29 June 2012

Aku busy, mungkin lama lagi aku akan kembali.

0 awesome people shared their thoughts on my post!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kat blogger dan readers yang aku hormati dari hujung rambut aku sampai ke taik kuku yang melekat di celah kuku kaki ku :) *Jangan muntah k*

Hmm, aku sebenarnya saja je update entrie kali nie walaupun baru semalam dah update :) Act, aku taknak jadik blogger tegar. Bukan taknak, tapi memandangkan aku masih belajar, biarkan aku belajar dulu k. Hal ini kerana, aku dapati kebanyakkan orang dewasa yang berumur 25 tahun keatas dan yang sudah bekerja, tak lupa juga kepada individu yang memegang pangkat 'Encik' dan 'Puan', MERINDUI ALAM PERSEKOLAHAN ! Betol tak betol tak?
Alaaa, tak payah nak geleng-geleng kepala k? Elehh, taknak mengaku konon :P
*macam esei PMR dulu je...*

Ehh, aku rasa dah lari dari tujuan asal aku update blog kot. Sebenarnya tujuan aku update entrie nie just nak cakap yang aku sebenarnya baru buat bota Biologi dalam buku SPM Tahun-Tahun Lepas tuh. Pastuh, aku mengantuk. So, supaya mata aku segar balik, aku buat perkara yang aku takkan mengantuk dan sanggup berjaga malam IAITU ...

*Tarik nafas, LEPAS ! Tarik nafas, LEPAS !*

JENG JENG JENG




MELANTAK DEPAN KOMPUTER !



Hmm, aku sendiri pon dah lama tak update blog, biarpun baru semalam. Tapi baru semalam lah aku boleh betol betol agak relax sikit update. Homework banyak k. Sekolah aku dah mula melangkah macam sekolah Kluster. Jadik, cikgu bagi homework. Aku okey je, tapi masa untuk disiapkan tuh lah yang makan masa. Arghhhh, kadang-kadang aku naik pening nak siap kerja yang mana satu dulu ek? Aku pon amik yang senang-senang untuk disiapkan je. Then, buat yang susah-susah. Kalau ade yang aku tak tau, aku tanya kawan-kawan aku yang pro subjek-subjek tertentu ataupon tanya cikgu terus. Kalau aku rasa tak sempat nak tanya kawan atau cikgu, aku senyap macam tuh je lah.

Okey, takpe lah aku sendiri pon dah rasa mata aku nak kembali segar k. JAdik aku ingin meminta jasa baik korang semua agar jangan tanya sebab aku tak update blog and so on. Followers aku pon dah makin berkurang sekarang. Aku sedar k :'). Tapi tak guna kalau followers bertambun, tapi takde yang sanggup baca hasil taipan kita, ye dok ?
Lainlah kalau korang tuh suka update entrie berpuloh entrie dalam sehari *nonsense k* dan suka blogwalking ke blog femes! Tak pelik korang pon terkena tempias orang femes jugakkan? :D Hehe. KBYE :D

WAHAI RAKAN SEKELAS AKU YANG BACA BLOG AKU NIH, MOHON JANGAN TANYA APE-APE TENTANG BLOG NIE, APA YANG AKU TAIP, DAN SEBAGAINYA BILA DEKAT LUAR. Contohnya, kalau aku ade citer mende-mende yang aku tak puas hati dalam dunia realiti kita dekat blog hijau nih. Tak perlu tanya k. Just baca dan simpan dalam hati u olls jeee :)



NOTA HIJAU : Pen waiting for me. Table waiting for me. Homework waiting to pass up to teachers. Overall, pray for me guys :D

28 June 2012

Speechless Thursday :D

0 awesome people shared their thoughts on my post!

