Sunday, 21 July 2013

Kun Fayakun

2 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Entrie nie ditaip pada Hari Khamis! :D

Assalamualaikum dan selamat petang :(

Hmmm. Kun Fayakun. Jadi, maka jadilah. Tu kata-kata Allah dalam al-Quran kan?

Mesti korang pelik kenape smiley aku kat atas sana tuh sedih kan? Untuk pengetahuan korang, semalam 17 Julai 2013 merupakan detik yang paling sedih dalam hidup aku tau? Rumah aku terbakar. Hmm, patut lah aku senyap je kat sekolah kelmarin. Rupa-rupanya, tuh merupakan tanda-tanda musibah akan berlaku kepada diri aku dan keluarga aku. Lebih-lebih lagi kat umi dan abah aku.

Umi, Abah, sabar deh. Nok wak gano, bendo doh nok jadik… Hmmm.


MACAM MANE BOLEH TERJADI?


Puncanya satu je, berpunca dari API lah. Adik aku yang istimewa yang main. Tapi, tak tau dia amik mancis kat mane. Semalam, mase kejadian tuh terjadi aku ade kat sekolah. Kejadian tuh mungkin terjadi dalam pukul 12.30 p.m sampai 1.00 p.m. kot. Tuhan je yang tau macam mane perasaan aku..

Sebenarnya, umi aku dah call aku banyak kali, tapi aku tak angkat. So, Umi call Ustaz Tarmizi cakap kat dia yang rumah aku dah terbakar. Mase tuh aku ade kat makmal Fizik.. Dalam pukul 1 lebih-lebih, Ustaz masuk makmal dari pintu belakang. Dia cakap, Assalamualaikum Cikguuuuu. Ustaz pon tarik tangan Cikgu Ab’llah  macam Rory tarik tangan Granda pergi ke luar makmal. Eh? Ape kaitan dengan citer Catch Us If You Can pulak nieeeee? :P 

Memang lame jugak kot Cikgu cakap dengan Ustaz..Aku memang takde suspen ape-ape pon. Mase Cikgu cakap dengan Ustaz tuh, aku pon sambung nota-nota yang cikgu mengajar tadi..

Lepas tuh, Cikgu Ab’llah panggil aku,

“Ida/ Mekda mari meta” *Aku lupa dia panggil aku ape*.

Hahhhhhh? Aku pon tanya kawan aku Ika, Ika, cikgu panggil ore kea? Ika cakap hom. Aku pon keluar pergi dekat Cikgu dengan Ustaz. Ustaz macam tak mau cakap je dekat aku. Dia macam nak ‘simpan’. Cikgu Ab’llah relax je. Pastuh, Ustaz cakap,

“Asnida, Umi awak talipong ko sayo. Yo suruh awak balik laluh. Yo nok gi lain..”

Aku macam pelik je. Kenape sekarang? Sekarang kan masih pukul 1 ++, kenape umi call ustaz? Kenape Umi tak call aku sendiri? Lepas tuh, takkan aku nak balik sekarang? Mesti cikgu Ab’llah tak bagi. Aku pon tanya Ustaz,

“Ustaz. Bakpo nie?? Ado gapo bena? Cikgu, bakpo? Cikgu, sayo nak wak tubik talipong nie??”

Cikgu Ab’llah pon cakap, “hom takpo.”

Aku pon tengok telefon aku, nampak missed call dari Umi aku. Aku pon terus call umi aku. Tapi tak dapat! Aku try lagi. Baru lah dapat! Aku pon tanya umi aku,

“Bakpo Umi? Bakpo keno balik laluh? Kalu tunggu pukul 2 tokleh ko?”

“Takdop gapo-gapo, Umi nok gi lain nie. Mari lah balik laluh, da duk mano tuh?”

“Duk koloh lah, kat makmal Fizik. Okay okay da balik laluh”

Aku pon mintak kebenaran Cikgu Ab’llah. Aku tanya cikgu aku, takpe ke kalau aku balik nie? Cikgu cakap takpe, awak boleh balik sekarang. Emergency kea. Aku pon macam pelik je. Ape yang emergency? Pastuh aku tanya Ustaz lagi, kenape sebenarnya? Ape yang berlaku nie? Tapi, Ustaz cakap tak tau. Memang Ustaz tak cakap ape-ape. Dia suruh aku balik je. Aku pon terus masuk dalam makmal Fizik, simpan barang-barang aku! Budak-budak kelas aku tanya, Kenape Eyda? Kenape Eyda? Aku pon balas lah, Tak tau, Umi aku suruh balik sekarang. Aku tak tauuu! Aku terus keluar, dekat si handsome aku pon aku tak pandang. Sorry dear!

