19 April 2012

TUTORIAL | Sign Up Blog !

0 awesome people shared their thoughts on my post!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger(s) dan reader(s) sekalian..
 Hehe :)

Okey, hari nie eyda taknak citer pasal entrie, pasal kawad/kawat, atau pasal ape-ape pon, tapi nak citer pasal BLOG !

Tapi, bukan pasal blog, iaitu CARA UNTUK SIGN UP BLOG ataupon cara untuk buat blog kepada sesiapa yang takde blog..

Hmmm, sebenarnya eyda sendiri pon masih tak layak untuk bergelar sebagai seorang blogger, tapi TAK KIRA TAK KIRA nak cakap jugakkkk ! :)

Sebenarnya, tuto nie khas untuk kawan-kawan sekelas ataupon kawan-kawan fesbuk yang takde blog, dan ingin mempunyai blog. :D

Okeyy, taknak cakap memanjang, jom kita start tuto !

STEP PERTAMA

1. Pergi ke link ini -----> SIGN UP BLOG .

2. Isi semua tempat kosong tuh ye, takpelah, biar eyda terangkan satu per satu supaya korang paham :D

- Email Address : emel korang YANG TELAH WUJUD ! Tapi eyda tak pasti untuk google saje atopon yahoo pon boleh.. 

- Retype email address : taip balik email address macam tadik.

- Enter password : Pastikan nombor bergabung dengan huruf. ( Contoh : 123456abcd )

Type password again : Taip balik password korang tadik.

Display name : Nama korang yang rase boleh di ' femes '. Cehhhhh :D 
( Contoh : Asnida Ridzuan ataupon ape-ape je lahh)

Email notifications : Tick kan kotak tuh okey?

Gender : Male-lelaki ataupon female-perempuan.

Birthday : Tarikh korang tengok muka misi ataupon bidan XD hakhak

Word Verification : TAIP balik perkataan atauponm huruf bertulisan hijau tuh ok?
TAIP BETOL-BETOL !

Lastly, klik kotak kecil tuh, untuk sign up...

DAN KLIK CONTINUE !

STEP KEDUA

1. Dia akan keluar ke link yang macam nih kan ?


Name your blog : Nama yang korang nak publish. ( Contohnya : Asnida Ridzuan ;D )

Blog address (URL) : contohnya - http://linkblogkorang.blogspot.com/
* Tengok perkataan yang eyda bold tuh ye, tukar kepada link korang sendiri yang korang suke. TAPI PASTIKAN URL TUH JANGAN PANJANG GEDABAK SAMPAIKAN TAK BERHENTI 7 HARI 7 MALAM ! Nanti orang lain malas nak masuk blog korang.. Contohnya URL macam nie ~ http://akubudakcomeldancute,blogspot.com/ ataupon http://akusayangkausampaimati.blogspot.com/

KONFEM ramai close tabs korang punye blog! 

Kemudian, Klik Continue !

STEP KETIGA

Pilih template yang korang suka. Untuk pengetahuan korang, blog eyda guna template washed denim, sebab senang nak edit kasi comel macam blog eyda nih. Untuk permulaan nie, korang pilih je duluh yang mane satu korang suke, nanti eyda ajar pulak cara nak tukar ke Template lain okey?

Eyda sarankan : Simple Template dulu untuk kali nie..


Wahhh, sekarang blog korang dah siap!
Korang dah boleh start blogging :D
Happy lettewww :)
 MUEHEHE :D

Kalo tak paham tanya, eyda just tunjuk cara nak buat blog je, kalau bab mengedit, korang boleh pergi ke Blog Kak Una Chomel - tutorial edit blog dan Blog Kak Lyssa Faizureen - tutorial edit blog ye. Mula-mula memang tak paham, tapi cuba buat betol-betol key? Biasalah new blogger, mula-mula tak paham, tapi bila korang dah lame berkecimpung dalam dunia blog nie, korang akan tau nanti :) hehehe :D

" Majulah blogger untuk Malaysia "

" 1 Blogger 1 Malaysia "
Suka entrie nie? Klik likeeee ! :D

18 April 2012

Bengang tau takkkkk ?

0 awesome people shared their thoughts on my post!

