skip to main
|
skip to sidebar
Bismillahirohmanirrohim... Assalamualaikum semua!
Sebelum kita start meneroka ke dunia aku, mehlah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur sebab sampai hari nie kita still hidup dan bernafas! Alhamdulillah.
Alahai lamanya aku tak menaip, tak update benda-benda kat blog aku nie kan?Dulu takpela, aku freeeeeeeee, sekarang banyak benda nak kena buat. Banyak benda nak kena settle bagai! :D
Okay lupakan. By the way, let me continue to type it in English. Shall I?
I feel so happy as before this I always update sad post like "When I will pursue my studies in Gombakkkkkk?!" Now, I already pursue it, and taraaaaa, this is my 1st Semester and 1st year as Degree student here! :)
BEST TAK?!
Hmmm. Nak cakap best, best sangat! Sebab aku dapat sambung Gombak! Hehe. Pastu, dapat jumpa jodoh kawan baru kat sini! Hehehe. Dulu aku selalu rasa nak sambung belajar luar negara hahahahaha tapi bila pikir balik, tak perlu pon sebab kat sini dah International dah. Nak jodoh foreigner dari negara mana? Pilih pilih! Semua available~ HAHA. Gila.
Lagi satu, aku suka kumpul kawan-kawan baru dari luar negara! Hehehe. Antara yang aku dah ada, Bangladesh, Indonesia, Aghfanistan, Uzbekistan, Singapore, dan Nigeria. Hehe. Ada classmate aku, ada yang tak! :) Kadang-kadang mesti korang pelikkan, kenapa aku nie jenis layan semua orang? Tak takut ke? Tak tu ke? Tak nie ke?
Hmm. Entahla, aku ada good perception pasal orang nie. Bagi aku semua orang baik! I know I should not have think like all people think like us right? Tapi, serious aku suka kawan dengan semua orang sebab bagi aku, tak dapat pergi negara diorang, dapat kawan dengan dorang pon jadik! Hehehe. Macam mana boleh kenal Monda?
Macam biasa, ada kenal kot facebook and classmate. Satu lagi, walaupun negara berlainan, but we used the same language to understand to each other. English! I realize that I already improve my English a lot day by day! Wallahi, I feel proud to myself! Kalau ada kawan-kawan aku dari sekolah dulu, dorang tahu lah cemana teruknya English aku dulu.
Aku tak tahu, dari sekolah rendah, aku dapat 4A 1 B English dalam UPSR, 8A dalam PMR, 6A 3B dalam SPM. Tapiiiii, PMR dengan SPM still aku takut dengan BI! Walaupun umi aku cikgu BAhasa Inggeris! HAHA. Masa SPM tu la first time aku dapat A untuk subjek Bahasa Inggeris aku. Tu pon A- HAHA. Tak sangka jugak sebab aku tak target pon A sebab aku sedar kemampuan aku masa tu.Tapi, rezeki Allah mungkin?
Dulu, nak post status dalam bahasa Inggeris pon takut wey! Sebab grammar aku teruk gila kot! :( Yang aku tahu, lepas "to" kena root word. Tu je aku tahu! Lain-lain zero! Aku pon tak tahu kenapa aku bengap BI sangat dulu! HAHAHHAAH. Sekarang bengap jugak, tapi takdela sebengap dulu. LOL.
Serious, kadang-kadang aku rasa menyesal sangat, asal la aku tak belajar Bahasa Inggeris nie dari dulu lagiiiiiiii! Kat CFS tu aku start dari awal balik! I know its too late for me! Tapi takdelah lambat sangat. Aku ingat masa aku kena repeat empat kali English Placement Test kat CFS dulu, Umi aku mintak aku buat essay UPSR hahaha. Lepas tu, bayang la, banyak grammar aku salah and umi cakap semua grammar tu dia ajar kat budak darjah empat! HAHA! See? No wonderla kena repeat 40 kali EPT! HAHAHA.
By the way, aku nak share satu lagi pengalaman unik aku setakat aku belajar kat sini tau! Tolong la jangan nak judge foreigner nie sangat! Aku geram betul dengan tipikal or mindset orang kita nie. Kadang-kadang bila aku cakap aku ada kawan dari Bangladesh, mesti orang gelakkan! Ye la, sebelum nie kita nampak orang Bangladesh nie jual karpet la, buat kerja-kerja tengah panas la, apa la, bila cakap dari Indonesia, dorang pikir orang Indonesia nie bawak lari anak dara orang gi Lombok la, bila cakap dari Nigeria cakap orang Nigeria nie awang hitam la apa la.
