat tuh, dorang ape lagi, amik Buah jambu merah kat depan rumah aku tuh, diorang lempar kat cermin kedai rumah aku! What de hell betol kan? Dah lah kurang ajar! Mak bapak memang tak ajar korang cara untuk beradabkan? Agak kasar disituh. Tapi, cuba korang pikir, kalau mak bapak diorang ajar betol-betol, anak takkan jadik macam tuh lahh. 
Erghhhh =.="

Haaa, kembali kepada kisah aku terkejut tadik, aku buat tak tauu je, sebab taknak diorang jadik makin "lalok" kalau aku bagi respons. So, diorang makin berhempas-pulas lempar mercun kat depan kedai aku. Dalam nak pukul 9.00 malam tuh, aku pon balik rumah aku sebab nak cari lagu baru The Wanted yang baru popular. Tapi aku tak ingat tajuk dia ape.. On my way mase nak balik tuh, aku ade dengar suara buadak-budak tengah ketawa kit kit kit. Pastuh aku buat tak tau je lah, tempat dorang duduk kan gelap, kat belakang rumah aku tu ade tadika. So, diorang berkumpul kat situh laaa. Lepas tuh, diorang lempar mercun tuh kat garaj, nasib baik tak kene kereta abah aku ! 


Kalau tidak budak tuh memang nak tempah penyakit dengan abah aku wuu! :P
Lepas aku naik atas rumah aku, umi aku terus kuar dari bilik and tanya aku, sape yang lempar mercun tadik? Sebab nye mase umi aku duk dalam bilik memang dengar bunyi mercun tuh dekat sangat ! Mane tak dekat, bilik parent aku memang dekat gile dengan garaj tuh.. Pastuh umi aku suruh bukak lampu sekeliling rumah. Aku bukak je lahh, pastuh aku bukak pintu dapur pastuh tengok sape gerangan manusia yang "paling baik" lempar mercun depan rumah aku tuu. Bila aku tengok, aku nampak budak-budak tuh lari  kat kedai dekat tepi tadika tuh ! Memang diorang melampau gile kan ? Haa, umi aku pulak intai kot depan rumahh, boleh pulakk diorang pegi lempar mercun tuh depan rumah akuu tauu ! Bayang jee lahh, sampai berasap depan rumah akuu. 

Haaa, macam nie laaa nak cakap kat korangg. Bintang biru muda tuh pulak petunjuk tempat yang dorang lempar mercun tuhhh. Bintang biru yang besar tuh lakk petunjuk kat depan rumah aku tuh ade berasap sikittt ! Ape yang buat aku lucu tuhhh, adik aku yang bongsu tuh, boleh pulak bawak pistol mainan dia, pastuh nak tembak orang yang lempar mercun kat depan rumah aku tuh.
Dia cakappp,

"Biar adik gi tembok dioo"
(Biar adik pegi tembak dorang)
*sambil kedua-dua tangan pegang kat pistol mainan dengan mata tertutup satu*

Umi aku terus balas, 

"Tok payoh lah adikk, nok bader nga bedir ore gak pecoh palo tuhh"
(Tak perlu lah dik, diorang uh ade mercun, adik ade piston main.Adik lawan ngan dorang, konfem pecah kepala adik)

 Haha :D

Koranggg, cer kasi respons sikit dengan entrie baru aku nie. Pada pendapat korang lahh kan, ape tindakan yang perlu buat untuk mengatasi hantu-hantu yang main mercun nie? Kalau aku call polis biar tangkap dorang, konfem dorang raya kat penjara kannn? But, oh welll , aku masih baik hati okayy? 
Adik-adik sekalian sila berterima kasih kat kakak mu yang baik nie okayy? Kalau takk, adik-adik semua nie memang nak dengar takbir raya dalam lokap kan? HAHA ! Kasi responsssss okay? Komen lahh dekat entrie nie ke, ataupon komen jee dekat Chatbox aku ponn. Tak kesah :)

NOTA KAKI : Ohh yee, esok sekolah aku ade buat Solat Sunat Tasbihh :) But, aku tak boleh buat sebab Allah sayang kat aku kan? Muehehe :3 Ape-ape pon, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kat semua orang Islam di pelusuk dunia ini. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rahmatnya kat kita setiap masa, Kbye ! Assalamualaikum :D

11 August 2012

Bazaar !

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger muslim and non-muslim sekalian :D Korang, aku baru je balik dari pegi Bazaar Ramadhan, dan aku dah tak malu bila jumpa kawan-kawan se sekolah dengan aku woo ! Please give me a clap k? NOWWWW ! Okayy, ade unsur peras ugut disitu.