Sekarang nie eyda tengah bengang giler... tau tak?
Abes tuh, korang bayanglah kan, dari bulan tiga sampai hari nie eyda, Aisyah R, Syafikah Y datang kawad, tapi...
MALANG NASIB, sebab tak dapat masuk pertandingan kawad kaki dalam perkhemahan minggu depan ! 
SUMPAH SAKIT HATI TAU TAKKKKK ?

Tolong jujur dalam menilai kitorang boleh tak ?

Okey, aku tau sume orang back up kawan masing-masingkan?
Tapi, kalau dah masuk tahap menyakitkan hati orang, sape tak marah bebbb ?
Korang tau tak, eyda kesal sebab ade segelintir pihak tak faham perasaan orang lain, kalau eyda ade salah dalam kawad kaki, TOLONG PERJELASKAN APE SALAH EYDA SEKARANG !??? Kawad baru datang tak sampai 48 jam, nak pusing kanan kiri pon tersilap, tu yang korang nak pilih ?

Woooo, tabik springggg lah weii !
Eyda tak kesah korang nak mengata ke, cakap belakang ke, ape ke?
Bak kata pepatahhh, ADE AKU KESAH KE WEI?
Sekarang nie silap sape?
Mentang-mentang kau kawan dia, kau pilih ek?
Eyda doakan agar 'kemenangan' berpihak kepada sekolah kita... :)

------> Sorry, entrie nie memang ade niat tujukan kepada pihak terbabit... 
Eyda geram tau, kawad datang SETIAP HARI, tapi tak dapat. Sedangkan kawan kau, yang datang baru semalam, kau pilih ?? Mane keadilannnnn ?

Untuk kawan-kawan yang senasib ngan eyda pulak, jangan bersedih tau ?
Kalau tak dapat masuk kawad kaki nie pon, kita tunjukkan kebolehan kita nanti ade merempuh rintangan pulak ye? Kita buktikan kat pihak berkenaan yang kita mampu buat dari yang dorang sangka!! Kbaiiii :'(

NOTA KAKI : MAAF, ENTRIE YANG BENGANG :(

17 April 2012

Kehidupan yang sangat sangat sangat busy !

0 awesome people shared their thoughts on my post!



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua blogger(s) dan reader(s) sekalian !

Nampak tak tajuk kat atas tuh ???
Nampak tak nampak takkkkkk ???
*Woooiiii, aku dah nampak la weiii * kata korang kat aku.

Nak ulang tajukk !
KEHIDUPAN YANG SANGAT SANGAT SANGAT BUSY !

Okey, hari nie eyda nak tukar dari eyda kepada aku.
Okey fine ! Lupakan...

Hmm, hari nie, minggu nie aku dah penat lah wei !
Sebab ?
Banyak kerja sekolah, ade latihan kawad kaki, nota-nota subjek lain, latihan,oral bi, pantun, dll. Walawehhh, hari sabtu nie sekolah lahhh, ganti cuti ape entah. Tak sempat nak dengar tadi mase cikgu buat pengumuman, SEBAB ?
*datang lewat 5 atau 7 minit ke perhimpunan tadi*
Muehehe :3

Memang tak sempat giler-giler tau, korang bayangkan je lah, dari pagi aku bangun dalam 4.45 pagii.

Woooo, awal siot !
Okey fine, tuh pon kunci jam, pastuh buat snooze 15 minit. Maknanya aku kunci jam pukul 4.45, 5.00, 5.15, 5.30, 5.45, 6.00 pagi. TAPI takde maknanya pon, harapkan snooze tapi snooze yang mengulitkan... :P

Haaa, pastuh pagi pegi sekolah, rehat makan * nie memang aktiviti yang tak boleh tinggal !, pastuh, dalam pukul tiga aku pegi meratah nasi ayam bakar + kuah gulai kat mussolla ngan kawan kamcing aku ----> Syafikah Yuhamat dengan Aisyah Ramani. * Diorang takde blog, tapi kalau dorang tau aku mention nama kat blog comel nie memang idung dorang kembang 40 inci ! :D

Okey, lepas solat zohor, tidur + baring2 kejap, pastuh pukol 4 dah ade kawat/ kawad. *Aku tak pasti kawad/kawat eja macam mane* Agghh, benci ngan Kawad tahun nie, sebab kalau tahun2 lepas, kawad polis biasanya buat kat sekolah aku je. Tapi tahun nie, dia adekan Kawad Polis dalam perkhemahan !
What the ????

