Wednesday, 23 January 2013

Happy Birthday Ya Rasulullah SAW :)

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum.



NOTA HIJAU : Hmmm, dekat sekolah aku tadik ade selawat ke atas Nabi Muhammad SAW :) Alhamdulillah hari nie tak hujan. Sebenarnya,hari nak buat Merentas Desa, tapi postpone ke minggu depan lah pulak, sebab semalam dengan kelmarin kan HUJAN! So, cikgu cakap, hari nie tak jadik buat. Alih-alih, hari nie cuaca redup jeee. Okayyy, need to go~ Bubye ;) Aku serious nie, serious. Bulan dua nanti, aku tutup blog aku! Bukan tutup terus, tapi tutup tahun nie je, tutup untuk bagi aku sorang je boleh tengok blog aku~ Aku nak fokus betol-betol wey untuk SPM. So kalau korang nak baca blog aku, baca je lah dari aku start buat blog sampai ke entrie aku yang ini okayyyy?Oh lupe nak bagitau korang yang bilik aku dah siap wey. Umi ngan abah aku kan, sambung rumah. So, dia tambah 4 bilik. Bilik aku -warna hijau, bilik kakak aku - warna purple, bilik nenek aku - warna biru, bilik adik aku warna kuning. Amboi meriah kan? Nanti aku update gambar~ ;)

Friday, 18 January 2013

Unit Uniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan, Dan Rumah Hijau!

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum.

Errr, korang nampak tak tajuk kat atas? Sure nampakkan?? Kalau tak mesti tak baca entrie aku pasal ape hari nie~


Okayyy, tanpa membuang masa, aku nak citer yang minggu nie aku busy giler kot. Mane taknye, dengan HOMEWORKnye, NOTAnye lagi. 


Pastuh yang terbaru nie, kena pergilah pulak Mesyuarat Agung Unit Uniform Kor Kadet Polis Wanita, Kelab Persatuan Sains dan Matematik,dan Rumah Hijau. (Sukan dan Permainan Catur je belum~)


Okay, aku citer lah serba sedikit ye..Hari Isnin, aku ade perjumpaan Kor Kadet Polis Wanita. Dalam perjumpaan nie, takde sesi perlantikan AJK pon. Sebab nye, cikgu nak lantik sendiri. Hmm, entahlah. Bagus macam tu je kot, sebab lagi baik cikgu yang lantik kan? Kalau tak, mesti jadik isu G.K (Gila Kuasa) pulak~ Dalam perjumpaan nie jugak, cikgu nak semua ahli kene ikuti Kawad Kaki. Tak kira Form 5 ke Form 4 ke. Kawan aku Aisyah Ramani, dah keluar masuk Cikgu Ramani (Ayah Dia), Kadet Remaja Sekolah. Sebab? Tak nak masuk kawad, nanti busy sampai tak sempat nak study lah apelah. Hmm, tinggallah aku seorang. Ape-ape pon, aku pon tak tau. Sebab Cikgu tegas. Ikut je lah. Ape nak jadik jadik lah, aku taknak ade ape masalah. Ape yang cikgu buat, baik aku ikut je. 


Untuk Kelab dan Persatuan pulak, aku sebenarnya pening tau tak mase Kelab dan Persatuan nie (KP). Sebab? Aku tak tau tempat untuk perjumpaan kali nie kat mane.. Sebenarnya, aku nak masuk Kelab Kaunseling. Tapi, Teacher dah hadkan dalam sesebuah kelas tuh, amik 2 orang untuk satu kelab. Ramai yang nak masuk Kelab nie. . Aku pon, hmm, masuk kelab Sains dan Math je lah. Dalam kelab nie, aku jadik AJK Form 5. Hmm, cikgu taknak lantik orang yang dah ade pangkat. Contoh nya, kalau aku nie Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kan, aku tak boleh pegang jawatan yang tinggi-tinggi macam Pengerusi , S/U , Bendahari, atau ape-ape lah. Hmm, takpelah.