Nak tau nape aku kate camtu, sebabnye aku selalu kecoh bila jumpa kawan satu sekolah dengan aku kat pasar, Econ, Pantai Timur, bank, and so on.. Bukan bajet aku sorang boleh beli kat Bandar Pasir Puteh.. Hmm, entahlah. Biasanya, kalau jumpa dorang mesti aku teriak sampai orang yang berdekatan dengan aku jadikkk penasaran,, HAHA :D Padahal kawan aku jumpa dengan aku relaks je, aku pulak yang lebih-lebih.. Bila selalu jadikk macam tuh, Umi aku pon tegur, Acuu, jange dok kalut gak. Sokmo kalu jupo nga saing gak ralik nok nepikk, malu lah. Padahal saing hok jupo nga kito tuh tak dok gapo-gapo. Kito jah hok duk kele kabut.. (Tolong jangan nak clumsy. Bila jumpa dgn kawan mesti nak teriakk, konon malu lettew~ Padahal kawan yang jumpa dengan kau tuh senyap dan senyum je bila dumpa dgn aku. Tapi aku pulak yang lebih-lebih) Haa, kira macam tuh lahh :D

_________________________________________________

Tadik jugak aku ade jumpa dengan kawan sekelas dengan aku dua tahun yang lalu.. Seriously nampak bersopan dan ayu je dengan berbaju kurung.. Aku ? Pakai T-Shirt Lengan Panjang, tapi singkat kat bawah.. Seluar hitam berpoket, dan tudung yang tak berapa nak labuh.. MALU DAN SEGAN ! Tuh je ape yang ade dalam ati aku. Kadang-kadang aku terpikir, aku asyik mengata orang lain yang pakai teruk dari aku. Tapi, aku sendiri macam tuh. Takde lah sampai ketat.. Tapi aku sendiri pon rasa tak selesa. Rasa macam bersalah dengan Pencipta aku..I need to change! Aku nak cari baju kurung bila dah siap berbukak nanti and hang it up in my wardrobe :) Please pray that I can change it special to my Mr.H, that is my truly Mr.H ! :')

Aku jugak ade terjumpa dengan perempuan yang freehair kat bazaar tadik. DAN, hati aku jahat sikit. Mesti hati aku tanya kat otak aku, Weyy, pompuan nie tak pakai tudung, tapi dorang puasa ke tak ek??? Aku pelik laa wey, kita kan dalam bulan puasa, kot ye pon rasa diri tuh comel, ape salah nye korang tutup kecomelan korang dalam bulan puasa nie. Bulan nie je, BULAN NIE JE WEY ! Hormatilah bulan Ramadhan. Okeylah, aku rasa nie je yang aku nak taip.. Sebab aku bajet untuk menaip blog dalam masa 15 minit je, sebab nak menyiapkan makanan untuk berbukak pulak nanti. Sehingga berjumpa korang nanti pagi raya okayyy ? BYE :D

Anyone PMS here? Oh, please! Help me to accelerate because I do not want to replace fast in many day next year ! :')

21 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan :)

0 awesome people shared their thoughts on my post!


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua blogger(s), reader(s), familyku, kawan-kawan sekelas, dan KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH NEGARA :D Marhaban Ya Ramadhan :D

" Kurangkan Mengumpat, Tingkatkan Ibadah "
Itulah moto blog aku pada bulan ini ye :)
Biasanya kalau aku tak puas hati dengan seseorang, aku akan meluahkan rasa tak puas hati aku kat blog hijau nie. Aku sendiri pon tak pasti orang yang aku mention tuh baca ke tak blog nie, asalkan aku bahagia. Ye dokk ? Heeee :D Oh yaa, semalam aku dapat mesej Bulan Ramadhan dari Kakak aku, jap aku taip ekk ?

Doa Malaikat Jibril Menjelang Bulan Ramadhan, " Ya Allah, abaikan lah puasa umat Muhammad jika sebelum memasuki Bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara :-
~ Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua-dua orang tuanya,
~ tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami dan isteri, DAN
~ tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya ". Justeru itu, saya mohon maaf atas kesalahan dan kekhilafan saya. Semoga Allah memberkati dan merahmati serta menjaga ibadah puasa kita. Salam Ramadhan daripada _______.
Aku ade forward mesej tuh kat kawan-kawan terdekat aku, yang ____ merah tuh aku tambah, daripada Asnida, Suami dan Anak-anak :) muahaha. Tapi, aku pasti tak ramai yang baca sampai bawah kot huhuhu :P
Jadi, aku mohon maaf atas segala kesilapan yang aku buat samaada aku sengaja ataupon tidak kepada semua orang yang baca blog nie okey? Bye :D 

13 July 2012

Kawan Makan Kawan ? Yum Yum best nye :D

0 awesome people shared their thoughts on my post!