Aku pegi kelas aku, amik barang-barang dan simpan terus balik! And what the menyerabutkan ialah, mase aku nak balik, Guard tak bagi aku balik. Kan aku datang dengan motosikal. Jadi, mase aku nak start motor, dia cakap pukul 2 baru boleh balik. Bila aku cakap yang Umi aku yang suruh balik, and Cikgu pon dah bagi. Barulah dia bagi..

Hmm, disebabkan aku tak sabar sangat nak tau ape yang berlaku sebenarnya? Aku dah berubah dari jadik pengguna jalan raya yang berhemah kepada tak berhemah. Dahlah, mase aku nak balik, ade kerete polis! Polis tuh tengok aku dengan muka lagak handsome, tapi bila dah kalut macam tuh, tak sempat aku nak senyum balik! :P Eh eh. Tak dia senyum sebab maybe aku bawak laju kot? 

Ha’a, memang aku bawak super duper laju kot. Untuk pengetahuan korang, Sesuper Duper laju aku pon, setakat 40-70 km/h je.. Hmm, bila aku sampai rumah, aku nampak ramai gile orang kot. Aku ingat ade “kem@t!@n” :’( tau! Tapi, ape yang aku pelik, kenape ade bomba?? Pastuh aku nampak abah kawan aku, abah Ain Syahirah, bomba! Aku pon parking motor dekat Umi aku. Aku nampak ramai Cikgu-cikgu sekolah rendah aku dulu merangkap kepade kawan-kawan umi aku ade disamping umi. Aku pon pegi dekat Umi, aku tanya dia. Ape yang berlaku nie? Umi aku pon cakap, “Rumoh kito terbakar lah anok tino wehhhh”. Nak gugur rasenye jantung aku tau! Aku rase kalau aku ade baby, memang aku akan terberanak kat situ terus kot! Eh? Metafora~ Hiperbola~

Aku pon tanya Umi aku, macam mane boleh terjadik? Umi cakap yang Abe yang main api. Abe merangkap kat adik aku yang istimewa tuh lah.. Hmm.

Pastuh, aku terus cari adik aku yang Iqbal (adik bongsu aku) dengan Abe (adik istimewa aku) tau! Aku cari abe! Bila dah jumpa, dia datang peluk aku!! Aku balas pelukan dia, pastuh cium dahi dia! Hmm, Mujo lah abe takdop gapo-gapo kea? Kak Ngoh relo rumoh terbakar dari abe terbakar dale rumah tuh tau.. Pastuh, dia pegang pinggang aku. Aku tanya dia, Bakpo nie Abe? Abe main api ko? Dia cakap “DOP”. Hmm, kalau tanya dia, mesti dia cakap dop. Tanya dia makan nasi ke, dia angguk. Tanya dia dah mandi ke, dia angguk biarlah dekat muka penuh dengan asap hitam pon. Aku faham. Anak istimewa memang macam tuh. Lepas tuh, aku angkat pastuh dukung adik aku yang bongsu tuh. Dia macam takut tau! Dia macam sedih dengan ape yang berlaku! Mase aku angkat dia, dia peluk aku dengan erat tau! Memang kemas gile! Nak lemas aku dalam pelukan dia~ Bila aku tanya dia sape yang main api, dia cakap Abe! Aku tak tau~ Tapi ape yang pasti muka dia macam ade riak “muka bersalah” tau. 

Aku ade berbual dengan Umi aku, Umi aku cakap, patutlah beberapa hari sebelum nie, mata kiri umi selalu je bergerak-gerak. Umi aku macam dah pelik, sebab sebelum nie kan, mase Adik Ipar Cikgu Nik Nurul Hayati nak “takde”, Umi aku jugak rase mata kiri bergerak. Umi aku cakap, hmm macam ade khabar sedih je. Umi tak sangka perkara nie akan berlaku tau?

Kakak aku pulak, dekat U dia, dia sendiri rase perlu berjimat-cermat. Pastuh, dia rase berdebar-debar tau.. Macam ade something akan berlaku. Rupa-rupanya, memang akan ade benda berlaku! Benda nie lah, kejadian nie.

Korang tau? Aku pon ade feeling jugak tau? Mase tuh, aku nak pegi solat terawih, pastuh aku tengok baju-baju penuh dekat adik-adik aku tengah tengok tv. Pastuh hati aku cakap,

“hmm, kalau lah rumah aku terbakar”

Aku tak tau kenape aku boleh hati aku cakap macam tuh. Dan tak sangka benda nie jadik!

Okay aku rase sampai situh je dulu cerita aku. Sebenarnya aku nak upload gambar, tapi Umi tak bagi. Sebab umi cakap, pihak bomba nak datang balik, nak kira berape kerugian.. Sebelum aku mengundurkan diri. Aku nak mintak maaf kalau aku ade buat salah dengan korang ye? Hmm. Bye. Assalamualaikum.