Clear your mindset boleh tak? Tolong la jangan nak judge macam tu. Kadang-kadang aku respect dengan dorang sebab bila tanya study apa, kadang-kadang study Master la PhD la! I mean like, "WOW KAW KAW!" Wowwww kot! Nie buat rasa nak kawin dengan foreigner nie! HAHA Nie buat rasa nak lagi bersaing dengan dorang nie! HAHA. Satu lagi, takyah nak takut cakap Bahasa Inggeris. Hehe. Yup, kadang-kadang kita malu sebab kita takde proper Grammar yang betul kan? Cakap pon tak sama dengan Harry Potter! Oh please! Kalau korang pergi negara orang putih sendiri kan, dorang semua pon ada beribu slang! Ada yang cakap main langgar je grammar! So? Nak takut apa?
Kadang-kadang kalau cakap, aku sendiri pon ada salah grammar jugak. Well, macam biasa, akan ada Grammar Nazi datang betulkan grammar aku~ LOL. but, takpela, I don't mind! salah boleh edit and betulkan. Process to learn never end! Tak payah takut buat salah okay? Malu kejap je. Tapi tu la salah satu orang kita nie, bila dengar orang salah grammar, terus bash terus viralkan si pelaku tu! At least, dorang try walaupun salah dari kau tu, langsung tak cuba sebab takut buat salah and kena bash, lepas tu ada hati nak tegur orang lain pulak, gi mammm okay? *Excuse for my inappropriate words okay?
Okay, aku rasa sampai sini je kot aku membebel! Hehe. Dalam blog nie, aku nak tulis full English jugak, tapi entahla dalam jiwa nie macam blog lagi best kot Bahasa Malaysia! hehe. Tapi aku campur dua-dua bahasa jugak! hehe. Okay sampai sini je dulu okay? Pergi dulu! Bye korang! Semua yang baik tu datangnya dari Allah, and yang buruk tu datang dari aku sendiri. Ye la, kita dipertanggungjawabkan atas dosa kita sendiri, bukan orang lain~ ;)
P/s: Doakan Monda dipermudahkan semua urusan untuk semester pertama nie tau! Hehehe. 10 January nanti tamat final exam aku and balik rumah kejap sebelum masuk hutan! Yeah! :) Bye bye~ ;D
Assalamualaikum semua! Sihat?
Kalau tak sihat takde nak melayan blog aku nie kan? Hehe
Mula-mula sekali, syukur Alhamdulillah, Jumaat nie aku dah dapat daftar ke Gombak dah! Happy sangat! Dua tahun aku tunggu nak masuk sini tau. Kawan-kawan aku yang pergi Asasi dengan Matrikulasi dah tinggal jauh tau! Tinggal aku je terkapai-kapai baru nak masuk Degree.
Untuk pengetahuan korang, aku akan sambung Degree dalam English Language and Literature. Aku harap aku boleh sesuaika diri untuk Semester Satu nie. Ya Allah, aku harap sangat aku boleh bahagiakan Umi Abah aku.. Aku tau diorang susah sekarang.. Aku taknak susahkan diorang.. Aku rsa tak perlu citer detail la apa yang berlaku, yang pasti,aku nak belajar betol-betol. Aku tak pernah dapat Dean List.. Apa perasaan jadik pelajar cemerlang ye?? :'')
Dahla nie dah kat Gombak. Tak boleh nak leka macam kat CFS dulu... Hmm. Aku harap, bila aku dah kat sana, aku akan selalu tanya khabar Umi Abah, Ata Ma, dengan Pa Ma sekali. I need their du'a to make me stronger than before... Hmm.
Akhir kata, tegurlah aku kalau nampak aku makin gila, makin pelik, makin jauh. Tegurlah aku.. Tegurlah aku... Aku tak kisah.. In Shaa Allah aku boleh terima slow2 walaupun aku takleh terima benda-benda tu semua. Hmm. Akhir kata, selamat malam semua. Doakan aku dapat jadi pelajar kat sana. Pelajar yang sentiasa menghormati rakan, lecturer, buku,library ;) .. Hmm
Assalamualaikum and Hello 2016! :D
Hai korang, aku ade benda nak citer nie, aaaaaaaa, first nie, nak cakap, aku nak scream out of loud sekarang nie,
"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"
Okay, imagine kan korang ada masalah yang terbeban kat bahu korang, and rasa takkan lepas selagi benda tu tak release dari korang! And cara korang release dengan pergi natural environment tapi takde orang kat sana macam pantai ke taman ke jeram ke, and korang guna voice out of pitch korang yeah. And, serious rasa release :)
TO: Idaaa <3
By the way, I am happy right now as yeayyy, i already pass for my EPT! Alhamdulillah, thanks Allah, thanks Ya Allah! Firstly, i wanna say thanks for my Idaaaaa! Yeah, you know who you are okay? In case you are reading my blog, thanks for being my good friends ever and be my "boyfriend" that understand me yeah! Huuuu. Thanks for reading and correcting my essay, as I only have problem in constructing sentence right? I don't know how to make it straight to the point and avoid flowery language :) I love you Ida till the moon backkkkkkk. EH?