Assalamualaikum and hello guys !
Erghh, I'm think my potential to speak in English very very down :( And, I wanna to try my best to upgrade my English! *face palm*

Yes I know. Since I involved in world of blogging, I think that my life was changed 100% from the top of my hair to my tiny nails of my leg. And, my teacher said , I have to struggle in my final examination, so I will selected to Gold Class/ Diamond Class/ or whatever! * Icall Marikh as Diamond class? Oh what the heck?? :D

KBYE ! I have a lot of homework :')







16 June 2012

Lawatan ke Langkawi ! [ gambar ] Part 1

1 awesome people shared their thoughts on my post!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kat semua readers dan bloggers sekalian. 

Lawatan tuh start dari Isnin sampai Rabu.
Mase hari last tuh, memang ati rase berat nak balik tauuu ! :'(
Sedih sangat ! Rasa nak duduk terus je kat Langkawi biar sampai hitam.
Muahahaha :)

Nak tauuu?
Ade sorang budak pompuan nie kan, cakap [ Muahaha dan Muehehe ] nie trademark dia. Menyampah betol. Bukan ke dah lame eyda guna []. Hurmmm.
* Bila ayat best mesti ramai tirukan ? :P *

-HARI PERTAMA-


Pika dan eyda.



Gambar kat atas nie mase kat jeti Kuala Perlis :)


Yang nie pulak dalam feri :) 
Hari pertama kitorang tak start lagi journey menjelajah Pulau Langkawi.
*bajet nampak satu PULAU LANGKAWI kitorang pegi kan ?Padahal kitorang pegi kat tempat2 menarik je. Muahaha :D*


Kitorang sampai dekat Jeti Pulau Langkawi dalam pukul 7.00 ++ tau.
Check-in Hotel Region pulak dalam waktu Maghrib. Mase mula-mula masuk, mende yang kitorang cari dulu ialah plug dan iron !
Mane taknya, aku sendiri pon bawak baju T-Shirt-yang-senang-nampak-kedutnya wooo ! Hahaha. Sebenarnya, mase kat hotel lobi tadi dah tanya akak dekat kaunter ( i don't know her name :P ). Dia cakap kalau nak iron baju kene pegi kat bilik service kat bawah dekat ngan lobi. Hmm, aku ape lagi, dengar je "Bilik Service",dalam otak nie terbayangkan bilik service yang penuh dengan iron dan papan nye. Tapi masuk je, ade iron satu, iron board satu! Korang bayangkan hotel yang besar gedabak HANYA MEMPUNYAI SATU IRON DAN IRON BOARD, could't you ?


Lepas tuh, aku, Ifwat ( act, she is a girl okey? :P ), and Fathia pegi lah turun bawah kat lobi iron tudung semua. Masing-masing semua bawak tudung bawal tau ! Bayang je lah, aku 4 helai, Ifwat 3 helai, Tia aku lupe dia bawak berape =,=''.


Lepas siap iron semua tuh, kitorang naik bilik and bersiap untuk mandi and so on. Malam pertama nie kitorang takde pegi mane-mane sebab semua orang letih tau ! Tapi, letih-letih pon, tidur pukul 1. ++ tau, sebab banyak citer yang kitorang bualkan, sampaikan semua orang dekat sekolah kitorang citer. Well, perempuan kan :D ??? *perlu ke ade tanda tanya 3 bijik?*


-HARI KEDUA-


Aku - Ifwat - Tia
Nie mase kat atas bas tau ! Aku bukan duduk bertiga key atas bas? Just untuk posing je :P


-Tempat Memproses Minyak Gamat-


Tempat pertama kitorang pegi untuk hari kedua nie ialah Tempat Memproses Minyak Gamat !




Gambar 1 : Minyak Gamat.
Untuk pengetahuan korang, minyak gamak nie telah dipanaskan dengan api yang sangat panas, dan minyak gamat nie jugak mengelegak tau semasa dipanaskan, TAPI apa yang menakjubkan tentang minyak gamat nie ialah MINYAK GAMAT INI TIDAK PANAS ! Aku dah sentuh, dan memang ternyata, minyak nie sejuk je wei ! :) 


Gambar 2 : Also Minyak Gamat !


