17 December 2011

Contest I'm just beautiful ME By Aimie Diyanna

1 awesome people shared their thoughts on my post!


Pssss, jangan lupe jawab salam :).
Hari nii eyda update blog,tapi bukan untuk cerite, tapi tadaaaa

UNTUK CONTEST I'm just beautiful ME oleh Aimie Diyanna :)

Okey, sekarang eyda akan cakap ape syarat yang eyda kene ikut oleh Kak Aimie. *perasan adik pulak, oyeah! ;D

Syarat -Syarat Penyertaan yang WAJIB eyda ikuti ialah :

1. Mesti ade blog dan facebook .

Blog dah ade :).
facebook pon dah ade :)

2. Kene follow blog Kak Aimie Diyanna .


dah follow ;D

3.Mesti LIKE dan Add as Friends : Fanpage Aimie Diyanna , Latest Design , Hidayah Salle , Pumpkins Butik , Coolshoppe LensMurah , Fashionist Paradise .



4. Nama Facebook dan ID follower (nickname dalam Cbox = eydamylove)
kat komen bersame entrie Contest.


Semua syarat nombor satu sampai tiga DAH! Nombor 4 jee belum lagih :).

Okeyy, now kite cakap cara-cara penyertaan pulak !
Eyda akan letak kat bawah nie oke ?


Cara - cara penyertaan (Wajib dituruti) : 
  1. Buat satu entry di blog korang yang bertajuk  "Contest I'm just beautiful ME By Aimie Diyanna"
  2. Letakkan gambar korang yang korang rasa paling cantik/comel/cute dan yang sewaktu dengannya lah. Tak kesah pun berapa gambar. Dan ceritakan kenapa korang memilih gambar tu dan apa kenangan yang ada pada gambar tu.
  3. Buat 1 @ 2 perenggan dengan ayat atau apapun yang kreatif tentang Blog aku ni. (Bagus  atau tak bagus atau cantik atau buruk atau apa apapun pasal blog aku)
  4. Letakkan Banner aku yang di atas tu pada entry contest(wajib) dan sidebar Blog korang(tak wajib).
  5. LINK kan Banner/entry tersebut ke sini.
  6. Tag 3 orang sahabat Blogger anda dan pastikan mereka join jugak. haha
  7. Bila dah publish entry tu, teruss tinggalkan link entry korang tu dekat ruangan komen ni bagi memudahkan aku kenal dan pasti siapa yang dah join.
  8. Pemenang akan umumkan berdasarkan entry yang kreatif , simple dan memenuhi syarat seperti di atas :) dan pemilihan pemenang dan pemberian hadiah adalah muktamad.

Dah tengokkan Cara-cara penyertaan. Sekarang ni eyda nak letak gambar yang dipertaruhkan dalam Contest nih. Lets cekidout :) !

-satu-


Gambar nie mase cuti tahun nie, sajee buat test pakai shawl :).
Eyda sebenarnya memang minat pakai shawl, tapi kalau keluar pegi mane eyda pakai tudung bawal ataupon tudung Ariani jee. Sebab senang jee, kalo pakai shawl, berbelit! dah la eyda nie lambat sikit kalo da pakai shawl tuh..

-dua-


Next, kite cakap pasal gambar nie pulak. Gambar nie diambil kat Cameron Highlands dekat Bukit Arabella. Eyda pegi kat sini dengan rombongan sekolah tapi Tingkatan Tiga je.Nak tenangkan minda gituh ;).
Teka mana satu eyda ? Yang pakai tudung hitam tuh. Yang pakai tudung pink ialah kawan eyda, Nur Aisyah.


Yeah, see my picture ? Saya memang pakai spek! ^_^ v peace yaww~ nampak skema tak ? Actually saya TERsangatlah happy-go-lucky.
P/s: Jom kawan dengan saya ! Girl only!! Boboi Boy , jangan gedik !
Cakap pasal gambar pulak, gambar nih pon cuti tahun nie jugak! Ambil dekat Tesco bahagian Restoran The Chicken Rice Shop! Nampak tak saya pegang ape ? Chopstick! Tak reti pon makan, buat gimik jee dalam gambar, kengkonon nak jadik macam Orang Cina makan dengan alah tuh! huhuhu

Dan last sekali, gambar nih nombor empat.