Dan akhir sekali, untuk Rumah Hijau. Aktiviti nie kita bincang pasal sukan untuk tahun nie? Kenape tahun nie??? KEnape tak buat tahun depan jeee??? Hmm, tak bertuah betol lah tahun aku nie~ Kenape wey kenape??????? Hmm, tahun lepas tak buat sukan dekat Padang Sekolah, sebab rumput tak tumbuh. Sekarang nie, rumput dah mula hijau~ So, padang sekolah aku dah tak rosak. Tandanya???? Tandanya, kiteorang kene libatkan diri dalam Sukan Tahunan lah!  Dan, untuk perlantikan AJK nie, aku tak jadik ape-ape~ Fuhh, selamat. Kalau tak, mesti aku kene busy tahun nie~ Wakaka~ :)


Okayyy, last sekali. Untuk Catur nie, perjumpaan belum dibuat pon lagih. 


Setakat tuh je lah yang aku nak citer dengan korang okayyy? Bye. Love you~


NOTA HIJAU : Aku ade minat seseorang~ Wuwuwu :P

Saturday, 12 January 2013

Setakat nie okay lagih...

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum.

Oh, setakat nie okay lagih... Ape yang okayyy? Ape yang tak okay? Nanti aku citer ek? Sabar...


Oh well! Setakat nie aku rase bersyukur sangat walaupun aku dapat kelas 5 Pluto. Tau tak kenape? Sebab walaupun kelas aku ketiga dari empat kelas yang amik Sains Tulen, kelas aku dapat cikgu-cikgu yang ohsem giler kot! ;)


Bahasa Malaysia.
Okay, Subjek pertama ialah Bahasa Malaysia, again aku dapat dengan Cikgu Rohana :). Aku bertuah okay? Aku tak kisah sama ade cikgu garang ataupun tak, yang penting aku dapat dengan Cikgu Rohana. Hahaha, setakat nie aku lah fes orang yang kene marah dengan Cikgu Rohana. Mula-mula aku malu, tapi lama-lama jadi tak malu pulak. Sebab?? Sebab budak-budak kelas aku tak kesah pon weh. Dorang senyap je ;). Haha, tapi ape-ape pon. Cikgu Rohana, terima kasih ajar sayo :D, saya dapat A dengan cikgu untuk exam akhir tahun lepas. Thank you. :D


Bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris pulak aku dapat dengan Teacher Azlinda. Teacher cakap full-English in her class. Kadang-kadang aku paham, kadang-kadang aku tak paham. Ape-ape pon Teacher jugak ialah guru kelas aku~ Setakat nie okay je lah aku belajar dengan teacher. Aku akan cuba yang terbaik dengan ticer Azlinda. Result Bi aku just dapat 59 je untuk Exam Akhir Tahun. In Sha Allah, aku akan cuba yang terbaik untuk naikkan Gred aku. Takpelah. Untuk permulaan nie, target aku nak dalam 55-65 je dulu!


Matematik.
Aku tak paham, seluruh hidup aku selama 17 tahun nie kan, Cikgu untuk Subjek Matematik aku semuanye best, kelakar, ohsem! Dari darjah 1 lagi wey! Jadik, tak hairan ramai boleh skor A untuk Matematik nie. Alhamdulillah exam Akhir tahun aku dapat Skor A. Sebenarnya, Cikgu Matemati aku nie Cikgu Fazilah yang ajar, tapi Cikgu cuti bersalin pulak 2 bulan. Jadik, ade Cikgu yang ganti. Nama dia ialah Cikgu Nazrum. Mula-mula dia masuk kelas aku, aku ingat dia nie garang! Tapi, dia tak garang pon weh. Dia bagi kata-kata semangat kat kitaorang. Dia cakap, kalau boleh dia nak tukar tempat dengan kita orang. (biar kitaorang jadik ibu bapa, dia nak jadik student). Tapi, bende nie impossible kan? Dia ade cakap yang, kalau kita berjaya, mane-mane tempat pon boleh kita pilih. Kalau kita jugak nie berjaya, bukan kita je boleh pilih, tapi silap-silap, pihak lain jugak akan offer kita! Dia pon tulis kat Papan Putih, Ireland, Mesir, India, US, Banyak lagilah tapi aku tak ingat. Dia cakap, kalau nak sambung belajar dalam bidang perubatan, dekat India lagih baik! Memang aku rase nak menangis dan ade semangat yang berkobar-kobar giler tau! Dia pon cakap, yang kitaorang nie ade 10 bulan je lagih untuk bersiap untuk SPM. Kalau kitaorang lalai, tengok je Result Bulan 3 nanti!!!! Cikgu jugak, sebelum dia mengajar kitaorang, Cikgu cakap, Bismillahirrohmanirrohim, mitok-mitok lah budak nie paham ape yang aku ajar! Bila kelas dah nak tamat pulak, dia baca Surah Wal-Asr..Kadang-kadang, aku dengan Syafika Rahim terfikir, Cikgu, nie cikgu ke ekk?? Sebab, perwatakan cikgu nie kadang-kadang macam Ustaz, kadang-kadang macam pakar motivasi. Ape-ape pon dia best!!!!


