skip to main
|
skip to sidebar
Hai korang!
Assalamualaikum wbkt :) Hehe. Lama sangat-sangat dah aku tak update-update blog hijau aku ni kan?
Ya robbi!
Aku tak tahu la busy buat apa sampai aku dah lama tak update blog aku ni. Hehe. By the way korang, Alhamdulillah, dalam sedar tak sedar ni kan, In Shaa Allah, kalau takde aral melintang... Jumaat depan, aku akan melangkah ke alam perkahwinan... Setakat ni persiapan dan 85% dah. Lain-lain dalam on going dah hehe.
Sejujurnya, aku rasa takut nak melangkah ke alam lain sebab aku sedar yang aku tak perfect... Banyak benda aku tak perfect... :( Kadang-kadang, rasa macam "What's on Earth that I'm done to deserve him in my life ya?"... Sebab Dia punya wise, dia punya sabar tu... Sampaikan dulu, sebelum something happened... Walaupun kawan-kawan baik masa university tak pernah jumpa dia pon in real life, tapi dorang sangat-sangatttt happy for me and him.
Aku bersyukur sebab he gave me the second chance... Second chance yang akhirnya yayyyy nak kawin dah kami! Hehe. Jumaat depan (10 Disember 2021)... Tak buat majlis besar-besar pon sebab Kelantan pon masih PKP, masih Fasa 3. Sebab kes kat Kelantan tinggi lagi. Family terdekat sahaja. Doakan urusan kami dipermudahkan dunia dan akhirat ya korang ;) Alang-alang blog aku pon orang dah lama tak baca. Hahahahha.
Izinkan aku spam gambar masa kami bertunang pada 23 Oktober yang lalu ya? ;) Hehe.
Terima kasih semua untuk 8 tahun yang bermakna ini, rasa macam eh dah nak kawin dah kita? Ada turun-naik macam roller coaster tengok-tengok dengan dia jugak hahahha. Adoi. Semoga perkahwinan kita nanti dipermudahkan dan dirahmati Allah selalu awak! Amin! :)