Haaa, saya pilih gambar nie sebab saya rasa gambar nie comel laa :).
Gambar nih diambil kat Kuala Lumpur. Nampak ayu gituh berbaju kurung ~
Ceriter ci sebalik gambar nie ialah, mase nie perkahwinan Pak saudara saya yang paling sporting gituh :).weeee, oleh disebabkan gambar nih comel, saya sengaja edit campur dua-dua sekali gus, Kak Aimie tak marah kan ?? :). heeee, dan gambar nie jugak saya ambil untuk dijadikkan header untuk blog saya nih. Haaa, tu je lah Kak Aimie. DONE~

KEPADA KAK AIMIE PULAK :

Blog Kak Aimie nie sume dah okeyy. Entrie yang menarik, bahasa yang mudah difahami untuk semua bloggers yang datang singgah ke blog akak. Loading pon cepat. Satu jee yang eyda tak puas ati kat Shoutbox, tulisan tak nampak dan warna kuning tak sesuai laa akak , sorry akak ! :)
Yang lain semua dah okey!Dari segi susunan pon dah okeyy, sebab blog akak tak pakai widget-widget. Blog akak pon kemas, dan tidak menyemakkan pengunjung yang singgah untuk berkelah :). yang lain dah okeyy! Tu  je lah rasenye! Oh lupe nak cakap, saya suke style Kak Aimie lah, nampak sporty! :)

ANDA DI TAGGED :

1. - Aisya Salim -

2. - Irah Noor Khan -

3. - Cik.Yami -

4. - Kak Lyssa - *kasi nahas tagged blogger popular :P

SIAP, dah Kak Aimie, hope menang dan tidak lupe nak ucapkan Good Luck untuk result SPM nanti bulan 3 ye?
Happy EARLY Birthday Kak Aimie! Love you Muah :*** ~
" Who Says Youre not perfect? Who says you are not worth it ? "

16 December 2011

Menang Giveaway by Fiqa :)

0 awesome people shared their thoughts on my post!

Ha ha ha ha ha ha 
ha ha ha ha ha ha ha ha 
ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha
ha ha ha ha ha ha ha ha 
ha ha ha ha ha ha 

Tau tak nape eyda suke sampai terguling-guling nih ???

Cer tengok tajuk tuhhh !
Yeahhh, eyda menang Contest dari Fiqa .
Alhamdulillah, memang tak sangka akan menang :).
Just try cube nasib jeee, tup tup tengok kat Shoutbox ade link dari Fiqa, haa? Tak caye fiqa bagi link ? nanti jap, nak bagii korang tengok,



jeng jeng jeng , haaa, dah tengok kan ??
yeahhh, puas hati laa derr :).

hehehe, okey, takpelahh,
eyda pegi duluh ek ?
:)


Terime kasih Fiqa and penaja !
You all are the best ;)

14 December 2011

Debaran Calon PMR

4 awesome people shared their thoughts on my post!
Dap Dip Dup Dap Dip Dup di dalam dada,
Hati berdebar-debar, jantung mengepam laju,
darah mengalir tak henti-henti, bulu roma berdiri tegak tak jugak turun-turun, badan pulak berpeluh-peluh!

Ape tanda nya tuh ?
Tuh  tandanya,

DEMAM RESULT PMR DAH BERMULA !!!

Okey, sebagai pelajar PMR tahun 2011 nie, eyda tak merasai lagi pon Demam Result nih... Tapi bangun pagi ramai kawan anta mesej macam nie,
Salam aleik, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh keputusan peperiksaan PMR jatuh pada 22/12/2011.. Sila sebarkan mesej ini kepada calon PMR. Terima kasih .. ;D