Kawan makan kawan makin ramai kat atas dunia nie kan ?
Aku pon ade ! Dalam kelas , luar kelas, dalam sekolah, luar sekolah and so on !
Tapi, aku pelik, kenape dorang tak pernah rase bersalah dalam hati ek bila dapat 'MAPUH' atau 'BURN' atau bahasa luarnya suka sindir kawan bila depan lelaki :) Hmm, aku tau, maybe dorang nak tunjuk hebat lah tuh bila dapat 'mampuskan' kawan kan ? Tabik spring kat kau kan kawan :'D. Kau berjaya buat aku terasa hati dan post pasal kau dalam blog comel aku. Whyyyy ? Nape, kau ingat aku manja laa nie sebab sume hal aku taip kat blog, sume mende aku taip kat blog?
Tak K.. Aku citer kat blog aku sebab takkan aku nak citer kat backstabber pulakkan ? :P Haha



NOTA JUMAAT : Isnin depan ade Majlis Konsultasi Ibu Bapa kat Dewan Besar :) And aku harap takde mende yang karut-marut timbul hari tuh :D Sayang cikgu SMK Kamil :D

29 June 2012

Aku busy, mungkin lama lagi aku akan kembali.

0 awesome people shared their thoughts on my post!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kat blogger dan readers yang aku hormati dari hujung rambut aku sampai ke taik kuku yang melekat di celah kuku kaki ku :) *Jangan muntah k*

Hmm, aku sebenarnya saja je update entrie kali nie walaupun baru semalam dah update :) Act, aku taknak jadik blogger tegar. Bukan taknak, tapi memandangkan aku masih belajar, biarkan aku belajar dulu k. Hal ini kerana, aku dapati kebanyakkan orang dewasa yang berumur 25 tahun keatas dan yang sudah bekerja, tak lupa juga kepada individu yang memegang pangkat 'Encik' dan 'Puan', MERINDUI ALAM PERSEKOLAHAN ! Betol tak betol tak?
Alaaa, tak payah nak geleng-geleng kepala k? Elehh, taknak mengaku konon :P
*macam esei PMR dulu je...*

Ehh, aku rasa dah lari dari tujuan asal aku update blog kot. Sebenarnya tujuan aku update entrie nie just nak cakap yang aku sebenarnya baru buat bota Biologi dalam buku SPM Tahun-Tahun Lepas tuh. Pastuh, aku mengantuk. So, supaya mata aku segar balik, aku buat perkara yang aku takkan mengantuk dan sanggup berjaga malam IAITU ...

*Tarik nafas, LEPAS ! Tarik nafas, LEPAS !*

JENG JENG JENG




MELANTAK DEPAN KOMPUTER !



Hmm, aku sendiri pon dah lama tak update blog, biarpun baru semalam. Tapi baru semalam lah aku boleh betol betol agak relax sikit update. Homework banyak k. Sekolah aku dah mula melangkah macam sekolah Kluster. Jadik, cikgu bagi homework. Aku okey je, tapi masa untuk disiapkan tuh lah yang makan masa. Arghhhh, kadang-kadang aku naik pening nak siap kerja yang mana satu dulu ek? Aku pon amik yang senang-senang untuk disiapkan je. Then, buat yang susah-susah. Kalau ade yang aku tak tau, aku tanya kawan-kawan aku yang pro subjek-subjek tertentu ataupon tanya cikgu terus. Kalau aku rasa tak sempat nak tanya kawan atau cikgu, aku senyap macam tuh je lah.

Okey, takpe lah aku sendiri pon dah rasa mata aku nak kembali segar k. JAdik aku ingin meminta jasa baik korang semua agar jangan tanya sebab aku tak update blog and so on. Followers aku pon dah makin berkurang sekarang. Aku sedar k :'). Tapi tak guna kalau followers bertambun, tapi takde yang sanggup baca hasil taipan kita, ye dok ?
Lainlah kalau korang tuh suka update entrie berpuloh entrie dalam sehari *nonsense k* dan suka blogwalking ke blog femes! Tak pelik korang pon terkena tempias orang femes jugakkan? :D Hehe. KBYE :D

WAHAI RAKAN SEKELAS AKU YANG BACA BLOG AKU NIH, MOHON JANGAN TANYA APE-APE TENTANG BLOG NIE, APA YANG AKU TAIP, DAN SEBAGAINYA BILA DEKAT LUAR. Contohnya, kalau aku ade citer mende-mende yang aku tak puas hati dalam dunia realiti kita dekat blog hijau nih. Tak perlu tanya k. Just baca dan simpan dalam hati u olls jeee :)



NOTA HIJAU : Pen waiting for me. Table waiting for me. Homework waiting to pass up to teachers. Overall, pray for me guys :D