Terpakse skip kelas !
Arrgghhh, this is disaster ! ---> tiru ayat *Gerrado* kelas aku !

Oh ye, mesti korang pelik camne aku update blog nie kan ?
Sebab nya aku takut follower aku berkurang sebab tunggu update citer terbaru pasal aku ! Acecece :D

Dan update yang last tuh pon mase 11 april, pasal Giveaway Kak Una .
Kalau update citer sal aku pulak entrie pasal Homework Bertambun .
Aku bukan malas update tapi busy tau!
Mase cuti empat hari tuh aku aktif lah fesbuk aku, agghh, memang tak lekang tau dari chat, like, selongkar wall orang lain, dannnn yang paling best
aku jemkan noti-noti, salah sorang dari ahli 2PM iaitu Hakimy Zamri Hahaha. Padan muka kimy :D
Hehehe ^_^v peace jangan marah ye kimy !

Okey lah nampak nya masa memang JELLY *jeles* ngan aku kan ?
Okey, got to go nowwww !
Assalamualaikum !



NOTA TAIK HIDUNG : Kawan eyda --> Anis Syafira mintak edit blog nya. Muehehe, cantik sangat ke blog eyda nie anisss oiii ?? Hehehe. Nanti hari minggu ye anis, tu pon kalau tak busyy ;)
*Anis mesti bangga eyda mention nama dia kat sini :P



Suka entrie nie? Klik likeeee :D

11 April 2012

Giveaway Blog Saya Omei-Omei

0 awesome people shared their thoughts on my post!

Klik banner kalau nak join :D
Ciri-ciri Felt Idaman eyda ialah :

Warna hijau ataupon warna purple ;)

Ciri - ciri button pulak ialah :

Gabungan warna purple + pink ATAUPON hijau muda + biru muda .

Hikhik. 
Yang pasti Contest nie merupakan Contest yang paling unik.
SEBAB ?

KAK UNA tak pakai Random.org.. Hehehe :D

Cara Pemilihan pemenang :
Pemenang tidak akan di pilih melalui proses random.org sebab pihak owner rasa mcm tak best ! hahaha :D sooo , una akan buat satu box dan tulis di atas sehelai kertas nombor bertuah anda . hehe :D nombor bertuah tuh una akan refer pada kamu peserta ke berapa yang join giveaway una nie :) 

So, kepada sape-sape yang berminat untuk join GA nie dipersilakan :D

Nota kuku kaki : Harap menang sebab nie fes time dalam tahun nie join Giveaway ;)

30 March 2012

Homework Bertambun !

0 awesome people shared their thoughts on my post!


Assalamualaikum dan salam satu blogger to all my handsome and sweet reader(s) :D

Hmm, update hari nie just nak bagitau homework yang eyda ade :D whoa ;)
 Okey, nobody cares about my homework, tapi kengkawan yang satu kelas, yang tengah baca blog comel nie mesti nak tauuuuu !

Okey, kat bawah nie ek ??

HOMEWORK KITORANG :D

Bm ( X )
Bi ( X )
 Math ( / )
Sej ( / )
 Pai ( / )
Kimia ( / )
 Fizik ( / )
Add Math ( / )
Biologi ( / ) * nota eyda sendiri ~


Yang penting, jangan jadikan homework yang cikgu bagi sebagai bebanan ataupun, buat sebab takut cikgu marah. Tapi, jadikan homework sebagai ilmu yang kita bakal belajar dan jadikan soalan-soalan dalam homework tuh sebagai soalan yang akan keluar dalam peperiksaan sebenar nanti ----> ( UPSR, PMR, SPM 2012 ). Barulah homework yang kita buat masuk dalam kepala dan Insya-Allah kita akan ingat soalan-soalan dia tuh :D

Dan yang penting sekali, jangan jadik macam nie sudahhhhh !!!

What thee ????
 
 Yeah !
Got to go nowww !
Asnida Ridzuan -------> ade homework !! :P

Suka entrie nie ??
LIKE NOW !
Tak suka entrie nie, okey komen sekarang !
*ugut ! :D