Haaaa' macam tuh kawan-kawan. Eh jap, sembang sampai Afrika nie, lupe pulak nak tanya. Sape kat sini Calon PMR 2011 ? Calon SPM jangan memandai nak menyampuk pulak ;). Heee, korang tak brdebar ke ?
Semalam eyda sembang chat dengan Farah Fathia (facebook), dia tanya eyda, tak berdebar ke tunggu result ? Nak tau jawapan eyda? Tak berdebar lagi masa nie, nanti 2 atopon 3 hari nak kuar result baru berdebar kot ! *memang jawapan nak mintak flying kiss kick !! :P

Haaa, yang tuh dekat mesej, tak tengok lagi dekat News Feed ataupon dekat Home pesbuk, semua pengguna tak kira laki pompuan, tingkatan satu sampai empat semua nya sibuk cakap PMR kuar 22 hb, PMR kuar 22hb.. Hmmmm, eyda jadik bimbang lah pulak ;'(.. 

Kalo result cemerlang takpe, kalo takkkkkk ???

Umiiiiiii.. Tahun lepas kakak eyda yang hadapi PMR..
Bagi eyda pencapaian kakak dapat 7A tuh dah dapat trofi bagai segala.
Umi dan abah bawak whole family pergi makan kat Secret Recipe untuk meraikan kecemerlangan kakak !

What about me ????
Macam mane dengan result ?
Kita same-same tunggu nanti 22hb... Kalo eyda dapat straight,*Insya-Allah eyda cakap laa kat awak semua. Kalo tak, tengok lah duluh, kalo eyda rase kuat, eyda cakap bape result yang eyda dapat..Kalo tak kuat, eyda tak cakap... hmmmmm...

Oh yaaa, lupe nak bagi tau.. Tadi eyda pegi jenjalan kat sini , baca  semua entrie dia sampai habis dan ternampak cara-cara terkini untuk mengetahui result PMR.

Nak tau ? Okey, meh sini nak bagi tau. Sebenarnya ade dua cara, korang boleh buat dua-dua tapi nampak macam sama, dan memang sama :P ! 

CARA 1 :

-MELALUI SMS-

Taip : PMR<jarak>Angka Giliran dan HANTAR kepada 15888.

CONTOH: PMR DJ###K### 


CARA 2 :

-MELALUI SMS-

Taip : PMR SEMAK<jarak>Nombor IC<jarak>Angka Giliran dan HANTAR ke 15888

CONTOH: PMR SEMAK 123456121234 AB111K111

Haaa, tu lah cara nyee.. TAPI, kemungkinan result korang tuh akan sampai keesokkan harinya... Mane tak nye, manelah tau nanti 22hb semua pelajar PMR tak dapat hadir amik result, pastuh semua nye gune perkhidmatan SMS nie, korang ingat orang yang amik PMR ni korang sorang jee ke?
Masih ade beribu-ribu pelajar PMR kat luar sane nu tau ! Jadi mungkin sebab tu lah lambat sikit dia hantar result korang tuh.Jadik bawak bersabar yee ?

Okey laah, got to go now! 
Pray for my successfull yap !
I will pray for you all to ;D 
Assalamualaikum
*jangan lupe jawab !
Kiss for you all that read my post ~
-CALON PMR 2011-

 

12 December 2011

Yakin ke dia akan jadi milik aku ??

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Malam nie eyda taknak cakap pasal giveaway, pasal contest, pasal tagged orang, pasal edit blog, tapi nak cakap CINTA.

Hah,CINTA ?

Eh, eyda jangan mengarutlah, kau tuh masih budak lah. Makan pon masih umi abah yang take care. Ade hati nak cakap pasal CINTA . Blah la kau !

Mesti ade yang cakap macam tu kan ? Yes, eyda akui,eyda masih budak. Umi abah pon masih jaga makan pakaian and everything! 

Takpe eyda tak kesah. Asalkan eyda tau niat eyda menaip kat blog nie semata-mata nak mengingatkan kaum wanita dan muslimah di luar sana...

Okeh straight to the point ek ?

Cer tengok gambar nih kat bawah nie,


Korang taknak tanya ke kat eyda soalan cepumas gituh, "eyda, kenapa ek kau tak couple? "

Yes, eyda seorang perempuan, seorang pelajar *yang masih menunggu result PMR~, seorang muslimah, seorang anak. Tapi couple a.k.a bercinta a.k.a bergewe *intranslate Kelantan*, boleh memusnahkan kehidupan eyda..