NOTA HIJAU : I love you Umi dan Abah. In Sha Allah, da ake study molek wak umi happy tahun depe deh! Da tau, umi nga abah doh banyok berhabis nok siap rumoh mulo kea. Nie, kito duk rumoh baru tok dea setahun pong doh takdop doh rumoh lamo. Dugaan berat bagi tahun 2013 kea Umi.. Sabar.

- Asnida Ridzuan is in relationship with Seif Khales -
BYE! :P

Thursday, 4 July 2013

In Sha Allah aku jadik kawan kau sampai bila-bila.

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum dan hai "dear" :')


Mula-mula sekali, aku tak tau nak start entrie aku macam mane. Ya Allah, aku tak tau sama ade kau baca atau tak blog aku. Entahlah. 


Okay, aku takmo panjangkan cerita, okay macam nie, Dear Tut tut, tadik kita jumpa kan? Kau ade tanya aku kan, boleh tak kalau aku jadik kawan kau sampai bila-bila kan? In Sha Allah dear, tapi aku takmau janji ape-ape dengan kau, aku takut dua-dua hati akan terluka. Aku mintak maaf sebab sepatutnya aku tak perlu pon post pasal nie dalam blog aku. Tapi, seriously, aku tak tau nak cakap macam mane dekat kau. Okay, sekarang nie masa menunjukkan 9.43 p.m. , biasanya, mase nie both of us akan saling texting each other kan? Tapi, kau cakap kau tak mau aku amik tau pasal kau sikit pon. So, aku nak cakap macam mane dekat kau? :'( Nie first time aku menangis sebab love? Hah? Cinta? Tak tak. BFF --> Best Friend Forever. Hmm, Ya Allah, aku tak tau kenape bila berhadapan dengan kau aku jadik malu tau? Seriously, aku tak amik kisah pon tentang 'masalah' kau. Err, bukan tak amik kisah langsung, tapi, aku tau semua orang ade masalah kan? Semua orang! Even aku sendiri pon ade. 


Aku tak tau, aku tak boleh nak bergurau dengan kau depan orang lain. Aku boleh gila-gila dengan kau dalam telefon je, dalam mesej je :'( Tapi dekat luar. Ya Allah, aku jadik segan tau? Sebenarnya, aku sendiri pon suka bercakap dengan kau, dan aku jugak tenang bila cakap dengan kau. Tapi, aku malu nak bercakap dengan kau dalam kelas. Entahlah. Aku rase orang akan cakap aku gedik (gelenya?). Hmm, aku harap sangat kau still anggap aku kawan kau. Tapi, last mesej kau buat aku terkedu, buat air mata aku jatuh? Nie mase tengah menaip nie pon air mata aku tak jatuh, tapi ia ade dalam kelopak mata aku weh. Pastuh, rasa sesuatu dalam dada aku, sebak. Aku tak tau, tapi perasaan sebak ade bila kita sedang menahan perasaan dari nak menangis. 


Pastuh, tadik aku ade call kau kan? Hmm, Ya Allah, Tuhan je tau perasaan aku bila kau cakap, dah call kau, dah text kau, dah amik tau pasal kau. Ha'a, memang aku cakap, emmm, okay, aku tokke mesej mu doh, aku tokke call mu doh. Tapi, berat sebenarnya mulut aku nak cakap macam tuh. Sekarang nie, ape yang aku perlu buat ialah cuba bertendang bertenang dengan sebaik mungkin. Sekarang nie hati aku dah cool sikit. Tapi, aku dapat dengar suara kau sebak mase kau nak cakap dekat aku macam tuh kan? Aku tau okay. Aku dah dapat kenal diri kau melalui suara kau okay? 


Takpelah, mase nampaknya cemburukan aku sebab aku dah menaip pasal kau. Jadik, aku rase dah tiba masanya untuk aku berhenti menaip! :'( Andai kata kau baca blog aku, boleh tak kau send mesej macam nie --> >_< atau :) atau :') atau :'( atau mane-mane smiley dan cakap yang kau dah baca blog aku. Lepas tuh, baru aku dapat cool secool-cool nya. Hmm, macam mane nak berhadapan dengan kau esok lusa tulat tubing nanti ye? Dear, RAK NAH! Bye. :"")






NOTA HIJAU : Aku suka bercakap dengan kau tadik, aku suka mata kau, shine bright like a diamonds! :) Tapi, semua tuh dah takkan berlaku. Dan tak akan pernah berlaku dah. Okay, In Sha Allah, walaupun kau dah tak bagi aku call atau text kau. Aku akan ingat kau okay? Dan, aku janji, yang aku dah tak akan tanya pasal diri kau seperti mane yang kau mintak. Aku jugak mintak maaf sebab send message macam tuh dekat kau. Bye...