Amboi, melampau speech~ Hahahahahah. Okay, tamat~ Yeah, now, naisb baik lah EPT dah lepas, ingat tak previous blog sebelum nie, cakap nak tukar course apa semua kan? Anddd, serious, sebenarnya memang aku dah ambil la borang untuk tukar course tu. Aku gi jumpa lah dengan Madam Adlina, merangkap sebagai Academic Advisor untu course BEN kat CFS nie haaa :) Masa mula2 jumpa tu, aku cakap nak tukar course kan, madam tanya lah, ade berapa subjek lagi tak ambik? And nie sem berapa? AKu cakap la, sepatutnya abis sem tu, (Sem 2, 2015/2016), tapi sebab tak lepas EPT nie, kena extent 2 tahun la asasi saya. Saya ada dua subjek lagi, Law dengan Thinking Skills.
Madam cakap, awak ada dua subjek lagi, Law dengan Thinking Skills and awak nak tukar course sebab takut dengan EPT? Serious? And, untuk pengetahuan awak, awak dah lepas semua subjek requirement untuk BEN and HS.. Awak tahu tak, keadaan awak sekarang macam, awak naik pokok kelapa, sikit je lagi nak capai pokok kelapa tu, and orang suruh awak turun, and awak turunnn? Okay, kalau contohnya, awak dah dapat keje, and orang suruh awak berhenti, awak nak tak? "No". Haaaa, okay takyah lah sister eh?? Awak buat elok2 EPT nie.... :)
Aku nangis lepas Madam cakap macam tu... :'( Serious, aku nangis bukan apa, sebab aku yakin aku boleh buat, tapi, Madam EPT aku untuk sem lepas selalu bagi cadangan untuk tukar course. Bukan cadangan tu tak elok, tapi, why not give me chance before suggesting the other ideas rather than changing course please? Aaaa. So, masa shortsem tu, aku dapat Madam Aimi Syazana. Ya Allah, nie lah first time aku faham EPT nak apa sebenarnya. Dia cakap lah yang essay kitorang dah okay, kita buat ayat ape semua pon dah okay, cuma masalah sekarang kena elak Grammatical Error je.
Sebab, sebagai Lecturer nie, kitorang menyampah sangat dengan salah2 ecik yang dibuat student BEN sendiri, sebab tu lah kita anggap, macam mana nak buat BEN kalau salah macam nie pon tak tahu? So, dia ajar lah kitorang dari basic balikk. Yeay :) Tapi, masa tu, tiga hari lagi nak exam EPT wey, and korang boleh bayang tak nyawa aku macam kat hujung tanduk dah? Kena buat keputusan untuk tukar course hari tu jugak, and minggu depan ade EPT? Aaaa. So, aku rujuk balik kawan2 aku, betul ke keputusan aku nie?? Betol ke??
Aku memang tak tahu nak buat apa gila weh.. So, lepas tu, aku jumpa AA balik cakap nak tukar course jugakk. Sebab aku cuak, latihan yang aku buat dalam kelas still tak dapat memenuhi EPT tu. Aku takut sangat. So, madam macam kecewa lah sikit sebab aku still nak tukar course apa semua... TAPI, LEPAS AKU JUMPA DIA, AKU TAK BAYAR 100RM UNTUK TUKAR COURSE TU. Aku macam terpikir balik, betol ke nak tukar course nie? Kan menyesal!
Aku memang tak pikir panjang, aku cakap, okay, aku kena teruskan jugak perjuangan aku nie, balik bilik tu, aku memang struggle betol-betol la, buat essay, bagi Ida, buat essay bagi Ida, buat essay bagi Ida. Walaupun dia masa tu pon tengah final exam, dia ade je masa aku perlukan dia. Korang nak tau tak, apa saat paling nak nangis? Bila soalan yang aku buat dengan Ida, keluar dalam exam. And, aku rasa macam nak panggil nama dia duk tepi aku dalam exam tengok aku jawab nie haaa! Haha!
Balik tu, keluar dari dewan, terus call dia cakap yang, "Idaaa, soalan yang saya buat dengan awak nie keluar dalam exam!! Rasa nak panggil nama awak tau dalam dewan tadi!" Dia cakap, "Oh really?? No Idaa, you can't do it!" HAHAH. Tapi aku taknak yakin sebab aku takut tak pass nantiii :( Sebab tu aku tak cakap kat orang bila aku exam tuuu.. Hmm.
Yeah, takpelah akhirnya semua nie selesai jugak, sekarang nie berjuang dengan Law dengan Thinking Skills pulak, buat elok2 CekDa, tak jealous ke tengok Syakina, Anis, Izzyana, Aminah, Jiji, Wawa dah kat Gombak, mu je kat sini lagi! Takpe takpe nanti aku akan sampai sana jugak In Shaa Allah! :D
GOMBAK, MU TUNGGU AKU DATANG!