Mmmmmh, ramai pembaca yang muka berkerut-kerut dahi nya macam nenek tua tuh. Tak suka la tuh entrie eyda nih :P . No, takde niat nak mempersenda korang. Sikit pon tak.. Tapi eyda akui dilamun perasaan itu 1-2-3-4 tahun dulu dan beberapa bulan yang lalu. Maybe masih bodoh tentang kehidupan dan jugak tersepit dengan alam sekeliling *dengan kawan-kawan yang bercouple. Tak paham ? Haaa, meh nak kasi contoh.

" Wey ko tau takk semalam aku calling-calling dengan pakwe aku lama gila siottt ! Ye la kan dari pukul 12 malam sampaikan pukul 3 pagi ! Dah lah dia lucu, pandai amik ati aku tau. Aku merajuk laa malam tadi,tension giler tau. Dengar aku merajuk jeee terus pujuk "

Lelaki, pantang tengok kite merajuk. Pujuklah, bagi kata-kata yang manis dari coklat yang umi eyda bawak balik dari Langkawi lah. Konon baik. Tetapi betol ke pujuk ? Ke ade maksud tersirat ?

Kenapa eyda tak couple ? Ye, bukan eyda takde perasaan kat makhluk yang bernama "Lelaki". Tapi, eyda taknak mengucapkan SAYANG untuk kali ke dua untuk "Sua.M.I" 15 tahun akan datang.. Eyda pon manusia biasa yang ade sayang, cinta, nafsu* bukan nak bajet! Jauh sekali.. Tapi sayang kat maruah diri dan keluarga... 

Perempuan tuh ibarat mutiara dalam lautan... Hanya orang yang layak je yang boleh ambil mutiara tersebut . Sape ? Boyfriend ? Balak ? Harimau belang ? Bukan kawan-kawan. Hanya manusia yang telah sah bergelar SUAMI... Abis tuh berapa harga perempuan ? Semurah kuih-muih yang dijual dipasar ke? Empat singgit empat singgit. Yang lebih teruk ? Tiga samah tiga samah . (RM1.50 sen) Ataupon yang lebih mudah didapati di tepi jalan ? {mudah disentuh}

Awak nak ke kalau nanti suami awak cakap,

" Awak, sorry, saya terpaksa katekan sayang untuk kali ke 7 lepas boyfiee saya dulu " dan vise versa bunyi 2 X 5 je... *banyak nyeee bf :P.

Pernah dengar dan tengok tak ayat nih ?

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Okey, eyda pegi dulu. Sekian untuk entrie hari ini ;) Ingat satu perkara yee,

NOBODY ARE PERFECT INCLUDING ME ! 

11 December 2011

My 1st GA : Ole Ole Dari Bandung

0 awesome people shared their thoughts on my post!

Kepada bloggers yang comeyy  dan hensem, teka pasal ape entrie hari nie ?
Pasal GA lagih :).
Korang kali nie kita dapat ole-ole dari Bandung. Eyda pon dulupenah pegi Bandung. Best sangat-sangat tau. Dah la tempat dia cantik-cantik, orangnye pon baik-baik pulak :). Ok eyda tipu ~ I never leave my footprints over Malaysia :P .Hehehehe. Okey, dah . Nak join ? Tengok syarat-syarat yang eyda kepilkan dalam entrie okey ? ;D
- SYARAT-SYARAT GIVEAWAY -

satu.  buat entry bertajuk "My 1st GA : Ole Ole Dari Bandung" 
dua. Wajib LIKE Page ini ---> Here
 tiga. Paste Banner Di atas dalam entry itu ya 
empat. Tag 2 orang kawan. pastikan die tahu ya 
lima. Copy URL Entry dan email korang  di kotak Comment Entry ini Sahaja.
Okey semua dah, kecuali tagged tuh :)

Walaupon eyda masuk nie tanpa orang tagged eyda, tapi eyda tagged jugak kawan eyda okey ?

Iaitu :::

- Cik.Yami - 


done :)