Sejarah.
Sejarah aku pulak dengan Cikgu Shaari, oh my Allah, Cikgu pon sporting sangat! Tak kering gusi bila dalam kelas dia. Asyik buat kitaorang ketawa je. In Sha Allah, Sejarah nie aku ade peluang untuk LULUS! Doakan aku! ;)


Pendidikan Islam.
Pai jugak, again aku dapat dengan Ustaz Tarmizi. Aku rase, mesti ade antara pembaca aku kenal dengan dia nie kan? Hah??? Tak kenal? Pegi dekat sidebar blog aku nie SEKARANG okay? Taip Ustaz Tarmizi ataupun Ustaz. Konfem ade. Ustaz nie best sangat dia mengajar tau, korang nak tau, mase ustaz nie 2 masa je, tapi bila dia mengajar rase lama sangat tau. Dahlah kelas tenang je. Kalau ade subjek yang berat-berat macam AddMath ke, Fizik ke, otak kita rase berat jugak. Tapi, untuk aku hilang penat belajar, tak stres, mase PAI adelah mase yang sesuai tau! Aku tak tau ape pendapat korang, tapi, macam tuh lah ape yang aku rase!


Klik gambar, kalau anda nak tau jugak result anda!!!!



Sekarang, nie dah nak masuk waktu Maghrib. So, untuk subjek Empat Serangkai tuh { AddMath, Fizik, Kimia,Biologi }, aku citer lain kali pulak~ Tuh pon bila aku freeeeeeeeeeeeeeeee tau!! BYE! Assalamualaikum ;)







NOTA HIJAU : Aku ade bace diari seseorang, macam-macam dia cakap pasal aku. What? Aku sial? Aku bodoh? Aku bangang? Fine, kite tengok okay. Time kasih sebab sudi citer pasal aku dalam diari kau! Hek eleh, kau macam sengaje je letak dekat meja study aku, kau memang nak suruh orang baca diari kau? Aku dah bace, aslnye aku taknak baca pom. Tapi, bila sume dah tidur, aku cuba baca. Macam-macam ayat pedas kau kasi kat aku kan? Tapi, dengan kritikan pedas kau tuh memang boleh membina aku untuk lawan kau balik! Bukan bermaksud untuk lawan kau dari sudut fizikal, TAPI AKU AKAN LAWAN KAU MELALUI RESULT SPM NANTI, IN SHA ALLAH!!! Aku akan buktikan aku pandai! Aku akan buktikan yang aku pon boleh berjaya! Aku tak macam ape yang orang sangkakan dekat aku la weh!!!

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Datang 2013, Selamat Datang SPM!

0 orang doakan saya dapat 9A+ dalam SPM 2013 :)
Assalamualaikum. Nie auto post~ Entrie nie ditaip pada 30 Desember 2012 pukul 9:55 PM. 









Bye 2012, Hai 2013.
Bye 2012, Hai SPM !!!!
Aku dah Form Five wehhh!!!!!
Serious wehhhh! Tak tipu~ ;(


Be A Student Again,
Bukan tak terima kenyataan weh, aku just nak cakap yang tahun nie tahun terakhir aku berada dalam alam persekolahan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. 




SPM ;) :) ;( :(
So, In Sha Allah, AKU AKAN BUSY TAHUN NIE.