skip to main
|
skip to sidebar
Hai. Assalamualaikum~
Sekarang nie aku ade kat Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) kat belakang Majlis daerah Pasir Puteh. Hehehe. Fuhhhhhhhhhh, nie first time aku datang sini weh~ Hahaha
Takdelah, sebenarnya aku pergi sekolah tadi dengan classmate aku. Sebab aku nak amik cop Disahkan Benar kat sijil-sijil aku untuk kemasukan ke tutttttttttttttttttt dengan PK KO sekolah aku dulu.. Aku datang sini dengan Aishah Hosin~ Kitorang dah mesej ape semua, so dah cadang nak datang sini sama-sama.. Lagipong, aku nak jugak datang jumpa dengan Umi, Cikgu Zaidah sebab ade aku konfuse pasal Universiti yang aku nak pergi nie.. So, bila aku dah pergi sini, terjawablah semua persoalan tentang yang aku tak faham tuh... Lepas jumpa Umi, aku jumpa dengan Cikgu Rahimah, sebab nak tanya pasal anak Cikgu yang pernah sambung belajar kat tempat yang aku akan belajar nanti.. nanti k? Nie pong tak tau lagi, sebab nak tau semua keputusan keluar dulu lah...
Hmmm. Lepas dah dengar balik dari Cikgu Rahimah, aku pong pergi balik kat Umi Zaidah, citer kat dia tentang yang kitorang dengar dari Cikgu Rahimah tuh... Lepas tuh kitorang terus pergi Pasir Puteh kat CIMB untuk buat bayaran collect service bla3 tuh... Masalah timbul kat sini bila aku lupa nak print surat yang ade Collect Service tuh! LEpas tuh aku mesej Ika tanya dia kat mane, dia cakap lah dia ade kat Pustaka nie. Dia cakap yang Internet kat sini pong ade~ Yang pasti PERCUMA wooooo! Heheheheh
Typical of Malaysian lah suka barang free kan? Hehehehe. Printer pon ade? So, kitorang terus cadang nak print kat sini semua barang-barang yang perlu print tuh.. Tapi masalah timbul pulak kat Pustaka nie, iaitu, kat sini ade bilik khas untuk online atau guna komputer, tapi kalau nak print, kena print kat luar sana nuuuu. Tapi aku lupa bawak pendrive! What a fish?? Gila. So, aku dah pujuk Pustakawan tuh mintak nak guna komputer kat komputer server, tapi dia tak bagi.. Nasib baik lah ade pakcik yang ade kat situh jugakkkk, aku pong mintak nak pinjam pendrive dia jeeee. Hmmm.
Ops! Aku ade banyak lagi nak citer dengan korang, tapi aku rase better stop kat sini kot~ Sebab ade dua orang budak yang duduk kat belakang aku nie tengah usha aku taip ape kat blog~ hahahahah. *ehemmmm, buke Ika nga Aishah~ Ore lain~ Wakakakakakaka :D
NOTA HIJAU:
24/4 Tarikh Semakan ke Matrikulasi dah bukak.
25/5 Daftar Matrikulasi yang kita dah dapat.
24/4 Semakan ke Tingkatan 6
5/5 Daftar masuk ke Tingkatan 6
Bye~
Hai ! Assalamualaikum! *flip hair*
Fuhhhh, lama gila aku tak update blog nie kan? Broadband ade, laptop ade! Satu je sebab aku malas update! Sebab MALAS! :P Wakaka. Yeeee, kalau dah malas memang tak jadik ape-ape lah kan? Satu lagi, penyakit nie memang takde ubat~ Kalau kau pergi hospital mintak ubat dengan doc pong, doc akan bagi kau pelempang kuasa kuda? By the way, pernah rasa ke pelempang kuasa kuda? Hahahahaha
Aku sebenarnya taktau nak citer ape kat korang, sebab hidup aku selama lepas dapat result SPM nie biase-biase je. Takde ape yang "Wowwwww" terjadik pong weh~ Dalam minggu nie, aku dengan AR ade gaduh sikit, lepas tuh bajet mintak clash bagai? Wakaka, dia relax je? Aku yang lebih-lebih pulak apehal? Apekes? Hahaha
Emmm, takde pape pong sebenarnya! Aku sekarang nie, tengah menunggu result untuk kemasukan Uni pulak. Sebenarnya, memang dah ade, tapi banyak halangan lah kalau nak masuk ke Universiti ******** ~ Hmmm. Tapi, tengok lah, dalam bulan 5 ke, bulan 6 ke, kaki aku akan menjejak jugak Universiti atau Kolej atau Matrik atau ???????? Hmmm. Tugas aku, tunggu je! :) Takpe, jangan risau, aku akan update lah aku pergi mane-mane nanti. Kalau dah dapat result macam gituh je? :/ Eyda! Jangan nak membanding-bandingkan result yang Allah dah bagi kat kau okay? Orang lain yang tak dapat ape-ape menunggu je? Bersyukur je lah?!
Okay, okayyyyyy~ Hmmmm, aku rase sampai sini je kot aku update, nanti ape-ape hal, aku datang lagi ye~ Wakakaaka . Kbye! :)
NOTA HIJAU: Ehhhhhhh, lelaki ke perempuan yang patut belanja? :P