Gambar 3 : Model Minyak Gamat :P
"Mari rama-rama kito pakak gi beli minyok gamat awee nga mek weiiiii"
Hahaha :D


Alaa, aku singgah je, tapi tak beli pon. Sebab umi aku dah pegi Langkawi tahun lepas, dan umi pon dah beli. Jadik, aku turun amik gambar minyak gamat je.


- Kota Mahsuri -


Mahsuri Binti Pandak MayahMahsuri telah dihukum bunuh pada 1235 Hijrah(1819 Masihi) akibat dari fitnah dan irihati. Semasa menerima hukuman, beliau bersumpah bahawa :"PULAU LANGKAWI TIDAK AKAN AMAN DAN MAKMUR SEHINGGA 7 KETURUNAN"





Gambar 1 : Tuh tempat yang eyda paling teruja nak pegi. Sebelum nie eyda penah tengok buaian Mahsuri nie dalam gambar Hannah Afifah mase Form 2 dulu. Tapi bila dah tengok rupa-rupanya takde ape-ape pon. Ade bantal ngan ape lah tah, tak perasan :)

Gambar 2 : Bajet duk dalam penjara :P

Gambar 3 : Kat belakang eyda tuh ialah Makam Mahsuri.

Gambar 4 : Akak yang kat sebelah eyda tuh macam penyambut tetamu kat Kota Mahsuri nie.  DAN KAKAK SANGAT CANTIK TAU !

Gambar 5 : Pika :)





Gambar 1 : Eyda dan Aisyah di buaian Mahsuri.

Gambar 2 : Tudung tak jadik tau ! 

Gambar 3 : Dekat Rumah Mahsuri.

Gambar 4 : Makam Mahsuri :)

Eh korang, aku dah upload banyak tau ! Act, nak upload satu-satu tapi memandangkan internet slow, aku just taruk semua gambar tuh jadik satu dengan edit guna PHOTOSCAPE ! 
Nie baru Part One, nanti tunggu untuk Part Two pulak okey ?
Kbaiiii ! 



NOTA BULU KAKI : Weyy, nanti Ahad sampai Rabu aku ade kem ape entah kat Kem Tangok, Bachok. Aku tak pasti ape aktiviti yang akan dibuat kat sane nanti, tapi yang pasti aku kene bawak pakaian yang lasak untuk menjalankan aktiviti tuh. Aktiviti yang paling aku tak sabar tuh ialah, Aktiviti yang kene guna air. Hope aku tabah menjalani semua aktiviti dengan baik k ? Tuh berita baik, berita buruk pulak, aku kene skip kelas la wei 4 hari. Dah lah cikgu Kimia aku nak ajar Bab 6 yanng agak susah. Cikgu sendiri pon kate bab nie sukar, jadik kiteorang(budak kelas aku) kene faham betol-betol ape yang cikgu nak ajar nanti. Siyesly, aku tak gembira skip kelas! Sebab nye result PKBS 2 (exam pertengahan tahun) aku memang down giler kot. Okey, aku tau "Nota bulu kaku" aku agak panjang. Haha. Kbye! Assalamualaikum. Opss, lupe, 19 Jun Birthday aku. Jangan lupe wished! BYE !

31 May 2012

Genap 60 entrie eyda !

1 awesome people shared their thoughts on my post!


Salam sejahtera kepada reader(s) dan blogger(s), tak lupa jugak kepada follower(s) eyda yang comel dan hensem sume nie tauuuu !
Hurm hurm hurm, korang !

Nak citer something nie, sebenarnya eyda nak tanya korang nie, kenape ek, lelaki suka bagi harapan kat pompuan?
Tak caye ?
Kalau awak sume nie form 4 ataupon form 5 kan, cer tengok dalam buku poem kite, ingat kan poem He Had Such Quiet Eyes ?

Hmm, tak paham betol.
Takpelah, nak citer kat korang pom takot korang pulak tak paham..

Ohh yaa, nie kan musim cuti. Korang takde pegi mane-mane ke? Eyda takde pegi mane-mane laaa setakat hari nie. Umi pon takde cakap perancangan ape-ape. Cuma dalam minggu kedua nanti eyda ikut lawatan pegi Langkawi ngan Pembimbing Rakan Sebaya. 

Korang, sebenarnya eyda nak mintak maaf tauu ngan korang sebab ade yang pegi kat Cbox cakap :




Haiiii, saya dah follow blog awak, harap follow balik.

Hyee, follow me back ! 

Hai, saya datang blog awak, jom ke blog saya balik.

hai, tolong follow saya balik 

and soooo onnnn ! :)


Sorry sangat tau, eyda bukan taknak follow korang.. Tapi internet slooow lah.. Nak bukak satu-satu blog korang kan, lambat loading...blog korang kan comel, siap letak gadget berduyun-duyun sampai blog pon berat-berat giler kot. Hmm, tuuu lah. Jadik sorry yee, actually eyda online guna broadband, tapi sayang, broadband nie slowww ! Kan selalunya eyda update kat kedai eyda je, tapi kedai eyda pulak kabel kene curi lahhhh ! Dah 3 minggu lebih lebih CC tutup. Entah pelanggan ade ke takk, no komen lah !

Jadik, kalau eyda follow blog korang slow slow takpe kan?
Eyda tak janji ekk, sebab internet pon tak janji ngan eyda bila dia akan baik balik. Muehehe :3
Tapi yang pasti bila internet dah okey, eyda akan follow korang ek? Okey, takpelah eyda nak siapkan keje rumah yang berlambak-lambak pulak nie. 




NOTA KAKI : Harap tak turun kelas tahun depan ! :'(

25 May 2012

No Exam No Message No You !

0 awesome people shared their thoughts on my post!

Assalamualaikum reader(s) dan blogger(s) sekalian !
What's up what's up !

Hah ?
Ape ?
Rindu eyda ?
Well, eyda tau dengan blog eyda yang comel nie korang suka baca blog eyda kan ? Muehehe :3

Hurm, hurm.
Nak start macam mane ek citer nie?
Actually, nak citer sume mende yang berlaku kat eyda kat korang sume nie. Tapi, eyda takut ade yang labelkan blog hijau nie sebagai blog 

GEDIK !

So, eyda taknak citer sume.
Just citer sikit-sikit je.
Okey, camni, eyda rase something lah bile text ngan XY nie. Mungkin, cara dia text tuh biasa je di mata dia sendiri. Tapi, sangat berlainan pada eyda :P

Memang kitorang takde lah rapat sangat.
Tapi, jadi baik jugak lah mase minggu exam nie..
Okey, tuh je lah yang eyda boleh citer ngan korang... muehehe :3

Hah?
Takde ending ?
Alaa, takkan nak citer sume kot, sebab berdasarkan pengamatan eyda sendiri,
seramai 95% orang yang blog eyda nih ORANG PEREMPUAN atopon dikenali dengan nama gedik nya iaitu ---> Girl(s). *kuatkan bunyi Sssssss tuh ye*

Dan, biase lah orang perempuan, topik yang selalu dibincang ialah tentang keburukan orang lain.. Bajet dia sume yang bagus dalam bermacam hal.
*tak tuju kat sape-sape*

Haaa, pastuh eyda sebenarnya sedih, sebab dah tak dapat text dengan XY.
Dia cakap layan eyda nih, buat abis kredit je

Oh my boyy ! 

Taulah, eyda gune maxis. Sebenarnya, tujuan eyda beli maxis nie sebab taknak kasi orang lain mesej eyda.. Kan mesti kite sayang kredit nak mesej dengan orang berlainan nombor ngan kite. Pastuh, mase tuh eyda tak terpikir pon pasal nak ... segala nih.
Tapi, bila hal macam nie berlaku, ... humm,
korang paham maksud eyda kan?

Ohh yaa, malam dah melabuhkan tirainya, eyda nak ucapkan Happy Holiday kat sume pelajar sekolah !
Study leklok dan selamat malam ! BYE !